Bab 16

Romance Completed 10959

BAB 16

Suara riuh rendah memenuhi kediaman Medina meski hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Majlis itu berlangsung mengejut, namun tetap lancar semuanya. Masakan tidak, setelah dia memberikan jawapan ‘Ya’, pihak keluarga lelaki tidak meminta untuk mengadakan majlis bertunang tetapi sebaliknya terus menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

Jawapan Medina ialah ‘Ya’ pada lamaran Luthfi. Jawapan yang diberikan hanya selepas dia membuat panggilan telefon pada Luthfi. Sebenarnya Medina menelefon nenek Luthfi, dan meminta untuk berbicara dengan lelaki itu dan semestinya dengan kehadiran Aishah disisinya dan nenek Luthfi di pihak lelaki itu.

“Awak yakin dengan tindakan awak?” Soal Medina setelah berbalas salam dengan Luthfi. Panggilan mereka juga dia tukar untuk lebih serius dan menghormati diri masing-masing.

“Lebih daripada pasti.” Jawab Luthfi sesuai dengan skema soalan yang diberikan Medina.

“Kenapa saya?” Ya, kenapa dia soal Medina.

“Who else then.” Jawab Luthfi yang hanya membuat Medina menjulingkan matanya.

“Seriously.” Tutur Medina.

“Awak betul nak tahu kenapa?” Luthfi pula menyoal. Medina angguk, lupa yang Luthfi tidak dapat melihatnya dan terus menjawab “Ya.”

“Remember when I asked you what if one of us fall for each of us?” Soal Luthfi mengingatkan Medina.

“Yes.” Semestinya semua kenangan mereka bersama masih segar dalam ingatan Medina.

“Well. I think that’s aswered your question. One of us did. I did, and I still do.” Tutur Luthfi. “Huh?” Medina bingung. Lelaki itu mengeluh.

“The words are too cheesy to be said infront of nenek. Dari tadi nenek dah bagi warning, tak bagi saya cakap romantik-romantik dengan awak. Anything lepas kahwin nanti saya bagi tau.” Tutur Luthfi selamba. Sedangkan Medina sudah merona.

“You’re not blushing are you?” Soal Luthfi sambil ketawa kecil, seperti tahu-tahu pula dengan Medina yang sudah memerah wajahnya itu. Medina segera berdehem.

“Saya tak dak masa nak jawab semua tu.” Jawab Medina, menutup getar pada suaranya. Aishah di sisi sudah senyum menggelengkan kepalanya.

“Then, saya anggap itu sebagai ya.” Tutur Luthfi lagi gemar mengenakan Medina. Neneknya berdehem pula memadang Luthfi, memberi amaran.

“Oh well. Ada apa-apa lagi yang awak nak tanya. Because next warning from nenek this phone call is over. My bad.” Luthfi jongket bahu salah dia tidak mendengar cakap neneknya. Nakal sama seperti dulu.

“Tak. Dah tak dah apa-apa.” Jawab Medina.

“Actually saya ada confessions nak buat.” Tutur Luthfi mengambil perhatian Medina. “Tapi saya akan bagi tahu hanya lepas kita nikah nanti.” Sambungnya.

“I haven’t said yes to this proposal.” Luah Medina.

“You haven’t. But you will.” Potong Luthfi pula, berada di pihak yang menang. Medina telan liur tertangkap dengan ayatnya sendiri.

“What if I don’t?” Serang Medina semula.

“Then you gonna break the already broken soul.” Jawab Luthfi dalam maknanya. Teringat Medina dengan gelarannya kepada mereka. Broken soul.

“Pihak lelaki dah sampai.” Sayup kedengaran daripada luar bilik tempat Medina menanti, mematikan ingatannya.

Bilik tetamu di tingkat bawah rumah mereka itu dihias indah sebagai bilik pengantin. Medina kelihatan cantik dan anggun dalam persalinan busana pengantin muslimah rona lilac. Meskipun waktu mereka tidak banyak untuk membuat persiapan namun Medina bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan olehNya.

“Jangang berhenti selawat biar kekal seri wajah kamu yang memang dah cantik tu. Biar terpegun suami kamu nanti.” Kata-kata daripada mak andam yang merias wajah Medina itu hanya disambutnya dengan senyuman, kerana dia berasa gementar saat ini.

Perkataan suami yang dituturkan oleh mak andam itu juga menyedarkan Medina bahawa dalam beberapa ketika sahaja lagi, In sha Allah, dia akan sah menjadi seorang isteri. Isteri kepada Luthfi. Medina bahagia dengan kenyataan itu. Syukur dipanjat kepada yang maha esa.

Keadaan semakin riuh di luar. Menandakan pihak pengantin lelaki yang sudah pun berada di dalam rumah mereka. Medina menghembuskan nafas untuk menghilangkan rasa gementarnya. Aishah masih setia bersamanya di sisi, di dalam bilik itu. Mak andam yang berada di muka pintu tidak habis-habis memuji ketampanan pengantin lelaki yang membuat Medina dan Aishah ketawa kecil bersama.

“Tak sangka Aish. Yang adik Aish akan kahwin dulu daripada Aish.” Tutur Aishah berserta senyuman gembira terhias pada bibirnya.

Medina sudah merona wajahnya. “In sha Allah lepas ni Aish pula.” Luah Medina.

“In sha Allah.” Jawab Aishah.

Majlis pernikahan dimulakan, para tetamu kembali diam walaupun masih terdengar bunyi bisikan-bisikan pertuturan antara mereka. Namun Medina pula terasa ingin pengsan saat itu, bila kedengaran tok kadi melafazkan akad.

“Saya terima nikahnya Medina Binti Bakar dengan mas kahwin RM900 tunai.” Tenang dan lancar lafaz Luthfi dan dengan sekali lafaz sahaja Medina kini ialah isterinya yang sah. Doa dipanjat tanda kesyukuran.

Medina juga sama, air matanya menitis tanda bahagia. Bermula saat ini dia tidak lagi menjadi tanggungan abahnya. Mulai detik ini Luthfi akan mengambil alih semua tanggungjawab yang digalas oleh abahnya. Mulai saat ini redha Luthfi lah yang perlu dia cari.

Puan Suraya yang sudah berada di dalam bilik itu memeluk anak gadisnya. Air mata juga tidak segan-segan membasahi wajah si ibu. Nasihat serta peringatan diberikan pada Medina. Tidak sampai beberapa detik bilik itu sudah dipenuhi dengan drama air mata, oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya. Tangisan kegembiraan bergema.

Salam kedengaran pada muka pintu bila Encik Bakar masuk turut sama ingin meberikan restu pada anak bongsunya yang baru sahaja dinikahkan itu. Medina terus sahaja meluruh masuk ke dalam pelukan hangat abahnya, lelaki terpenting dalam hidupnya. Setelah lama begitu, pelukan dileraikan oleh Encik Bakar.

Dia memandang Medina, dikucup dahi si anak lama. Memberikan restu. “Semoga terus jadi anak yang solehah. Dan isteri yang solehah pada Luthfi nanti sayang. Abah, doakan yang terbaik buat Medina. Sekarang tugas abah dah berakhir. Dan Luthfi lah yang akan jalankan tugas-tugas tu mulai saat ni. Jaga diri, jaga suami.” Nasihat abah Medina kepada anaknya. Air mata Medina menitis lagi.

“Dah sudah, abah kahwinkan Medina dengan Luthfi bukan nak Medina nangis macam ni. Ni dah macam kena kahwin paksa pula.” Tawa mereka semua meletus mendengarkan seloroh Encik Bakar itu.

Medina tertawa dan mengesat air matanya dengan tisu yang diberikan mak andam, yang sudah berapa kali menacap wajahnya itu. Dia tersenyum dan mengangguk mendengar kata abahnya.

“Okay kalau macam tu. Kita semua keluar bagi ruang untuk pengantin pula. Luthfi dah lama tunggu dekat luar tu.” Sambung abah Medina lagi.

Ahli keluarga serta sahabat Medina yang berada di dalam bilik itu membawa diri masing-masing keluar selepas mengucapkan mabruk kepadanya. Dia tiba-tiba berasa gementar.

“He’s your husband now. Tak payah nak gementar lagi dah.” Tutur ibu Medina, tidak tahu kata-katanya itu tidak akan mengurangkan gementar Medina. Abahnya dan Aishah hanya mengangguk sama. Dan berlalu meninggalkan Medina di situ menanti hadir sang suami.

Selepas berberapa detik, pintu dikuak dan masuk Luthfi memberikan salam. Salam dijawab Medina tenang, meskipun dia sudah berasa sangat gementar pada saat Luthfi meletakkan tangannya di atas kepala gadis itu dan membacakan doa.

“Jom solat sunat sama-sama.” Pinta Luthfi. Medina berasa amat terharu pada detik itu, betapa dia ingin sangat menunaikan solat jemaah mereka bersama-sama buat pertama kalinya. Namun keadaan nyata tidak mengizinkan.

“Ermm. Saya tak boleh.” Tutur Medina perlahan dia harap Luthfi terus dapat menangkap maksud kata-katanya itu. Tetapi dahi Luthfi sudah berkerut tidak mengerti.

“Why?” Selamba dia menyoal sedangkan Medina sudah terasa membahang wajahnya.

“Monthly menses.” Jawab Medina dan berdehem beberapa kali menahan kejanggalan yang timbul.

“Owhh.” Hanya itu keluar daripada mulut Luthfi, niat ingin mengusik isterinya ditangguhkan selepas dia mendirikan solat sunat. Langkah terus di atur pada sejadah yang memang sedia terhampar di dalam bilik itu.

Medina terharu dan tersentuh melihat lelaki itu tunduk pada yang maha esa. Mengabdikan dirinya sepenuhnya, siapa sangka dia pernah memiliki sejarah hidup yang jelek sama sepertinya. Andai seorang hamba itu ingin berubah dan kembali kepada penciptanya tiada yang mampu menghalang rahmat Allah s.w.t buat mereka.

Mata Medina sedikit bergenang, bersyukur dengan nikmat kesempatan yang diberikan Allah s.w.t buat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience