Bab 6

Romance Completed 10959

BAB 6

“Sorry. I am sorry…” Kata-kata Medina terhenti saat matanya mendongak memandang figura di hadapannya kini. Tidak berekspresi, dan hanya memandang tepat anak mata Medina.

Dalam Sedar akan kedudukan mereka yang dekat itu, Medina secara automatik terus berundur ke belakang. Liur ditelan, terasa kering di tekaknya. ‘It’s been eight years. Not now. Please not now.’ Medina tidak tahu dia mengatakan kata-katanya itu, samada buat dirinya ataupun situasi yang dia sedang berada sekarang. Ataupun pada lelaki di hadapannya ini.

Mengingatkan dia akan peristiwa lapan tahun yang lalu.

‘I am sorry.’ Hati Medina berbisik lagi. Dia tidak langsung sempat meminta maaf pada lelaki itu setelah dia mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada dirinya.

Lelaki itu membuka langkahnya. Mendekati Medina yang sedang berdiri kaku. Perlahan-lahan jarak antara mereka kembali kecil. Matanya tajam memandang wajah Medina yang sedang tunduk menekur lantai.

Medina masih seperti bagaimana dia mengingati gadis itu. Sama seperti kali kali pertama dia menatap wajah gadis itu lapan tahun yang lalu. Tetapi lebih anggun, dan cantik. Dan berhijab. Langkahnya masih tidak ada tanda-tanda ingin berhenti. Hanya beberapa kaki memisahkan mereka.

“Luth…” Medina segera membuka mulut. Serta merta juga langkah itu terhenti. Mereka dipisahkan dengan hanya jarak sekaki, membolehkan Medina menghidu bauan daripada lelaki itu. Begitu juga dengan Luthfi.

Medina yang sedar akan keadaan mereka terus melangkah ke sisi dan berundur lagi. Dia tidak biasa dengan keadaan sebegitu dekat dengan lelaki, dia bukan lagi dia yang dulu. Mungkin dulu semua benda yang dia ingin lakukan akan terus sahaja dia lakukan.

Dulu Medina memberontak. Jiwa remajanya inginkan perhatian. Dia tidak seperti kakaknya Aisha, yang matang, yang faham akan situasi kedua-dua orang tua mereka yang sibuk dengan komitmen kerjaya. Buat mereka berdua juga.

Tetapi tidak pada Medina. Apatah lagi setelah mengenali Luthfi, sewaktu di sekolah tinggi antarabangsa tempat mereka bersekolah. Mereka sama-sama seperti jiwa yang berkelana, mencari sesuatu yang hilang.

Banyak persamaan mereka, yang membuat hubungan kedua-dua Medina dan Luthfi akrab. Mereka sahabat dahulu. Ya hanya sahabat, kerana Medina menafikan perasaannya pada Luthfi. Pada Medina dia bukan seperti gadis-gadis remaja yang senang tangkap leleh dengan cintan-cintun dunia remaja. Bukan itu yang dia cari. Walaupun dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia cari.

Dan ya, mereka berdua berkongsi rasa yang sama. Medina pada Luthfi bukan hanya sahabat, walaupun gadis itu terang-terang menyatakan tidak ingin ada perasaan apa-apa dalan persahabatan mereka.

“We’re a broken soul. Kita tak kan ke mana dengan cinta-cinta segala ni.” Tutur Medina dulu bila Luthfi menyatakan bagaimana jika antara mereka ada yang terjatuh hati pada salah seorang antara mereka.

Medina kekurangan perhatian dalam keluarga, begitu juga Luthfi yang sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia berusia 12 tahun. Luthfi dijaga oleh datuk dan neneknya. Mereka berdua daripada keluarga yang berada. Punya pangkat dan harta. Tetapi terang-terang semuanya tidak menjanjikan bahagia. Lihat sahaja mereka, jiwa yang rapuh.

Medina tarik nafas dalam bila terkenangkan masa lalunya. Masa lalu mereka. Dia bersyukur dengan kehidupannya kini. Mungkin apa yang berlaku lapan tahun lalu bukanlah hanya membawa keburukan dalam hidupnya. Memang peristiwan itu terkesan dalam kamus hidup Medina. Tapi dia sedang belajar untuk menerima, keburukan dan kebaikan dalam hidup.

Ayat cuba diatur untuk dia tuturkan kepada jejaka di hadapannya ini. Luthfi kelihatan berbeza dengan Luthfi lapan tahun yang lalu. Wajah lelaki itu, kelihatan lebih matang bahkan ketampanannya juga lebih terserlah dengan peningkatan usia mereka. Medina tidak tahu akan perubahan lain pada lelaki itu selain daripada fizikalnya. Adakah Luthfi masih Luthfi yang dia kenal dulu. Medina tidak tahu. Dan Medina tertanya-tanya akan apa yang dilakukan Luthfi di sini. Di rumah ini.

“You must be the interior designer right?” Kata-kata daripada mulut lelaki itu sedikit mengejutkan Medina. Formal. Medina cuba bersangka baik lagipun dia sedang berekerja sekarang, walaupun dia tidak tahu apa kaitan Luthfi dengan kerjanya ini.

“Ilyas Luthfi.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur pada Medina. Sengaja. Gadis itu sudah terpepam tetapi cuba menahan ekspresi wajahnya agar tidak terlihat terkejut. Mungkin Luthfi ingin melupakan segalanya, sama seperti dirinya. Dan mungkin ini ialah langkah pertama yang perlu mereka ambil. Beraksi seperti saling tidak mengenali satu sama lain.

“Medina. Yes, am the the interior designer for this house. May I know, who you might happen to be?” Medina menjawab, membiarkan huluran tangan Luthfi tidak terjabat. Lelaki itu memandang pada tangannya yang tergantung begitu, dan membawa tangan itu masuk ke dalam kocek seluar.

“You’ve been working on this house for, how long? Like four months? And you don’t even know who I am.” Ada nada mengejek dalam tutur kata Luthfi. Medina ketap bibir, sedikit tercalar kredibilitinya.

“I am sorry sir. Saya hanya berurusan dengan Puan Aliyah selama ni. I am sorry if I should know you.” Medina menyerang tidak memandang Luthfi yang sedikit kagum dengan kata-katanya itu. Lelaki itu tersenyum.

“Saya tuan rumah ni.” Luthfi menjawab. Medina terlongoh sebentar.

Tuan rumah ni. Bermaksud selama ini dia sedang mengubahsuai rumah Luthfi. Pantas sahaja kenapa semua ciri-ciri yang diinginkan dalam hiasan dalaman rumah itu seperti sangat dikenali Medina. Beberapa tahun bersahabat dengan lelaki itu dulu, Medina sudah sangat kenal dengan Luthfi. Bahkan minat Luthfi pada seni lukisan itu juga. Lukisan. Medina teringat akan lukisan yang dilihatnya tadi.

“This is for you.” Luthfi berkata. Tangan masih tangkas mewarnai kanvas di hadapan.

“Seriously?” Medina menyoal lelaki itu. Tidak percaya. “Kau rasa-rasa lah kan kalau aku jual lukisan ni berapa aku boleh dapat?” Medina menyoal lagi, sengaja ingin menyakat Luthfi.

“Kau jangan nak pandai-pandai okay. It’s not even finished yet. And you’re thinking of selling it already. I just can’t believe it that I decided to give you this painting” Tutur Luthfi yang disambut oleh gelak Medina melihat cemberut wajah tampan lelaki itu.

Medina berdehem, cuba untuk mengawal gelora dalam jiwanya. Lukisan itu untuknya dulu. Tetapi tidak lagi selepas kejadian yang berlaku itu.

“Ada beberapa item yang awak kena masukkan dalam rekaan awak Cik Medina.” Mengingatkan kata-kata Aliyah itu, Medina lebih yakin lukisan itu bukan lagi buatnya.

Rumah yang sedang diubahsuainya ini ialah khas buat isteri kepada pemilik rumah ini, isteri Luthfi. Lelaki itu sudah berkahwin rupanya. Tetapi kenapa hati Medina terasa sakit. Apa yang dia harapkan daripada hubungan mereka dahulu sedangkan dia juga yang menolaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience