BAB 9

Romance Completed 4284

“Bukan salah Tasya. Mama, izinkan Haziq kahwin dengan Natasya!” Haziq bersuara setelah lama membisu.

“Chinta?!” Aizam terkejut saat kakinya melangkah masuk ke rumah Haziq. Gadis yang ditangkap khalwat dengan Haziq, Chinta? Kekasih aku, Chinta?

Airina yang di belakang Aizam, jatuh pengsan dengan permintaan Haziq untuk mengahwini gadis yang dipanggil Chinta oleh Aizam. Sebentar tadi, dia mendapat panggilan telefon dari ibunya. Haziq ditangkap khalwat! Laju tangannya mendail nombor Aizam. Terus dia meminta tolong Aizam.

“Nina!” Haziq terkaku.

“Dia Chinta Nur Natasya. Dia Chinta aku, Haziq.” Aizam mengeluh, berat.

Haziq tunduk.“Aku tak tau dia tu Chinta, Aizam.”

“Sebab tu, kau kena setia dengan tunang kau! Bukan senang-lenang je kau nak ambil semua perempuan jadi kekasih kau!” Aizam dah mula naik darah.

“Aku tau ni salah aku. Aku...”

Aizam merengus. “Sudahlah, Haziq! Sebelum kau bercinta dengan dia, kau patut selidik dulu siapa dia! Baru aku tahu kenapa susah sangat dia nak berjumpa dengan aku. Semua sebab kau! Aku ingat kaulah kawan aku dunia akhirat tapi kau sebenarnya kawan keparat!” Aizam menumbuk meja itu. Sungguh, tangannya memang sakit tapi hatinya lebih sakit mengenangkan apa yang berlaku.

“Zam.” Suara Chinta, gadis yang dia rindui buat dia menoleh pada sliding door.

“Aku nak balik.” Aizam bangun dari duduknya namun lengannya dipegang Chinta

“Chinta nak minta maaf, Zam. Chinta tahu Chinta banyak salah dengan Zam. Chinta layan Zam macam barang permainan. Maafkan Chinta, Zam.”

“Sudahlah! Kau dengan Haziq sama je! Kau boleh berambuslah dari hidup aku! Aku jujur sayangkan kau, aku betul-betul nak kahwin dengan kau. Tapi cara macam ni kau balas kasih sayang aku! Kau memang perempuan murahan!”

“Aizam!" Haziq berdiri.

“Apa? Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah. Hei, korang berdua sangat sepadanlah. Macam pinang dibelah dua!” Aizam menengking Haziq. Dikeluarkan sesuatu dari poketnya.

“Cincin ni, aku beli untuk melamar kau. Aku nak ambil kau jadi isteri aku tapi kau buat aku macam ni, Chinta. Kau ambillah cincin ni! Campak masuk sungai!” Aizam mencampakkan cincin ditangannya pada Chinta dan Chinta mula menangis teresak-esak.

Baru dia tersedar, dia sebenarnya amat menyayangi Aizam. Kenapa ini harus terjadi? Cincin yang dicampak padanya itu, adalah cincin yang pernah dia meminta Aizam belikan padanya namun Aizam buat tidak peduli ketika itu. Rupa-rupanya Aizam belikan cincin untuk melamarnya, sesalan mula terasa.

“Mulai hari ni, aku tak nak tengok muka kau, Haziq! Jangan pernah kau mengaku kau kenal aku! Dan kau Chinta, belajarlah mencintai dengan sejujurnya!”

Aizam melangkah. Sedikitpun dia tidak menoleh ke belakang. Air mata yang menitis, dibiarkan. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia menangis kerana seorang perempuan yang amat dia cintai. Chinta terduduk di atas rumput. Haziq pula terasa sebak. Aku dah hilang seorang sahabat baik.

“Nina, bangun sayang.” Puan Yasmin membelai wajah bakal menantunya. Hiruk pikuk di luar tidak dia ambil peduli. Airina lebih penting dari segalanya.

Airina buka mata. “Mama, tadi Nina mimpi Haziq kena tangkap khalwat dengan kekasih Aizam.”

“Itu bukan mimpi sayang. Itu kenyataan.” Puan Yasmin memeluk Airina namun badannya ditolak lembut oleh Airina. Puan Yasmin terkedu saat matanya menangkap titisan air jernih di mata Airina

“Kenapa mama tak tipu je Nina mama? Kenapa mama beritahu jugak Nina kebenarannya? Nina nak lupakan semuanya.”

“Mama minta maaf, Nina.” Puan Yasmin terasa nak meraung. Airina bangundari duduknya.

“Nina nak ke mana?” Encik Hamdan yang sedari tadi membisu bertanya pada gadis yang sudah berdiri.

“Saya nak balik, uncle. Saya rasa kehadiran saya kat sini tidak ada apa-apa makna lagi.” Perkataan saya dan ‘uncle’ membuatkan Puan Yasmin dan Encik Hamdan terdiam seribu bahasa.

“Saya nak jumpa Haziq dulu sebelum saya balik.” Air mata yang menitis dikesat kasar. Di luar, Chinta masih menangisi pemergian Aizam. Haziq pula cuma mampu duduk memerhatikan Chinta.

“Haziq!”

“Nina.” Haziq dah bangun saat melihat Airina mendekati dirinya.

“Saya lepaskan awak pergi. Ternyata awak bukan milik saya. Dari dulu sampai sekarang, awak tak pernah jadi milik saya.” Airina menarik nafas, menahan sebak di dada. Matanya memandang Chinta yang masih menangis.

“Dia, memang tak macam saya langsung kan? Saya boleh nampak kenapa awak suka dia. Tapi saya tak sangka sampai macam ni sekali awak buat dekat saya. Teruk sangat ke saya, Haziq? Sampai awak sanggup duakan saya macam ni sekali. Benci sangat awak dengan saya kan? Patutlah susah sangat awak nak jumpa saya, muka saya ni hodoh sangat tak macam dia.”

“Bukan macam tu, Nina. Haziq...”

“Awak nak menipu lagi? Sudah-sudahlah tu, Haziq. Awak dah berjaya, tak perlu lagi nak menipu. Saya dah cukup sakit. Saya dah tiada sebarang daya untuk mempertahankan cinta saya, saya dah tiada kekuatan untuk terus bertahan sebagai tunang awak. Kejadian ini dah membuka mata saya, apa ertinya saya dalam hidup awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience