Bab 1

Romance Completed 10959

Anugerah
Didiey

Bab 1

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya.

Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.

Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.

Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.

Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.

Ya, percaya.

Cepat atau lambat suatu hari kau akan sedari tiap yang berputar di paksi bumi ini ada zatnya, kesakitan itu juga satu anugerah sama seperti cinta.

Bertahun menuntut ilmu di negara orang, dia kini menjejakkan kaki semula ke negara kelahiran ini. Di sini banyak kenangan yang dia tinggalkan dahulu, membawa diri di perantauan berharap agar luput segala ingatan yang lalu.

Medina menghirup udara bumi tercinta, keluh kuat dilepas – keluh ketenangan. Laman rumah keluarganya ini amat menenangkan. ‘Hermm mestilah, Ibu suka sangat dengan reka bentuk hiasan laman belakang.’ Minat ibu Medina semakin mendalam sejak dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya tercintanya.

Teringat pada memori lapan tahun yang lalu, namun bayangan itu Medina cuba usir tidak mahu terus membelengu fikirannya. Gadis itu tersenyum, sudah seminggu sejak dia kembali dari luar negara. Dan seminggu itu jugalah ibu dan abah Medina tidak henti meleterinya, setelah anak perempuan mereka itu membuat pengakuan tentang penukaran bidang yang menjadi pilihannya. Medina sekarang ialah seorang pereka hiasan dalaman. Yakni suatu kerjaya yang sangat jauh bezanya daripada bidang yang awal-awal dia ambil ketika melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

“Ibu I’m sorry I got this from you too.” Sambil menjongket bahu dan tersengih lebar. Itu sahaja yang mampu Medina luahkan sebagai hujah untuk membela diri, dan termasuk juga huraian-huraian yang digulung sebagai untuk menutup kes nya itu.

Ya, keperibadian seorang peguam itu masih ada dalam diri Medina.

Walaupun, belum pun memasuki tahun kedua semasa menuntut dalam bidang itu dia mengambil keputusan untuk menceburkan diri serta merta menukar pengajian yang diambilnya ke dalam bidang rekaan hiasan dalaman. Tanpa pengetahuan kedua ibu dan abahnya semestinya. Memang mengamuk sakan kedua-dua orang tua Medina bila mengetahui perkara tersebut.

Medina hanya mampu ketawa kecil mengingatkan tentang itu. Ya, inilah apa yang mampu seorang Medina Bakar lakukan. ‘Termasuk apa yang dia telah buat lapan tahun yang lepas tu.’ Suara diiringi cebikan seolah berbisik di dalam minda Medina .

‘Damn it. Just shut up.’ Medina menjerit berbisik di dalam hati cuba untuk membuang segala bayangan lalu dan juga bisikan bodoh yang sedang bermain dalam kepala otaknya itu. Segera Medina beristighfar mengenangkan ayat yang dia muntahkan itu walaupun hanya pada diri nya sendiri.

“Old habit seems hard to change.” Hatinya berbisik perlahan sambil melepaskan keluhan kecil. Selendang yang dikenakan pada kepala longgar, Medina kemaskan sambil membawa langkah masuk ke dalam rumah.

Gadis itu sudah mula mengenakan hijab sejak semenjak beberapa tahun yang lepas, atau lebih tepatnya lima tahun yang dulu. Rindu mulai pula bertandang kepada sahabat yang menjadi pemangkin kepada perubahan dirinya itu, Nabiila. Alhamdulillah.

Nabiila ialah seorang gadis berbangsa Pakistan-British. Mengenali gadis periang itu membawa Medina dekat kembali kepada maha pencipta. Menyedarkannya kembali daripada mimpi yang dia sedang hanyut dan penuh dengan sikap memberontak pada waktu itu.

Waktu dimana kenangan tersebut seolah masih terlalu segar dalam ingatan Medina, seolah-olah baru semalam dia mengalaminya. Bercakap mengenai kenangan, serta merta menyedarkan Medina semula akan tujuan asalnya hendak ke laman belakang itu. Dahi Medina tepuk dengan telapak tangan.

Segera dia ingin melangkah keluar semula dari dalam rumah yang sudah beberapa kaki dia jejak itu selepas mengambil sudip kecil dari dalam stor, sebelum Puan Suraya sempat menegur. “Where are you going with that thing, Medina.” Sambil menunjuk ke arah sudip yang berada dalam tangan anak gadisnya.

Medina menjulingkan mata ke atas sebaik mendengar intonasi suara Puan Suraya yang bertanya kepadanya seolah-olah dia masih seperti anak kecilnya. Medina yang berumur lima tahun ketika hendak mencuri keluar dari rumah untuk bermandi hujan. Medina tergelak. ‘What a memory’, bisik hati nya. “Nak gali harta karun kat belakang rumah, ibu.” balas Medina berserta gelak kecil.

Segera gadis itu berlalu keluar sebelum ibunya sempat berkata apa-apa. Dapat dia rasakan gelengan kepala Puan Suraya melihat perangainya itu. Ketawa kecil Medina lepas. Memang sudah tentu hanya itu reaksi ibunya setiap kali dia cuba lari daripada masalah.

Dia seolah tersentap dengan perkatan ‘lari daripada masalah’ itu. ‘The thing you best at’, suara bodoh itu muncul lagi. Medina tahu itu ialah bisikan nya sendiri. Bisikan daripada perasaan bersalahnya. Kepala Medina geleng cuba mengusir bayangan itu.

Kaki yang sedari tadi melangkah ke laman belakang, membawa dia kepada sepohon pokok rendang yang ada di situ. Ya, Medina masih ingat tempat itu, tempat sama dia berdiri lapan tahun yang dulu. Tanah itu namun sudah sebati dengan tanah di kelilingnya, tidak seperti bagaimana dia tinggalkan dalam keadaan kesan digali dan ditimbus semula lapan tahun lalu.

Tangannya mula bekerja menggunakan sudip yang dia bawa tadi, menggali tempat yang sama. Dan mengeluarkan sebuah kotak dari dalam tanah itu. Kotak bercirikan vintage itu dia genggam erat. Seerat yang boleh untuk menenangkan hati yang mulai berkocak. Langkah Medina atur semula kembali ke dalam rumah.

* * * * * *

Kotak kecil yang sudah Medina gali keluar itu tidak dibukanya tapi sebaliknya membiarkan di atas meja setelah dia bersihkan. “Nak buka ke, tak nak.” Medina mula mencongak. “Buka, tak… buka, tak…” Buka! Ya, terbuka. Pintu bilik Medina terbuka dan meluruh masuk Aishah.

“Hey, don’t you know the rule of knocking on people’s door first before you come in.” Nada Medina sedikit meninggi kerana terkejut akibat serbuan Aishah itu.

“Well, you should’ve known the rule of answering too when people call on your door.” Aishah kakak tercintanya menjawab. Medina mengerutkan dahi. “Owh, so you did knock. Sorry my bad.” Bahu dijongketkan sambil menayang segih lebar. “Got so into my thought.” Sambungnya lagi.

Aishah hanya mengeleng. Dia melompat naik ke atas katil Medina. ‘Just like always.’ Medina menjulingkan matanya. Kotak tadi dia tolak ketepi membiarkannya dahulu buat masa kini. Dia kemudian melangkah ke katil sambil ikut serta bersama Aishah.

“So, apa perancangan sekarang?” Soal Aishah. Mereka berdua kini dalam posisi baring menghadap ke silling.

“Aish… Med baru je balik. Give me some time, untuk bermalas-malasan seketika, boleh. Hehe.” Medina segih ke arah kakaknya.

Aishah hanya menjulingkan matanya. Ya, Medina dengan Aishah lebih selesa dengan panggilan nama masing-masing meskipun Aishah itu ialah kakak kepadanya. Mungkin perbezaan umur yang hanya lima tahun membuatkan mereka selesa dengan satu sama lain. ‘Apa? Lima tahun tak ada lah jauh beza sangat kan.’ Lebih kepada penyataan daripada soalan, Medina berbicara di dalam hati.

“After everything you have done. I don’t think you deserve any time to rest little sis. Med kena buktikan pada ibu dan abah, bahawa keputusan yang Med ambil ni adalah yang terbaik.” Terang Aishah, jarinya memintal hujung bantal yang sedang dipeluk.

“Med. Aish ingat bila Med dah balik dapat lah tolong Aish kat firma abah tu. Now, I have to work on that firm on my own.” Keluh kecil Aishah lepas. Bibirnya sudah dicebikkan tanda merajuk dengan tindakan Medina itu. Tidak dia menyangka akan tindakan sebesar ini mampu diambil oleh Medina, tidak lagi selepas kejadian lapan tahun yang lalu.

Namun, apa yang Aishah pasti adiknya itu sangat bersungguh dalam setiap tindakan yang dia ambil. Medina memang seorang yang bercita-cita tinggi. Ditambah pula dengan sikap suka memberontakknya itu, memang sangat ‘membantu’ dalam setiap tindakan drastik yang dia ambil.

Aishah juga yakin yang sikap negatif dalam diri Medina sudah beransur hilang dari dalam dirinya, melihatkan pada perubahan yang dia ambil ke atas dirinya. Aishah tumpang gembira dengan perubahan Medina. Setelah segala benda yang masuk mencemari kehidupan Medina, tidak ada apa lagi yang mampu Aishah ungkapkan melainkan rasa syukur dalam jiwanya.

“Med cadang nak buka syarikat sendiri. Well, it will definitely take times. But, not to brag. I am well established too now.” Aishah hanya mencebik mendengarkan kata-kata Medina itu, walaupun begitu dia setuju sebenarnya. Medina tergelak melihat reaksi Aishah yang kononnya meluat dengan sikapnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience