"Ok bye", Ella mengucapkan selamat tinggal pada rakan sekerjanya sebelum menuju ke ruangan parkir di tempat suaminya menunggu. Adam membunyikan hon bila terlihat Ella sedang melilau mencari kelibat kereta suaminya.
"Assalamualaikum",sapa Ella sambil masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumussalam sayang", Adam memberikan kucupan kecil di dahi Ella.
"Sayang nak pergi lawat Azif malam ni?" tanya Adam lagi.
"Kita pergilah kejap kot,Bad ada cakap mungkin hari ni Azif last day,esok dah boleh discharged".
Adam cuma mengangguk mendengar. Sepanjang rawatan Azif ,Adam turut memberikan kerjasama memberi semangat sehinggalah hubungannya dengan Azif bertambah baik. Didalam hati Adam sangat bersyukur kerana tidak sedikit pun Ella melanggar batasnya sebagai seorang isteri.
Sampai di hospital seperti biasa,Ella dan Adam menaiki lif untuk ke ruangan wad Azif. Ella membimbit plastik buah yang di beli Adam tadi untuk diberikan pada Azif.
"Assalamualaikum",ucap Ella dengan ruang sambil melangkah masuk ke muka pintu bilik was Azif.
Langkahnya terpaku,semua yg ada di bilik itu turut menjawab salam sambil mata mereka tertuju pada Ella. Badrul,ayah Azif, ibu Azif dan seorang gadis bertudung sedang berbual dengan Azif . Perbualan mereka terhenti dengan kedatangan Adam dan Ella.
"Waalaikumussalam,kak ,abang,masuklah,kitorang dah nak keluar dah ni", jemput Bad untuk menjernihkan suasana.
Ella memegang lengan Adam sambil melangkah masuk perlahan-lahan. Sedang berselisih dengan yg lain,tiba-tiba tangan Ella disentuh. Ella memandang ke sebelah,rupanya ibu Azif menarik tangannya.
"Anak ni nama Shahila ye? ", tanya wanita tua itu yang sedang duduk di kerusi roda. Gadis bertudung tadi masih lagi memegang pemegang kerusi roda itu bersedia untuk menolak,turut memandang Ella.
"Ye saya,makcik", jawab Ella lembut sambil tangannya mengusap tangan ibu Azif yg sudah tua dan berkedut.
Pantas wanita tua itu memeluk Ella dan menangis semahu-mahunya. Ella terkejut.
"Terima kasih banyak,nak. Makcik tak tahu macamana nak balas budi baik kamu nak, terima kasih tolong makcik jaga Azif selama ni".
Tangan Ella menepuk-nepuk belakang wanita tua itu untuk menenangkannya.
Setelah bertenang,wanita tua itu meminta diri untuk keluar,Ella mengangguk perlahan.
"Sorrylah,mak aku emosional plak hari ni",kata Azif pada Ella dan Adam.
"Takpe ,baguslah dia sihat dan senang hati. Awak sihat hari ni? Jadi ke nak discharged?"
"Jadi,mungkin esok pagi. Apapun terima kasih banyak lah Ella,terutama engko Adam. Maafkan semua salah silap aku kat korang sebelum ni ye",kata Azif sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
Adam hanya menyambut sambil tersenyum.
"Ni ada buah sikit abang Adam beli untuk awak,makan ye. Jgn skip ubat lagi taw,saya dah pasang alarm kat fon awak semalam", kata Ella lalu meletakkan buah itu di meja sisi Azif.
Azif mengangkat tiga jari dengan simbol OK sambil ketawa melihat gelagat Ella.
"Ok bro,kami mintak diri dulu ye. Sekejap lagi dah nak habis waktu melawat, assalamualaikum",Adam menghulurkan tangan untuk berjabat sekali lagi.
"Waalaikumussalam".
Ella dan Adam melangkah keluar untuk beredar keluar.Azif memerhatikan lalu tunduk. Didalam hatinya sungguh gembira melihat Ella berada dalam jagaan yang sangat baik.Sejak tragedi Fatin,Azif tidak merasakan dirinya layak untuk sesiapa pun. Didalam hatinya,sekarang dia perlu menjaga dirinya demi ibunya saja.
Sedang Adam mandi,didalam hatinya terselit kelegaan bila Azif sudah beransur sembuh dan sudah boleh keluar hospital.
Bohonglah bila tidak ada terselit cemburu melihat isterinya rapat dengan Azif,apalagi dirinya cuma lah orang ketiga yang hadir dalam hidup Ella.
Selesai mandi ,Adam pantas memakai baju dan turun ke bawah untuk mencari isterinya yang sedang menyiapkan makan malam. Adam melihat isterinya sedang sibuk di dapur,lalu dia memeluk pinggang isterinya dari belakang.
"Abang dah siap? Jom makan dulu",sapa Ella lembut sambil cuba meleraikan pelukan suaminya. Adam sedang asyik menghidu haruman rambut isterinya semakin memeluk kuat.
"Abang,jomlah makan dulu".
"Abang tak nak makan tu,abang nak makan sayang",kata Adam sambil mencium bibir Ella lembut.
"Mmmph,jom lah makan",Ella menarik lengan suaminya ke meja makan lalu duduk bersama.
Dengan pantas Adam menghabiskan makanan di depannya lalu bangun untuk membasuh tangan.
"Cepatnya abang makan", kata Ella sambil membersihkan meja. Adam menarik tangan Ella dan menutup semua suis di tingkat bawah lalu naik ke atas. Adam mencium Ella dengan rakus sehingga Ella terbaring sambil tangannya mencuba melucutkan baju tidur nipis yg dipakai Ella perlahan-lahan.
"Abang,kejap lah",Ella cuba menolak perlahan kerana badannya masih letih setelah balik dari hospital tadi.
"Jom buat baby,sayang",bisik Adam nakal ke telinga Ella.
"Abang ni,kan kita dah janji 2 tahun lagi baru sayang nak mengandung. Kita kan nak stabil dulu".
Adam menghentikan tangannya yg dari tadi cuba melucutkan baju Ella lalu duduk mengeluh.
"Sekarang kita tak cukup stabil lagi ke sayang? Abang dah mampu untuk jaga sayang dan anak kita nanti".
"Abang dah janji dari awal kan,kenapa sekarang abang persoalkan pulak?"
"Ini pasal janji ke pasal sayang masih take boleh lupa kan Azif?"
PAKK!!!
Satu tamparan singgah ke muka Adam lantas menyedarkannya keceluparan mulutnya. Ella bingkas bangun lalu mengeluarkan luggage bersaiz sederhana. Dia mengeluarkan bajunya dari almari Dan dihumban ke dalam luggage itu sambil air matanya mengalir tanpa bersuara langsung. Ella merasakan dirinya sangat terhina.
"Sayang,sayang,maaf sayang ,abang tak sengaja",Adam semakin panik dan risau. Teringat kembali betapa susahnya dia mendapatkan Ella dan kini dengan sedikit kata sahaja dia sudah melukakan hati Ella,yg sifatnya bila marah akan keras seperti batu. Tanpa bersuara ,Ella sudah siap mengemas bajunya dan sudah pun berganti baju untuk bersiap keluar. Adam yg cuba menyentuh dan memeluknya dari tadi ditepis tanpa bersuara.
Ella menarik luggage nya untuk turun ke bawah perlahan-lahan kerana jalannya dihalang oleh Adam.
"Sayang nak pergi mana malam-malam ni?" Adam cuba menahan lagi tetapi dengan kuat luggage itu ditarik Ella lalu turun ke bawah. Ella duduk di ruang tamu sambil matanya tertumpu pada skrin telefonnya,menunggu permintaan E'hailingnya diterima dan tidak memedulikan rayuan permintaan maaf dari Adam.
"Sayang,tolonglah maafkan abang,demi Allah abang takde niat pun sayang",rayu Adam lagi sambil berulang-ulang mencium tangan Ella. Ella tetap tidak memedulikan walaupun airmatanya sendiri laju bercucuran. Hatinya sangatlah sedih.
Telefon Ella berbunyi menandakan permintaan E'hailingnya sudah diterima.
Ella cuba bangun untuk keluar ,tetapi dengan pantas Adam mengambil kunci rumah dan disembunyikannya.
"Bagi kunci tu",minta Ella tanpa memandang wajah suaminya langsung.
"Sayang, tolonglah sayang, maafkan abang. Abang betul-betul take sengaja sayang".
"Bagi kunci tu,saya tak nak bertekak.Dah malam ni, malu jiran dengar",Ella masih tetap dengan pendiriannya untuk keluar dari rumah.
Adam mulai melutut.
"Abang merayu pada sayang,tolonglah kita selesaikan di sini,abang minta jangan tinggalkan abang macam ni sayang", airmata jantan mulai bergenang di mata Adam.
Ella memandang ke arah lain lalu mengesat air matanya. Dia membatalkan permintaan E'hailingnya lalu duduk di sofa berdepan dengan Adam.
"Ceraikan aku",dengan nada tegas keluar dari mulut Ella tanpa memandang wajah Adam.
"Sayang,jangan cakap macam tu sayang. Abang minta maaf banyak-banyak sangat sayang,abang tak berniat apa-apa pun".
"Kata-kata kau tu melambangkan apa fikiran kau pada aku! Kalau kau dah jijik dengan aku,kenapa kahwin? Aku tak mintaklah!!"
"Demi Allah ,sayang. Abang tak pernah anggap sayang buruk pun, tolonglah maafkan abang sayang"
"Ceraikan aku atau bagi aku keluar,aku tak boleh nak hadap kau sekarang ni".
"Sayang, tolonglah sayang,abang tahu kalau sayang keluar sayang takkan kembali pada abang lagi".
Ella terkejut bagaimana Adam boleh membaca niatnya.
Ella duduk di sofa hampir sejam,mencuba untuk merampas kunci rumah dari tangan Adam tetapi tidak dapat dan Adam Masih berusaha memujuknya dan memeluknya.
Setelah penat mencuba,Ella yang semakin mengantuk berjalan laju menuju ke bilik tidur lalu menguncinya.
Adam mengejar dari belakang .
"Sayang,buka pintu sayang", rayu Adam dari depan pintu bilik.
" Jangan ganggu aku,aku tak nak tengok muka kau sekarang!"
"Dah tengah malam ni sayang,sayang tak takut ke tidur sendiri?" Adam tahu kelemahan isterinya,oleh kerana rumah mereka kosong,Ella Masih takut untuk tidur bersendirian. Dengan pantas kunci dibuka dari dalam,terlihat Ella terus berlari untuk baring di sudut katil.
Dia meletakkan bantal di sebelah ya sebagai benteng.
Adam tersenyum lalu masuk ke dalam dan mengunci pintu. Dia cuba menyentuh isterinya tetapi tangannya ditepis kasar .
"Sayang tidurlah ye",kata Adam lalu mencium rambut Ella yang membelakanginya. Ella masih lagi menangis tanpa suara tetapi tidak mahu dipujuk atau dipeluk . Adam terfikir sesuatu untuk menakutkan isterinya. Dia bingkas bangun lalu memastikan suis lampu dan berbaring di sebelah isterinya.Setelah lama berpura-pura tidur dan berdengkur,Adam merasakan Ella merapatkan dirinya perlahan-lahan ke sisinya.Adam berpura-pura tidak sengaja lalu memeluk Ella. Oleh kerana ketakutan,Ella membiarkan sahaja Adam memeluknya sehingga dia pun tertidur.
Next episode would be the final episode,thanks for my reader
Share this novel