Sudah seminggu berlalu,Ella masih tidak mengendahkan call dan chat dari Azif.
Azif sangat risau kerana terpaksa bertolak bekerja ke Sandakan tanpa berjumpa dengan Ella dulu.
5 hari di Sandakan tanpa call dan chat dari Ella membuatkan kerja Azif jadi tidak tentu arah.
Azif cuba menenangkan hatinya dengan berenang di pantai setiap hari selepas balik kerja.
Puas di chat Ella,namun tetap sahaja tidak berbalas.
Malah tidak dibaca pun chat dari Azif.
. . . . .
Ella menatap gambar Azif di skrin telefonnya.
"Ya Allah,berat sungguh apa yang ku rasakan sekarang", keluh Ella sambil air matanya sedikit bergenang.
Rindu, sayang,marah,sakit hati,rasa tak berdaya. . .semua bercampur baur dalam satu masa di dalam dada Ella.
Ella berfikir,apatah lagi bila Ella sampai kan pada Azif nanti bahawa cinta mereka tak direstui?
'Seberapa remukkah hati Azif nanti?
Bagaimana harus aku membuka kata?
Bagaimana pula harus aku akhirkan?
Apakah semua ini petanda kami tiada jodoh?' beribu persoalan terngiang-ngiang di kepala Ella.
Waktu rehat Ella sekarang jarang dihabiskan dengan makan,Ella mengisi waktunya dengan merokok di tempat tersembunyi di parking lot kereta.
Di fikirannya sekarang sangat buntu,hendak mengadu pada Adam tapi Adam hilang tanpa khabar tiba-tiba.
Bila ditanyakan pada ibunya,ibunya cuma menjawab Adam dah balik kerja kat kampung.
Rasa malu pula di hati Ella jika menghubungi Adam sekadar untuk mengadu .
Maka Ella pendamkan saja kegelisahan di hatinya sendiri.
. . . . . .
Sebelum tidur ,Ella menatap wajah Azif di skrin telefonnya.
Rindu yang amat sangat terbuku di dadanya sekarang tapi Ella masih belum mahu menghubungi Azif.
Pantas Ella menyembunyikan telefonnya bila ibunya tiba-tiba saja masuk ke biliknya.
"Hmmm mak,tak tido lagi?", Ella cuba mengalih perhatian ibunya.
"Yang engko kenapa tak tido lagi pulak?", Tanya ibu Ella padanya.
"Orang baru nak ambik mood tido ni mak,ada apa mak? Ada gossip ke?", Tanya Ella sambil ketawa kecil.
"Macam ni,mak nak cakap ni. Ada orang masuk merisik ngko. Macam mana ni?"
Terasa seperti ditumbuk di dada Ella,benda yang paling menakutkan nya sudah tiba.
"Eh mak ni, orang baru 19 tahun pun. Tak nak lah mak,bagi lah abang-abang kahwin dulu".
"Dah kenape? Engko dah ada kawan kat luar? "
"Eh eh mak ni,ke situ pulak. Takde lah mak. .takkan lah Ella nak kahwin seawal ni ,mak ni pun. Ella belum bagi senang adik-adik lagi lah".
"Engko jangan macam-macam Ella. Aku tak nak engko lap taik kat muka mak ayah engko ni. Dah senang-senang ada orang merisik cara baik ,kita terima je lah", dan mak dah mula membebel tentang jodoh ku lagi.
"Mak ni dah kenapa? Orang dah cakap tak nak kahwin lagi la mak", hatiku mulai risau.
"Ok, sekarang engko fikir-fikirlah. Kau nak kahwin dengan pilihan engkau tanpa keluarga engkau,atau engkau nak kahwin dengan pilihan mak ayah dan engkau masih ada keluarga. Mak tak nak tanya panjang lebar,engko dah besar dah pun", kata mak lalu keluar dari bilik Ella.
Ella terus menangis setelah ibunya keluar,belum pun selesai satu masalahnya sekarang ditambah pulak dengan masalah lain.
Fikiran Ella semakin buntu dibuatnya.
. . . . . .
Hari ini Ella sangat serius,siapa pun yang menyapa Ella dah tak mampu untuk membalas dengan senyuman lagi.
Seperti biasa waktu rehat,Ella terus mengambil sekotak rokok dan lighter di lokarnya lalu pergi ke tempat biasa,di dalam lif Ella terserempak pulak dengan Azman.
"Eh hi baby,rest sendiri? " tanya Azman.
Ella yang anginnya tidak baik dari semalam akibat berita yang disampai ibunya hanya menjeling saja pada Azman.
Sampai di parking tingkat 3,Ella keluar dari lif meninggalkan Azman. Tanpa disedari ,Azman menyusul dari belakang.
Ella duduk di tempat biasa,dan mula mencucuh batang rokoknya.
Tanpa disedari sambil dia menyedut asap rokoknya,air matanya berlinangan dan dia menangis tanpa suara.
Azman yang tidak senang hati melihat Ella mulai mendekati.
"Hei kenapa ni? ", tanya Azman pada Ella sebaik saja mendekat.
"Takdelah," cepat-cepat Ella mengesat air matanya yang mulai mengalir deras seolah-olah mengadu pada Azman.
"Ok tak ni? Cerita lah pada aku apa masalah engkau," Azman menaikkan tanggannya pada bahu Ella.
Ella menepis dan cuba menolak Azman tapi Azman terus menarik dan memeluk Ella.
Tangan Ella terhenti di situ,tangisannya memecah kesunyian di parking itu.
Dia menangis semahu-mahunya melepaskan kesedihan yang terbuku di hatinya.
"Kalau kau tak nak kawan dengan aku pun,jadikan lah aku tempat luah kesedihan kau. Aku tahu kau tak suka aku,tapi aku tak biasa nampak kau tak ceria. Luahkan semua masalah kau biar ringan sikit kepala tu", kata Azman sambil mengusap-usap rambut Ella.
Ella melepaskan dirinya dari pelukan Azman bila dia sudah mula tenang.
"Tak pe, aku okey Man," kata Ella perlahan sambil mengesat airmatanya.
"Mungkin kau tak nak cerita sekarang tapi bila kau rasa perlu,jangan risau aku sedia mendengar".
"Tak nak lah,engko baik ada agenda", kata Ella bergurau.
"Tak pe lah, dapat kiss sekali-sekala ok jugak", balas Azman sambil ketawa.
Ella turut terketawa sambil menolak bahu Azman.
Azman mengambil sebatang rokok dan duduk di sebelah Ella.
Perlahan-lahan Ella mulai menceritakan masalah nya dari rumah.
Azman kelihatan khusyuk mendengar demi memujuk hati Ella.
"So sekarang ni kau dengan bf kau tu macamna?" Tanya Azman.
"Aku tak tahu,aku cuma rasa aku confuse Man. Ini soal seumur hidup", Kata Ella yang kini dalam dilema antara mengikut pilihan hatinya ataupun pilihan ibubapanya.
"Kawin dengan aku jom,aku bawa kau lari", gurau Azman lagi membuatkan Ella mencebik.
"Kau untung la Man,kau bukan perempuan. Lari aku tak nak,tapi kalau boleh aku nak mintak Tuhan cabut nyawa aku taw sekarang ni".
"Sabarlah,hidup ni tak lama tau Ella. Jangan sia-siakan dengan bersedih".
"Tapi. . ."
"Aku cuma boleh bagi kau nasihat macam ni, apa saja jalan yang akan kau lalui dalam hidup kau nanti. Jangan pernah menyerah kalah pada kesedihan,yakinlah ke mana kaki kau berjalan nanti adalah yang terbaik buat kau", kali ini tatapan mata Azman pada Ella sangat serius.
Ella berfikir apa yang dikatakan Azman tersangat lah betul.
"Thanks Man,lega sikit kepala aku".
"It's ok lah sayang", balas Azman selamba sambil ketawa.
Ella menjeling bila Azman mulai lagi memanggilnya sayang.
Ella mengeluarkan telefon bimbitnya yang berdering dari kocek.
Panggilan dari Azif.
"Sambutlah. Sekarang adalah sekarang,yang terjadi nanti biar nanti dulu. Sekarang waktu kau dengan dia", Azman terus saja memberikan nasihat bila mata Ella terus memandangnya bila melihat panggilan dari Azif.
Ella menekan button hijau . Kedengaran suara Azif di talian.
"Akhirnya . . . Sayang sambut jugak. .. sayang, . . . Sayang ? Sayang please lah cakap something. . By dah nak naik gila dah ni sayang ignore by macam ni", Azif mulai merayu
"By bila balik?", Ella yang kekok memulakan bicara.
"Esok by balik,sayang . . Sayang nak kirim apa-apa? By belikan kat sini".
"Tak nak apa-apa".
"Betul ni sayang? Esok by ambil sayang pagi sebelum kerja ye. . I miss u so much sayang".
"Mmmm. . Ok".
"Tu je?"
"I love u . .", Ella mulai sebak mengucap kata-kata itu.
"I love u too sayang . . ", Balas Azif kegembiraan tanpa mengetahui apa yang bakal menantinya.
semakin kuat rintangan untuk Ella dan Azif bersama,ayuh singgah dan baca. jangan lupa tinggalkan komen untuk episode seterusnya
Share this novel