Bab 10

Romance Completed 10959

BAB 10

Luthfi telan liur memandang sinar pada mata Medina. Gadis itu kelihatan ingin menangis. Dia tidak betah melihat Medina begitu – rapuh dan terluka. Penuh rasa bersalah memandang Luthfi.

Lelaki itu mengalihkan pandangannya keluar dinding kaca yang memaparkan pemandangan dari terik matahari pagi.

Medina menyangka Luthfi tidak dapat menerima permohonan maafnya.

“I only knew about everything later, when it’s too late. I am sorry.” Tutur Medina perlahan dan teratur. “Bertahun…” Medina berjeda, memandang ke arah Luthfi yang masih tepat pandagannya keluar itu.

“Bertahun saya bawa rasa bersalah saya pada awak. It’s been so cold everynight.” Sambung Medina.

Tekak luthfi terasa kering, matanya berkelip mendengar tutur kata Medina. Selama ini dia kira Medina telah membencinya. Selama ini dia kira dia akan tetap tidak dapat menerima tuduhan Medina padanya.

Selama ini dia kira hidupnya akan lebih baik bila dia jauh daripada gadis itu. Tetapi sebaliknya, tanah Malaysia ni menemukan mereka kembali. ‘And there she is standing infront of me apologizing’. Luthfi mengeluh perlahan.

Luthfi menyayangi Medina sejak dulu, bahkan dia sedar sayang itu telah bertukar kepada rasa cinta.

Dia tidak kuat melihat Medina yang lemah dan terluka sebegitu. Masa lalu mereka terlalu membelengu hidup mereka kini. Dan kedua-dua mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi mebetulkan apa yang telah terjadi dulu.

“Sorry kids. I didn’t take long right?” Soal Aliyah yang sudah kembali ke dalam bilik itu. Kedua-dua Medina dan Luthfi terus mengawal riak mereka. Tidak membiarkan Aliyah mengesan mainan perasaan yang sedang memenuhi ruangan itu.

“No. No. Not at all.” Jawab Luthfi dengan nada seperti biasa.

“Okay lah kalau macam tu. Can we drop all the formality now. Memandangkan this is officially gonna be my last job. And my last day of working with you Luthfi.” Nyata Aliyah. Luthfi hanya tersenyum senang dengan Aliyah yang sudah seperti ahli keluarganya sendiri itu.

“Medina, it was great working with you. Akak bangga tengok anak muda macam kamu berdua ni yang mampu berjaya dalam bidang yang kamu ceburi.” Aliyah memandang kedua-dua Aliyah dan Luthfi, tidak sedar akan persamaan di antara kedua-dua mereka itu. Medina tidak tahu mahu berkata apa. Masih terkesan dengan situasi bersama dengan Luthfi tadi.

“And Luthfi, sekarang kamu dah boleh bawa bakal isteri kamu tu datang rumah ni. She’ will definitely love Medina’s work.” Kata-kata Aliyah itu memberikan impak yang berbeza pada Medina dan Luthfi. Kerana Luthfi tahu akan kenyataan kata-kata Aliyah itu sedangkan Medina tidak mengetahui apa-apa.

Medina hanya menghantar senyum mendengar kata-kata Aliyah. Apa yang sedang dia rasa sekarang? Medina sendiri juga tidak tahu. Mungkin ini ialah akhir sebenar buat mereka berdua. Samada Luthfi memaafkannya atau tidak, Medina tidak kisah. Mereka tetap akan membawa haluan hidup masing-masing selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience