Episode 15

Romance Series 8655

        Sudah 3 hari Ella mengambil cuti,untuk menenangkan dirinya.
Kejadian 3 hari lalu sangat mengejutkan baginya,Azif tiba-tiba kembali dan datang menagih cintanya.
     Walaupun pahit tetapi Ella terpaksa menolak.
Setiap kali teringat kan Azif air matanya kembali mengalir.
   Ella sedaya-upaya menyembunyikan kesedihannya daripada keluarganya.

     Malam ini dirasakan sangat sunyi,Ella memeluk patung Teddy Bear nya yang dibelikan Azif sekuat-kuatnya.
Tanggannya mencapai smartphone di atas meja sisi katil.

      'Assalamualaikum sayang,dah tidur ke tu?'

Ella membaca hantaran chat dari Adam.

'Waalaikumussalam,. . Ha,baru nak tido la ni. Kenapa?' jawab Ella ringkas.

'Budak tu tak ganggu sayang lagi?'

'Nama dia Azif,bukan budak. Jangan risau lah,dia nak buat apa pun aku takkan layan asal kau tepati janji jangan ganggu dia'.

'Okey sayang, anything untuk sayang. Biar dia pukul Abang pun,abang takkan balas'.

'Hmm,ok lah'.

'So esok Abang ambil sayang?'

'Aku nak hantar surat resign je pun,itu pun nak jaga?'

'Ok ,ok,sayang hati-hati ye. Ada apa-apa esok kol je Abang'.

'Aku taulah. And stop call me like that!'

'Abang praktis sebelum kahwin kan sayang . . sayang pun panggil la Abang,Encik Tunang ke? Bakal suamiku ke?'

'Shut Up!!!', Ella menghentikan chat nya di situ.
Terasa sakit hati dengan gurauan Adam.

Dihadapan Adam ,Ella menjadi seorang gadis yang egonya tinggi,angkuh,degil dan garang.
Tetapi di sebaliknya,Ella sering menangis.

'Ya Allah,kenapa ini yang harus aku rasakan? Sakitnya ditoreh tanpa luka dan darah . . Berkali dan kali lagi ya Allah' . .rintih Ella dalam tangisnya.

Lalu Ella tertidur sambil memegang surat resign nya untuk dihantar esok hari.

. . . . . . . . .

"Azif,dahlah tunggu tu. Jom balik.
Kau perlu banyakkan rehat,tak baik macam ni", kata Bad pada Azif yg sedang menunggu di tembok tempat biasa dia dan Ella bersantai.

Azif hanya mendiamkan diri sambil matanya melilau mencari kelibat Ella.
Setelah puas mencari,Azif pun masuk ke dalam kereta.
Diambilnya ubat dari beg sandangnya lalu diminum .
Bad pun menyusul masuk duduk di tempat pemandu.

"Sampai bila engkau nak macam ni,Azif?" tanya Bad yang kasihan melihat keadaan abangnya yang masih lemah.

Azif tunduk dan berdiam diri.

"Aku kenal dia Bad,bukan sekejap aku jaga dia...." Azif memulakan bicara.

"Orang lihat dia degil,tapi dia lembut hati sebenarnya. Orang lihat dia ego,tapi dia manja. Orang lihat dia kuat,tapi aku je tahu betapa lemahnya dia. Dan dia jugalah kekuatan aku Bad,kalau dia takde buat apa aku teruskan rawatan?Lebih baik aku mati ,Bad!"

Bad menepuk-nepuk belakang Azif.

"Kenapa kau tak pinang dia dulu?" Bad memberanikan diri mencuba bertanya.

"Aku dah jumpa ayah dia,Bad. Tapi aku tak bagitahu dia. Ayah dia tolak aku mentah-mentah sebab aku bertatu. Dan dia bagi amaran kat aku jangan jumpa Ella lagi tapi aku tak peduli dengan harapan dia akan berubah fikiran. . . Tapi rupanya diorang dah pilih orang lain untuk Ella", cerita Azif pada Bad sambil menumbuk dashboard.

Kedua-dua mereka berdiam diri seolah-olah buntu.

"Dah,mari kita balik rehat. Esok cuba tunggu lagi kot-kot la Allah dah kesian kat engkorang berdua ni, mudah mudahan dapat jumpa", kata Bad lalu memandu keretanya pergi.

. . . . . . . . . . .

Ella menaiki e-hailing ke tempat kerjanya.
Tapi sebab Ella datang cuma lah untuk menghantar surat resign nya.
Dia tidak mahu Azif terus-menerus menunggu nya.
Mungkin jika Azif tahu dia sudah tidak bekerja di sana,mudah bagi Azif melupakan dia walaupun pahit bagi Ella.


Selesai urusan di kedai dan HQ,Ella keluar berjalan-jalan sebentar sebelum pulang.
Ella duduk di tempat dia selalu menunggu Azif.
Teringat semua kenangan bersama-sama Azif,bergenang airmata Ella menahan tangis.

Azif yang melihat Ella daripada jauh dengan perlahan duduk di sebelahnya.

"Sayang marah sangat kat by ke sampai buat by macam ni?" tanya Azif perlahan.

Ella terkejut melihat Azif di sebelahnya dan cuba melarikan diri lagi,tetapi langkahnya terhenti bila Azif menarik tanggannya.
Lalu dia terduduk kembali.
Ella menghalakan pandangannya ke laut,tidak berani menatap mata Azif lagi.

"Sayang tolonglah sayang,sayang je kekuatan by untuk teruskan hidup. Jangan buat by macam ni", suara Azif mulai sebak sambil mengenggam tangan Ella dan diciumnya.

Tidak tertahan,lalu Ella melepas airmatanya.
Azif menarik Ella ke dalam pelukannya.
Ella masih lagi menangis keanak-anakan.
Betullah manjanya cuma Azif yg tahu.
Ella melepas tangis nya yang sudah lama terpendam.

"Sayang ikut by jom. By janji by akan jaga sayang. By janji by takkan sia-siakan sayang. Tolonglah sayang",rayu Azif sambil membelai lembut rambut Ella yang masih lagi dalam pelukannya.

Ella masih lagi menangis.

"Aku tak boleh kecewakan orang tua aku , kalau mak ayah aku sakit tiba-tiba?" tanya Ella.

"By akan bawa sayang kemana sayang mahu. Please ikut by,nanti keadaan dah reda by akan bawa sayang balik. Kita minta restu orang tua."

Ella menggeleng perlahan.

"Aku kenal keras kepala mak,dia dah cakap dia takkan akun aku anak dunia akhirat", rintih Ella menangis.

"Sayang,tolonglah. . . By rasa nak mati kalau sayang takde", rayu Azif lagi sambil memeluk Ella erat.
Seakan tidak ingin dilepas gadis kecil di dalam pelukannya itu.

Ella mengemaskan duduknya.
Perlahan-lahan dia mengesat airmatanya.

"By janji dengan sayang,tolong jaga diri baik-baik. Habiskan rawatan by, sayang tak nak dengar by sakit".

"Tak nak,by tak nak buat apa-aap kalau sayang takde".

"Tolonglah by,ada sebab kenapa Allah pilih jalan ni untuk kita".

Ella memeluk lengan Azif seperti ini untuk kali terakhirnya.
Azif membelai lembut rambutnya.

"Sayang,ikutlah by please", Azif mencuba merayu lagi.

"Sayang doakan by dipertemukan orang yang jauh lebih baik dari sayang. Yang boleh jaga kesihatan by. By janji dengan sayang jaga kesihatam by baik-baik. InsyaAllah ada hikmah semua ni", Ella mencuba mengukir senyuman buat Azif.

"Sayang . . ."Azif menggenggam jari-jemari Ella erat.

Ella perlahan-lahan bangun dari duduknya.

"Maafkan sayang dunia akhirat,jangan ada dendam di antara kita", Ella mencium tangan Azif buat kali terakhir lalu beredar pergi.

Adam sudah sedia menunggu Ella dari tadi,cuma dia tidak memandang pada Ella dan Azif untuk mengelakkan sakit hati.
Ella juga sudah berjanji,seandainya dia terjumpa Azif hari ini,ini lah perjumpaannya yang terakhir.

Ella masuk dan duduk di tempat duduk belakang kereta.

"Jalan cepat sebelum aku ubah fikiran", kata Ella pada Adam.

Adam memecut keretanya pergi.

"Sayang nak ke mana?" tanya Adam pada Ella sambil mengintai nya melalui cermin pandang belakang.

Ella menutup mukanya menggunakan sehelai saputangan dan menyandarkan kepalanya ke belakang.

"Bawa aku ke mana saja untuk hari ni,aku nak buang perasaan ni", kata Ella perlahan tanpa berganjak.
Adam memandu sepanjang highway tanpa henti,membiarkan Ella melepaskan perasaannya.

Maaf atas kelewatan episode ini,sakitnya masih sama dan agak sukar untuk meneruskan menaip tanpa harus merasa kesakitan. setiap komen anda pembero semangat saya untuk meneruskan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience