Ella sedang menggosok bajunya untuk dipakai besok.
"Ella,,mari sini duduk. Mak dengan ayah nak bincang sikit", panggil ibunya.
"Kejap", Ella menyiapkan bajunya cepat.
Setelah itu,Ella mencapai telefon bimbitnya dan keluar .
Kelihatan ayah dan ibunya sedang duduk bersama di ruang tamu.
"Kami ni ada benda nak cakap dengan kamu", kata ibu Ella.
Ella cuma diam mendengar. Sesekali menekan-nekan telefonnya.
"Ada rombongan meminang dah naik", kata ibunya.
"Ella taknak!"
"Kami dah terima", sambung ayahnya pula.
"Apa ni mak? Ella tak nak lah! " Ella seakan mahu menangis mendengar.
"Kami tahu apa yang terbaik buat kamu", sambung ayah Ella lagi.
"Tinggal 2 minggu lagi pertunangan kamu,mak dah buat persiapan yang lain. Nanti kamu ambik cuti tarikh yang sepatutnya", kata ibu Ella lagi.
Ella masuk ke bilik dan menutup pintunya.
Dia menangis semahu-mahunya.
. . . . . . . . .
Seusai mandi, cepat-cepat Ella memakai bajunya.
Tanpa bersarapan,terus saja Ella memakai kasutnya.
"Ella tak nak sarapan ke?" tanya ibu dan ayah Ella.
Ella diam dan terus memakai kasutnya.
"Dah habis fikir semalaman? Kalau Ella taknak,takpe. Ella jangan akun kami ni orangtua Ella lagi dari dunia sampai akhirat. Apa dosa kami nak? Kami cuma nak pasangan hidup yang baik untuk kamu!", suara ibu Ella melontarkan kata-kata kedengaran berang dengan perangai Ella.
Menitik airmata Ella mendengarnya.
Ella tunduk seketika.
"Mak ayah buatlah apa yang mak ayah rasa baik", kata Ella sebak tanpa mengangkat wajahnya.
Laju Ella menggagahkan kakinya untuk pergi bekerja.
Duduk di rumah dengan situasi seperti ini cuma akan merosakkan lagi suasana.
Ella duduk menunggu e-hailing di perhentian bas sambil mengesat airmatanya.
'Ya Allah,aku yakin atas perancanganmu. Aku tidak pernah menyusahkan orang dan aku tahu engkau tidak akan menyusahkan ku. Sesungguhnya orang tuaku tidak akan menenggelamkan diriku. Akan ku susul setiap jalan yang sudah ditentukan buatku,biar indah pada akhirnya', bisik Ella dalam hati sambil mengesat airmatanya.
Dalam perjalanan ke tempat kerja,Ella memandang gambar Azif di telefonnya.
'Cukup sampai di sini', bisik hati Ella lalu dideletenya semua gambar dia dan Azif termasuklah nombor telefon Azif.
Ella meneruskan hari-harinya seperti biasa,manakala ibunya giat mempersiapkan barang untuk pertunangannya.
Didalam fikirannya sudah tidak ada niat untuk menunggu Azif setelah sebulan lebih ditinggal tanpa khabar berita.
Setelah 3 tahun bersama Azif,akhirnya Azif hilang tanpa berita .
Rakan-rakan sekerja Ella turut menanyakan keberadaan Azif,Ella hanya mampu diam sahaja.
Tiada kegembiraan buat dirinya untuk menyambut hari pertunangannya,malahan Ella tertanya-tanya siapakah lelaki yang sudah merosakkan angan-angannya.
"Konfirm Ella nak cuti sehari je minggu depan?" tanya Mamy Wana.
"Iyelah ,mamy. Nak buat apa lama-lama."
"Mamy doakan yang terbaik buatmu sayang,Ella baik orang nya. InsyaAllah pasangan Ella dapat lebih baik dari sebelum ni",
"Ape-ape jelah my,Ella tak berharap apa pun. Tak boleh nak kata apa perasaan Ella. Nervous tak,gembira tak", jawab Ella dengan nada sebak.
"Satu lagi my,tolong jangan bagitahu sesiapa. Ella malas orang nak congrats Ella nanti", tambah Ella lalu bergerak pergi ke HQ dengan membawa beberapa keping invoice di tangannya.
. . . . . . . . .
Tiba hari pertunangan,Ella menyarungkan kebaya pendek penuh manik berkilauan berwarna Gold yang dibeli ibunya.
Adik-adiknya sibuk melompat-lompat di atas katilnya.
Ella menyapu solekan nipis di wajahnya,cukup untuk menyerlahkan kecantikan nya yang memang semulajadi.
"Assalamualaikum", Nor masuk ke dalam setelah mengetuk pintu Ella.
"Waalaikumussalam".
Nor duduk di atas katil Ella memerhatikan Ella yang sedang bersiap di meja soleknya.
"U memang giler la beb,lama i tak datang tiba-tiba engaged. U memang selalu buat i surprise", kata Nor sambil menyapu sedikit gincu di bibir nipisnya.
Ella tersenyum sinis.
Dia tidak menjawab sebaliknya menyiapkan sanggul di rambutnya untuk disematkan selendang nanti.
"Eh ,babe. Fon u ada orang kol", Nor mengambil telefon Ella yang dipasang pada mod vibrate di sebelahnya.
"Sape?"
"Unknown number,babe".
"Hmmmm. . Sambut je lah bagitaw i sibuk. Malas nak layan orang sekarang ni".
Nor menekan button hijau,
"Hello".
"Hello,boleh cakap dengan Shahila?"
"Dia busy sekarang ni,nak kol . Kol besok ke,ok? Bye", kata Nor lalu mematikan panggilan.
"Jam berapa dorang datang babe?", tanya Nor setelah meletakkan telefon Ella ke dalam laci.
"Ntahlah", jawab Ella serba ringkas.
Tiba-tiba,kedengaran bunyi ketukan kompang bertalu-talu dari luar rumah.
Debaran hati Ella turut berdetak laju seperti bunyi kompang itu.
"Dah datang,babe! Eh dorang ada bawak lelaki kot, baju dia sama dengan warna baju u", Nor mengintsi dari jendela.
"Biorleh tu,meh sini tolong aku klip selendang ni cepat. Kang mak marah tak siap lagi", panggil Ella.
Cepat-cepat Nor turun untuk membantu Ella.
Seusai berbincang tentang hantaran dan tempoh pertunangan, Ella dipanggil untuk duduk di mini pelamin untuk disarungkan cincin oleh ibu dari pihak lelaki.
Nor memimpin Ella keluar,Ella duduk sahaja dan tidak melihat wajah siapapun yang dilintasinya.
Seorang wanita tua,lebih berumur dari ibu Ella datang dan menghulurkan cincin lalu disarung pada jari manis Ella.
Sayu hati Ella melihat harapannya untuk bersama-sama Azif perlahan-lahan hancur.
Selesai majlis makan,pihak lelaki dipanggil untuk sesi bergambar bersama pihak perempuan.
Ella sedaya upaya menyembunyikan wajah terkejutnya bila melihat lelaki di sebelahnya adalah Adam.
Sungguh rapi perancangan Adam,sehinggakan Ella tidak sedar sedikit pun bahawa Adam menyimpan perasaan terhadapnya.
'Penipu!'
Jerkah Ella di dalam hati sambil menahan amarah.
Adam penipu? Ella dah takkan percaya sesiapa lagi ni? Siapa pulak lelaki misteri di talian? nantikan Episode sterusnya,jangan lupa bagi stars
Share this novel