"Ica jaga adik kat bilik kejap ye,jangan keluar. Tunggu tetamu pulang ye nak", Ibu Ella berpesan kepada adik kecil Ella,Ica.
Tangan separuh umur itu mengangkat dulang yang berisi gelas dan minuman untuk dihidangkan kepada tetamunya.
Sesekali kedengaran tawa ayah Ella dek kerana gurauan Ahmad,abang kepada Adam.
"Kire jadi la ye bakal besan,maaf le maknya Adam tak dapat datang. Nanti insyaAllah sebelum tarikh tunang tu saya akan bawa ke mari", kata Pakcik Kadir,bapa Adam kepada ayahnya Ella.
"Kami ni tak cerewet tuan,yang penting anak kami dihargai oleh keluarga yang meminangnya", balas ayah Ella pula.
"Jadi bertunangnya kita buat bulan depan la ye,tarikhnye apa-apa nanti makcik bagitahu awal ye", tambah mak Ella sambil tersenyum pada Ahmad.
Ahmad menggangguk mengiyakan.
Kelihatan jari-jemari Ahmad sedang menaip menghantar chat kepada seseorang.
Adam membuka chat daripada Ahmad, 'congrats bro, bulan depan tunang'.
"Yes,yes,yes,yes,yes!", Adam melompat kegembiraan bila melihat chat dari Ahmad.
. . . . . . . . .
Ella membelek-belek telefon bimbitnya.
Sudah 3 hari Azif berpergian tapi tiada satu pun chat atau call dari Azif.
Ingin merajuk tetapi Ella padamkan kerana risau jika terjadi apa-apa pada Azif.
'Ring!Ring!'
Telefon kedai di hadapan Ella berbunyi.
"Semua cawangan sila datang ke HQ sekarang untuk meeting", kata Chiou Sin Ping,kerani bahagian HQ.
"Ok ", jawab Ella.
Ella padamkan masalah Azif yang difikirkannya tadi buat seketika.
Fail report sales harian dibawanya di tangan, lalu bergerak ke HQ.
Mesyuarat mengenai sales bulanan dan promosi akhir tahun itu berjalan dengan lancar selama satu jam setengah.
Selesai meeting,Ella turun ke tingkat bawah untuk memilih design baru untuk cawangan butiknya .
"Hai sayang", Azman yang baru datang dari menghantar stok mencuit pinggang Ella.
"Man, lama tak nampak", Ella menampar bahu Azman manja.
Azman mengeluarkan kad dari beg sandang kecilnya dan diserahkan pada semua yang ada termasuk Ella.
"Wah,engko kawin man. . Tahniah, lepas ni jangan nakal lagi", kata Ella membuatkan Azman ketawa.
Selesai memilih stok,Ella bergerak pulang ke butik.
Dalam perjalanan, smartphone nya berdering.
Nombor tak dikenali terpapar di skrin.
"Helo",sambut Ella.
"Ah hello kak", kata seseorang di talian seperti suara lelaki .
"Sorry,sape eh?"
"Ni Bad,adik Azif. Kak ,abang Azif ada kat sana tak? Tak dapat kol fon die, " kata lelaki itu yang bernama Bad.
"Tak ,bukan Azif kat Kota Marudu ke? Last kak jumpa Azif 3 hari lepas ,dia cakap nak outstation. Tapi dah 3 hari dia tak contact kak langsung".
"Alamak!" Lelaki itu kedengaran sangat risau.
"Dik, tolong bagitahu kak ada apa masalah ni? Mungkin kak boleh tolong carikan Azif."
"Abang lari hospital kak!"
Luruh jantung Ella. Hospital? Ada apa dengan Azif?
"Lari hospital kenapa Bad? Azif buat apa kat hospital?"
"Abang mana ada outstation kat Kota Marudu kak! Dia rawatan hospital berkenaan paru-paru tu. Dah makin teruk! Kelmarin sepatutnya ayah nak sign untuk abang transfer operation kat KL,tapi abang lari pulak!"
Terduduk Ella mendengar. Sentap!
Selama ni Azif menyembunyikan sakit nya daripada Ella.
"Nanti akak cuba cari dia kat mana", kata Ella lalu mematikan panggilan.
Perlahan-lahan,Ella bergerak ke butik.
Ella duduk di restroom cuba untuk menenangkan hatinya.
Dicuba berkali-kali telefon Azif,tapi dimatikan.
Ella terfikir untuk mencari Azif di kuarters tempat kerjanya.
"Mamy Wana,Ella ada masalah kat rumah. Ella nak pulang boleh?"
"Ok,pergilah . .Hati-hati jalan tu,Ella nampak pucat ni", pesan wanita lingkungan 30-an itu yang risau bila melihat riak wajah Ella yang berubah.
Ella mengangguk,lalu mengambil beg tangannya dan beredar pergi.
Dia mengambil e-hailing untuk ke kuarters Azif yang jauhnya 12 km dari tempat kerja Ella.
Sampai di bahagian bangunan 3 tingkat itu,Ella naik ke tingkat 2 untuk ke bilik Azif.
Ella memberanikan diri mengetuk pintu bilik Azif,Azif membuka pintu dan terkejut Ella di hadapannya.
Ella cuma memandang Azif dengan mata yang bergenang.
Azif menarik tangan Ella untuk masuk ke dalam.
"Macamana sayang tahu by kat sini ni?" tanya Azif setelah Ella duduk lalu meneguk segelas air di atas meja kecil nya.
Ella tidak berkata apa-apa dan cuma melihat Azif yang pucat lesi.
"Kenapa??" pertanyaan Ella terhenti di situ disebabkan hatinya yang sebak.
Ingin ditahan tetapi dadanya seakan ingin meraung,meronta-ronta untuk menangis.
Azif mulai memeluk Ella ,dalam pelukan itu Ella melepaskan tangisannya.
Pertama kalinya, Azif melihat gadis genit yang ego di hadapannya ini menangis.
"Kenapa by tipu? Kenapa by tak bagitahu by sakit? Kenapa by lari hospital? Kenapa?" bertubi-tubi soalan keluar dari bibir mungil Ella yang masih lagi teresak-esak.
Azif tidak menjawab ,tiada kata baginya yang mampu menjawab soalan itu.
Bila Ella sudah mulai tenang,Azif memungut dan menyusun kata-katanya perlahan-lahan.
"Bukan by tak nak dirawat sayang. Tapi operation tu 50-50. By tak nak ikut ke KL dengan risiko untuk takkan dapat jumpa sayang lagi,dari macam tu lebih baik by habiskan sisa hidup by yang ada di sini dengan sayang", perlahan-lahan Azif cuba menjelaskan pada Ella.
Penjelasan itu ternyata membuatkan Ella lebih sedih lagi.
Azif mengangkat Ella dari duduk dan membawanya baring.
"Sebab ni lah by tak nak sayang tahu,sebab by tak nak lihat sayang macam ni. Please kalau honey sayangkan by tolong jangan nangis macam ni. Tolong buat macam biasa", kata Azif sambil memeluk dan membelai rambut Ella yang sedang berbantalkan lengan Azif.
Ella cuba menahan dan menenangkan perasaannya.
Tanpa sedar,dia tertidur di dalam pelukan Azif dek kerana terbawa perasaan yang sangat sedih.
Azif menatap wajah mulus itu,dibelainya pipi Ella lembut sambil berbisik.
"Maafkan by sayang".
episode 9 release,please do read and leave your comments
Share this novel