Bab 12

Romance Completed 10959

BAB 12

Puan Suraya berhenti daripada menjadi pensyarah dan memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuhnya. Menurut ibu Medina itu tidak ada guna dia dapat mendidik dan melahirkan insan yang berguna di universiti tempat dia mengajar itu, sedangan insan yang paling dekat dengannya pula terabai dan hilang arah tuju.

“I still have my students here.” Tutur Puan Suraya sambil memeluk kedua-dua anak gadis. Abah Medina juga sudah memberikan perhatian sepenuhnya buat keluarga mereka. Sentiasa bertanya setiap aktiviti anak-anaknya.

Sehinggalah mereka mencadangkan untuk menghantar Medina keluar negara. Dan Medina hanya bersetuju, mungkin itu ialah saat untuk dia membuka lembaran baru dalam buku kehidupannya. Dan sememangnya kehidupan Medina tidak pernah lebih baik daripada itu, kecuali rasa bersalah yang membelenggu dirinya.

“There’s something you need to know Med. About what happened that night, eight years ago.” Luthfi menarik nafas dalam. Bersedia dengan reaksai Medina selepas dia memberitahu akan hal yang terjadi dulu. Hal yang tidak mampu diingat oleh Medina.

Medina tidak berkata-kata hanya menanti penuh debar apa yang ingin dikatakan oleh Luthfi. Lapan tahun lepas – apa yang terjadi sebenarnya lapan tahun lepas.

“Kalau kau rasa aku tak perlu bertanggungjawab dengan apa yang dah jadi dulu. Aku rasa lepas kau dengar apa yang aku bagi tahu ni, you will probably change your mind.” Tutur kata Luthfi itu sedikit mengejutkan Medina. Dia telan liur. Gementar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience