Bab 11

Romance Completed 10959

BAB 11

Langkah di bawa masuk ke dalam restoran eksklusif itu, Medina disambut oleh salah seorang daripada pekerja restoran tersebut. Medina menyangka yang pertemuannya dengan Aliyah dan Luthfi tempoh hari ialah pertemuan terakhir antara dia dengan lelaki itu. Namun ternyata tidak, Luthfi menghubunginya untuk mengatur perjumpaan mereka.

Medina menerima panggilan daripada nombor yang tidak terdapat dalam contact nya. Tetapi tanpa ragu-ragu panggilan itu diangkat juga.

“Helo.” Tidak ada sahutan daripada sebelah sana. “Hello. Is someone there.” Medina menambah. Baru sahaja dia berkira-kira untuk menamatkan panggilan itu, sebuah suara garau memberi salam. Medina terdiam seketika sebelum dapat membalas salam daripada suara yang sangat dia kenali itu. Itu ialah Luthfi.

Katanya ada sesuatu yang dia ingin bincangkan dengan Medina yang tidak dapat dengan hanya melalui perbualan telefon, dan mereka perlu berjumpa. Dan Luthfi telah mengaturkan perjumpaan mereka di restoran tersebut.

Medina memerhatikan hiasan restoran itu yang sesungguhnya sangat terlihat eksklusif. Bukan citarasa Luthfi, bisik hatinya. Apa yang dia tahu tentang Luthfi ialah lelaki itu lebih suka kepada kafe-kafe yang kecil, terpencil, sederhana dengan rekaan vintage. Ya, Luthfi sangat klasik sama sepertinya juga.

Pekerja restoran itu membawa Medina ke arah sebuah meja yang berada dekat dengan dinding kaca yang memperlihatkan suasana di bahagian luar restoran itu. Luthfi sedang menanti. Duduk membelakangi arah Medina dan pekerja itu datang.

Menyedari kehadiran Medina, Luthfi terus bangun dan menarik kerusi buat Medina setelah pekerja itu berlalu pergi. Gadis itu cuba bereaksi tenang. “Thank you.” Tutur Medina perlahan. “My pleasure.” Jawab Luthfi. Tingkah lelaki itu membuatkan Medina bertanda tanya sendiri.

Pandangan Medina hanya dijatuhkan pada napkin di hadapan. Tidak langsung memandang Luthfi. Sedangkan lelaki itu pula sebaliknya, pandangannya tepat pada wajah Medina. Merakamkan setiap sudut wajah yang dirinduinya itu. Lapan tahun – mereka hilang lapan tahun hanya disebabkan oleh apa yang telah terjadi. Persahabatan dan hubungan mereka.

Mungkin ini ialah masa yang terbaik untuk membetulkan segalanya. Semuanya bermula bila dia melihat Medina di dalam sebuah rancangan televisyen. Dan Luthfi serta merta terus menyiasat tentang Medina. Di mana keberadaan gadis itu, apa yang dilakukannya sekarang.

Dan dengan itu datang idea untuk dia mendapatkan Medina sebagai pereka ubahsuai untuk rumahnya. Rumah idaman yang dia bina berasaskan kepada impian Medina dan dia suatu masa dulu. Membiarkan gadis itu mengambil segala keputusan yang dibuat untuk rekaan tersebut, tanpa mengetahui apa-apa di sebalik semuanya.

Bahkan Aliyah yang diarahkannya untuk berurusan dengan Medina juga tidak mengetahui bahawa Medina ialah gadis yang sering dia ceritakan pada Aliyah dulu. Gadis yang dikatakan sebagai sahabatnya, tetapi Aliyah tahu lebih daripada itu bila mendengarkan cara Luthfi bercerita tentang Medina.

Perubahan Medina yang bukan sahaja dari segi penampilannya itu, tetapi juga tingkah lakunya, mengagumkan Luthfi. Niat yang dulu tertanam kini bercambah semula. Untuk bersama dengan gadis yang dicintainya. Tetapi sebelum dia memulakan langkahnya dalam hal ini, perkara lama perlu dia selesaikan dengan Medina terlebih dahulu.

Pelayan yang datang membawa pesanan mereka mematikan pandangan Luthfi daripada terus memandang Medina. Kedua-dua mereka tidak berbicara selepas itu. Luthfi mengangkat tangan membaca doa makan begitu juga Medina.

“Bon appetite.” Tutur lelaki itu cuba memecahkan kejanggalan yang terasa. Medina tersenyum kecil.

Separuh jalan menikmati hidangan mereka, Luthfi buka mulut. “I never know that you can be so girly like this.” Tidak dapat tidak, dia berasa ingin menegur tingkah Medina. Dia bukan mengejak tetapi suka melihat Medina begitu.

Kalau dulu mungkin kerana keakraban mereka itu, Medina tidak pernah beraksi terlalu keperempuanan di hadapannya. Yang hanya menyatakan Medina itu ialah perempuan pada Luthfi ialah cara pemakaiannya.

Untung sahaja ketika Luthfi menuturkan kata-katanya, Medina tidak sedang mengunyah makanannya. Tetapi tetap juga dia tersedak dengan air liur sendiri mendengarkan kata-kata lelaki itu, dan tanpa pamitan pipinya sudah merona. Luthfi masih dengan perangainya seperti dulu, fikir Medina. Suka mengenakannya.

“Sorry.” Luthfi menghulurkan gelas berisi air kepada Medina.

Medina berdehem beberapa kali untuk menenangkan kerongkongnya yang rasa tercekik tadi. Hampir dia terlupa untuk bertanyakan pada Luthfi tentang apa yang lelaki itu ingin bincangkan.

“So, apa dia yang awak nak bincang dengan saya.” Medina menyoal tetapi masih tetap tidak memandang Luthfi.

“Can you look at me when you’re talking?” Luthfi meminta.

“You’re not my mahram. I bet you understand that.” Jawab Medina masih tidak mengalihkan pandagannya kepada Luthfi.

Dia sebenarnya tidak selesa keluar berdua dengan Luthfi, nasib baik restoran yang mereka kunjungi ini ialah tempat yang terbuka walaupun orang-orang dalam restoran itu hanya khusyuk dengan urusan mereka sendiri. Lelaki itu sudah tersenyum. Medina sudah jauh berubah, tetapi dia suka pada perubahan itu.

“Well…” Luthfi mengalihkan pandangannya daripada Medina.

“Make me your mahram then.” Dia menyambung, dan menanti reaksi Medina. Yang mana gadis itu memang ternyata agak terkesima dengan kata-kata Luthfi.

“Kita tak ada kaitan darah. That’s imposibble.” Tutur Medina sengaja tidak ingin menyentuh maksud sebenar kata-kata Luthfi.

“We don’t have to be blood related, untuk jadi mahram.” Luthfi senyum dengan kata-katanya sendiri, gemar melihat Medina yang sudah terkesan itu.

“Lets get straight to the point okay Encik Luthfi.” Medina malas hendak melayan apa-apa lagi yang ingin dikatakan oleh Luthfi. “What is that, that you want to discuss with me?” Medina pandang Luthfi sekilas.

“You said sorry.” Jawab Luthfi.

“Huh?” Medina bingung mendengar kata-kata lelaki itu.

“Saya nak selesaikan semuanya antara kita.” Terang Luthfi sambil menarik nafas dalam. Pandangannya diarahkan pada Medina.

“Marry me.” Tanpa sedar Luthfi menuturkan ayat itu. Sedangkan niatnya hari ini hanyalah untuk merungkai segala salah faham antara dia dan Medina. Tetapi entah kenapa Luthfi berasa, jika semuanya terungkai sekarang dia mungkin akan kehilangan Medina sekali lagi.

Gadis dihadapannya itu nyata terkejut. Medina tidak tahu apa yang baru dia dengar. Adakah dia salah dengar? Wajah Luthfi dianalisisnya. Tidak. Dia tidak salah dengar.

“You’re crazy.” Medina terus bangun membawa langkahnya meninggalkan Luthfi. Dia sangat terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Entah apa yang sedang bermain dalam kepala Luthfi, dia tidak tahu. Medina terus sahaja laju membawa langkahnya keluar daripada restoran itu.

Dia tidak menuju ke arah keretanya yang diparkir di kawasan restoran itu tadi, tetapi sebaliknya tanpa sedar laju sahaja langkahnya pergi dari situ. Medina seolah-olah terkena kejutan budaya mendengar permintaan Luthfi, membuatkan dia lupa tentang segalanya.

Luthfi yang tidak menyangka akan respon Medina bila dia menuturkan ayatnya itu tadi, segera mengejar Medina setelah meninggalkan beberapa not wang untuk makan tengah hari mereka. Matanya meliar ke sekeliling untuk melihat kelibat Medina di luar restoran. Tidak jauh dari situ Luthfi mengesan susuk tubuh Medina.

Gadis itu melangkah laju menuju ke arah laluan melintas. Entah sedar atau tidak lampu yang sudah bertukar merah itu tidak dihiraukan Medina, bila dia terus sahaja melangkah ke atas jalan raya. Bunyi hon nyaring kedengaran bila pemandu yang tidak menyangka akan kehadiran Medina di atas jalan raya itu mengejutkannya.

Medina terkejut bila tubuhnya direntap kuat ke belakang sebelum kenderaan tadi sempat merempuhnya. Untung sahaja Luthfi pantas mengejar Medina, dia yang juga tidak menduga kejadiaan itu terus bertindak reflek menarik Medina kepadanya. Pemandu tadi kemudian berlalu selepas memberikan pandangan yang agak berang ke arah mereka.

“Have you out of your mind!” Suara Luthfi naik memarahi Medina. Gadis itu sudah mendongak memandangnya, tidak suka.

“It’s none of your business.” Tutur Medina dingin. Dia yang sedar masih berada dalam pelukan Luthfi segera menolak lelaki itu.

“None of my business?!” Luthfi geram mendengarkan kata-kata Medina. “You said it’s none of my business. If you were to get hit by that car just now. It will be my business. Sebab cuma aku yang kenal kau kat sini.” Luthfi berang. Medina tidak tahu bagaimana terkejutnya Luthfi dengan kejadian itu. Bagaimana jantungnya seolah-olah hampir melayang keluar melihat kejadian itu.

“So what? Aku tak suruh kau untuk bertanggungjawab pun, atau bawa aku pergi hospital kalau aku mati kat sini.” Medina tidak ingin mengalah, dia masih marah dengan apa yang Luthfi ucapkan di dalam restoran tadi.

Luthfi tunduk melepaskan keluhnya, ternyata Medina masih suka bertekak seperti dahulu. Tidak suka mengalah. “You never change.” Tutur Luthfi tersenyum, dan mengangkat wajahnya memandang Medina. Gadis itu sudah kerut dahi memandang perubahan tingkah Luthfi.

“Gila!” Hambur Medina pada Luthfi dan terus berpaling membawa langkahnya pergi. Luthfi mengekori langkah Medina, dan sama-sama turut melangkah bersama gadis itu. Tidak tahu ke mana arah tujuan mereka.

“Ya. Memang aku gila, kau yang buat aku gila.” Luthfi bersuara semula. Berjalan di sisi Medina dengan jarak antara mereka.

“Well, aku suggest kau pergi jumpa psychologist. Because I don’t think I’ll do any help.” Medina tidak memandang Luthfi dan masih berjalan.

“Owhh you will.” Tutur Luthfi menarik perhatian Medina. Gadis itu sudah berhenti dan menoleh ke arah Luthfi sekilas. Luthfi senyum pada Medina. Ikhlas.

Medina masih memandang Luthfi – tertanya-tanya. “Lets talk about it over some ice-cream.” Luthfi terus berlalu mendapatkan penjual aiskrim bergerak yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri itu. Medina hanya mengeleng-geleng.

Seketika kemudian Luthfi kembali dengan dua cawan aiskrim. Tersenyum memandang Medina, seolah-olah mereka bukan baru habis bertekak tadi. Namun Medina masih menampalkan riak tidak berpuas hati pada wajahnya.

“Here.” Hulur Luthfi kepada Medina. Gadis itu pandang acuh tak acuh. “Tak nak.” Balas Medina.

“It’s your fav Med. Vanilla.” Luthfi cuba memancing lagi, dia tahu Medina tidak akan menolak aiskrim kegemarannya itu.

“Lagipun tadi kita tak sempat pun nak jamah dessert. Ada orang tu marah bila kita propose dia.” Tutur Luthfi, sengaja mengenakan Medina. Buat seketika mereka seperti kembali kepada masa lapan tahun dulu. Menjadi sahabat semula.

“Ni bukan hal main-main Luth.” Marah Medina, dan mengambil cawan aiskrim dari huluran Luthfi kasar. Luthfi tersengih, ‘Tak tahan juga.’ Bisik hatinya.

“Dan lagi satu buka kau dah ada calon isteri ke?” Medina ingin tahu. Bukankah rumah yang diubahsuainya itu ialah untuk bakal isteri Luthfi.

Luthfi yang cuba menahan ketawanya itu terus tergelak. Medina memandang hairan. ‘Bipolar sungguh.’ Bisik hatinya melihat Luthfi. “What?” Medina berang melihat reaksi Luthfi, ingat dia main-main kah.

“Are you jealous?” Soal Luthfi setelah berhenti daripada gelaknya. Medina julingkan mata keatas, menidakkan. Walaupun kebenarannya adalah sebaliknya.

“You are…” Tutur Luthfi. “You’re my future wife. Kalau kau terima lamaran aku.” Sambung jejaka itu lagi. Pandangannya menunduk memandang langkah mereka.

“Please stop playing around Luth.” Medina tidak dapat menerima kata-kata Luthfi itu. Apa benarkah?

“I am not playing around. Aku serius Med.” Tutur Luthfi perlahan dan bernada serius. Ya, dia tidak bergurau dengan apa yang dia katakan kepada Medina tadi.

Medina mengeluh, dan sesekali menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

“Kalau kau rasa kau perlu bertanggungjawab sebab apa yang jadi lapan tahun lalu. Kau tak perlu pun Luth. It’s my fault. Besides, lagi teruk aku tuduh kau…” Medina mengeluh, tidak dapat menyambung kata-katanya. Bercerita tentang kejadian lapan tahun lalu sama sahaja seperti bercerita tentang kejadian hitam dalam lembaran hidupnya.

Medina bertuah bila dia masih mampu menjaga maruahnya. Selepas kejadian itu ibu Medina, Puan Suraya terus sahaja membawa Medina membuat pemeriksaan doktor selepas dia keluar daripada lokap. Alhamdulillah, dia tidak dirogol ataupun melakukan hubungan sumbang itu meskipun sedang dibawah pengaruh dadah. Hanya bekas-bekas memerah pada lehernya itu sahaja yang tidak ada penjelasan lanjut dia dapat, kerana dia memang tidak ingat apa-apa selepas kejadian itu.

“Med, aku memang tak patut bawak kau ke situ malam tu. So, yes I deserved it.” Tutur Luthfi perlahan. Mereka berdua sedang membuat refleksi diri dengan perbuatan zaman remaja mereka. Andai sahaja masa mampu diulang kembali.

Mereka berdua sedar, apa yang sudah berlaku tidak akan dapat lagi diubah. Apa yang menanti di masa hadapan itu yang mampu mereka corakkan nanti. Dan Luthfi ingin mencorakkan masa hadapan itu bersama dengan gadis di sisinya itu. Bersama dengan Medina.

“Kita diberi peluang untuk buat pilihan Luth. I chose that way. So ya…” Medina jongket bahu tidak tahu ayat apa yang dapat dia sambung lagi.

Sekurang-kurangnya hidup Medina berubah selepas saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience