Bab 17

Romance Completed 10959

BAB 17

Nenek mendekati Medina, gembira gadis itu telah menjadi isteri Luthfi. Medina bangun dan terus memeluk nenek. Hatinya rasa bersalah. Pelukan dilepas dan wanita tua itu tersenyum memandang Medina.

“Medina nampak cantik sangat hari ni.” Tutur nenek memandang Medina. Gadis itu hanya tersenyum tidak tahu mau berkata apa.

“Nek…” Tutur Medina selepas mereka duduk.

“Medina nak minta maaf dengan apa yang Medina dah buat dulu.” Sambungnya menundukkan wajah malu memandang reaksi nenek.

“I don’t remember anything bad you have done, untuk Medina minta maaf macam ni.” Kata-kata nenek membuat Medina mengangkat wajahnya memandang wanita tua itu.

“Tapi.. tapi..” Kata-kata Medina terus dipotong nenek.

“You know sayang, nenek ni agak pelupa. Jadi nenek memang suka lupa benda-benda yang dah lama terjadi.” Tutur nenek dengan maksud yang dalam. Medina tersenyum mendengarkan itu. Dia berasa lega dan gembira.

“Dah, dah. Nenek hampir lupa pula apa nenek nak buat tadi masuk sini.” Tutur nenek tertawa. Dia mengeluarkan sebuah kotak daripada begnya. “Untuk Medina.” Huluran kotak itu disambut Medina.

Perlahan-lahan dibuka kotak itu. Seutas rantai leher yang sangat indah terpampang pada pandangan mata Medina. Dia memandang nenek meminta kepastian. Nenek mengangguk, dan memakaikan rantai leher itu pada Medina.

“Rantai tu pusaka warisan. Nenek beri pada emak Luthfi masa dia kahwin dengan ayah Luthfi. Dan sekarang masanya rantai tangan ni beralih tuan, dan nenek serahkan pada Medina pula. Jagalah elok-elok. Dan nenek doakan semoga Medina dan Luthfi hidup dibawah keberkatan Allah s.w.t dan memiliki keluarga yang sakinah dan mawaddah war rahmah.” Luah nenek dan mengucup ubun-ubun Medina

“In sha Allah nek.” Jawab Medina sebak kerana terharu.

Mereka kemudian melangkah keluar bersama-sama untuk melayan tetamu yang hadir. Luthfi dan Medina tidak bersanding kerana mereka memilih untuk lebih mendekati tetamu yang hadir. Memuliakan tetamu dan kaum keluarga.

Medina yang diiringi oleh flower girls tangkap muatnya – yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat mereka juga, kemudian membawa langkahnya keluar ke laman belakang yang dihiasi dengan ciri-ciri bertemakan taman Inggeris itu, di sana Luthfi menanti.

Medina dan Luthfi saling memandang antara satu dengan yang lain. Senyuman kebahagian menghiasi wajah kedua-dua pengantin baru itu. Buat pertama kalinya Medina melihat semula Luthfi yang dulu. Luthfi sahabat baiknya lapan tahu lalu, tanpa ada bayangan hitam kejadian yang berlaku dulu membayangi mereka.

Medina membawa langkahnya mendekati Luthfi. Lelaki itu menghulurkan tangannya dan disambut Medina. Mereka kemudian bersama-sama melangkah ke arah tetamu. Mengambil langkah pertama mereka sebagai suami isteri.

“Sayang, I have one last confession.” Bisik Luthfi pada telinga Medina. Gadis itu mendongak memandang si suami yang sudah tersenyum. Langkah mereka terhenti di tengah-tengah laman belakang itu.

“What is it?” Soal Medina membalas pandangan anak mata Luthfi yang memandangnya dalam.

“I want to tell you, that I love you. I have loved you since eight years ago. I have loved you when we were just friend.” Luah Luthfi. Kedengaran sangat romantik dan ikhlas pada Medina.

“And he’s so romantic too.” Teringat Medina akan pujiannya tentang pemilik rumah yang dia ubahsuai itu. Pemilik rumah itu – Luthfi.

“Dalam persahabatan kita, one of us has fallen. Fallen in love. I fall in love with you. I don’t know when. I never realised how. But it just happened” Luah Luthfi lagi, tangan Medina digenggamnya erat.

Bunyi klik kamera tiba-tiba kedengaran, membuatkan kedua-dua Luthfi dan Medina mengalihkan pandangan pada jurugambar yang sudah merakamkan momen mereka itu. “Alright, yang ni memang sweet.” Gembira tutur kata si jurugambar bila dapat menangkap momen kandid sebegitu.

Jurugambar itu kemudian hanya terus meminta mereka berdua beraksi seperti biasa dan dia masih terus merakamkan detik-detik bahagia kedua-dua mempelai itu. Luthfi hanya menggeleng dan membawa langkahnya bersama dengan Medina.

“And I love you too.” Bisik Medina dalam langkah mereka. Luthfi terus menunduk, memandang si isteri yang mendongak memandangnya. Senyuman kebahagian dia berikan pada Medina, mendengarkan ucapan itu. Dan Medina kemudian mengalihkan pandangannya, tidak tahan melawan pandangan suaminya. Luthfi hanya ketawa kecil.

Siapa kata masa lalu itu akan terus mengganggu kehidupan masa hadapan mereka. Siapa kata jiwa yang rapuh dan patah itu tidak mampu terubati. Siapa kata Allah s.w.t akan membiarkan hamba-hambanya terus hanyut dibawa arus dunia, andai sang hamba masih tidak putus asa mencari redhaNya. Siapalah mereka untuk mengatakan sebaliknya andai Allah s.w.t mengatakan yang sebaliknya pula.

Sesungguhnya jiwa-jwa yan lemah itu masih boleh dirawat, andai saja ia menemukan Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience