Kerja makin banyak di butik dan aku mulai sibuk ,Azif pun semakin sibuk bila dinaikkan pangkat jadi Executive Crew.
Masa kami bersama cuma waktu rehat kerja,adakalanya Azif outstation dan kami takkan berjumpa untuk beberapa hari.
Semenjak ayahku menegur tentang jodoh,aku mulai kurangkan rapat dengan Azif,fikiranku buntu .
Bila saja aku tahu dia sibuk dengan event,maka aku tidak akan menghubunginya langsung untuk mengelak.
Entah kenapa jauh di sudut hatiku sepertinya kami tidak akan sampai ke jinjang pelaminan.
Aku sayangkan Azif tapi aku sedih,sedih sangat.
Aku sedih memikirkan hatinya yang bakal ku sakiti jika hubungan ini terlarang.
"Sayang",.
terkejut aku dari lamunan apabila Azman,budak stok mencuit pinggangku nakal.
"Engkau ni Man,ada masa lebam muka kau aku kerjakan ni",seloroh ku .
Azman hanya ketawa nakal.
Suka benar budak stok ni mengusikku nakal, padahal semua sedia maklum aku sudah punya boyfriend.
"Hai Ella",Mus pula menegurku sambil menolak troli yg penuh dengan stok baru sambil tersenyum .
"Hai Mus",balasku padanya sambil tersenyum manis .
Aku lebih suka pada Mus ,sebab Mus sering menasihatiku dan suka menjaga aku .
Bila aku lewat balik atau rest sendiri,mesti Mus akan datang temankan berbanding Azman yg suka mengambil kesempatan padaku,pernah sekali Azman hampir saja menciumku .
Dan berkali-kali Azman memujukku untuk berhubungan terbuka .
Aku endahkan saja dia.
Usai Azman dan Mus beredar,aku sambung mengira stok yg sampai . Selesai kerjaku mengira aku serahkan pada budak baru untuk atur harga dan gantung baju.
Kerjaku sekarang lebih kepada pengurusan kaunter,hq dan stok sahaja.
Aku duduk di dalam kaunter sambil mengira pendapatan hari ni,tiba-tiba vibrate telefonku bergetar.
Chat dari Azif,
"I love u sayang,nanti by balik kita jumpa ya. Tak sabar by nak balik nak peluk sayang kuat kuat,nak kiss sayang,nak hidu rambut sayang . . .rindunya", aku membaca dalam hati setiap kirimannya dan senyum sendiri tanpa balas chat Azif.
Bangkit dari bangku aku memanggil budak baru,
" Didi,jaga kedai kejap ya,aku nak ke toilet ni",kataku lalu berjalan ke tandas di hujung bangunan.
Sedang aku bercermin tiba-tiba ada gadis sebaya ku menegurku,
"Lelaki tinggi rambut colour colour tu bf kau eh?", oh,gadis yg bekerja di butik kecil hujung tu ,kata hatiku. Aku mengangguk.
"Haritu bf ngko pernah mintak no fon aku taw",terasa berasap kepala ku mendengar katanya.
Aku hanya berlalu pergi tanpa menjawab.
Separuh hari sudah berlalu,kepala ku terasa bingung dan marah oleh berita yg disampaikan gadis butik hujung di tandas tadi .
Tanpa berfikir,aku terus capai fon ku dan mendail no Azif.
"Hello sayangku",sambut Azif ceria.
"Mmm. . .aku . .nak break?",balasku.
Azif berdiam seketika lalu bertanya,suaranya agak marah kedengaran,
"Kenapa ni sayang? Bagitahu dulu sebab kenapa please? Hubby tengah jauh sayang buat by macam ni? Tolong bagitahu by kenapa please?".
Aku sebak mendengar suaranya.
"Aku tak suka,ada budak perempuan bagitahu aku tadi kau ada mintak no fon dia,jadi buat apa stay dengan aku lagi? ",
hampir saja aku melepas tangis.
Lama Azif berfikir,
"Budak perempuan kulit gelap?Rambut panjang? Keriting kan? Lah.by main main je lah .Tak serius sayang,sumpah.Sayang taw kan by suka main main, sayang tanya dia mana ada by minta betul betul", .
Tanpa mendengar lebih lagi,aku mematikan panggilan.
Beratus chat Azif masuk dan satu pun tidak ku balas .
Pagi ni aku memaksa mood untuk ke kerja,call dan chat dari Azif langsung tidak ku jawab dan buka. Mamy Wana yang bertugas di kaunter hari ni ,jadi aku atur display depan saja.
Selesai kerja ku ,aku berdiri tanpa sedar aku mengelamun .
Terkejut aku bila Didi datang dan menepuk belakang ku,
"Ella,bf ngko panggil tu".
Berdebar debar hatiku,sebab aku tahu Azif barannya bagaimana,aku tarik nafas panjang lalu keluar ke pintu depan.
"Kenapa tak sambut kol? Tak balas chat by?", pertanyaannya kedengaran marah.
Aku diam saja.
Azif menghela nafas panjang,
"ok,sekarang by heret perempuan tu ke sini ya,syg tak percaya kan by tak buat apa-apa",kata Azif lalu bergerak ke butiknya.
Aku panik, sebab Azif bila marah takkan mengira lelaki atau perempuan.
Kawan-kawanku menggesa aku panggil Azif,risau terjadi pergaduhan. Sampai aku kesana ,Azif tgh menjerit dan menengking mencari perempuan tu.
"Ngko keluar sekarang! Mana perempuan tu? Sial betullah!!", tengking Azif pada supervisor di butik tu.
Aku menarik lengan Azif,
"dahlah tu",kataku pada Azif.
Azif menggenggam tanganku dan membawa ku keluar ke ruang lif kecemasan.
"Sayang please jgn buat by mcm ni lagi,by tak boleh berfikir bila syg mcm ni. ",katanya lembut sambil mengusap pipiku.
Aku cuma diam dan memeluk pinggangnya erat,Azif mencium dahiku.
Entah kenapa kebelakangan ni hatiku rasa sedih dan gelisah,aku takut menghadapi kenyataan yang kami harus berpisah.
"Sayang balik awal hari ni kan,nanti hubby tunggu ye. Nak jalan jalan sekejap dengan sayang hari ni", aku hanya mengangguk mengiyakan.
Kebetulan hari ni hari minggu,aku boleh meluangkan masa lebih sedikit dengan Azif sebab hari ni balik awal.
Sebelum menghantarku pulang,Azif membawaku makan.
"Sayang nanti sebelum balik ikut hubby kejap", ajak Azif.
"Nak ke mana?",tanyaku lalu menghirup jus epal di depanku.
"Bilik hubby,kejap je ", kata Azif yang membuatkan ku terdiam.
Azif menunggang motornya sehingga ke kawasan quartersnya,pertama kali aku ikut Azif ke sini.
Aku merasakan jantungku berdegup dengan sangat laju.
'Apa yang Azif nak buat ni?', bisikku dalam hati.
Tetapi kaki ku masih mengikut rentak ke mana Azif membawaku.
Sesampai di biliknya, Azif mengunci pintu dan baring di atas katil.
"Meh sayang", panggil Azif.
Aku cuma menggeleng sambil berpeluk tubuh.
"Meh lah,takkan by nak buat benda yang sayang tak suka? By tak gila lah".
Aku berfikir seketika,kemudian duduk di sisi katil di samping Azif.
Azif menarik beg tanganku dan meletakkan nya di atas katil, kemudian Azif mendukungku untuk dibaring kan di sisinya.
Erat sungguh pelukannya ku rasakan membelakangiku.
Azif mencium kepala ku berulang ulang kali seperti aku anak kecil.
Aku berpusing menghadapnya dan ku peluk dia erat.
Ku sembamkan muka ku di dadanya untuk menyembunyikan kegelisahan ku.
"Sayang nak tahu tak?Hubby dah servay rumah kat Rampaian,ada sebuah rumah sewa . Cukup luas untuk kita lepas kahwin nanti,dekat dengan bandar", tiba-tiba Azif membuka topik pasal kahwin.
"Agak-agak sayang ,parents sayang nak mintak berapa k? By dah ada simpanan ni,kalau tak cukup lagi sayang tunggu by ya. By sanggup kerja jauh-jauh sebab nak kumpul duit untuk sayang", tambahnya lagi.
Ya Allah,ku rasakan hatiku hancur mendengar kata-katanya.
Aku teringat kembali apa yang pernah Ayah ku katakan.
Aku menyeluk kocek seluar jeansnya dan mengambil telefon bimbitnya.
Ku taip no telefon ayahku dan ku simpan di telefon Azif.
"No ayah ada kat situ,janji dengan sayang kalau jumpa ayah pakai baju lengan panjang yer. Jangan bagi nampak tatu tu",kataku pada Azif.
Azif tersenyum dan menarikku baring kembali,dia mencium bibirku lembut tetapi lama.
"Kalau hubby buang ni tatu guna lazer,tapi mungkin efek tangan by jadi hodoh. Sayang masih maw dengan by?", tanyanya lagi.
Aku mengangguk lalu memeluk dan menciumnya kembali.
Azif tersenyum gembira seperti di kepalanya sudah ada rancangan baik.
"Jom by hantar sayang pulang,dah nak gelap ni", aku bergerak mengikuti Azif.
Azif menghantar ku sehingga ke pusat beli belah terdekat di kawasan rumahku dan aku mengambil bas mini untuk pulang dari sana.
Aku masih belum mahu Azif menghantar ku sehingga ke rumah,takut ayahku terkejut.
Umurku baru saja mahu mencecah 19 tahun tapi sudah mulai bercinta.
Aku takut ayahku mengetahui hubungan aku dengan Azif yang sudah hampir 2 tahun .
episode 3,please follow. . Read and comment my story please
Share this novel