Bab 14

Romance Completed 10959

BAB 14

Seperti biasa hanya Aishah tempatnya mengadu. Medina tidak sanggup untuk menambahkan lagi beban masalahnya kepada kedua-dua ibu dan abahnya. Satu persatu peristiwa yang berlaku lapan tahun lalu dia ceritakan kepada Aishah.

“Huh.” Aishah mengeluh perlahan. Dipandang Medina, memang adiknya kelihatan kusut sekarang.

“Jadi apa yang menggangu Med?” Aishah juga tidak tahu apa yang menggangu jiwa Medina. Perkara itu sudah lama berlalu, mengapa perlu dikenang.

“Everything Aish. Everything. The past is haunting me. Seolah-olah kejadian tu takkan biarMed hidup tenang.” Tutur Medina. Dia punya masa silam yang gelap. Mampukah sesiapa yang masuk ke dalam hidupnya nanti menerima itu. Mampukah dia bertahan seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku.

“Marry me.” Kata-kata Luthfi terngiang dalam mindanya. Apa niat Luthfi sebenarnya?

“Listen Med. Apa yang jadi di masa lalu kekal terjadi. Tapi tak semestinya Med kena biar masa lalu Med menghantui masa depan Med sekarang. Allah s.w.t. bagi Med peluang untuk berubah, untuk sedar bukan untuk Med terus memikirkan masa lalu yang Med tak mampu ubah.” Aishah menasihati Medina.

“Yes, not everyone gonna accept you fully as who you are now. Akan ada orang-orang yang sentiasa nak kaitkan kehidupan Medina sekarang dengan masa lalu. Tapi Medina kena ingat, bukan orang-orang macam tu yang Medina kena puaskan kemahuan mereka. Tapi ingat dengan orang-orang yang sama-sama dengan Med, through thick and thin. Ingat ibu, abah. Ingat Aish. We are here for you.” Medina tekun mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Aishah.

‘And there’s Luthfi, who’s having the same past as you.’ Hati Medina berbisik meyakinkan. Ya, Luthfi sahabat baiknya yang hidup dengan masa lalu yang sama sepertinya dan masih menerimanya seadanya. ‘We’re the same broken soul.’ Bisik hati Medina lagi.

Medina tersenyum. “Thank you for always being there and here with me Aish.” Tutur Medina.

“See. That’s my lil sis.” Jawab Aishah sedikit tenang melihat senyuman Medina. “Sekarang Med dah boleh guna ayat, I-don’t-give-a-damn-thing Med tu. Kalau ada sesiapa nak ungkit masa lalu Med.” Tutur Aishah disambut dengan gelak Medina. Teringat dia ayat yang selalu dia gunakan dulu setiap kali Aishah berkata, apa kata orang nanti kalau nampak Med buat begitu buat begini.

“Aish.” Medina ingin menyoal, meminta pandangan kakaknya. “Ya?” Jawab Aishah.

“There’s still one more thing.” Tutur Medina perlahan dan memandang wajah berkerut Aishah.

“Apa dia?” Aishah ingin tahu.

“Erm, nevermind. Small matter.” Medina senyum tidak jadi untuk bertanyakan pendapat Aishah tentang lamaran Luthfi, kerana dia juga tidak pasti dengan tindakan lelaki itu.

Ketukan di muka pintu mematikan bicara kedua-dua gadis itu. Puan Suraya masuk mendapatkan anak-anaknya.

“Assalamualaikum girls.” Salam diberikan berserta senyuman yang terukir pada wajah si ibu. Senyuman yang luar daripada kebiasaannya. Medina hanya mengerutkan kening memandang ibunya.

“Happy semacam je ibu ada berita baik ke?” Soal Medina ingin menduga.

“Yes, we have good news. Sekarang kamu berdua bersiap. We have guests down there.” Tutur ibu Medina bernada riang.

“Wah!! Ada orang nak masuk meminang Aish ke ibu?” Soal Medina suka menyakat Aishah yang sudah mencerlung memandangnya itu. Medina hanya ketawa mengekek.

“Memang ada orang yang masuk meminang, tapi bukan Aish yang nak kena pinang. But my baby girl here.” Puan Suraya berkata sambil memeluk bahu anaknya itu. Dia sangat gembira. Medina pula sudah melongoh memandang ibunya dan Aishah silih berganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience