BAB 11

Romance Completed 4284

“Assalamualaikum.”

Nina berhenti dari mengejar Izzad dan dia terus ke pintu depan.

“Waalaikumussalam.” Dan dia tergamam.

“Nina, apa khabar?” Dia terasa dia dipeluk. Hilang terus rasa penat naik flight tadi.

“Kak Min, baru sampai?” Puan Aisya menjemput tetamu yang baru sampai itu. Memang keluarganya ada buat majlis makan-makan sempena kepulangannya namun Airina tidak menyangka keluarga lelaki cinta pertamanya turut dijemput.

Nina makin cantik. Mama rindu Nina.” Puan Yasmin masih membahasakan dirinya mama namun lidah Airina terkelu.

“Saya nak rehat. Maafkan saya.” Airina terus berlalu ke tingkat atas. Tak sanggup rasa hati nak duduk berlama di bawah. Luka lama terasa berdarah kembali.

“Along, kenapa duduk kat atas ni. Tetamu ramai lagi kat bawah.” Puan Aisya masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu.Airina yang duduk menyandar pada sliding door balkoni cuma tersenyum
tawar.

“Ibu ke yang jemput mama?” Puan Aisya menggelengkan kepalanya.

“Abah yang jemput. Dua hari lepas abah terjumpa dengan ayah Haziq dekat Giant.” Nama Haziq yang meniti di bibir ibu mencengkam jiwa.

“Along tak bolehjumpa mama. Hati terasa berat.” Puan Aisya duduk di sisi Airina.

“Sayang, mama tak salah. Kenapa along nak hukum mama Haziq? Dia tak pernah sekalipun sakitkan hati anak ibu ni.” Dibelai-belai rambut Airina.

“Mama mungkin dah tersinggung dengan along tadi. Along turun ye? Untuk ibu, boleh?”
Airina mengangguk. Lalu dia mencapai tudung di ampaian telekung. Benar kata ibu, mama tak salah. Bukan kehendak mama perkara itu terjadi.

“Jom, ibu.” Airina menarik tangan ibunya yang cuma tersenyum dengan telatah Airina.

“Nina, bila nak cari kerja?” Airina tersedak dengan soalan mak su yang tengah berinai. Usai selesai majlis makan-makan sempena kepulangannya minggu lepas, mereka satu family pulang ke Lenggong untuk majlis walimah mak sunya.

“Nina tak nak cari kerjalah. Lepas majlis mak su, Nina mungkin balik Aussie balik.”

“Eh, kenapa pulak?”

“Nina nak kerja kat sana. Bina hidup kat sana.”

Mak su menggelengkan kepalanya. “No way young lady. I won’t let you leave Malaysia anymore. Kenapa nak balik sana balik? Nak lari dari realiti yang si Haziq tu dah kahwin and wife dia tengah mengandung?”
Airina mengeluh. “Nina bukan nak lari ke mana-mana. I just want to get my life straight. Nothing to do with Haziq and his wife.”

Sebenarnya memang dia nak lari daripada dibayangi perkahwinan Haziq dan juga lari daripada Haziq. Teringat kata-kata mama.

“Chinta is a good daughter-in-law. Lepas kahwin dengan Haziq, Chinta terus berubah. Semua pakaian seksi dah ditukar dengan baju kurung. Dia dah mula pakai tudung sejak Haziq tegur. Dia memang mendengar kata. Mama ingat dia jahat tapi mama silap, dia baik sebenarnya. Selalu juga dia turun ke dapur tolong mama.”

Pujian dari mama terhadap Chinta buat Airina tersenyum sahaja. Dia akui dia cemburu, tetapi pada masa yang sama dia lega kerana Chinta mampu menjadi isteri yang baik untuk Haziq. Namun hatinya masih tidak tenteram apabila teringatkan rayuan dari Haziq.

Haziq masih mahukan dia. Haziq ada menyatakan dia rela melepaskan Chinta jika Airina kembali padanya. Airina tidak mahu itu berlaku, apatah lagi Chinta sedang mengandungkan anak Haziq.

“Nina?” Airina tersengih saat disergah mak sunya. Kantoi mengelamun.

“Fikir apa? Haziq?”

“Eh, tak ada maknanya nak ingat kat suami orang tu.”

“Nina, cinta pertama memang menyakitkan bila tapi itu tak bermakna cinta kedua kita akan sama menyakitkan, bahkan kita mungkin lebih bahagia dengan cinta kedua kita.”

Airina menggarukan kepalanya. “How come this strict English teacher can give a flowery talk to her niece?”

“Hello! I teach literature also, okay?”

Airina tergelak besar bila mak su menjeling. “Nina tak cakap apa-apa pun.”

“Sudahlah! Tu nak usik mak su la tu.”
“Mana ada. Nina kagum, macam ni rupanya mak su bila bercinta. Dah tak
marah-marah, menjeling manja je.”
“Nurul Airina!” Airina ketawa dan dia cepat-cepat keluar dari bilik
pengantin.

“Mak su, jaga pak su baik-baik. Jangan nakal-nakal dengan pak su.”

Airina tersengih saat mak su angkat tangan mengacah untuk memukulnya.

“Opah, tengok mak su.”

“Nida, apalah dok buat perangai macam tu. Dari bujang sampai menikah, dok macam tu jugak.” Opah dah membebel panjang.
Pak sunya, cuma senyum saja. Tak banyak cakap, mana mak su dapat pun tak tahulah. Kacak pun kacak, kerja pun okey. Untunglah mak su.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience