Menghampiri rumah,aku melihat adikku Ica,10 tahun berlari-lari keluar mengejar ku.
"Kakak, kakak,ada abang Jojo kat rumah", kata Ica sambil menarik-narik tanganku.
Aku menghentikan langkah dan bertanya, "Siapa tu Jojo? Mak dengan ayah ada kat rumah?"
"Ala,sepupu kita yang dari Sandakan tu. Mak cakap sepupu kita,mak takde kat rumah,jalan dengan ayah pegi kenduri", jawab adikku Ica.
Aku mengeluarkan telefon dari beg tangan dan mendail no mak.
"Assalamualaikum mak,ada tamu ni. Anak buah mak dari Sandakan,Ica cakap namanya Jojo. Ella tak kenal", aku cuba bertanya pada mak perihal tetamunya
"Jalan-jalan kot,Ella tolong bagi minum dan makan budak tu,mak ada lewat sikit balik dengan ayah korang ni. Jalan jammed",kata mak pada ku.
"Oklah mak, assalamualaikum",aku mematikan panggilan.
Aku berjalan mengikuti Ica balik ke rumah lalu bagi salam,
"Assalamualaikum", kata ku sambil tersenyum manis menyambut tetamu ku.
Aku lihat abang-abangku bersama 2 orang lelaki yang tak pernah ku lihat. Mereka menyambut salam ku,seorang lagi lelaki matanya tidak lari dari memandangku.
"Hai jojo,apa khabar orang kampung sana?", tanyaku membuka cerita tanpa tahu pada siapa di antara 2 lelaki tu aku tujukan soalan.
Aku sangka kan lelaki yang asyik memandangku itulah Jojo.
"Baik alhamdulillah", kata lelaki yang seorang lagi.
Usai menyimpan beg di bilik,aku mengeluarkan lauk basah dari peti sejuk dan bawa ke dapur untuk dimasak bagi tetamu.
Siap masak aku hidangkan untuk adik-beradikku dan tetamu,lalu aku minta diri untuk masuk ke bilik berehat.
Selesai mandi aku masuk semula ke bilik,aku lihat lelaki berdua tadi masih lagi di ruang tamu. Abang-abangku entah ke mana.
Tidak lama kemudian,aku dengar mak dan ayah bagi salam.
Pantas aku keluar dari bilik untuk menyambut mak dan ayah.
"Eh Jojo bila datang nak? ", tanya mak dan ayah pada Jojo,yang masih ku tak tahu yang mana satu.
"Dengan ni makcik,abg Adam ni. Anak buah belah mak nak cari kerja kat bandar, takde tempat tinggal. Mak suruh bawa kemari tumpangkan dengan makcik kalau boleh", jawab salah seorang lelaki itu.
'Oh . . .yang itu Jojo', bisikku di dalam hati.
'Habis yang sorang lelaki tu asyik pandang aku kenapa pulak?', tanyaku sendiri di dalam hati.
Aku meminta diri untuk masuk ke bilik berehat.
Keesokannya ,awal aku bangun untuk membantu mak memasak sarapan untuk tetamu.
Beginilah rutin harian kami bila ada tetamu di rumah.
"Jojo balik hari ni ke mak", tanyaku pada mak.
"Iye,Adam tinggal kat sini sementara. Nak cari kerja katanya yang ada quarters", panjang lebar pulak jawapan mak.
"Oh", jawabku ringkas.
Selesai bersarapan,aku lihat Adam baru bangun dan keluar dari bilik bersama Jojo.
Pandangan nya pada ku masih saja seperti semalam,aku yang merasa tak selesa hanya senyum saja padanya.
Aku meminta diri untuk keluar ke kerja.
Untuk seminggu ni ,aku rest sendiri lagi, Azif outstation pulak di Tawau untuk event besar.
Ramai artis terlibat,jadi aku pun langsung tidak menghubungi Azif untuk tidak mengganggu kerjanya.
Meeting di HQ ofis tadi agak tegang situasinya,ada beberapa pekerja menyatakan untuk kenaikan gaji.
Aku cuma diam saja tanpa sebarang usul atau aduan dari cawangan ku.
Selesai meeting,aku berjalan kaki untuk balik ke butik yang hanya jauh 2 blok saja dari ofis HQ.
Sedang berjalan,tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang.
Aku menoleh," kau lagi", kataku bila melihat Azman di belakangku.
Sudah agak meluat aku dengan gurauan nakal Azman.
"Next week cuti kan,kau ada plan",tanya Azman pada ku.
Setiap kali cuti Chinese New Year,big boss akan membawa rombongan pekerja bercuti ke pulau beramai-ramai tapi aku tidak pernah ikut.
Aku tak berminat,aku lagi suka menghabiskan masa cuti ku di rumah bersama keluarga.
"Ya,aku dah ada plan", jawabku pada Azman ringkas sambil berjalan.
"Dengan sape? Bf ngkau? Chinese new year ni yang buka 2 tempat je. Kfc dgn hotel. Ngkau nak ke hotel?",
"Suka hati aku lah nak kemana", jawabku ringkas.
"Nak ke hotel eh? Dengan aku lah wey,".
Aku tak mempedulikan kata-katanya dan terus berjalan. Azman yang membawa stok di tangannya terus mengikutiku.
Laluan keluar masuk untuk pekerja seperti kami di shopping mall cuma melalui tangga kecemasan saja.
Syukurlah butik kami cuma di tingkat 1,tak penat nak naik. Nak tunggu lif,lama plak.
Aku menarik tombol pintu untuk ke tangga kecemasan,Azman mengikutiku.
Pertama kali aku berjalan bersama dengan Azman,biasa aku akan mengelak dari terserempak dengan lelaki menakutkan ni di tempat sunyi.
Seperti yang aku takuti,sampai di tingkat 1 untuk masuk ke dalam,pantas Azman menghalang pintu itu dari ku buka.
"Man,ke tepilah", kataku padanya sambil menolak nya sedikit.
"Nantilah",
'Aduh,dah kenapa pulak lelaki ni', bisik hatiku risau.
"Tepilah Man ,please. . .aku banyak kerja nak buat ni", rayuku agar tidak diganggu nya.
Azman ke tepi sedikit untuk memberi ku laluan,baru sahaja aku nak mencapai tombol pintu tu terus aku direntap kasar oleh Azman.
Dia memegang tanganku ke atas dengan kuat lalu mencium ku kasar.
Aku menolaknya sekuat hati lalu membuang satu tamparan hinggap ke pipinya.
Tanpa memandangnya aku terus masuk dan berjalan ke butik.
Aku cuba mengawal perasaan marah padanya,tidak mahu kejadian memalukan itu diketahui sesiapa.
Rupanya Azman menghantar stok baru ke kedai cawangan ku.
Aku tidak pandang dan tegur pun Azman,masih sakit hati dengan apa yang dibuatnya tadi.
Waktu rehat,aku pergi mencari kedai berdekatan dan membeli sekotak rokok.
Aku agak tertekan kebelakangan ini dengan apa yang bermain dalam hidupku.
Aku mulai merokok sesekali untuk melepaskan tekanan.
Sedang ku menyedut rokok sambil memandang laut,Mus datang duduk di sampingku.
"Apa ni Ella,tak cantiklah macam ni", kelihatan riak wajah Mus agak kecewa pada ku.
"Stress lah Mus,last last nanti aku kawin kau lah", jawabku sambil ketawa kecil padahal hatiku gelisah sangat.
"Kalau ada masalah, cakap je dengan aku. Jangan rosakkan diri kau. Aku tak suka lihat semua ni", kata Mus lalu mengambil kotak rokok di sisiku.
"Ala aku baru beli tu Mus".
"Tak payah,bagi aku je", kata Mus padahal setahu ku Mus bukanlah lelaki yang merokok.
Pagi ini aku bangun awal .Mak dan ayah keluar ke tamu katanya.
Oleh kerana cuti aku ambil kesempatan untuk kemas apa yang patut,bukan selalu aku ada cuti.
Agak lewat aku tidur semalam disebabkan oncall dengan Azif.
Kebelakangan ni Azif agak busy,kadang-kadang dah malam baru teringat nak call aku.
Sedang aku menjemur kain, Adam datang menegurku .
"Cuti hari ni?" , tanya nya pada ku.
"Eh abang Adam,aah Ella cuti. Abang bila datang?" tanya ku kerana semenjak Adam sudah mendapat pekerjaan ,dia tinggal di kuarters.
Sekali sekala sahaja Adam datang bila waktu cuti melawat mak dan ayah ku.
"Semalam lewat malam dah abang datang,Ella dah tidur agaknya".
"Jap ye,Ella settle ni dulu baru buatkan sarapan ye".
Aku menghidangkan sarapan buat adik-adikku dan Adam.
Selepas mandi,Adam join kami untuk bersarapan.
"Ella,abang nak tanya. Ella dah ada boyfriend?", tanya nya padaku tiba-tiba.
Aku tersengih lalu menjawab",Entah lah bang . Bohonglah kalau kata takde,tapi entahlah. Dia sibuk dengan kerja dia,Ella pun macam ni lah".
"So plan nak kahwin bila?" tanya Adam lagi.
"Entah,Ella dah bagi no ayah kat dia. Tengok lah dia nak atur macamana. Yang sebenarnya,Ella takut nak bagi ayah kenal tau bang", aku mulai jadikan Adam tempat mengadu.
"Dah kenapa pulak?.
"Orangnya bertatu bang,lagipun ayah dah pernah cakap tak suka bangsa lelaki tu. Ella tak tahu lah macamana ni,ada jodoh ada lah,takde jodoh apa boleh buat", jawab ku sambil menghabiskan roti di tanganku.
Lega sedikit hatiku bila dapat meluahkan masalah ku pada Abang Adam, umurnya sebaya abangku saja.
"Sabarlah,nanti ada lah jalan tu", kata Adam tenang sambil menghabiskan sarapannya.
Hai my dearest pembaca,please like,share,give stars and comment untuk penambah baikan. . ♥️♥️♥️
Share this novel