Bab 13

Romance Completed 10959

BAB 13

Medina membiarkan air daripada shower turun membasahi tubuhnya. Membiarkan membasuh sama dosa-dosa lampau dalam hidupnya. Seketika Medina berasa jijik dengan diri sendiri. Dia mengosok tubuhnya kasar.

“Kenapa kau Luth…” Medina berbicara dengan diri sendiri. “Kenapa?” Kenapa kejadian lalu itu masih membayangi langkahnya. Fikir Medina andai dia sudah dapat meminta maaf daripada Luthfi hatinya akan tenang. Tidak tahu pertemuannya dengan lelaki itu tadi rupanya menambah rasa bersalah pada diri sendiri. Menegenang dosa yang telah dilakukan.

“I was looking for you. Inside and out of the house. It took times, sebab aku pun sedikit khayal waktu tu. Kita semua pun sebenarnya.” Teringat Luthfi bagaimana, sebuah parti yang dia kira merupakan parti harijadi biasa itu ternyata ialah sebuah parti yang membawa kepada kemaksiatan selepas itu.

Luthfi dijemput oleh salah seorang daripada senior lepasan sekolah mereka. Dan dia juga diminta membawa pasangan bersama, kerana parti itu yang bertemakan ‘Homecoming’. Dan siapa lagi yang Luthfi akan bawa jika bukan sahabat baiknya sendiri, Medina.

Medina bersetuju dengan jemputan itu sama. Dan untuk membolehkan Medina pergi ke parti itu, dia bahkan sanggup membohongi kedua-dua orang tuanya. Menyatakan bahawa dia ada aktiviti belajar berkumpulan di sekolah mereka. Ibu dan abah Medina percaya bulat-bulat akan perkara itu kerana Medina sememangnya tidak pernah berbuat apa-apa hal yang melampui batasan. Mereka percaya kepada Medina.

Gadis itu juga dalam usia remaja begitu tidak menyangka yang parti tersebut akan bertukar sebegitu. Medina dan Luthfi tidak mengetahui kenapa selepas mereka meminum hidangan air yang diberikan kepada setiap tetamu yang datang – yang semestinya terdiri daripada anak-anak muda semuanya – sewaktu di muka pintu lagi, berasa pening dan dalam keadaan khayal selepas meminum minuman tersebut.

Terbuktilah bahawa kemaksiatan itu meski bukan dilakukan oleh diri kita sendiri, tetapi andai kita membawa diri dekat dengannya – pergi ke tempat dimana maksiat itu berlaku maka kita akan tetap terlibat sama. Siapa sangka ternyata di dalam setiap minuman yang diberikan telah diletakkan dengan pil khayal. Dan rosak lah anak-anak muda yang terjebak dengannya pada malam itu.

Luthfi yang sedar akan keadaan tersebut segera mencari Medina. Sewaktu menangkap susuk tubuh Medina yang berada dalam pelukan seseorang itu, hatinya menjadi berang. Penyesalan bermaharajalela dalam benak Luthfi andai sahaja terjadi perkara buruk pada Medina malam itu.

Langkah Luthfi laju menuju ke arah Medina dan lelaki yang sedang memeluknya. Medina jauh lebih khayal daripada Luthfi keadaanya. Sah, memang Medina telah diberi dadah oleh lelaki yang memeluknya. Mungkin juga Medina tidak sedar dadah yang telah dimasukkan ke dalam minumannya. Pantas Luthfi merentap gadis itu daripada pelukan si jejaka.

Pergaduhan kecil tecetus bila si jejaka yang belum sempat mengambil kesempatan terhadap Medina cuba untuk menarik tangan gadis itu. Luthfi yang semestinya sudah panas hati tadi terus sahaja melayangkan penumbuknya pada lelaki itu, jangan dibawa main dengan dia yang pemegang tali pinggang hitam dalam taekwando itu.

“Kau!! Kau jangan cuba-cuba nak ambil kesempatan pada Medina!” Luthfi memberi amaran. Lelaki yang menerima penumbuknya itu sudah tidak berdaya untuk bangun kerana juga sedang khayal dibawa pengaruh dadah. Dan Luthfi memapah Medina, berlalu dari situ.

Luthfi tidak tahu hendak berbuat apa. Dia juga sama sedang khayal. Bagaimana mungkin mereka akan pergi daripada tempat itu dalam keadaan begitu, apatah lagi dia akan dijemput oleh pemandu keluaga mereka nanti. Dalam benak Luthfi terpancar kekecewaan nenek dan datuknya andai mendapati dirinya sebegitu.

Luthfi semakin rasa bersalah, dia bukan sahaja tidak mendengar cakap kedua-dua datuk dan neneknya, tetapi dia juga sering mengikuti kata hati sendiri. Dia datang ke parti itu tanpa kebenaran datuk dan neneknya. Mereka yang semestinya berpegang pada agama tidak gemar dengan parti-parti sebegitu yang mana anak muda bergaul tanpa batasan antara mereka. Dan tahulah Luthfi kini pesan daripada mereka itu puncanya.

Dia melihat Medina yang sedang berbaring di atas sofa di salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah yang mereka kunjungi ini. Beberapa kali juga Luthfi cuba untuk menyedarkan Medina, tetepi memang nyata dadah yang mengalir dalam sistem Medina sudah mengambil alih kewarasan gadis itu. Luthfi sendiri sahaja masih cuba untuk melawan khayal dirinya sendiri.

“And what happened after that.” Medina menyoal bila Luthfi dilihatnya berjeda cuba mencari katanya. Luthfi pandang Medina. Apakah perlu dia meberitahu gadis itu.

‘She has to know.’ Biar masa lalu tidak lagi membelengu mereka nanti.

Luthfi telan liur, nafas disedut dalam.

“I lost control, Med. We were alone inside that room.” Luthfi berhenti lagi berbicara. Ya, andai sahaja masa mampu diulang.

Gengaman tangan Medina erat mencengkam sisi kerusi panjang tempat mereka duduk. Mencari kekuatan untuk mendengar akan apa yang akan dikatakan oleh lelaki di sisinya itu. Medina berharap bukan seperti apa yang sedang bermain dalam mindanya kini. Hatinya kuat beristighfar.

“I…” Rasa bersalah juga mencengkam sanubari Luthfi. “I kissed you.” Luah Luthfi. Tidak berani dia memandang ekspresi wajah Medina mendengarkan itu.

Pada malam itu Luthfi cuba untuk memapah Medina keluar daripada bilik yang mereka duduki. Pergi daripada rumah itu. Tetapi dia lelaki, dan Medina itu perempuan dan di antara kedua-duanya pastilah ada yang ketiga. Kepala Medina tersandar pada dada Luthfi, membolehkan dia dapat menghidu haruman rambut gadis itu.

Perlahan-lahan tangan Luthfi dibawa menyelak rambut Medina yang menutupi sebahagian wajah gadis itu. Jari jemari Luthfi bermain-main pada wajah Medina. Sehinggalah tanpa sedar dia melakukan perbuatannya pada gadis itu yang amat disesalinya sehingga kini. Mencumbui Medina diluar sedar gadis itu.

“That’s why you wanna marry me…” Suara Medina keluar berbisik, bergetar menahan sedu. Air matanya turun membasahi pipi. Kini terjawablah angkara siapa yang meninggalkan kesan pada lehernya dulu. Dan andai sahaja ibunya masih menyoalnya soalan yang sama lapan tahu lalu, tentang siapa yang melakukan semua itu Medina pasti sudah dapat menjawab soalan itu. ‘Kawan Medina sendiri ibu. Kawan Medina, Luthfi.’

Mendengar kata-kata Medina itu Luthfi ingin menjawab, bahawa bukan itu sebabnya dia ingin mengahwini gadis itu. Tetapi melihat air mata Medina, dia terkedu. Dan dialah yang benar-benar dipersalahkan sekarang.

“You know what Luth. Aku kotor. Jiwa aku kotor. And we. We’re still a broken soul after all these years. You deserve someone better. We were not meant for each other, and we are still not meant for each other.” Medina menekan suaranya cuba untuk mengawal kemarahan yang ingin meletus. Dia bangun membawa langkahnya pergi. Dan Luthfi tidak mengejar lagi. Membiarkan langkah Medina menjauh daripada dirinya. Andai waktu mampu diulang.

Medina terus sahaja memandu pulang. Dia tidak menoleh walau sekalipun ke belakang. Kerana menoleh ke belakang itu membawa ingatannya kepada apa yang telah Luthfi ceritakan, kepada apa yang telah terjadi lapan tahun dulu. Dia terasa kotor, berdosa.

Tiba di rumah, Medina lega ibunya tiada di ruangan utama rumah itu untuk melihat kekusutan pada wajahnya. Pantas sahajanya langkah diatur naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Ingin bersendirian.

Medina tidak sedar sudah berapa lama dia berada di dalam bilik air itu. Hanya kulit jari jemarinya yang sudah kembang akibat dia yang masih dihujai air daripada shower itu, menyedarkan Medina yang dia sudah berada di situ lama. Dia bangun mebersihkan diri. Dan keluar daripada bilik mandi seusainya.

Dia mengambil wuduk setelah selesai berpakaian. Hanya kepadaNya tempat Medina mengadu kini. Ya, hanya Allah s.w.t yang tahu hatinya, masa silamnya, dan kesilapannya. Solat taubat dia dirikan, dan quran dibaca sesudah itu. Lama Medina bertafakur pada yang maha esa. Berharap dosa lama terampun jua.

“Kenapa Luthfi.” Medina menyoal diri sendiri, kenapa mesti Luthfi yang melakukan semua itu padanya. Tetapi bukankah perkara sama akan tetap berlaku juga jika bukan Luthfi yang melakukan semua itu padanya. Bahkan dia mungkin sudah kehilangan maruah dirinya, andai Luthfi tidak menyelamatkannya.

Tetapi bukankah Luthfi seharusnya menyelamatkannya, jadi kenapa lelaki itu mengambil kesempatan ke atasnya. Kepala Medina kusut. Logik akalnya sukar berfungsi. Mereka sama-sama khayal malam itu, bagaimana dia harus menyalahkan Luthfi seorang. Dia kenal Luthfi. Sepanjang persahabatan mereka lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Mungkin perkara sebeginilah yang dirisaukan oleh kakaknya Aishah. Bukan sekali nasihat kakaknya itu tidak diendahkan. Tetapi setiap kali Aishah menasihatinya agar menjaga batas pergaulan dengan lelaki dan kalau boleh jangan berhubungan rapat langsung dengan lelaki, Medina hanya akan tersenyum sinis. Dan kini barulah dia sedar. Tetapi masa lalu tetap tidak akan mampu dia ubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience