Episode 20

Romance Series 8655

"Aku tak nak!!! Nak jadi apa,jadilah!!! Yang penting aku tak nak!!!" jerit Azif memecah kesunyian bilik itu.

DUBB!
    Hinggap satu tumbukan dari ayahnya tepat pada muka Azif
Azif jatuh terduduk.

"Menyusahkan! Seumur hidup korang taw menyusahkan ayah je ke? Dah buat salah tak nak tanggung pulak? Jahanam punya anak!" tengking lelaki tua itu,bengis sungguh raut wajahnya.

         "Ayah,apa abang cakap tu betul lah ayah. Bad kenal betina tu,memang Bad syak dia perangkap abang ni!" Bad cuba mempertahankan abangnya.

PAKK!
     Kini tamparan pula dilayangkan tepat pada pipi Badrul.

"Apa nak jadi dengan korang ni? Tak pernah bergaul dengan orang yang betul? Betina macam tu je yang korang jumpa? Sekarang dah kacau,tanggung akibatnya!!" tengking lelaki tua itu sambil jari telunjuknya ditujukan bersilih ganti pada Azif dan Badrul.

     "Ayah kisah ape?! Ayah bukan selalu ada kat sini pun jaga kitorang?! Lantak kitorang la nak buat apa?!" jerit Azif sambil ditenangkan ibunya.

Lelaki tua itu kegeraman lalu mengangkat sebatang kayu dan menuju pada Azif.
    Niat di hatinya ingin dipatahkan saja kayu itu pada badan Azif.

"Sudah!!!!Sudah!!!!" jeritan ibu Azif beransur perlahan bila sakit jantungnya tiba-tiba datang menyerang.
      Dia tunduk sambil menekan-nekan jantungnya yang teramat sakit.
Azif lantas menyambut ibunya yang hampir jatuh pengsan.
    Ayahnya pula lantas membuang kayu itu dan berdiri kaku.

     "Mak,mak,mak .. Azif minta maaf mak,mak ",rayu Azif sambil memeluk ibunya erat.
Badrul pantas menghulurkan ubat jantung dan segelas air pada ibunya.

"Mak tak nak engkau masuk lokap,nak. Umur mak ni sampai mana je, kalau jadi apa-apa kat mak nanti macamana?" Ibu Azif bersuara sayu memujuk Azif.

Azif mulai tewas.
     Airmatanya mengalir.

     "Takpelah mak,demi mak apa pun Azif sanggup", kata Azif sambil merebahkan kepalanya di atas paha ibunya yang sedang duduk.

"Dah! Esok nikah! Tak payah buat apa-apa! Dah bunting dah pun!" ayahnya mengherdik pada Azif.

Malas membuat keadaan berlarutan,Azif membiarkan saja ayahnya membebel sendirian.

.    .    .    .    .     .     .     .     .      .     .     .    .

    Lima bulan berlalu. . . .

" Abang,sarapan dah siap", kata Ella memanggil suaminya turun.
 
Tiada sahutan dari tingkat atas.
      Ella melepaskan apronnya dan naik ke atas untuk bersiap ke tempat kerja.
Suaminya baru saja keluar dari bilik mandi bila Ella melangkah masuk ke bilik itu.
    Ella membelakangi suaminya dan menuju ke almari untuk mengambil uniform nya dan suaminya.

"Hari ni abang jumpa klien atau turun site?" tanya Ella.

     "Jumpa klien je, mudah mudahan lulus projek tu",kata Adam sambil menyembur wangian pada badannya.

Ella mengeluarkan sehelai kemeja butang yang kemas dan menyerahkannya pada Adam.
     Adam menyambutnya lalu menarik Ella ke dalam pelukannya.

"Jom buat baby,sayang", bisik Adam ke telinga isterinya.

     "Abang,Ella nak bersiap ni", Ella meleraikan pelukannya lalu mengambil uniform nya dan masuk ke bilik mandi.

Adam tertawa kecil lalu memakai kemejanya.

"Dah lama kita kahwin sayang,masih malu nak pakai baju depan abang?" tanya Adam pada Ella sebaik saja isterinya keluar dari bilik mandi dan lengkap beruniform.

Ella hanya menjawab dengan senyuman sambil menuju ke cermin untuk bersiap.
      Adam memeluk pinggangnya dari belakang.

"Sayang masih tak boleh terima abang dengan ikhlas?" tanya Adam pada pantulan wajah isterinya di dalam cermin.

Lantas senyuman di wajah Ella hilang.

     "Apa abang cakap ni?" tanya Ella.

"Taklah,dalam sebulan baguslah kalau sekali sayang nak bersama abang. Itupun macam terpaksa je abang tengok. Tapi takpe,abang faham kalau sayang masih nak ambil masa untuk terima abang", kata Adam lalu mendekati isterinya untuk mencium bibir Ella.
 
    Ella menolaknya kasar.

    "Mungkin bagi abang,bukti cinta kena main selalu lah? Begitu? Hidup bertalikan seks? Eh Ella taknak lah!" pertanyaan Adam tadi benar-benar menusuk hatinya.

     "Kalau rasa tak boleh terima aku macam ni,kenapa kahwin dengan aku?? Cari orang lain je lah,aku tak kisah", Ella menarik begnya lalu turun ke bawah untuk bersarapan.

Adam mengejarnya dari belakang.
      Laju Ella mengambil tempat duduk dan bersarapan.
Adam mengambil tempat di sebelahnya.

"Sayang ni, abang tak maksudkan macam tu la. Jangan la marah. Sayang . . .", Adam cuba memujuk.

Ella membancuhkan segelas kopi tongkat ali lalu ditolak perlahan ke depan Adam.

"Amboi isteri abang ni, marah-marah die dibuatkan jugak suami tercinta ni kopi. Tongkat Ali pulak tu,kan sayang?"usik Adam lagi.

Tapi Ella terus saja makan sarapannya tanpa melihat Adam.
    Selesai bersarapan,Adam dan Ella masuk ke dalam kereta untuk menuju ke tempat kerja.
Sampai di depan hypermall,Adam berhenti.
   Ella menguak pintu kereta.

"Sayang tak salam abang hari ni?" Tanya Adam perlahan.
   
    Ella menghulurkan tangan dengan muka merajuk.
Disalam dan dicium tangan suaminya,lalu Adam mencium tangannya kembali dan keningnya.
    Meskipun masih merajuk,Ella turun dengan senyuman yang tidak sengaja terukir bila Adam mencium dahinya.
Dengan senang hati dia berjalan menuju  ke butik kasutnya.

   .    .    .      .    .    .    .    .     .     .    .   .      .

PAKK!
     Wanita itu menyepak kasut itu.
Rain terkedu menahan geram .
    Sambil memegang kotak kasut di tangannya,Rain masuk ke dalam stor meninggalkan pelanggan yang kurang ajar tadi.

"Ella..." panggil Rain dengan mata bergenang.
   
Ella terkejut melihat Rain lalu melompat turun dari tingkat atas rak.

    "Eh kenapa ni? Siapa bising tu?" tanya Ella kepada Rain sambil menjenguk ke luar.

Kelihatan pelanggan wanita yang rendah  itu sedang membebel.

"Dia nak mintak saiz,dia marah aku. Dia baling kasut ,siap sepak lagi dan suruh aku pungut", kata Rain menahan sebak.

    "Ape? Eh eh . . Meh sini ikut aku", kata Ella dengan nada marah.

Ella keluar dan berpeluk tubuh berhadapan dengan wanita yang sedang duduk itu.
 
    "Maaf puan,ada apa hal disini ya?" tanya Ella dengan nada professional.

"Ow! Engkau incharge sini? Macaman engkau ajar staf engkau ni? Kurang ajar! Aku dah cakap nak mintak saiz kan? Ingat aku takde duit ke?" jerit wanita itu seolah-olah ingin memalukan servis dari kedai Ella.

      "Awak dah puas cakap? Okey Rain giliran awak bagi penjelasan", Rain mengulang semula apa yang dikatakan nya pada Ella di stor tadi.

"Ape ni? Begini ke servis korang", tengking wanita itu.

    "Puan,saya tak kisah dan heran pun dengan duit awak. Sebab saya yakin saya dibayar berbaloi dengan kerja saya. Staf saya tak melanggar apa-apa peraturan! Awak mintak saiz,staf saya boleh bagi kalau awak mintak cara bagus! Awak sepak kasut tu,jadi awak nak staf saya sepak kasut tu kat awak balik atau macamana?" tanya Ella dengan nada tegas.

Dengan muka masam mencuka,wanita itu mengambil kasut yang disepaknya tadi dan dihempas ke atas kaunter.

"Bagi saya saiz yang saya nak!" tengking perempuan itu tidak mahu mengaku kalah.

Ella tersenyum,dia mengarahkan Rain mengambil saiz yang dikehendaki wanita itu.
    Ella merampas kotak dari tangan Rain.
Dia mengeluarkan sepasang kasut dari kotak itu dan dihempas di atas kaunter sambil tersenyum.
    Wanita itu menjegilkan matanya,lalu mengeluarkan dompet.

"Tak perlu try,saya angkat!" tengking wanita itu lagi seolah-olah tercabar dengan Ella.

Dihempasnya duit di kaunter dengan kasar.
   Ella mengambil duitnya,dimasukkan kotak dan kasut kedalam plastik.
Lalu baki duit itu Ella ambil dan baling pada wanita itu.

    "Kurang ajar!" kata wanita itu.

"Hoi cik kak,cermin kat depan tu! Dah lama tak bercermin ke?" Kata Ella menyebabkan wanita itu terhegeh-hegeh keluar.

Setelah wanita itu lesap dari pandangan,Ella ketawa.
    Semua stafnya hanya memandang Ella dengan wajah terkejut,belum pernah mereka melihat Ella sebegitu.

"Eh korang dah kenape? Kalau dapat customer macam tu lagi roger aku jer,biar aku atur. Dah pi sambung kerja", kata Ella tertawa lalu masuk ke dalam stor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience