"Abang,abang . . .hish susahnya nak kejutkan dia ni", Adam mendengar saja suara gadis kecil itu mengejutkannya sambil berpura-pura tidur.
"Abang . . cepatlah bangun solat", Ella menggoncangkan bantal Adam. Adam berpura-pura menggeliat seolah-olah hampir bangun.
"Bangun cepat kalau tak Ella solat sendiri lah", kata Ella sambil menyarung telekung yang diberi Adam di dalam hantarannya.
Dengan pantas Adam bangun dan pergi berwudhu, lalu mengimamkan isterinya solat.
Selepas solat,Ella mencari baju nya dan terus ke bilik mandi.
'Pintar sangat budak kecik ni nak mengelak,bawak baju ke bilik mandi pulak', bisik Adam sendirian.
Sebaik saja Ella keluar dari bilik mandi,Adam yang sudah sedia menunggu di depan pintu mengangkat nya dan dibaringkan ke atas katil.
"Eh,Abang Adam ni kenapa pulak?" tanya Ella lalu menolak Adam ke tepi.
"Panggil lah abang ke,suamiku ke,sayang ke. Kan semalam sayang tidur awal,jadi sekarang . . ." kata Adam sambil bermain anak rambut Ella.
"Eh ,Ella nak buat sarapan ni,jangan macam-macam. Mak dengan ayah abang dah bangun tu", kata Ella lagi cuba mengelak.
"Mak ayah sayang jugak lah tu".
"Sebab tu saya nak pergi buatkan sarapan ni,boleh ke tepi tak?"
Adam berdegil lalu naik ke atas badan Ella,mencium keseluruhan leher Ella sehingga tiba ke bibirnya,Adam memberikan kucupan nipis lalu bangun.
"Sayang pergilah,abang mandi kejap ..Nanti abang turun tolong sayang", kata Adam lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi.
Ella menarik nafas lega,entah sampai bila dia harus memberikan alasan agar Adam tidak menyentuhnya.
Dia masih merasa kekok,satu-satunya lelaki yang pernah menyentuhnya cuma Azif,itu pun belum pernah dia menyerah kan keperawanannya kepada Azif.
Sebelum rasa takut menguasai dirinya,Ella bergegas turun untuk menyiapkan sarapan bagi keluarga Adam yang harus menaiki flight tengahari nanti untuk pulang ke Sandakan.
Selesai mandi ,Adam turun ke dapur untuk membantu Ella.
Tapi Ella sudah pun menyiapkan kuih,mi goreng,minuman panas dan nasi berlauk di atas meja.
"Cepatnya sayang buat semua ni sendiri", kata Adam membuatkan Ella terketawa.
"Pandai bini engkau masak,senanglah sikit hati mak", kata ibu Adam lagi lalu memanggil semua untuk bersarapan.
Adam mengambil tempat duduk di sebelah Ella.
Sesekali Adam meraba-raba paha isterinya dan ditepis Ella.
Setelah membersihkan dapur,Ella naik ke biliknya untuk berehat sebentar.
Melihatkan jam baru pukul 9 pagi, Ella mengambil kesempatan untuk berbaring sambil bermain smartphone nya.
Tanpa sedar, dia tertidur . Mungkin masih keletihan sebab bersanding kelmarin.
Adam yang naik untuk melihatnya terketawa melihat gelagat isterinya dengan telefon yang masih di tangan.
Dia naik ke atas katil dan mula mencium cuping telinga isterinya,Ella tidak berganjak dan masih lena.
Adam baring di sebelahnya dan memeluk pinggangnya,Ella terjaga bila merasakan rangkulan erat pada pinggangnya.
"Eh,abang Adam? Sorry tertido. Jam berapa dah ni?" tanya Ella sambil cuba meleraikan pelukan Adam.
"Jap lagi lah bangun, abang nak peluk sayang kejap", kata Adam yang memeluk Ella semakin kuat.
"Macam tak percaya sayang dah jadi isteri abang,maafkan abang kalau banyak sakitkan hati sayang", kata Adam sambil mengucup kening Ella lama.
"Selagi abang hidup,jika abang mampu.Abang akan tunaikan apa saja yang sayang minta. Kalau abang tak mampu,abang harap Sayang sabar tunggu", Adam memejam matanya dan memeluk erat.
Entah kenapa terdetik rasa kasihan di hati Ella melihat Adam begitu sayangkan dirinya.
Ella memeluk Adam kembali dan membenamkan mukanya pada dada Adam.
Deria baunya menghidu dan cuba menyimpan haruman suaminya.
'Ya Allah,ampunkan aku atas khilafku. Azif,maafkan aku. Ini suamiku,izinkan aku menyayanginya', bisik hati Ella mencuba untuk membuang memori Azif dari dalam ingatan dan hatinya walaupun sakit.
Adam yang terkejut bila Ella membalas pelukannya ,kegembiraan dan mencium rambut Ella .
"Lepas hantar mak ayah pergi airport,kita pi honeymoon kat Kundasang sayang,boleh?"tanya Adam.
"Tak nak,sibuk kat kedai. Lagipun Ella xde apply cuti lama. Apply cuti untuk kawin je haritu", kata Ella padanya.
Ella mulai takut bila memikirkan harus bersendirian bersama Adam.
"Sayang kan ada cuti 3 hari lagi,please. . .", rayu Adam lagi.
Ella melepaskan pelukannya dan bangun.
"Dah,Ella nak bersiap ni. Kita nak pi hantar mak kan.Lambat kang".
"Ala sayang,3 hari je please",Adam bangun dan memeluk pinggang Ella dari belakang.
Ella berfikir seketika dan mengeluh kecil.
"Ok . . .dengan syarat. ..kita bawa mak sekali", Ella memberikan syarat.
"Ok,sayang bersiap lah dan kol mak sayang untuk kemas barang", Adam mencium dahinya lalu keluar.
Ella duduk menunggu di kereta sementara Adam menghantar orangtuanya ke dalam.
Tidak lama kemudian,kelihatan Adam keluar dari pintu gerbang KKIA lalu berjalan masuk ke dalam kereta.
"Sayang dah kol mak?" tanya Adam kerana cadangan mereka hendak bergerak terus ke Kundasang disebabkan jadual Ella yang pesat.
"Mak tak nak,mak cakap penat lagi . Nak pinjam bawa adik pun mak tak bagi", kata Ella dengan muncung panjang seolah-olah merajuk.
"Alamak,terpaksa kita berdua je la kan sayang?" Adam tersenyum sinis.
"Tak boleh cancel dulu ke?"
"Ish sayang ni,abang dah booking sedia taw. Dah bayar pun", kelentong Adam lagi.
"Alah . . .hmmm.tak habis pikir. . Jalan je lah", Ella memicit-micit kepalanya sendiri seperti sedang buntu.
Adam ketawa melihat nya lalu memecut untuk perjalanan 5 jam mereka.
Tertidur-tidur Ella di kereta oleh kerana mabuk disebabkan perjalanan yang lama.
"Sayang,dah sampai ni. Jom", Adam menggerakkan Ella.
Ella yang terjaga menggeliat kerana kesejukan.
"Sejuknya . . . ", menggigil-gigil Ella menahan sejuk.
Adam mengambil jaketnya dan disarungkan pada Ella.
"Dah,jom. Abang dah ambil kunci homestay", Adam mendahului dan Ella menyusul dari belakang.
Nabalu Homestay,cantik namanya seindah pemandangannya.
Dari balkoni,Ella mengamati suasana senja dan matahari terbenam.
Sungguh sangat cantik sehingga Ella terlupa sudah hampir waktu Maghrib.
"Sayang,masuklah. Tak baik kat luar waktu Maghrib. Jom mandi lepas tu maghrib sama-sama".
Ella masuk lalu menutup semua tingkap dan pintu.
"Eh,abang mandilah. Ajak kite pulak", kata Ella sambil menjeling.
"Apa salahnya,halal kan", kata Adam sambil ketawa.
Setelah solat maghrib dan Isyak bersama, Adam membawa Ella makan di restoran berdekatan.
"Esok ,abang bawa sayang ke ladang strawberry ye", kata Adam sambil membelai kepala Ella dalam perjalanan pulang ke homestay.
Ella hanya mengangguk keletihan.
Sampai di homestay,fikiran Ella mulai risau bila harus berdua-duaan dengan Adam.
Ella berpura-pura duduk di ruang tamu menonton tv walaupun letih.
"Sayang,jom lah tidur", kata Adam sambil membelai rambut Ella.
"Ella tak ngantuk lagi,abang tidurlah", kata Ella tanpa memandang Adam .
Hatinya risau melihat Adam cuma memakai seluar panjang tanpa baju.
Adam duduk di bawah sofa lalu meminta Ella memicit bahunya .
Ella memicit perlahan sambil matanya menonton tv.
Tiba-tiba ,Adam mengambil remote tv dan mematikan siaran.
Ella terkejut langsung terhenti memicit.
Adam mendukung gadis kecil itu dan membawanya ke bilik.
Dibaringkannya gadis itu di atas katil lalu Adam naik ke atasnya.
Adam mulai mencium bibir Ella dengan rakus menyebabkan Ella terkejut.
Belum pernah dia dicium sebegitu rakus.
"Abang,stop dulu", Ella hampir kehabisan nafas dicium bibir Adam yang seksi.
Adam bawa ciumannya itu turun menjalar keseluruhan leher dan dada Ella.
Ella mencuba menolaknya dengan sepenuh tenaga tetapi dia betul -betul keletihan dan mengantuk.
Adam membuka butang baju Ella dan mencium keseluruhan dadanya dan digomol rakus.
Baru sahaja Adam mulai memanaskan badan dengan mencium keseluruhan tubuh genit isterinya,kedengaran dengkuran halus Ella yang keletihan.
Adam terketawa bila melihat isterinya tertidur ketika dia menginginkan isterinya.
Tidak sampai hati mengejutkan isterinya,Adam menyelimutkan tubuh isterinya lalu turut berbaring sambil memeluk isterinya.
Episode 18 released,please leave your comment
Share this novel