Bab 2

Romance Completed 10959

BAB 2

Medina sangat bersyukur kerana meskipun memakan masa yang agak panjang dan prosuder yang banyak perlu dijalankan, akhirnya kini syarikatnya telah tertubuh. Medina berdiri tegak di tegah-tengah pejabatnya, meskipun hanya bersaiz sederhana namun dengan rekaan dan tatarias yang sangat ringkas tetapi moden itu telah memanfaatkan setiap ruang di dalam syarikatnya itu.

“So, finally.” Aishah menjenguk dari luar dan masuk ke dalam pejabat Medina.

“Yes, alhamdulillah. Med tak pernah terfikir pun akan dapat buka firm sendiri.” Medina meluahkan rasa bersyukur serta kagumnya. Tidak pernah dalam hidupnya menyangka yang minat dalam reka bentuk dulu, kini akan menjadi kerjayanya.

“I am proud of you little sis.” Aishah memeluk bahu Medina erat.

“Too early big sis. Jauh lagi perjalanan Med. Banyak lagi yang Med kena belajar. Med berterima kasih sangat dengan Aish yang selalu sangat support adik Aish yang nakal dan degil ni.” Medina ketawa di hujung perbualannya.

“Heyy. Don’t be. Kalau Aish takda adik yang nakal dan degil macam Med ni, tak adventurous lah hidup Aish selama ni.” Aisha turut sama ketawa mengenangkan memang cukup banyak tindakan Medina yang sentiasa melibatkannya – tindakan ‘nakal’ Medina.

“Yeah, right.” Medina hanya menjulingkan matanya.

* * * * * *

Memandangkan syarikat Medina baru sahaja tertubuh, kebanyakan projek rekaan dalaman yang syarikatnya jalankan menggunakan sub-contractor dari syarikat pembinaan yang dia sedang berkerjasama.

Rezeki Medina sangat murah. Banyak projek yang dia dapat sejak penubuhan Designer – nama syarikatnya itu. Teknik pemasaran yang digunakan Medina sangat berkesan, dia kini terlibat dengan rancangan televisyen yang melakukan pengubahsuaian rumah pelanggan secara realiti.

Dan itu adalah faktor utama Medina mendapatkan pelanggannya, selain daripada bakat rekaan Medina itu sendiri. Bilik pejabatnya dipenuhi dengan plan rumah yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Pintu bilik pejabatnya diketuk, dan muncul Amira pembantu Medina di muka pintu. “Cik Medina. Pelanggan yang ada appointment dengan Cik Medina pada jam dua petang ni dah sampai. Would you like to come right now? Or should I ask her to wait since there’s still 10 minutes before two? Amira menyoal melihat Medina yang agak sibuk itu.

“No it’s okay. I’d meet her now.” Medina menjawab sambil tersenyum.

“Have you prepared the files I required you too?” Dia menyoal lagi. Amira mengangguk dan Medina membawa langkahnya ke bilik perjumpaan mereka.

Seorang wanita yang sudah agak berusia sedang duduk menanti di dalam bilik itu. “Assalamualaikum.” Sapa Medina sambil menghulurkan tanganya.

“Waalaikumsalam. Aliyah.” Wanita itu menjabat tangan Medina. “Medina.” Dan Medina juga memperkenalkan dirinya, meski yakin bahawa individu di hadapannya itu sudah tahu akan namanya.

“Would you like some coffee or tea. Puan Aliyah?” Mereka berdua kemudian duduk.

“A cup of tea then, would be great to kickstart this meeting.” Aliyah senyum.

Perbincangan mereka berdua bermula setelah pembantu Medina masuk membawa secawan the, dan kopi buat Medina.

Mendengar penjelasan Aliyah, apa yang Medina tahu wanita itu hanyalah wakil bagi menguruskan segala proses pengubahasuaian bagi sebuah rumah bunglow dua tingkat. Menurut Aliyah lagi majikannya yang merupakan pemilik rumah banglow itu tidak punya masalah dengan bajet bagi projek tersebut.

Medina hanya perlu mengeluarkan quotation, dan projek itu sudah boleh dimulakan. “Wow, your boss must be one of those millionaire eh, Puan Aliyah.” Medina berseloroh bila Aliyah menyatakan tiada sekatan pada bajet untuk projek itu.

“Well, Miss Medina semua orang yang kenal awak tahu hasil kerja awak macam mana. If I am just loaded enough I would’ve hired you to renovate my house too.” Aliyah menambah.

“It’s not always about the price Puan Aliyah. Kalau kita tahu cara untuk memaksimumkan semua kegunaan bahan yang berpatutan, hasil yang bagus memang boleh dapat punya lah. Psstt, ni rahsia saya tau, no one knows about this.” Medina begitu ramah bercerita, Aliyah juga begitu. Mereka berdua hanya ketawa dengan seloroh Medina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience