Bab 9

Romance Completed 10959

BAB 9

Hari ini Medina akan bersama-sama dengan Aliyah dan Luthfi untuk pemeriksaan terakhir rumah yang telah siap diubahsuai sepenuhnya itu. Dia tiba awal sedikit ke rumah tu, dimana Aliyah sudahpun menanti lebih awal daripadanya.

“I just wanted to give a last minute touch up, dekat mana-mana yang perlu.” Jawab Medina sambil mengeyitkan matanya pada Aliyah yang bertanya akan kehadirannya yang lebih awal daripada jam yang dijanjikan itu.

“Well, Miss Medina. Saya tak rasa awak perlu risau apa-apa lagi dengan hasil awak ni. This house is just phenomenal. You did great girl.” Puji Aliyah pada Medina yang sudah tersenyum mendengar kata-katanya.

Medina tidak risau sebenarnya dengan tacapan terakhir untuk rumah itu. Apa yang membimbangkannya ialah bagaimana dia akan memulakan bicara pada Luthfi menyatakan perihal tentang perkara lapan tahun yang lalu. Dia tidak ingin tiba di situ bila Luthfi sudah terlebih dahulu berada di sana. Dia tidak ingin Aliyah mengesan ketidakselesaannya nanti.

“You know Puan Aliyah saya tak tahu pulak yang sebenarnya pemilik rumah ni ialah individu yang jauh lebih muda daripada apa yang saya bayangkan.” Tutur Medina ingin mengorek sedikit info tentang Luthfi.

“Well I never said that he is old.” Terang Aliyah sambil tertawa. “And what made you think that he’s older?” Aliyah menyoal masih tersenyum.

“Tak lah. Sebab the other day you said that you’ve known him for so long.” Jawab Medina.

“Owhh. That’s why. Memang saya dah lama kenal dengan Luthfi. I was working for his late grandpa before and have known Luthfi ever since. Dan selepas arwah datuk Luthfi meninggal dan Luthfi kena ambil alih syarikat mereka, he just wouldn’t let me go. Luthfi masih nak saya jadi pembantunya.” Aliyah gelak kecil mengingatkan Luthfi yang enggan mendapatkan pembantu lain sedangkan Aliyah sudah ingin berhenti daripada kerjayanya itu.

“Luthfi is like a brother to me. Sebab tu dia suruh saya yang berurusan dengan awak untuk pengubahsuai rumah ni. This is my last job sebelum saya bersara daripada kerja saya.” Tambah Aliyah.

Medina hanya mendengar dengan khusyuk setiap kata-kata Aliyah. “Mesitlah dia akan bagi orang yang dia percaya kan untuk uruskan tempat tinggal dia dengan isteri dia nanti.” Medina ketawa kecil dalam kata-katanya, cuba menutup getar dalam diri sendiri. Luthfi sudah beristeri.

Kata-kata Medina itu hanya dibalas Aliyah dengan gelaknya. “Miss Medina, my boss is still single he’s not married, at least not yet.” Sambungnya.

“Owhh.” Hanya itu yang terluah daripada bibir Medina. Dan hatinya, dia tidak tahu apa yang sedang dia rasakan.

“Awak mesti dah salah faham bila saya cakap tentang rumah ni yang untuk orang yang Luthfi sayang. Memang rumah ni untuk orang yang dia sayang tapi bukan untuk isteri dia sebab Luthfi belum kahwin.” Jelas Aliyah masih tersisa dengan ketawanya melihat ekspresi Medina.

“He’s still looking for his…” Kata-kata Aliyah terhenti dengan seseorang yang memberi salam di muka pintu. ‘Luth..’ Hati Medina berbisik. Lelaki itu sedang menuju ke arah mereka, memandang sekilas ke arah Medina yang sudah pun mengalihkan pandangannya.

Suasana menjadi tegang, muncul sekali bersama Formaliti. Medina kembali kepada tanggungjawab kerjanya. Mereka bertiga meninjau setiap sudut rumah itu. Luthfi setiap kali itu juga kerap bertanya tentang setiap idea yang Medina sudah terapkan dalam rekaannya itu. Dan Medina tetap menerangkan setiap pertanyaan Luthfi dengan jelas dan lancar. Tidak sedar yang dia sedag menjadi pemerhatian Luthfi setiap kali gadis itu berbicara.

Ruang terakhir yang mereka tuju ialah bilik tidur utama. Hati Medina entah kenapa dengan tiba-tiba memainkan rentak nada yang memalu sanubarinya.

“I love this master bedroom the most. You’ve done great on putting the painting into the design Miss Medina.” Tutur Luthfi memandang lukisan yang tergantung di atas kepala katil bersaiz king itu.

Medina tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Liur ditelan. Terasa kering kerongkongnya, dan Medina hanya memberi respon dengan senyuman yang dia pasti kelihatan sangat hambar. Keadaan sunyi seketika bila Aliyah terpaksa menjawab satu panggilan telefon dan berlalu keluar meninggalkan mereka berdua di situ.

Telapak tangan Medina sudah dibasahi peluh dingin. Dia tidak betah berada di dalam bilik itu dengan lelaki. Sendirian dengan Luthfi. Entah kenapa dirasakan seperti Aliyah telah mengambil masa yang agak lama diluar. Medina mengerling jam di tangan. Tidak, Aliyah belum pergi lama, baru sahaja beberapa minit.

“I better go check on Puan Aliyah.” Suara Medina keluar sedikit bergetar. Dia hanya berharap Luthfi tidak menangkap itu.

“Kenapa?” Luthfi yang sudah duduk di birai katil menyoal. “Takut dengan saya?” Sambungnya sambil memerhatikan perubatan riak wajah Medina yang ternyata terkejut mendengarkan itu.

“Saya…” Medina hilang kata. Takut? Tidak, dia tidak takut dengan Luthfi. Dia kenal lelaki itu. Atau sekurang-kurangnya dia pernah kenal lelaki itu. Dia cuma berasa janggal.

Luthfi tersenyum sinis. Medina berasa seolah-olah lelaki itu sedang mengejeknya. Mengejek tuduhannya pada lelaki itu lapan tahun lalu. Dia telan liur, tidak memandang Luthfi. Cuba untuk mencari kekuatan untuk dia menuturkan kata maaf yang sudah lama dia atur untuk diucapkan pada lelaki di hadapannya itu.

“Luth…” Panggilan nama itu menyentak hati Luthfi. Masih bernada sama seperti lapan tahun yang lalu. Masih mampu meyentuh dalam hati lelakinya.

“I am sorry…” Suara Medina agak berbisik keluar daripada mulutnya. Dia membawa pandangannya daripada lantai memandang wajah Luthfi. “I am sorry.” tutur Medina sekali lagi dengan lebih jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience