Bab 7

Romance Completed 10959

BAB 7

“I hate you. I hate you. This is all your fault Luth. Aku ingat kau kawan aku.” Medina menumbuk kuat dada Luthfi. Tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Aishah cuba menahan adiknya. Lelaki di hadapan mereka itu hanya diam kaku, Luthfi tidak menjawab sepatah kata pun kata-kata Medina.

“Miss Medina.” Panggilan kedua Luthfi masih tidak dihiraukan Medina, Luthfi sudah kerut dahi. Gadis itu seperti hilang dalam dunianya sendiri.

“Miss Medina.” Sekali lagi Luthfi memanggil dengan lebih kuat.

Medina tersentak daripada ingatannya, “Oh. Yes.” Medina menjawab dan berdehem bila suaranya seperti tidak keluar sepenuhnya. Dia sedang menahan sebak.

“Boleh kita mula perbincangan kita sekarang. I suppose Puan Aliyah has told you about the item.” Luthfi menunjuk ke arah lukisan di belakang Medina. Medina menoleh ke belakangnya dan memandang pada lukisan itu sekali lagi.

“Yes, yes of course. But just a second. I need to go to the toilet. Excuse me.” Medina berkata dalam satu nafas dan membawa langkahnya keluar daripada bilik itu. Dia memerlukan ruang udara untuk bernafas. Sukar terasa bila dia menyedut udara yang sama dengan Luthfi. Ketegangan yang dapat dia rasakan, walaupun dia cuba beraksi tenang.

Luthfi hanya memerhati langkah Medina. Dia melihat riak wajah Medina, gadis itu tidak seperti dahulu yang sentiasa yakin dalam tingkahnya. Medina kelihatan seperti seseorang yang pernah terluka, yang sedang cuba untuk menyembunyikan semua yang penah berlaku padanya.

Namun semua itu terlihat terang pada Luthfi.

Kejadian lapan tahun lalu ternyata sangat meninggalkan kesan pada Medina. ‘She’s a girl after all.’ Bisik hati Luthfi. Tentu sahaja kejadian itu memberikan kesan lebih kepada kehidupan Medina berbanding hidupnya, walaupun dia sama terluka dengan reaksi Medina padanya.

Mungkin dulu membawa dirinya jauh daripada tanah air selepas kejadian itu sememangnya ialah keputusan yang terbaik. Dan cuba untuk melupakan segalanya, melupakan gadis yang dia cintai. Melupakan Medina. Tetapi tidak lagi sekarang. ‘The table has turned.’ Bisik Luthfi, Medina kini sudah berada di hadapan matanya. Dan dia bukan lagi seorang remaja lelaki seperti lapan tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience