"Azif???!"
Ella sentap. Tanpa kata, laju airmatanya bercucuran.Ella tidak membalas pelukannya langsung.
Azif membalikkan badannya ke hadapan,dicium berulang-ulang kali kening dan pipi Ella.
Rindu yang teramat sangat dirasakan oleh mereka berdua.
"I really really sorry sayang. Ayah buang fon by dan tak bagi by pulang langsung. By lama sakit lepas operation,ini pun Bad curi-curi tolong by balik Sabah", Azif mencium tangan Ella berulang-ulang kali dan memeluknya.
Ella tidak terkata langsung.
Hatinya meronta-ronta ingin memeluk Azif,Ella sangat-sangat merindukannya tetapi dirinya sudah punya batas yang harus dipatuhi.
Perlahan-lahan Ella menolak badan Azif dan menjauhinya.
"Sayang. . . .please sayang", rayu Azif sambil memegang dadanya seolah-olah masih menahan sakit.
"Kau . . . tipu aku Azif,kau lambat . . .kau tipu aku", kata Ella perlahan sambil airmatanya mengalir.
Adam menghentikan keretanya di tempat biasa lalu keluar dari kereta.
"Ella?", panggil Adam.
Adam sedari tadi sudah menyaksikan apa yang berlaku .
Ella dan Azif memandang serentak pada Adam.
"Maafkan aku, Azif. Kau dah lambat!" kata Ella lalu berjalan menuju ke kereta Adam.
"Sayang,no sayang! Sayang please jangan buat by macam ni! Sayang!", Azif mulai hilang kawalan.
"Tunang aku,bro", kata Adam sambil menolak perlahan dada Azif.
Ini pertama kalinya Adam melihat Azif yang selalu disebut-sebut Ella padanya dahulu.
"What? Ella? No!no!no! Sayang please cakap semua ni tipu! Sayang please sayang!" rayu Azif.
"Sudahlah,Azif. Kita takde jodoh!"
Azif naik marah,ditariknya kolar baju kemeja Adam lalu ditumbuk muka Adam mengejut. Bertubi-tubi.
"Azif,stop! Stop please! Azif!" teriak Ella membuatkan Azif menghentikan tumbukannya.
Semua yang ada di situ cuma tercengang melihat pergaduham antara Azif dan Adam.
Adam tidak membalas satu pun tumbukan Azif kerana tidak mahu hal berpanjangan.
Cukup Ella miliknya,dia tidak mahu memedulikan hal lain.
"Kau pergi ke mana ,Azif? Kau pergi ke mana?" nada suara Ella sebak sementara tangannya memukul dada Azif kesedihan.
"Kau tinggalkan aku sendiri! Macamana aku nak tolak? Atas alasan apa?! Kau tak ada disini bila aku terdesak . . . Aku tunggu kau bagai nak mati. . ." Ella menangis meluahkan isi hatinya.
Adam diam sahaja.
Bagi Adam,ini saatnya Ella melepaskan apa yang dipendam.
"Sayang,bukan by tak nak balik sayang . . Please sayang . . . percaya pada by. Hubby sakit. Ayah buang fon by tak bagi by balik jumpa sayang,tiba-tiba je ayah berubah bila by sampai sana. . .Nanti by suruh Bad kirimkan semua surat daripada hospital. Sayang please percaya by!" rayu Azif sambil memegang tangan Ella dan mengusap wajahnya.
Ella menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan dan melepaskan genggaman Azif.
Perlahan-lahan dia mengundurkan diri.
"Aku tak berdaya, Azif . . .Ini permintaan orangtua aku", kata Ella sambil menangis teresak-esak.
"Aku dah bertunang,Azif. Aku bukan kau punya lagi. Maafkan aku", kata Ella lalu masuk ke dalam kereta.
Adam masuk menyusuli Ella dan memandu pergi.
"Ella! Ella!", Azif menyepak tembok di depannya sepuas hati.
Tidak lama kemudian,dia merasakan sakit di bahagian dadanya.
Azif mendail nombor adiknya Bad.
Bad segera datang untuk mengambil Azif.
Setibanya di tembok ,Azif sedang duduk menahan sakit dadanya.
Dia memapah Azif masuk ke dalam kereta.
Azif masuk ke dalam kereta dan menjerit sekuat hati.
"Tenang,Zif. Kau belum sembuh sepenuhnya", Bad cuba menenangkan Azif.
"Aku lambat,Bad! Penyakit bodoh ni lah! . . .Ya Allah!!!! Kenapa kau uji aku begini?!!!", kata Azif sambil memukul-mukul dadanya sendiri.
Tidak tertahan oleh Azif,lantas melepas tangis.
Sebagai adik,pertama kali dia melihat abangnya sangat tergila-gilakan seorang gadis.
Padahal Azif adalah seorang yang terkenal sifatnya kurang ajar,kaki pukul dan suka mempermainkan perempuan.
Azif mulai menjadi liar sejak umur 16 tahun apabila ayahnya mengabaikan mereka dan berkahwin lagi satu.
Disebabkan kedegilannya,ayahnya selalu merotan dan menghukum Azif sehinggalah Azif lari dari rumah dan mengikut sesiapa sahaja yang sudi memberinya pekerjaan,sesuap nasi dan tempat berteduh.
Sesekali Azif pulang untuk melawat ibunya,dan mengirimkan wang untuk menampung perbelanjaan adik-beradiknya.
Sehinggalah Azif diterima bekerja sebagai Event Crew,Azif kuat belajar sehinggalah dia menjadi Executive .
Baru kini,ayahnya sibuk mengambil berat tentang dirinya .
Akan tetapi,ayah Azif menggelar Ella sebagai perempuan jalanan dan melarang keras Azif berhubungan dengan Ella.
Bad menghentikan keretanya di tepi jalan dan menepuk-nepuk belakang Azif.
"Nanti kita cari jalan,Zif. Untuk sekarang tolong bertenang,kau belum sembuh lagi".
"Sebab tu aku tak suka bila ayah masuk campur hal aku!!! Semua dia nak control!!! Suka hati aku nak kahwin dengan sesiapa!!", Azif sangat marah dengan tindakan ayahnya yang cuba untuk memutuskan hubungannya dengan Ella.
Selama hampir 2 bulan,hidup Azif seolah-olah dikurung.
Telefon bimbitnya dan Bad dibuang agar dia tidak mengingati Ella lagi.
Berkali-kali Azif cuba menghubungi Ella menggunakan nombor baru tetapi tidak disambut Ella.
"Dah! Jom kita balik homestay dulu. Kau perlu rehat ni", pujuk Bad.
Bad memecut kereta dipandunya pergi.
. . . . . . . .
"Terima kasih sayang sebab pertahankan hubungan kita", kata Adam sambil menggenggam tangan Ella.
Ella menepis tangannya.
"Tak payah pura-pura la Abang Adam! Ella cuma nak jaga air muka orangtua Ella!", kata Ella sambil mengesat airmatanya sendiri.
"Dan jangan cuba nak melebihi batas! Ella dah cakap kalau tak nak Ella lari dari hubungan ni jangan berani sentuh Ella!"
Adam berdiam tanpa kata sebentar.
"Maafkan abang sebab terlanggar peraturan sayang. Abang akan tunggu sampai sayang buka hati sayang untuk abang", kata Adam sambil tersenyum melihat Ella.
Ella bersikap sangat dingin dari mulai bertunang,apatah lagi bila Adam mencuba menyentuhnya.
Pastinya, Ella akan menengking bila Adam cuba melebihi batas peraturannya.
Tetapi,Adam dengan sabar hanya melayan kerenah Ella.
Keliru.
Itu yang bermain di dalam fikiran dan minda Ella sekarang.
Haruskah dia memilih cintanya dan mengorbankan perasaan orangtuanya?
Ataupun memilih perasaan orangtuanya dan mengorbankan cintanya?
'Ya Allah,janganlah hadirkan keliru padaku. Tunjukkan aku jalan yang terbaik buatku. Jika di antara mereka bukan jodohku, jauh kan lah kami dan bahagiakan lah hidupnya. Aku tidak mahu mengecewakan sesiapa pun.'
. . . . . . . . . . .
please baca,like dan share,bagi saya komen anda semua sangat berharga.
Share this novel