Bab 8

Romance Completed 10959

BAB 8

Medina berbaring di dalam biliknya. Sudah beberapa hari ini dia terpaksa berurusan dengan Luthfi dalam proses akhir pengubahsuaian rumah lelaki itu. Dia penat. Penat kerana terpaksa berinteraksi formal sepanjang masa dengan Luthfi.

Bukannya formaliti itu yang memenatkan Medina, tetapi bila pada masa yang sama dia juga perlu beraksi seolah-olah tidak pernah ada apa-apa di antara mereka. Seolah-olah kejadian lapan tahun lepas itu tidak pernah berlaku. Medina hairan. Bagaimana Luthfi mampu beraksi sebegitu. Mungkinkah hanya dia sendiri yang merasa demikian sedangkan Luthfi adalah sebaliknya, kerana rasa bersalahnya pada lelaki itu.

Keluh kuat dilepasakan. Kotak vintage yang digalinya dari laman belakang ketika sudah menjejakkan kaki ke tanah Malysia ini, masih belum dia buka. Kotak itu masih sama terletak di atas meja. Medina bangun, dibawa langkahnya ke arah meja itu.

Perlahan-lahan dia membuka kotak tersebut. Seperti sebuah mesin masa yang membawa Medina kembali ke masa lalunya. Kembali kepada zaman remajanya. Kotak itu penuh dengan barangan kenangannya bersama Luthfi, sahabat baiknya suatu masa dulu.

Beberapa keping gambar polaroid yang diambil bersama Luthfi. Gelang persahabatan yang diberikan oleh Luthfi. Menurut lelaki itu gelang itu ialah untuk pasangan kekasih tetapi memandangan mereka hanyalah sahabat, maka gelang itu bertukar menjadi gelang persahabatan. Medina tersenyum mengenangkan itu.

Terdapat beberapa lagi barang-barang pemberian Luthfi buatnya – kad hari jadi, buku, dan sepasang stoking. Medina berasa sangat lucu bila Luthfi memberikannya stoking itu.

“Stoking? Seriously Luth.” Medina menyoal Luthfi yang tayang wajah selambanya.

“Rare apa tu. Mana pernah orang bagi stoking sebagai hadiah.” Luthfi menjawab sambil menahan senyumnya. Memang dia sengaja memberikan Medina stoking itu, dia ingin menyampaikan sesuatu yang simbolik daripada stoking itu.

“Kalau kau tengok stoking tu as a material, memang lah kau nampak biasa-biasa je. Tetapi kau tengok lah kepada apa kegunaan stoking tu?” Tutur Luthfi lagi.

“What? To keep my feet from cold every night?” Soal Medina.

“Yup. Pandai pun kau. Lagipun malam-malam lah orang akan rasa lebih sejuk.” Luah Luthfi sambil memandag Medina.

Betul kata Luthfi malam-malam orang akan rasa lebih sejuk. Malam-malam Medina terasa lebih sejuk sejak kejadian lapan tahun yang lalu itu berlaku. Hatinya terasa sejuk.

Medina melepas keluh lagi. Betapa dia berharap dia tidak mengikuti Luthfi hari itu. Betapa dia berharap kedua-dua orang tuanya dapat meluangkan lebih masa buatnya. Betapa dia berharap dia lupa akan kejadian itu. Betapa dia berharap dia tidak berjumpa dengan Luthfi lagi. Betapa dia berharap untuk mengakhiri semuanya.

Tetapi Medina sedar. Meletakkan salah pada sesiapa pun saat ini tidak akan mengubah semua benda yang telah terjadi. Bahkan jka perlu seseorang yang disalahkan, itu ialah dirinya sendiri. Manusia diberikan pilihan untuk memilih apa yang baik dan apa yang bukan. Dan Medina juga telah membuat pilihannya sendiri.

Ketukan di pintu mematikan ingatan Medina. Dia menutup kotak dalam tangan dan bingkas bangun membuka pintu. Aishah sedang berada di muka pintu.

“Hey lil sis, dari balik kerja semalam sampai ke hari ni asyik terperap dalam bilik je, kenapa?” Aishah menyoal, risau dengan Medina yang semenjak dua menjak ni semakin berat mulut. Tidak riuh seperti selalunya.

Seperti biasa kedua-dua mereka menuju ke arah katil. Memulakan bicara dalam keadaan santai dan selesa sambil bebaring di atas katil memandang siling.

“Aish.” Medina memulakan bicara, yang hanya dijawab Aishah dengan “Hurm?”

“Apa yang perlu kita buat dengan perasaan rasa bersalah?” Soal Medina. Aishah kerut dahi.

“Pergi minta maaf dengan orang yang kita rasa bersalah dengan dia.” Jawab Aishah, cuba untuk mentafsir kata-kata adiknya itu. Suatu kemungkinan terlintas dalam benaknya.

Aishah memandang Medina di bangku, adiknya itu masih mamai – dibawah pengaruh dadah. Dia yang bertudung litup di situ hanya dipandang pelik oleh segelintir orang di dalam balai itu. Aishah tidak kisah, Medina adiknya walau apapun terjadi tetap ialah darah dagingnya.

Abah mereka Encik Bakar telah dimasukkan ke dalam hospital. Masakan tidak selesai isyak mereka dikejutkan dengan panggilan telefon daripada balai polis. Medina ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah mewah. Dia bersama-sama dengan ramai lagi remaja yang lain.

Aishah sedih memandang Medina. Kecewa? Ya dan tidak. Ya kerana selama ini meskipun Medina sangat suka memberontak dia tidak menyangka adiknya itu akan terlibat dengan gejala yang lebih teruk lagi. Tidak, kerana Medina tahu faktor kepada semua itu. Keluarganya.

Keluarga mereka. Aishah sendiri tidak dapat memberikan perhatiannya kepada Medina kerana mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama. Aishah bersekolah di sekolah kerajaan, dia yang juga turut menetap di asrama itu sangat membataskan hubungannya dengan Medina. Adiknya itu perlukan perhatian dan kasih sayang.

Ibu dan abah mereka sibuk dengan kerjaya, sehinggakan lupa untuk mendidik Medina. Bahkan ilmu agama juga tidak mereka tekankan dalam diri Medina. Memang mereka mengerjakan segala ibadah wajib sebagai seorang muslim, tetapi mereka lupa akan amanah Allah yang juga merupakan suatu kewajipan untuk mereka didik. Dan mereka lupa yang iman itu tidak dapat diwarisi begitu sahaja.

Orang lain mungkin akan menyangka bahawa anak-anak yang lahir daripada kedua-dua orang tua yang punya pengetahuan agama akan terus sama menjadi seorang muslim yang sejati. Tetapi perkara itu adalah mustahil tanpa ada apa-apa langkah yang diambil. Lihat sahajalah pada Medina. Adiknya itu punya personaliti yang jauh berbeza daripadanya.

“Aish, I met Luthfi.” Kata-kata Medina itu menyentak ingatan Aishah, kolam matanya yang sedikit berair itu dilap. Ingatan lalu masih menyentuh hatinya.

Aishah pandang Medina yang sedang merenung siling itu. “Luthfi who?” Soal Aishah cuba mengingati sesiapa yang bernama Luthfi.

“Lapan tahun lalu. The boy.” ‘The man now.’ Sambung hati Medina. “Remember?” Medina memandang Aishah. Dahi kakaknya itu sudah berkerut. Dan wajah Aishah kemudian mempamer riak terkejut. Dia melihat ke dalam mata Medina, mencari kepastian. Medina mengangguk.

“You know the house yang Med tengah ubahsuai sekarang?” Tutur Medina. “Yes, and why’s that?” Aishah menyoal ingin tahu.

“Eh yang tu rumah dia ke?” Jawab Medina perlahan, seolah-olah berbisik.

“Ya Allah. Dalam ramai-ramai pereka, dan dalam dalam banyak-banyak rumah yang Med kena ubahsuai. It’s him and his.” Aishah seolah-olah tidak percaya. Tertanya-tanya akan perancangan Allah s.w.t buat adiknya itu.

“Med tak tahu pasal tu Aish.” Tutur Medina, dia juga tidak tahu menahu akan hal itu.

Dia tidak berpeluang langsung untuk membuka bicara tentang hal lapan tahun lepas itu pada Luthfi. Seperti yang Medina katakan, urusan mereka tidak lebih daripada sekadar urusan kerja. Formal. Terlalu formal, tidak ada langsung ruang untuknya bertanya khabar lelaki itu, ataupun menyatakan permohonan maafnya kepada Luthfi.

“He acted like we never knew each other. And I don’t even have my guts to apologize to him. I can’t even look at him Aish. Sebab tu Med makin rasa bersalah.” Luah Medina.

Aishah faham maksud adiknya itu. Melihat reaksi Medina dulu setelah keluar daripada lokap – kerana mereka yang ditangkap dalam serbuan itu telah direman bagi siasatan lanjut. Medina seperti orang gila, dan terus menyerang Luthfi. Meskipun mereka sama-sama ditahan, namun Medina menyalahkan Luthfi sepenuhnya.

Tidak dihirau keadaan sekeliling dan orang-orang yang berada di dalam balai polis itu juga, Medina menumbuk dada Luthfi bertalu-talu. Sedangkan dia tidak tahu duduk sebenar perkara itu. Punca dia berada dibawah pengaruh dadah. Punca kesan-kesan merah pada lehernya. Punca dia merasakan seolah-olah seperti perempuan murah yang tidak punya harga diri, dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya oleh pengawai-pegawai polis wanita di balai itu.

“He was my friend Aish. He understands me inside out. He’s part of my life. But then look at what I did to him. Med pentingkan diri sendiri. Med hina dia infront of his grandma.” Suara Medina bergetar menahan kekesalan dirinya.

Ya, Aishah ingat itu. Bagaimana kata-kata yang dilemparkan oleh Medina membawa kerutan pada wajah tua nenek Luthfi, wanita itu turut sama hadir ke balai untuk menguruskan Luthfi. Tetapi tidak seperti reaksi kedua-dua orang tua mereka, nenek Luthfi kelihatan tenang menguruskan hal cucunya itu.

Selesai Medina melampiaskan amarahnya pada Luthfi, Aishah melihat wanita tua itu memeluk Luthfi di tepi dan membawa langkah mereka pergi. Hanya pandangan kecewa dia lemparkan pada Medina dan Aishah.

Aishah tahu Luthfi ialah kawan baik Medina. Meskipun dia sebenarnya tidak suka Medina terlalu akrab berteman dengan berlainan jantina. Dan dia pernah menasihati adiknya itu untuk menjaga batas pergaulannya. Tetapi kata Medina, Luthfi itu lain. Mereka bukan bersahabat atas sebab mengikuti nafsu remaja atau apapun juga.

“He understands me more than my family do.” Begitulah tutur Medina dulu. Walaupun Aishah sedikit terasa kerana dia juga ialah ‘family’ yang dimaksudkan Medina itu. Namun Aishah hanya mampu berdoa, agar Allah s.w.t menjaga adiknya itu.

“Med cubalah bercakap dengan Luthfi pasal tu. You said he understands you. He might as well forgive you Med.” Aishah memberikan cadangan, sebetulnya dia juga tidak tahu apa yang hendak diberitahu pada Medina. Aishah yakin adiknya itu sudah cukup matang dalam menangangi masalahnya sekarang.

Medina melepas keluh, ya dia perlu cuba untuk membuka mulut terlebih dahulu. Dia harus meminta maaf pada Luthfi supaya hatinya tenang. Mungkin selepas itu barulah dia dapat melupakan semua perkara yang telah terjadi lapan tahun dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience