Episode 2- Meraih Redha-Nya

Romance Series 8655

    Kejadian kemarin masih terbayang-bayang di ingatan. 
Kenapa aku tak boleh lupakan wajah dan senyuman Azif?

     Aku melangkah turun dari bas dan menuju ke butik.  
Hari ini berjalan agak lancar, aku mulakan dengan menghafal kod pakaian dan kod warna.
Juga susun atur pakaian di dalam butik ini.  
Aku juga belajar display design baru pada mannequin. Mungkin kerana aku baru 17,sekejap saja aku belajar semuanya.

   "Ella,tak nak rest dulu ke?",tanya Mamy Wanna,supervisor kami yg berumur dalam 30an, seorang janda beranak dua.
   "Nantilah My,Ella nak siapkan display ni dulu ",aku memberi ruang untuk staff lain rehat dulu.

     Aku sambung menyusun  mannequin di rak paling atas dengan memanjat tangga .
Memang rutin di butik ini staff baru harus belajar memadankan dan mengatur display. 
Tiba-tiba, aku terkejut dengan suara lelaki menegurku yang aku sangkakan pelanggan.

     "Buat apa panjat tu?",tanyanya.
     "Susun display",jawabku lembut lantas menoleh pada suara itu.

    Terkejut aku melihat Azif memakai baju kemeja lengan panjang, segak dilihat.
Azif memegang pinggangku seperti aku anak kecil dan mengangkat ku turun.
Semua staff dan pelanggan di kedai ternganga melihat aku dan lelaki tinggi itu.

      "Sayang rest jam berapa? Jom makan,hubby laparlah", ajaknya. 

     Aku menoleh ke arah Mamy Wanna sebab masih ada staff lain yg rest.  Mamy Wanna memberi isyarat untuk aku pergi. 

      "Jom",kata Azif sambil mengenggam tanganku erat.
  Kami menuju ke lif untuk naik ke tingkat 6 tempat kedai makan.
  Seperti kemarin aku masih lagi awkward dengan sifat lelaki ini.
Dengan suka hatinya melantik aku untuk menjadi honey nya.

       "Sorry sayang tak dapat hantar pagi tadi,hubby pergi interview terus disuruh start kerja.  Ni pun dapat rest terus berkejar ke sini sebab rindukan honey", katanya sambil mencium lembut tangan ku.

       Aku tunduk saja. 
Kenapa hatiku tidak boleh menolak padanya?  Aku seolah-olah terpukau dengan cintanya. Bagaimana kalau dia tipu aku? 
Bagaimana kalau dia tinggalkan aku bila aku dah mulai sayangkan dia nanti?
Bermacam soalan bermain di benakku.
Tapi aku mulai rindu Azif, aku rindu bila tidak melihatnya
. Pagi tadi pun seakan kosong ku rasakan tanpa usikan darinya.

    Sambil mengunyah makanan, dia mencapai telefonku.  Dia menyimpan nombor telefonnya di telefonku dengan nama Hubby. 

      "Nanti hubby chat honey ya sayang,jangan tak reply pulak",katanya lembut.
       "Ermmm . . .kau . . Kerja kat mana eh? ",aku mulai  memberanikan  diri untuk bercerita  dengannya dan ingin tahu lebih tentang dirinya.   Azif memandang tajam ke mataku.
      "Panggil hubby ok! By tak nak dengar macam tu",katanya kali ni agak kasar. 
      "Hubby dapat kerja jadi event crew di kompleks tanjung aru plaza",jawabnya  lagi tapi sudah semakin lembut.

       Usai makan, Azif membawaku ke tempat sama dia biasa merokok. 
Tapi sebelum dia merokok tadi aku terlihat dia meludah dan ludahnya seakan darah. 

      "Boleh tak stop kan rokok tu? By kan tak sihat",entah dari mana aku dapat keberanian untuk menegurnya.

     Azif tersenyum  lantas mematikan rokoknya. Azif mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
Aku terkejut dengan responnya.

      "Hubby janji by tak akan merokok depan honey lagi,tapi untuk berhenti by akan cuba pelan pelan,ok?", tanyanya  sambil mengusap lembut pipiku.

  Ya Allah, cairnya hatiku yang batu oleh lelaki ni.  Aku mengangguk dan memandang ke arah jam tanganku. 

     "Waktu rehat honey dah nak habis ni,honey turun dulu ye", kata ku padanya. 

     Aku berpusing untuk menuju ke lif, tiba-tiba dia memelukku dari  belakang dan mencium pipiku lembut.  

    "Jangan tinggal hubby ye honey",dia berbisik di telinga ku. 

      "Hubby sayang sangat dengan honey,walaupun kita baru je kenal tapi hati by sangat sangat tak boleh lari dari Honey. .dan entah kenapa,hubby takut honey akan tinggalkan hubby",katanya lagi.

        Aku meleraikan pelukannya dan berpusing memandangnya.
Aku pegang tangannya lembut.

    "Yakin jodoh tu milik Allah,insyaAllah jika kita ada jodoh tak kan ke mana ", kataku.  

     Dia tersenyum  dan mencium pipiku lembut.  Dia memimpin tanganku dan menghantar  ke butik kembali. 
Setelah dia menghantarku, dia pun pergi untuk sambung bekerja.  

      "Ella,kawan kamu ke tu?",tanya Mamy Wanna dan semua kawan-kawan staff yang lain memandang ke arahku.    Aku mengangguk.

      "Mamy ni bukannya apa,Ella nampak kan Mamy sendiri ni pun janda. Hati-hati pilih lelaki,entahlah tapi orangnya macam tak baik. Mana dengan tatunya lagi macam tu. Rambut colour colour.Mamy harap Ella fikir-fikirkan lah ye. ", nasihatnya lagi.

  Aku cuma senyum dan mengangguk.  Kawan-kawan yg lain pun menasihati aku untuk berhati-hati hanya sebab dia bertatu.
Rasa sedih dalam hatiku pun ada. 
Begitu pula pandangan manusia pada orang yang bertatu.

       Tiba masa pulang jam 9 malam, aku lihat chat dari Azif.  Aku sudah maklumkan padanya bahawa aku dia cuma  boleh temankan pada waktu pagi, rehat dan waktu pulang awal hari Ahad saja.
Sebab sebelah malam,ada pakcikku yang akan mengambil ku pulang
 Lagipun diriku masih terlalu muda, aku tidak mahu rosak  kerana cinta. 
Biar  hubungan kami berkembang perlahan-lahan sekiranya ada jodoh.

Setahun sudah berlalu... 

       Aku sudah memegang jawatan assistant cashier di dalam kedai dan gajiku pun semakin naik.  Syukur alhamdulillah aku mampu membantu  mak ayahku menampung perbelanjaan adikku .  

   Hubungan ku dgn Azif pun seperti pasangan biasa, kawan-kawanku masih memandang pelik Azif kerana setiap bulan dia akan menukar warna dan gaya rambutnya. 
Aku mulai mengenali Azif dengan lebih dekat lagi,Azif yg setahun lebih tua daripada ku berasal daripada keluarga yg berpecah-belah.
Dia dan adik beradik lelakinya seperti berdendam pada ayahnya kerana berkahwin satu lagi dan mengabaikan keperluan mereka dan ibu mereka.
Aku selalu dibawa Azif berjalan-jalan sekitar kampungnya tapi aku masih belum bersedia lagi untuk bertemu keluarga Azif.

    Hari ini, seperti biasa  aku rest sendiri lagi. 
Bila Azif terpaksa bekerja di luar kawasan, tiada yg menemaniku waktu rehat makan. 
Aku dibesarkan dengan pepatah ayahku 'adik beradik pun dah cukup ramai,jangan bergantung pada kawan untuk teruskan hidup,berkawan cukup di luar saja atau di tempat kerja'. Sebab itu lah aku tak pernah bawa kawan untuk rest bersama.
Ayahku seorang yang sangat berdikari dari umur 15 tahun,disebabkan itu biar bagaimana melarat pun hidup kami,ayah tak akan minta bantuan kepada ahli keluarganya ataupun kawan,cukup ayah bagi kami makan dengan semampunya saja.
Kebiasaannya bila aku rest sendiri,aku akan pergi duduk di tembok tepi laut yang berada di depan Wisma Merdeka saja,sambil menunggu waktu rehat ku habis aku akan pasang lagu pada handsfree. 

      Sedang aku menung panjang ke arah laut,aku teringat kata-kata Azif hari itu padaku semasa kami menghabiskan waktu rehat ku di tepi tembok ni.
"Sayang taw tak,hubby minat sangat kerja kapal dan bahagian laut ni tapi tak nak lah tangkap ikan",kata Azif.
"Satu hari nanti,kalau hubby dapat jadi kapten kapal. Hubby akan bawa sayang",tambahnya lagi.
"Tak nak la, honey tak pandai berenang",aku ikut melayani kata-katanya pada hari itu.
"Kalau sayang tak nak,hubby ikat sayang dan paksa sayang ikut hubby,sayang selamanya milik hubby taw",dia menggenggam tangan ku kuat lalu menciumnya.

Tersentap aku dari lamunan tiba-tiba bila dikejutkan dengan bunyi panggilan telefonku. 
Panggilan dari Azif.

   "Hello sayang",sapa Azif dengan suara gembira.

    "Hello by,by bila nak balik? Honey rindu sangat",aku sudah semakin manja dengan Azif. 

     "Ermmm,tak tahu lagi ni sayang. Honey,boleh tolong by tak?",tanyanya lagi. 

     "Mmm,nak tolong apa?",tanyaku kembali dengan nada yang agak merajuk.

    "Tolong hubby ambil barang by boleh? Ada tinggal kat sana",jawabnya.

   "Barang apa? Kat mana?", banyak pula soalan aku.

    "Adalah,honey tolong by pergi kat Gaya Street,ada bank baru buka kat sana tu.  Honey cakap je nak ambik barang Azif yer.  UOB bank ye sayang,yang kat depan restoran Fong Ip tu. Ok sayang,nanti dah sampai bagitahu hubby ye. Sekarang ok,urgent ni. . I love you",cepat Azif mematikan panggilan lepas habis bercakap.

      Aku kehairanan,tapi tanpa banyak tanya lagi aku capai dompet dan terus menuju ke arah yang dimaksudkan Azif tadi.
Tak jauh pun, cuma selang dua blok sahaja dari tempat kerja ku. 
     Aku berpusing ke selekoh tempat masuk dan aku terlihat ada signboard perasmian bank baru.
Hairan jugak, biasanya event macam ni bahagian kerja Azif. 
Tak banyak fikir, aku pergi terus ke hadapan bank itu.  Aku melihat ada meja event lengkap dengan set pembesar suara lagi. 

      "Nak tanya siapa ni? ",aku bertanya sendiri. 

     Tiba-tiba, tangan ku ditarik dan aku didukung mengejut oleh orang yang paling aku rindui, Azif. 

    "Sayang! ",katanya girang sambil mencium  tanganku. 
Perlahan-lahan  dia menurunkan aku dan panggil aku duduk sekali di sebelah nya. 
Memang aku tak salah lagi.
Department Azif yang menganjurkan perasmian bank baru ni. 
Aku sangat gembira berjumpa Azif tapi malu sebab ramai melihat Azif mendukung aku tadi.
Bila saja aku di sebelah Azif, aku pasti kelihatan seperti anak kecil kerana tinggiku cuma sampai ketiak Azif saja ketara.

     "Sorry susahkan honey,by dah balik dari Kuala Penyu semalam sayang. Kononnya nak bagi honey surprise tapi by tak tahan rindu dengan honey, nak tunggu habis kerja rasa macam lambat betul lagi. "kata Azif sambil mengusap lembut pipi dan tanganku.  

Aku cuma tersenyum sambil memandang wajah Azif.

        "Woi! Apa romance romance ni? Nak bagi kami jealous lah tu?!",tiba-tiba datang sekumpulan lelaki berpakaian  seragam seperti Azif menyergah kami berdua. 
Azif ketawa dengan kata-kata mereka. 

    "Wow,Azif. Jadi inilah barbiedoll kau yang kau selalu ceritakan tu?!",tanya seorang lagi rakan Azif.

      "Ha,nilah!! Korang ade? Takde kan?!! Aku sayang sampai mati ni taw, takde ganti ni ",jawab Azif sambil ketawa bangga. 
Aku tersipu malu sebab semua mata rakan Azif melihat dan mengamati ku. 

      "Kacukan la bro,patutlah lawa",kata lelaki tadi sambil mendekati ku dan cuba untuk berbual dengan ku. 
  Nampaknya tahu benar dia aku ni berdarah kacukan Arab+Jawa+Phillipines+Belanda cuma dengan melihat raut wajah ku saja.

     "Dah! Dah! Korang jaga kat sini,aku nak hantar sayang aku balik tempat kerja dia ni.Pastikan siap,kejap lagi aku datang balik ye",arah Azif sambil menarik tanganku untuk bangun. 

     "Jom sayang,honey dah makan? Mesti belum kan",tanya Azif sambil kami berjalan ke bangunan tempat  kerja ku kembali. 

    "Honey makan bun je tadi,tak selera. Takpelah,lagipun dah nak habis waktu rehat honey dah ni"jawabku  padanya.   

    Azif mengangguk tanda faham, semakin lama aku semakin mengenali Azif lebih dalam. 
Azif dulu memang kaki gaduh tetapi Azif bukan lah samseng seperti yang semua orang sangka.
Azif menghormati orang tua, bercakap yang baik saja dan tidak pernah  memaksaku. 
Setelah aku menegurnya merokok, tidak pernah sekali pun Azif berbau rokok apatah lagi merokok di hadapanku.

    Dan kini Azif sudah punya motor hasil duit sendiri, ada kerjaya sendiri.  Dulu Azif paling dipandang  hina oleh keluarga  dan kawan-kawannya kerana sikapnya yang keras kepala.  Tapi sekarang Azif berjaya membuktikan dirinya pada semua orang. 
     Satu je yang aku risaukan, Azif selalu berkata dia tak mahu kehilangan aku.
   Tapi jauh di sudut hati ku entah kenapa aku dapat merasakan hubungan kami tidak akan sampai ke jinjang pelamin.  

     Azif membawa aku melalui tangga kecemasan untuk ke tingkat atas tempat aku bekerja.

      "Honey nak masuk dah ke?",tanya nya lembut sambil memeluk pinggang ku. 

   "Aah,ni pun dah lebih waktu rehat honey ni",jawabku sambil senyum menatap wajahnya.
Rindunya  aku pada dia wajah lelaki di hadapanku ni. 
Rindu nak tarik manja janggut Azif yg terpotong kemas.
Rindu nak peluk lengan dan menghidu wangian tubuhnya. 

    Azif merapatkan bibirnya pada bibirku dan bibir kami bertaut agak lama melepaskan  rindu masing-masing.   
Sudah agak lama,aku menolah dada Azif. Sepertinya Azif tak mahu berhenti.

     "Honey masuk dulu ye",kataku sambil mengesat sisa lipstick ku di bibir Azif  menggunakan tisu.

  Azif tersenyum dan mencium tangan ku lembut.
  Aku keluar dari tangga kecemasan  sambil melambai Azif.
  Baru aku rasakan rinduku pada Azif terubat.

Aku masuk ke tempat kerja lalu menyambung menyiapkan report sale bulanan yang aku belum siapkan tadi.
    Jauh di benak hatiku, aku masih memikirkan kata-kata ayahku seminggu yang lalu.   
   
     "Ayah bukan nak kongkong kamu tapi kalau anak perempuan ayah nak kahwin dengam orang yang ayah tak suka, ayah takkan redha dunia akhirat",entah kenapa hari itu tiba-tiba ayah membebel tentang jodohku padahal aku baru saha berumur 18 tahun lebih.

Tentu saja ayah maksudkan aku ini kerana hanya aku anak perempuan ayah yang besar.
  Dua orang adik perempuan ku baru saja berumur 8 dan 6 tahun.
Dan aku sangat pasti ayah aku tidak akan setuju apabila melihat tatu  di lengan Azif.
Pandangan orangtua masih lagi di takuk lama.

  Apa yang harus aku lakukan?  Sanggupkah aku mengecewakan hati Azif?
Apa yang harus aku buat bila aku harus melepaskan Azif?
Ya Allah,bergenang air mataku bila harus memikirkan apa yang bakal terjadi.

Aku cuba menenangkan hati,didalam hati ku berkata, 'sesungguhnya tiada yang boleh merancang sebaik-baik perancangan Allah,apapun yang bakal berlaku dalam hidupku. . .Ya Allah,ikhlaskan lah hati ku untuk menerima'

episode 2,please do read and comment please. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience