Bab 4

Romance Completed 10959

BAB 4

Kerja-kerja pengubahsuaian sudahpun bermula, dan apa yang memudahkan lagi tugas Medina ialah reka bentuk serta gaya yang ingin diketengahkan oleh tuan rumah ini. Klasik dan moden kontemporari disatukan bersama. Cita rasa yang sangat unik kalau menurut Medina, sangat memenuhi citarasanya sendiri.

Medina merasakan seperti dia sedang mengubahsuai rumah sendiri bila konsep itu diberitahu Aliyah kepadanya. “Really?” Soal Medina pada Aliyah, cuba mengawal keterujaannya sendiri.

“Yup. Definitely.” Aliyah mengangguk, berserta senyuman yang tidak pernah lekang daripada wajah wanita itu.

Konsep itu diberikan kepada Medina dan dia diminta untuk melakukan pengubahsuain itu menurut kepada pandangannya tentang konsep klasik dan moden kontemporari itu sendiri. Pada awalnya Medina agak risau juga kerana tuan rumah kepada rumah yang diubahsuainya ini tidak akan terlibat langsung dalam proses pengubahsuaian yang akan dia lakukan.

“Dia betul-betul pasti ke dengan keputusan ni Pn. Aliyah? Because this will be stated in the contract, and he will never get to do anything with the final product if he happened not to like it.” Medina menyoal Aliyah.

“He’s certain Cik Medina. Lagipun, awak tak yakin ke dengan hasil kerja awak nanti?” Aliyah senyum menyoal Medina. Tetapi bagi Medina, ini merupakan cabaran buatnya. Dia tidak akan membiarkan cabaran sebegini menganggu gugat keyakinannya. Yakin dan bukannya angkuh.

“Of course. I do. Well this will be really challenging.” Medina sengih.

“He trusts you Cik Medina So don’t you worry.” Tutur Aliyah lagi.

Mendengarkan itu Medina yakin sungguh bahawa pelanggannya ini sudah mengikuti semua perkembangan dan pengubahsuaian yang dia telah lakukan. Tidak susah untuk orang ramai mengenali dia yang merupakan seorang pereka selebriti.

Bahkan pihak produksi yang berkerjasama dengan Medina dalam rancangan televisyen juga meminta untuk membuat penggambaran bagi pengubahsuaian rumah ini untuk siaran musim akan datang. Namun permintaan itu telah ditolak oleh tuan rumah tersebut. Medina agak kecewa sebenarnya, kerana dia tidak dapat berkongsi dengan orang ramai proses renovasi rumah tersebut.

Tetapi Medina faham dengan privasi yang ingin dijaga oleh pemilik rumah itu. Bila dia mencadangkan usul itu pada Aliyah, dan diberi keputusan oleh wanita itu selepas beberapa hari bahawa pemilik rumah itu tidak bersetuju.

“This house is for his loved one. You know. So he wants to keep the privacy.” Begitulah kata Aliyah kepadanya.

“Owh yes. Saya faham.” Jawab Medina ringkas. Pemilik rumah ini pada Medina samada terlalu romantik ataupun ‘Too chessy’ bisik hati Medina. Mematikan bisikannya serta-merta, bila Medina sedar dia tidak ada hak untuk menilai orang.

“He must really love his loved one, right?” Medina berasa ingin tahu tentang pemilik rumah ini. Kalau mengikut pemerhatian sisi ‘pegum’ dalam diri Medina, pemilik ini mungkin sudah agak berusia. Mungkin rumah ini untuk diduduki selepas pemilik itu bersara, kerana suasana dan lokasi yang sangat sesuai didiami kekita di lewat usia – dapat memberikan ketenangan.

“Yes he is.” Jawab Aliyah. “I’ve known him for so long.” Tambah Aliyah lagi. ‘Yes’ konklusi Medina betul ‘I still got it’ dia tersenyum. Melihat kepada usia Aliyah yang 20 tahun lebih tua daripada Medina itu, meskipun wanita itu kelihatan lebih muda daripada usianya, dan telah mengenali pemilik rumah itu lama. Sudah pastinya pemilik tersebut juga sudah berusia.

Medina semakin lebih bersemangat dengan pengubahsuaian ini. Dia ingin memberikan yang terbaik buat pasangan tua yang akan menetap di rumah itu. Dan Medina mengubah pandangannya tentang pemilik rumah ini yang ‘Too cheesy’ katanya, kerana pemilik itu sememangnya adalah seorang yang romantik.

“And he’s so romantic too.” Tutur Medina pada Aliyah, sambil tersenyum. Aliyah angguk kepala, mengiyakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience