Bab 3

Romance Completed 10959

Bab 3

Seperti yang telah dijanjikan, Medina akan melawat rumah yang akan diubahsuainya itu pada hari ini. Setelah bersiap pagi itu, dia terus memandu ke alamat yang telah diberikan oleh Aliyah kepadanya beberapa hari yang lepas.

Kereta yang dipandunya semakin dekat dengan kawasan perumahan mewah yang terletak kawasan yang berbukit. Medina tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan dapat menetap di kawasan sebegitu, di mana pemandangan bandar dapat dilihat pada aras ketinggan bukit tersebut.

Memang salah satu daripada rumah impian Medina ialah di kawasan bukit. Entah kenapa ingatannya terkenang pada kenangan yang lalu.

“Aku memang suka kawasan bukit macam ni. Mana kau tau tempat ni ah?” Medina menyoal individu di sebelahnya. Mereka telah menunggang motorsikal masing-masing untuk sampai ke tempat itu. Medina merasakan seolah-olah segala masalah hidupnya lepas bebas di tempat itu, dengan hembusan angin yang menyapa lembut wajahnya.

“Aku tau lah. Kau apa tau, aku ni semua benda aku tau okay.” Tutur katanya itu dibalas Medina dengan cebikan, individu itu hanya sengih.

Ingatan Medina matikan, bila dia sudahpun memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah. Alamat itu sekali lagi diteliti oleh Medina.

“Yup. Inilah.” Medina ingin menghubungi Aliyah bagi memaklumkan ketibaanya, sebelum pagar rumah itu terbuka, dan sebuah kereta meluncur keluar dari kawasan rumah itu. Medina hanya menangkap sekilas cermin kereta yang dilapisi tinted gelap itu. Tidak membolehkannya melihat pemandu yang terus memandu laju pergi.

Panggilan telefonnya akhirnya diangkat. “Assalamualaikum. Yes, I am here.” Medina memberitahu dan kemudian melangkah keluar daripada kenderannya. Panggilan ditamatkan setelah dia memberitahu Aliyah bahawa dia akan memarkir sahaja keretanya di luar.

Beberapa fail dan plan di ambil dari tempat duduk belakang. Dan Medina mengatur langkahnya masuk ke kawasan rumah tersebut. Matanya kemudian menangkap pemandagan taman mini di dalam kawasan rumah itu.

Bercirikan binaan taman Jepun, sangat menarik hati Medina. Batu-batuan kecil menjadi seperti sebuah jalan laluan membawa terus ke kawasan pintu masuk utama. Medina sangat kagum. “Embrace yourself for what comes next Medina.” Medina berbicara dengan dirinya sendiri.

Aliyah sudah menanti Medina di hadapan muka pintu. “Welcome.” Meyambutnya dengan senyuman mesra. Seperti yang Medina jangka, binaan di dalam rumah banglow itu juga tidak kurang hebatnya walaupun belum menjalani apa-apa pengubahsuaian dan tidak dilengkapi dengan perabot.

“Wow. This house is splendid.” Medina memuji tanpa sedar.

“Yes it is.” Aliyah mengiyakan. Dan dia kemudian membawa Medina melihat ke setiap penjuru ruang rumah tersebut. Dari ruang tamu yang memiliki siling yang tinggi, dengan dinding kaca yang semestinya mempamerkan pemandangan yang jauh ke luar serta pancaran suria yang cukup memenuhi seluruh ruang di dalam rumah itu.

Dan hanya di sebelah kawasan ruang tamu itu pula ialah kawasan dapur terbuka. Sangat sesuai bagi membolehkan setiap ahli keluarga berinteraksi, samada ketika si ayah dan anak-anak sedang berehat di ruang tamu dan si ibu pula memasak di dapur. Medina senyum sendiri dengan imaginasinya.

Puas meneliti setiap ruang. Yang semestinya menarik hati Medina ialah kawasan bilik tidur utama yang mempunyai dinding kaca juga menghadap matahari terbit itu. Dengan pemandangan sebegitu Medina tentu tidak akan keluar daripada bilik itu. Hatinya sungguh jatuh hati.

Dan setiap kali rasa terkejutnya bereaksi “Wow” itu setiap kali itu jugalah Aliyah turut ketawa sama. ‘Okay, Medina you’re not acting quite profesional right now.’ Hatinya berbisik. ‘But I can’t help it. This house is just to dream of.’ Hatinya mengiyakan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience