Adam termenung jauh sambil menyedut rokoknya,lalu dilepas perlahan-lahan asapnya.
Seperti ada yang mengganggu fikirannya,kebelakangan ini Adam gelisah saja.
Adam menarik keluar telefonnya dari dalam kocek dan mendail nombor JoJo.
"Hello,ha kenapa ni Dam?", Jojo di talian bertanya.
"Jo,aku blank la jo. . . Dia. . .dah ada boyfriend pulak", kata Adam seperti mengadu.
"Habih tu? Orang dah ada bf sudah la! Aku dah cakap Dam,ngko datang sana tujuan nak kerja . .kenapa plak boleh ngko terpikat dengan kazen aku tu?", Jojo kedengaran membebel di talian.
"Sorry Jo ,tapi aku tak boleh lah. Dia bukan macam perempuan lain Jo. Banyak dah perempuan aku jumpa tapi dia lain Jo. First time aku nampak dia,aku betul-betul dah tak boleh pandang orang lain dah. .. tolong aku Jo", rayu Adam pada Jojo.
Rupanya dari pandangan pertama Adam melihat Ella , hati Adam sudah bertaut pada Ella.
"Habih tu kau nak aku buat ape Dam? Dah orang dah ada bf", marah Jojo.
"Bagilah aku plan nak buat apa? Selagi belum kahwin aku masih ada peluang Jo,aku tak nak terlepas peluang tu. Menyesal seumur hidup aku Jo".
"Cakaplah dengan dia kau suka dia!"
"Tak boleh Jo,nanti Ella benci tengok aku. Aku rasa lah kan sekarang ni dia anggap aku ni macam abang-abang dia. Sebab dia panggil aku Abang Adam ,apa aku nak buat ni Jo", Adam semakin buntu . Risau jika Ella akan berkahwin dengan pasangannya.
"Kalau macam tu,kau pergi lah cakap dengan makcik aku. Dah anak die tak suka kau,hahaha", kata Jojo sambil mengetawakan Adam yang seolah-olah gila bayang.
"Eh betul jugak kau cakap kan,lebih baik aku luahkan kat mak die", Adam mendapat idea untuk melamar Ella pada orangtuanya.
"Kau betul -betul dah gile lah Dam. Apa pun aku doakan kau berjaya je lah. Dah,aku nak pi tolong mak p pekan ni. Chau dulu",Jojo mematikan panggilan .
Manakala Adam sudah tersenyum simpul,seperti dirinya sudah mendapatkan cara untuk memiliki Ella.
. . . . .
"Terima kasih kak,datang lagi ye", ucap Ella pada pelanggan itu sambil menghulurkan baki duit dan resit pembeliannya.
Ella mengangkat thumbs up pada Didi menandakan pelanggan nya telah membeli barangan yang direkomen Didi.
Ella duduk dibangku yang ada di sisi kaunter lalu mengeluarkan telefonnya.
'Sayang,esok hubby balik ye . Tak sabar nak jumpa sayang', Ella membaca chat dari Azif.
'Ok', ringkas reply dari Ella.
Tiba-tiba, telefon bimbit Ella berdering lagi. No Adam tertera.
"Assalamualaikum Ella".
"Waalaikumussalam bang,ye Abang Adam. Ada apa kol ni?"
"Maaf ganggu,abang kat tamu ni. Ella nak kirim apa-apa? Nak makan apa-apa tak? Nanti abang hantarkan kat rumah".
"Alah susah-susah je abang Adam ni, ada mangga tak? Ella nak mangga je lah".
"Ok Ella,nanti abang singgahkan kat rumah ye. Maaf ganggu . . assalamualaikum".
"Takpe bang, terima kasih bang. Waalaikumussalam".
Aku berfikir sejenak tentang Adam,baik sungguh lelaki ni.
Agak hensem Adam ni.
Semenjak ada Adam ni,aku punya tempat meluah tentang masalah aku dan Azif.
Agak kurang tekanan yang ku rasakan bila dapat meluahkan.
Kebelakangan ini Azif tersangat lah sibuk.
Aku pun tidak tahu apa yang harus aku rasakan.
Seolah-olah aku cuma peneman dikala dia bosan atau sunyi.
Tapi hatiku sangat sedih bila memikirkan dia.
Sampai bila kah hubungan ni akan berlanjutan?
. . . . . . . . .
Pagi ni Ella bersiap lama sedikit berbanding hari biasa,Ella memikirkan baju apa yang harus dipakai hari ni.
Dia ingin kelihatan lawa kerana hari ni Azif pulang.
Ella mengenakan croptop offshoulder berwarna merah darah dan mini skirt leather berwarna hitam.
Hatinya berbunga riang kegirangan ingin menyambut Azif.
Keluar dari bilik,Ella lihat Adam sedang bersarapan dengan ibubapanya.
"Tak sarapan ke?", tanya ibu Ella melihatkan Ella yg seakan mengejar masa.
"Taklah mak,nak cepat ni", Ella meneguk segelas air dari atas meja lalu menyalam mak dan ayahnya.
"Pergi dulu mak,bye abang Adam", kata Ella sambil berlalu pergi .
Rupanya Ella berkejar kerana Azif sudah menunggu di perhentian bas.
Azif membuka jaket kulitnya dan mengikatnya pada pinggang Ella.
Setelah memakai topi keledar,Ella membonceng di belakang Azif dan memeluk pinggang Azif erat.
Mereka berlalu pergi seperti sudah ada rancangan hari ini.
Sementara itu di rumahnya, ayah Ella bertolak kerja seusai bersarapan.
Tinggal Adam dan ibunya saja di rumah.
"Makcik,boleh tak Adam nak cakap sesuatu sekejap?", Adam mengumpul kekuatan untuk membuka bicara.
"Kenapa tak boleh pulak?Ada masalah apa nak? "
"Sebenarnya . .....Adam nak minta sesuatu", Adam menggantung bicaranya.
"Cakap lah nak,kalau ada kemampuan makcik bagi", sambung ibunya Ella.
"Adam..Adam sebenarnya sukakan anak makcik. Adam nak masuk meminang anak makcik", dengan pantas Adam mengeluarkan kata-katanya.
"Korang memang bercinta ke ni?"
"Eh tak..tak makcik. Ella tak tahu langsung ni. Inipun mungkin Ella akan marah saya ni sebab dia dah anggap saya abang. Tapi saya sukakan dia makcik", Adam turun untuk merayu pada ibu Ella.
Ibu Ella menghela nafas panjang dan berfikir seketika.
Tak lama kemudian ibu Ella membuat panggilan .
"Abahnye,moh la pulang kejap. Ada nak bincang ni. Orang muda cakap urgent? Cepat lah", gesa ibu Ella pada ayahnya.
Syukur saja tempat ayahnya bekerja dekat,senang untuk pulang.
Belum sampai setengah jam,ayah Ella sudah tiba di rumah.
"Ape hal yang urgent sangat ni? " tanya lelaki 50an itu.
Ibu Ella pun menceritakan semua niat dan hajat Adam.
Lelaki tua itu duduk menyandar sambil menghela nafas panjang.
"Pakcik rasa Ella belum tentu mahu ni", ayah Ella risau Ella akan memberontak jika dipaksa.
"Abah ni,dah orang masuk minang anak kita cara baik. Takkan nak tunggu digonggong anjing (dibawa lari orang) baru nak bagi kawin?"
"Awak ni,budak sekarang ni kita tak boleh paksa macam ni!"
Kedua ibubapa Ella mulai berbeza pendapat.
Adam duduk melutut di hadapan ibu dan bapa Ella.
"Pakcik,makcik. Adam merayu,Adam takkan sia-siakan Ella. Adam sayang sangat kat Ella dan Adam tak nak Ella dirampas orang. Adam janji akan jaga Ella baik-baik", rayu Adam.
Ayah Ella hanya mendiamkan diri.
Ibu Ella berasa sebak di dada. Sekali lagi menghela nafas panjang.
"Macam ni lah Dam,makcik rasa Adam ni baru je nampak Ella. Masih terkejut,bukan suka sebenarnya", kata ibu Ella yang membuatkan Adam kelihatan agak kecewa.
"Makcik bagi Adam 3 bulan,Adam round lah mana Adam nak round. Adam balik kampung,tenangkan fikiran. Siapa tahu mungkin hati Adam bertaut dengan anak dara orang pulak. Adam jangan kecik hati,kalau dah habis 3 bulan tu memang Ella ni jugak pilihan Adam . .Adam bawa lah orang tue-tue untuk bincang".
Bunyinya seperti Adam ada peluang,Adam berterima kasih berulang kali dan mencium tangan ibu dan ayah Ella .
"Kalau macam tu ,Adam mintak diri dulu makcik. Minggu depan Adam nak balik kampung bincang dengan keluarga,selepas 3 bulan Adam datang balik. Restui niat Adam ye makcik ,pakcik".
'Ella,tunggu abang ye', bisik Adam di dalam hati.
. . . . .
Rupanya hari ini Ella sudah apply untuk masuk kerja separuh hari,dia ingin menghabiskan separuh harinya hari ini bersama cinta hatinya Azif.
Azif membawa Ella menonton wayang.
Setelah itu mereka pergi makan bersama-sama.
Sebelum ke tempat kerja,Ella mengikut Azif untuk berehat di biliknya sebentar.
Ella duduk di sisi Azif yang sedang berbaring sambil bermain janggut Azif yg sedang melelapkan mata.
"Sayang", panggil Azif .
"Ye?"
"I love you sayang,"
"Tak payah cakap i love u lah,by kan busy je kerja".
"Sayang,sayang kan tau kerja by makin sibuk . Takkan tu pun nak kecik hati", kata Azif lalu menggamit bibir Ella manja.
Ella melepaskan rindu yang teramat sangat pada Azif.
Azif seolah-olah hilang kawalan nafsu,tangannya cuba menjalar liar pada tubuh Ella.
Walaupun bibir masih bertaut,tangan Ella menepis perlahan tangan Azif.
Semakin ditepis,Azif semakin ganas.
Azif mengangkat Ella dan membaringkannya di atas katil.
Lalu ditahannya kedua-dua tangan Ella dan mencium seluruh leher Ella.
"By ,lepaskan tangan. Sakitlah", Ella cuba meronta melepaskan tangannya.
Dia mulai risau melihat kelakuan Azif.
Tetapi Azif masih saja melanjutkan tanpa mempedulikan permintaan Ella.
Azif duduk di atas Ella sambil menciumnya kasar.
Sebelah tangannya sudah mulai menjalar ke dalam baju Ella.
Ella menggunakan sepenuh tenaganya menolak Azif.
Kemudian Ella menarik beg tangannya dan keluar dari bilik itu, Azif langsung memakai bajunya kembali dan mengejar Ella .
"Sayang . . Sayang sorry sayang . . ", rayu Azif sambil mengejar Ella.
Ella berjalan semakin laju tanpa mempedulikan Azif.
" Sayang please,hubby tak sengaja sayang. . . sayang please sayang", rayu Azif lagi sambil menarik tangan Ella.
Tanpa mempedulikan Azif,Ella menahan sebuah bas dan berlalu pergi.
Azif masih terkial-kial melihat Ella pergi.
'Apa aku buat ni?!! Bodoh nya aku,!!',mahu saja Azif berteriak.
Dia merasakan dirinya sangat bodoh sebab tidak mengawal nafsunya.
Azif mengejar sehingga ke butik dan menunggu sehingga Ella pulang.
Ella yang melihat Azif hanya berlalu pergi tanpa mempedulikan nya.
Azif menarik tangan Ella dan membawanya ke hujung bangunan.
"Lepas lah! Aku nak balik", marah Ella.
"Sayang please,kan by dah cakap by tak sengaja,tolong lah sayang jangan marah by".
"Aku rasa kita perlu rehatkan seketika hubungan kita ni", kata Ella tanpa memandang Azif langsung.
"No. .no ..no..please sayang. By janji by takkan buat benda sayang tak suka lagi,please sayang".
"Tolong lah Azif,bagi ruang untuk aku!"
"No! You are mine! Kan by dah cakap sayang!", bentak Azif tiba-tiba dengan marah.
"Jadi sekarang ,aku pun kau nak ugut? Kenapa tak pukul je terus?"
"Sayang ,no sayang. Jangan sebut pasal tinggalkan by please. By tak boleh sayang,please", Azif mulai melutut dan merayu.
"Dah lah bangunlah,aku nak balik ni. Kau balik lah rehat", Ella menariknya untuk bangun.
"Sayang,please sayang", kata Azif sambil memeluk Ella erat.
"Please Azif,bagi aku ruang untuk bersendirian. Bukan bermaksud aku tinggalkan kau",kata Ella lalu meninggalkan Azif dan pulang.
Share this novel