Episode 16

Romance Series 8655

         6 bulan kemudian . . . 

  "Sarah,tolong pergi loading base ambil stok ya", arah Ella pada salah satu staffnya,Sara.

Sara menarik troli dan  pergi ke loading base.

      "Display bahagian depan tu nanti Anna tolong tukar pattern baru semua ya", Anna menggangguk mendengar arahan Ella.

    "Saya nak atur stok kat dalam,nanti ada ape-ape panggil je k",  kata Ella lalu membawa beberapa keping kertas di dalam  fail ke dalam stor.

Di dalam,Ella memanjat mega rack 3 tingkat itu ke tingkat paling atas,lalu Ella duduk dan mengeluarkan kertas dari failnya untuk disemak.
     Mata gadis kecil itu melilau memeriksa setiap barcode pada kotak-kotak kasut di hadapannya.
Sesekali dia menguap bila sudah terlalu lama di dalam,lalu meneruskan lagi kerjanya.

      "Ella, tunang u ", Rain masuk tanpa membagi salam pun.

Kedengaran Ella mengeluh perlahan bila diganggu.
    Ella melompat dari tingkat 3 itu sepertinya sudah biasa.
Pekerjaan barunya sekarang lebih lasak,walaupun Ella cuma ditempatkan sebagai supervisor,tetapi Ella lebih suka mengambil kerja-kerja berat.
   Kesibukan di sini mengajarnya untuk kurangkan berfikir tentang masa lalu.

Ella berjalan keluar.

      "Hmmm,Abang Adam? Ada ape?" tanya Ella padanya.

"Baju sayang comotlah", kata Adam sambil membersihkan baju Ella yang terkena habuk kotak kasut.

     "Ah ah,stok baru sampai. Jadi nak clear stok bagi ruang kotak baru masuk", jawab Ella sambil menepis tangan Adam perlahan.

"Rest jom", ajak Adam.

    "Sibuk ni. . ."

"Ala kejap je,sayang kalau tak dibawa makan nanti tak makan lagi".

    "Ehmmm . . ..bolehlah kejap", kata Ella.

     "Madz,nanti stok baru sampai tolong cek dan kira DO yer. Nanti bagitaw Sara tolong clear habuk kat dalam tu", kata Ella lagi lalu mengikuti langkah Adam.

Sambil berjalan menuju ke restoran terdekat di tingkat bawah,Adam memegang tangan Ella.
     Tak sampai 5 minit, Ella melepaskan genggaman tangan Adam.

"Sorry,segan la ", kata Ella padanya.

Adam tersenyum saja.
   Sampai di restoran,Adam memesan makanan kegemaran Ella iaitu tomyan seafood.
Kelihatan Ella sangat berselera,Adam yang duduk di sebelah Ella membelai rambut gadis itu.
   Ella yang terkejut berhenti menelan.

"Abang kenapa tak makan?" tanya Ella.

    "Abang tak lapar,dapat rehat kejap abang terus ke sini. Abang fikir nanti sayang tak makan lagi," kata Adam sambil menatap mata Ella.

Ella mengalihkan pandangannya.

"Ehmmm.  . Dah siap ni,abang minum la cepat. Ella nak balik kedai", kata Ella sambil menghabiskan minumannya.

     "Nanti malam tunggu tempat biasa ye," kata Adam sambil membelai rambut Ella.

Ella cuma mengangguk perlahan.

    

     .     .     .     .      .     .      .       .

       Adam melihat jam tangannya,sudah pukul 10 malam .
Tidak lama,kelihatan Ella keluar dari pintu keluar hypermall One Borneo menuju ke keretanya.
    Ella masuk lalu duduk.

"Penat nampak", kata Adam.

    "Aah,banyak sangat stok baru hari ni",  kata Ella sambil mengangguk.

Adam menghidupkan enjin dan meneruskan pemanduan.
  Ella yang kelihatan letih tadi tertidur di tempat duduknya.
Adam menghentikan kereta nya di kawasan parking rumah Ella.
   Ditatapnya wajah Ella,lalu dibelai wajah lembut itu.
Ella terjaga lantas mengundurkan dirinya sedikit.
   
    "Dah lama sampai ke?" kata Ella sambil melihat jam tangannya.

"Tak,baru je".

    Ella mengutip barang-barangnya yang terlepas dari tangannya dan bersedia untuk keluar.
Tiba-tiba lengannya di tarik perlahan oleh Adam,Ella menoleh.
    Adam mencium bibir mungil itu perlahan-lahan,menunggu Ella membalas gamitan bibirnya.
Akan tetapi Ella cuma tetap di situ seperti kayu.

"Sayang tak pernah balas kiss Abang, sayang benci Abang sangat ke?" tanya Adam dengan nada lembut.

Ella cuma tunduk mendiamkan diri.

"Kahwin jom", kata Adam sambil mengenggam tangan Ella.

"Tunggu dulu lah,Ella tak sedia lagi", Ella melepaskan genggamannya lalu memandang ke luar tingkap.

"Dah lama,sayang. Tak lama lagi nak setahun dah kita tunang. Orang sangka nanti abang tak mampu nak kahwin dengan sayang", kata Adam yang tidak pernah meninggikan nada suaranya.

"Kalau rasa nak buat keputusan sendiri, buat apa tanya aku? Ada aku mintak engko pinang aku?" Ella keluar lalu menghempas pintu kereta dan masuk ke dalam rumah.
Adam menunggu Ella masuk lalu pulang ke rumah sewa nya.
    

. . . . . . . . . .

Hari ini Ella sibuk mengatur display baru ,dipilihnya kasut-kasut exclusive untuk disimpna di display cabinet terbarunya di tengah-tengah kedai.
Ella seorang yang sangat serius dalam kerjanya,kawan-kawannya pun tidak berani mengganggu bila Ella sudah mulai serius.
Hendak diteruskam lagi kerja tapi jam sudah mulai menunjukkan jam 10 malam.

"Angkat tiang,tutup", arah Ella pada kawan-kawannya.

Masing masing Anna,Sara,Madz dan Rain memasang tiang lalu ditarik tirai pintu kedai turun sementara Ella sibuk mengatur kaunter.

Selesai mengunci kaunter,Ella mengambil beg galasnya dan disarung ke bahu.
Dibuka sanggulan rambutnya dan disisir rapi sebelum pulang.
Setelah mengunci kedai,Ella menuju ke pintu depan hypermall menunggu Adam datang menjemputnya.

Hampir 15 minit baru Adam kelihatan.

"Sorry lambat,sayang", kata Adam.

Ella diam sahaja dan masuk ke dalam.
Seperti biasa,asal pulang mesti Ella akan terlelap di kereta.

"Sayang . .sayang. . .dah sampai ni", kata Adam mengejutkan Ella perlahan-lahan.

Ella yang tersedar,dengan masih mamai mengambil beg galasnya dan disandang ke bahu.

"Boleh abang cakap sikit?"

"Hmmmm. . .cakaplah".

"Abang tahu sayang tak pernah sukakan abang,dan mungkin sekarang sayang ada perasaan benci dengan abang.Tapi abang ikhlas nak sayang jadi suri hati abang. Maafkan semua kesalahan abang pada sayang,dan walaupun susah abang rayu sayang tolonglah terima cinta abang. Ambiklah seberapa lama masa sayang nak untuk belajar mencintai abang ,walau kita dah kahwin pun sayang masih tak suka abang sanggup tunggu".

Ella cuma mendiamkan diri.

"Abang harap sayang tak marah sebab abang dah jumpa mak ayah tadi untuk bincang persiapan perkahwinan kita".

Terbeliak mata Ella terkejut mendengar ayat terakhir itu.
Adam menggenggam tangan Ella,dan dikucupnya perlahan.

"Abang harap Sayang dah nak bercerita dengan abang macam dulu lagi bila kita dah kahwin".

Ella diam sahaja dan turun lalu masuk ke dalam rumah.

"Eh,meh sini. Mak dah belikan kain untuk jahit baju pengantin engko ni", panggil ibu Ella.

Ella tidak mempedulikan lalu masuk ke dalam bilik.

"Anak awak tu degil sangat la abahnya,dah lama bertunang pun tetap macam tu jugak", ibu Ella berkata pada ayahnya.

"Macam awak le tu, tak payah cari lah dari mana degilnya. Yang penting dia dah ikut semua yang awak mahu", jawab ayah Ella sambil tangannya sibuk melukis pelan perabot untuk projek barunya.

Selesai mandi ,Ella tidak makan dan langsung masuk ke dalam bilik.
Tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi,Ella merebahkan dirinya ke atas katil.

'Ya Allah,aku dah niat akan just follow the flow. Aku sudah tidak punya jalan lain
. Aku percaya atas segala perancangan mu ya Allah. Akan ku lalui lorong-lorong yang sudah tertulis buat hidupku'.

Ella terlelap dengan sedikit air mata yang bergenang mengalir ke pipinya.

Belum habis lagi,dan Ella masih ada episod bersama Azif,diharap bersabar ya pembaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience