Episode 1-Cinta ke Ni?

Romance Series 8655

'TOK! TOK! TOK!

       "Ella, bangunlah!!! ",jerit mak dari depan pintu bilikku.
Aku segera duduk di atas tilam lusuh ku sambil menggosok-gosok mata.
      "Jam berapa nak bangun ni? Jam berapa dah janji nak pergi interview tu?! ",  mak dah mula membebel sebab aku. 
    "Ok mak, jap.",jawabku lembut dgn nada masih mengantuk. 
Aku menarik tuala dan terus masuk ke bilik mandi kecil di rumah kami.
Tak lama pun, aku keluar dan bersiap.

    "Tahu ke jalan tu?",tanya mak sambil membancuhkan aku segelas minuman panas.
"Tahu dah mak,kemarin dah pergi tengok dengan Nor. Harini tinggal nak pergi je",jawabku sambil menyapu sedikit bedak di muka supaya tidak pucat untuk temuduga nanti.

     Untung saja kemarin Nor sepupuku, sempat menemankan aku melihat tempat aku interview tu sebelum dia balik ke kampung.
Ini kerana walaupun, aku tinggal di bandar dan Nor tinggal di kampung, Nor lebih mengetahui selok belok bandar daripada ku.
Sebab aku tak berminat sangat bersosial.
Ini kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang tegas dengan peraturan.
Anak perempuan tak boleh terlalu bebas. Berbeza dengan Nor, Nor punya pemikiran sendiri.
Ini kerana ibu Nor ibu tunggal, jadi mereka biasa membuat keputusan sendiri tanpa perlu meminta izin siapapun.

       Aku mencapai telefon bimbit di atas meja solek, terbayang wajah lelaki kemarin yg aku terlanggar tak sengaja semasa di perhentian bas. Syukur saja dia menolong aku memungut telefon ku, kalau tak tentu saja habis dipijak oleh ramainya orang di perhentian  bas tu.

     Sempat lagi dia bertanyakan macam-macam tetapi aku tidak melayan.
Cuma aku masih ingat katanya yang terakhir sebelum aku berlalu pergi,
"Aku tunggu kau kat sini ye esok".

       "Ehh!!! Termenung  apa lagi tu?  Dah jam berapa ni? Lewat nanti!!",sergah mak mengejutkan aku. 

Aku menarik beg silang dan pakaikan di badan lantas terus menghirup air tadi yg sudah suam.

    "Jalan dulu mak",aku salam cium tangan mak dan minta didoakan moga dapat kerja tu.
Mak mengaminkan dan mendoakan yang terbaik buat ku.

    Aku melangkah sambil berharap semoga ada rezeki lebih buat ku hari ini.
Kami keluarga miskin, aku adalah anak ke 3 dari 9 orang adik beradik.
Aku,abang-abangku, dan adikku lelaki, kami berempat sudah berhenti sekolah di usia yg sangat muda sebab ayah sudah tak mampu menyekolahkan kami. Abang-abangku sudahpun bekerja di kedai-kedai kecil untuk membantu ayah menyekolahkan adik-adik kami.
       Aku biasanya membantu makcikku di kedai dengan upah Rm500 sebulan sejak umurku 14 tahun, tapi baru-baru ini jiran ku menawarkan kerja kosong di butik pakaian tempat dia bekerja, lantas itulah aku memberanikan diri mencuba nasib hari ni.
     Dengan umur 17 tahun ini, aku yg tidak pernah sampai ke sekolah menengah pun kerja apalah yang mahu menerima aku, bergantung dengan rezeki Allah saja hari ni.

     Tak sedar, aku dah sampai di kawasan pusat bandar. 
Aku turun di perhentian bas setelah membayar tambang. 
Aku berjalan kaki untuk mencari bas kecil yang pusing sekitar pusat bandar ni,

Tiba-tiba ada suara menegurku,
"Hai,cantiknya hari ni. Aku teman kau lah.",aku menoleh ke belakang, rupanya lelaki kemarin betul-betul menunggu aku di perhentian bas ni.

  Ish, lelaki ni takde kerja nak buat ke.
Bisikku dalam hati tanpa menjawab langsung kata-katanya.
Aku menaiki bas kecil yang sampai,dibuntuti oleh lelaki tadi.
Lelaki itu duduk di sebelahku sambil tersenyum.

      "Kita kenal ke?",aku cuba menyindir sambil menjeling. 
"Kau nak pergi mana ni?  Tak pernah nampak kau di bandar ni, nanti sesat.",katanya lagi sambil tersenyum  sebab aku dah mulai respon dengan dirinya.
     "Aku ada interview,nak ikut?," jawabku sinis.
"Aku teman ye",senyum sengih lagi dia.
Aku mendongak memandang dia yg tinggi daripada ku,
"Ish, lantak kau la.  Ntah ",kata ku.

Sampai di sebuah pusat beli belah, aku pun turun. 
Lelaki tadi masih lagi ikut dan berjalan di sebelahku.
Aku cuba berjalan laju sebab tak selesa dipandang orang, seolah-olah lelaki itu agak dikenali di bandar. 
Ramai yang menegurnya  dan menanyakan jika aku teman wanitanya, dan dia pula mengiyakan. Dah kenapa lelaki ni, bisik hatiku.

Aku naik ke tingkat 1 mencari butik yang sepatutnya aku pergi.
Lelaki tadi tunggu di luar butik, dah macam teman lelaki aku pula padahal yang aku tahu cuma namanya Azif.
Itupun aku tahu sebab kawan-kawannya yang menegur tadi memanggil namanya,kalau tak nama pun tak tahu.
        Aku masuk dan memperkenalkan diri, seorang staff membawa aku ke office untuk berjumpa pengurus butik. 
Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan, sekejap je aku dah boleh mula kerja esok.  Gembiranya hatiku tak terhingga.
     Aku keluar dari butik lelaki tadi masih duduk di bangku di luar menunggu ku, oleh kerana terlampau gembira aku terlupa yang aku tak rapat dengan dia, lagipun aku mudah senyum dengan orang  dan sebab itulah lelaki ni asyik ikut  aku sampai sekarang.

      "Macam mana",tanya Azif  dengan riak wajah gelisah.  
"Dapat, Alhamdulillah ",jawabku tersenyum riang. Aku terlupa aku baru 2 hari mengenali Azif. 
"Dah jom pi makan",ajak nya lagi.  
"Eh, aku nak balik dah ni",aku sedikit hairan dengan ajakannya, siapa dia padaku? 
Mudah benar lelaki ni membiasakan diri denganku. 
"Alah, aku dah teman kau sampai ke sini. Teman lah aku makan kejap.  Tak jauh pun, ada kedai makan kat tingkat 6 sini",rayu Azif lagi.
Aku diam seketika, tak lama kemudian aku pun mengangguk sambil berkata,
"Aku tak boleh lama ni, mak aku cari nanti.  Aku dah cakap pergi interview je".  Azif tersenyum lagi
",Wow, anak mak.  I like ". 
Aku jelir sedikit lidah mengejeknya bila mendengar kata-katanya. 

Kami bergerak menuju lif untuk ke tingkat 6.
  Didalam lif, Azif berdiri rapat betul di sebelahku.  Sehinggakan bahunya disandarkan pada kepala ku.
Aku mendongak memandang lelaki yg tinggi ni, aku memberikan isyarat untuk dia memberikan ruang padaku tapi lif itu penuh dgn orang dan Azif cuba mengelakkan aku daripada dipandang lelaki lain.  
Sampai di tingkat 6, pantas dia menarik tanganku keluar dari lif.  
Cepat aku menarik tangan ku kembali.  Kami berpusing ke selekoh untuk mencari  restoran di tingkat itu, tingkat itu agak sunyi.
  Aku mulai berfikiran Azif ingin mengambil  kesempatan pada ku, tapi tidak lama kemudian aku terlihat ada kedai makan di hadapan. 
Lega hati aku.

    Aku mengambil tempat duduk dan Azif memesan makanan untukku. 
Usai memesan makanan,dia duduk di sebelah ku. 
Aku berundur sedikit, Azif bersifat seolah-olah kami pasangan kekasih.
Aku mengalihkan pandangan ke arah dinding kaca di sebelah ku untuk melihat pemandangan di bawah sambil menunggu makanan sampai.  Tiba-tiba, Azif batuk kuat.
Dia menekup mulutnya dgn tisu, tapi tetap kelihatan batuk itu mengeluarkan darah. 

"Maaf,"kata Azif.  Aku terkejut melihat darah yg agak banyak di tisu itu. 
  "Kau ok ke ni",tanyaku risau, ntah kenapa aku mulai risau.    Azif enggan menjawab.   
  "Jawablah, kenapa ada darah?? ",tanyaku kasar.   "Paru-paru aku retak",terkejut aku mendengar jawapan Azif.   
"Kenapa? ",tanya ku lagi. 
   "Aku kaki gaduh, kaki mabuk, tapi tu dulu lah. Sekarang tak dah, dalam satu pergaduhan dulu, aku kena pukul dengan besi tepat di bahagian paru-paru", jawab Azif tenang.  

Aku tak hairan bila Azif mengatakan dia kaki pukul, kerana kedua lengannya dipenuhi tatu naga. sebab itu aku tak selesa dipandang orang bersamanya.
  Tak hairanlah dia kelihatan seperti disegani di bandar, rupanya kaki pukul, bisik hatiku.
Tanpa aku sedar, makanan sudah pun berada di atas meja. 

"Makan lah",kata Azif lalu mulai makan,  Aku pun mulai makan supaya dapat cepat melepaskan diri dari lelaki ni. 
  Usai makan, Azif ke kaunter bayaran.
Dan kami pun bergerak keluar.   

  " Terima kasih ",kata ku.  Azif cuma senyum dan mengangguk. 
   "Mana lif ea? ",tanyaku lagi. 
Rasanya aku dah terlupa selok mana lif tadi.    
"Cepatnya nak balik,"kata Azif sambil berjalan. Aku cuma mengikut langkahnya sambil mataku mencari  signboard lif kalau ada.     

"Jom ikut sini",kata Azif sambil berjalan menuju tangga kecemasan.   
"Buat apa? ",tanyaku tapi masih tetap mengikut langkahnya.   
  Azif berhenti di kawasan bebas merokok, lalu mengeluarkan sekotak rokok. 
Aku berdiri di sebelahnya memandang ke arah tingkap. 
Tingginya, bisik hatiku.  
Tengah menunggu Azif siap merokok, aku amati pemandangan laut di seberang pusat beli belah itu. 
Tak ku sedar, Azif sudah siap merokok.  Tiba-tiba,dia berdiri betul-betul rapat dan menyandarkan badannya di belakang ku. 
Aku cuba mengelak tapi dia sudah menahan ku terlebih dahulu.   
    
Azif berbisik di telingaku, "Kau dah ada boyfriend? ".  
Aku tunduk tanpa menjawab, apakah rasa ini?  Jantungku berdegup kencang, tidak pernah aku didekati serapat ini oleh lelaki.    
"Takde kan",bisiknya lagi lembut.  
"Mulai hari ni, kau aku punya ea",tambahnya lagi sambil tersenyum. 
  Aku kehilangan  kata-kata.
  Aku cuba menolaknya untuk berpusing, aku cemas.  
Dia berundur sedikit memberiku ruang untuk berpusing ke hadapan  dan menahan ku kembali.    
      "Setiap  hari aku akan tunggu kau, hantar  kau ke tempat kerja dan jaga bila kau pulang.  Nanti orang tackle",katanya lagi sambil ketawa memandang ku.  
Aku tidak mampu membalas pandangan matanya, apakah yg aku rasa ini? 
Dia merapatkan mukanya pada pipiku, lalu mencium pipiku.   
      Aku terkejut tapi takut untuk memandang  tepat ke matanya.  

"Aku suka kau lah, I love you.",bisiknya ke telingaku dan mencium lembut telingaku. 
Aku merasakan muka ku panas dan merah padam kerana malu, dia hanya tersenyum  melihat ku.   
  "Dah, jom pulang honey",dia menggenggam tangan ku dan menarik aku masuk ke dalam lif di tepi. 
Lif kecemasan itu sunyi, kami je yg guna.  Sepanjang dlm lif,aku diam je.  
Tangannya masih tidak melepaskan tanganku,sambil menunggu bas kecil untuk ke terminal.
Rancak dia bercerita tentang  dirinya, dan aku cuma diam saja kerana terkejut. 
Lelaki bagaimanakah  yang aku sudah  terperangkap  ini?, bisikku di dalam hati.   

Sampai di terminal, aku menyangka dia cuma menemankan aku sampai di situ. 
Tetapi, dia mencari  bas untuk ke tempat tinggal ku dan menjaga aku hingga pulang. 
Dalam perjalanan, Azif  tertidur di sebelah ku sebab jarak dari bandar ke rumah ku mengambil  masa lebih kurang sejam. 
  Aku memandang wajah tampan ini dari atas ke bawah, aku amati tangannya yg masih menggenggam tanganku dan lengannya yang dipenuhi tatu.   
Apakah yg dimahukan lelaki ini, bisik hati ku sendiri. 
  Sampai di kediaman ku, dia mencium tangan ku dan melihatku sehingga turun. 
Aku tidak mampu berkata apa-apa.
  Apa yg telah berlaku padaku? 
Kenapa hatiku tidak menolak padanya? 
Apakah ini jatuh cinta?  
Sambil berjalan menuju ke rumah aku berfikir. 

     Sesampai di rumah, aku cuba mengumpul semangat kembali. 
Aku memberi salam dan menyampaikan berita gembira pada mak,
"Mak, esok Ella dah boleh mula kerja".   
  "Syukur alhamdulillah ",mak menadah tangan tanda kesyukuran. 

Selepas membasuh kaki, aku yg
kepenatan masuk ke bilik dan berbaring di atas tilamku. 
Fikiran ku masih melayang terbayangkan wajah Azif tadi.
Apa yang lelaki ini sudah lakukan pada hatiku? 

please do read and comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience