Bab 5

Romance Completed 10959

BAB 5

Kerja-kerja pengubahsuaian yang selalunya mengambil masa yang agak lama bagi keseluruhan sebuah rumah, tidak memakan begitu banyak masa. Medina memang sangat kagum dengan kerja pengubahsuaian rumah ini, yang telah menggunakan begitu banyak sub-kontrak untuk menyiapkan semua kerja megikuti plan dan rancangan Medina.

Memang benar kata Aliyah, kos tidak menjadi satu masalah buat pemilik rumah ini. Mengikut anggaran kasar Medina sahaja, kos kerja-kerja dalam proses untuk siap seratus peratus itu sudah pun sangat tinggi. Tetapi memandangan sebahagian sub-kontrak Medina ialah daripada syarikat kepada pemilik rumah ini sendiri, maka kos itu dapat dikurangkan sedikit. Ya, hanya sedikit.

“Such a breathtaking.” Tutur Medina perlahan. Dia sedang membuat pemeriksaan terakhir semua kerja-kerja pengubahsuaian sebelum rumah tersebut dapat dimuatkan dengan perabot dan kelengkapan serta hiasan lain.

Hari ini Medina tidak ditemani oleh Aliyah. Kerana menurut Aliyah tuan rumah ini sendiri yang akan datang untuk bertemu dengan Medina bagi membincangan sedikit penambahan yang dia ingin lakukan dalam rekaan Medina.

Walaupun Medina agak risau bila Aliyah memberitahunya perkara itu. Tetapi Aliyah meyakinkan Medina bahawa, majikannya hanya ingin menambah beberapa item peribadi untuk Medina masukkan ke dalam susun atur dalam rekaannya.

Langkah Medina dibawa naik ke tingkat atas. Telefon pintarnya berdering. Panggilan masuk daripada Aliyah.

“Waalaikumsalam.” Medina menjawab salam dari sebelah.

“Yes, yes. I am heading to the master bedroom.” Medina memberitahu lagi. Selepas beberapa ketika panggilan ditamatkan. Medina sudah pun berada di bilik tidur utama.

Matanya melilau mencari item yang diberitahu oleh Aliyah tadi, yang terletak di dalam bilik tidur utama itu. Pandangan Medina jatuh pada, sesuatu yang berbungkus. Lebar dan agak nipis. “A painting?” Tebak Medina.

Tangannya menyentuh item tersebut, dan mengoyakan bungkusan yang membalut item itu. Sedikit demi sedikit bungkusan itu koyak, dan semakin memperlihatkan sebuah lukisan di dalam. “Yes it is.” Medina menjawab sendiri tebakannya tadi.

Pergerakan tangannya terhenti apabila sudah separuh bungkusan itu dia koyak. Terkesima? Terkejut? Ya. Bukan kerana lukisan itu terlalu indah, walaupun hakikatnya lukisan itu memang cantik. Tetapi kepada suatu hakikat yang Medina sangat mengenali lukisan itu.

Jantung Medina berdegup kencang. Seolah-olah dia baru sahaja menghabiskan larian pecut, ataupun maraton. Peluh dingin membasahi dahi dan telapak tangan Medina. Mana mungkin dia lupa kepada lukisan itu. Pemandangan matahari terbenam, yang memantulkan cahayanya kepada kawasan bandar di bawah. Tetapi, kenapa lukisan tersebut boleh berada di sana. Di dalam rumah itu.

Medina geleng-geleng kepala. ‘Tak mungkin. Tak mungkin.’ Hatinya menidakkan suatu kemungkinan. Langkah dibuka, setapak demi setapak dia berundur ke belakang jauh daripada lukisan yang sedang berada di hadapan matanya itu.

Dengan pantas Medina memalingkan tubuhnya, dan ingin segera berlalu daripada situ. ‘Bukk’. Kuat bunyi dia melanggar sesuatu atau lebih tepat seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience