Sudah seminggu sejak Azif bertolak ke Kuala Lumpur,selama seminggu itu jugalah Ella tidak mendapat khabar berita langsung daripada Azif.
Telefon Bad juga tidak dapat dihubungi.
Ella sudah tidak ada cara untuk menghubungi Azif lagi.
Hari-hari Ella dihabiskan dengan duduk termenung di tembok tempat dia selalu menghabiskan masa bersama Azif.
Adam juga tidak menepati janjinya untuk datang keesokan harinya setelah Azif bertolak.
Ella berasa sangat sunyi.
"Ayah,nanti balik ambik Ella boleh?" ,Tanya Ella setelah mendail nombor telefon ayahnya.
"Ok", ringkas lelaki tua itu menjawab.
Seperti biasa,Ella menunggu tepi Wisma Merdeka,memerhati kalau-kalau sudah kelihatan kenderaan ayahnya.
Tiba-tiba,kedengaran suara yang dikenalinya menyapa.
"Assalamualaikum".
"Waalaikumussalam", jawab Ella lalu menoleh.
Adam terpacak di hadapannya sambil menghulurkan sebuah paper bag kecil.
Ella menyambut paper bag itu.
"Abang Adam baru muncul?" kata Ella sambil melihat isi kandungan paper bag kecil itu . Terbeliak mata Ella melihat sebentuk gelang emas rekaan halus dengan buah gelang berhuruf E.
"Apa ni abang Adam? Ish tak nak lah bang", Ella menolak kerana merasakan pemberian itu keterlaluan.
"Ambik lah,anggap lah hadiah birthday dari abang. Please. . ." kata Adam sambil menyusun sepuluh jari tanda merayu.
"Nanti mak Ella marah lah bang".
"Tak. . .nanti kalau mak tanya jawab je abang Adam bagi,okay?" Adam terus memaksa.
Adam membuka kotak gelang itu.
"Boleh abang pakaikan?" tanya Adam lagi.
Ella menghulurkan tangannya,lalu Adam memakaikan gelang itu di pergelangan tangan Ella.
"Abang Adam nak pergi mana ni? Ella tunggu Ayah,malas nak naik bas atau grab hari ni", kata Ella.
"Abang ambil Ella lah ni".
Ella terkedu,tidak mungkin ayahnya akan menumpangkan Ella dengan mana-mana lelaki tanpa teman.
"Betul. . Ayah yang suruh,tak percaya cuba kol ayah".
Untuk kepastian,Ella menghubungi ayahnya.
"Ayah sibuk sikit ni k", kata ayah Ella di talian.
Ella mematikan panggilan.
"Betul kan?" tanya Adam lagi.
Ella cuma mengangguk.
"Jomlah,Ella nak singgah makan ke atau nak pergi mana? Abang bawa,your wish is my command. Ella nak cerita,abang sedia mendengar",
kata Adam sambil tunduk bersifat seolah-olah pelayan.
"Kita tunggu lepas sunset kat tembok jap baru pulang boleh?" tanya Ella.
"Ok,ladies first", Adam berundur memberikan ruang untuk Ella.
Ella ketawa kecil melihat gaya Adam.
Adam menuruti langkah Ella sehingga ke tembok.
Ella duduk di satu bangku di hujung tembok itu.
"Ella selalu ke duduk sini? Bahaya lah tempat ni,sunyi", kata Adam sambil melihat sekeliling.
"Iyelah,Ella dengan Azif selalu tunggu sunset kat sini. Lepas tu sambung jalan-jalan", kata Ella sambil memandang ke laut lepas yang sepertinya tidak berpenghujung.
Adam tahu,bahawa Ella belum mengetahui dirinya sudah dipinang Adam.
Adam tidak mahu membuatkan Ella terkejut,biarlah Ella tahu bila sudah menghampiri tarikh bertunang nanti.
Adam membiarkan Ella bercerita tentang dia dan Azif.
Sehinggalah tiba-tiba Ella kelihatan sebak seolah-olah menahan tangis.
Adam meletakkan tangannya pada bahu Ella dan cuba untuk menepuk bahu untuk menenangkan Ella.
"Tak tahulah bang, . . .Ella cuma . . .Ella. . ."airmatanya mulai gugur tanpa menghabiskan bicaranya.
Adam menarik bahu Ella perlahan sehingga Ella terlentok menangis di bahunya.
"Kenapa sakit macam ni? Ella tak nak rindu . . .tapi. . . Sakit bang. . . ", rintih Ella sambil memukul-mukul dadanya sendiri.
Adam hanya mampu diam dan mengusap rambutnya lembut untuk menenangkannya.
. . . . . . . .
Ella meneruskan rutin hariannya pergi kerja dan pulang seperti biasa,semenjak Adam berpindah kerja ke sini,Adam menjadikan tugasnya menghantar dan mengambil Ella pulang.
Sesekali dibawanya Ella berjalan-jalan untuk mengubati hati Ella.
Dan Ella masih belum mengetahui tentang pinangan Adam,Adam belum mahu diberitahukan kepada Ella.
Adam menunggu sehingga hari pertunangan mereka semakin dekat.
"Ella,esok abang balik Sandakan. Ada urusan terus nak lawat mak abang sekali. Ella ok ke?" tanya Adam sambil mencicip makanan ringan yang dipegang Ella.
"Ok", jawab Ella selamba sambil bermain media sosialnya.
Dengan kehadiran Adam,sedikit sebanyak membantu Ella melupakan masalahnya.
Ella hairan,apa yang terjadi pada Azif dan keluarganya. Sehinggakan langsung tiada khabar daripada Azif.
Telefon Azif dan adiknya langsung dimatikan.
Sudah beratus panggilan dan mesej dari Ella,tetapi tiada berjawab.
Ella sudah putus asa untuk mencari Azif,baginya mungkin Azif sudah melupakannya atau dirinya cuma lah permainan bagi lelaki itu.
Mungkin juga Azif sudah menemui pengganti dirinya,bisik hatinya.
"Nah,buat Ella belanja kalau abang takde kat sini", Adam menghulurkan wang kertas not RM100 lima keping kepada Ella.
"Taknak,Ella ada duit lah. Abang Adam ni dah kenapa? Carilah gf,cari bini ke. Bagi gf abang Adam tu duit,bukan Ella", Ella mencebik sambil menepis tangannya.
"Itu lain,ini kan abang Adam belanja Ella. Ambillah,Ella cakap abang ni kan macam abang Ella jugak", pujuk Adam sambil menghulurkan duit itu kembali kepada Ella.
"Ok,jom singgah restoran kejap dan kedai mainan", kata Ella lalu mengambil duit itu.
Sampai di sebuah restoran,Ella memesan 50 bungkus nasi ayam penyet.
Hampir penuh bonet kereta Adam dibuatnya.
"Nak buat apa ni Ella? Kenduri ke ape ni?" Adam ketawa dan sedikit terkejut.
"Next jom pergi kedai mainan . . .mmmm,kita pergi toys hub lah bang kat 1 Borneo Hypermall tu. Sana murah sikit".
"Hmmmm. . . Okay madam", kata Adam lalu memecut keretanya pergi.
Adam mengikut saja langkah Ella,sampai di Toys Hub, Ella memasukkan 50 bungkus mainan kecil bercampur jenis ke troli.
"Dah,jom pergi bayar", kata Ella sambil menekan-nekan kalkulator di telefon bimbitnya.
Seusai di kaunter, Adam mengangkat 5 plastik besar itu ke kereta.
"Biar betul Ella ni,nanti mak Ella marah. Banyak betul ni", kata Adam setelah siap memasukkan kesemua mainan itu ke tempat duduk belakang kereta.
"Lepas tu . . . Jom kita pergi jambatan kat Segama tu", ajak Ella.
Adam cuma ketawa dan mengikut arah yang ditunjuk Ella.
Sampai di jambatan tu,Ella arahkan Adam membawa kesemua bungkusan makanan itu naik ke atas jambatan. Dan Ella pula membawa kesemua plastik berisi mainan itu.
Alangkah terkejutnya Adam melihat begitu banyak gelandangan sedang berbaring di atas jambatan itu,ada juga yang sedang meminta sedekah bersama anak-anak mereka.
Gadis genit itu mulai membahagi-bahagikan mainan dan nasi bungkus kepada semua yang ada di sana.
Setelah selesai,Ella membawa Adam pulang semula ke kereta.
"Ada 2 bungkus mainan lagi,mintak halal ye. Ella nak bawa balik bagi adik", kata Ella sambil menunjukkan 2 bungkusan mainan di tangannya.
"Ella .. .Ella. . ",Adam menggelengkan kepala sambil melihat Ella.
"Abang ada rezeki lebih,kita sedekah la. Jadi nanti abang Adam tambah murah rezeki,Ella pun", Ella menunjukkan thumbs upnya kepada Adam.
Setelah menghantar Ella pulang kerumah,Adam meminta izin mak dan ayah Ella untuk bertolak ke Sandakan pada esok hari.
Sudah seminggu sejak Azif bertolak ke Kuala Lumpur,selama seminggu itu jugalah Ella tidak mendapat khabar berita langsung daripada Azif. Telefon Bad juga tidak dapat dihubungi. Ella sudah tidak ada cara untuk menghubungi Azif lagi. Hari-hari Ella dihabiskan dengan duduk termenung di tembok tempat dia selalu menghabiskan masa bersama Azif. Adam juga tidak menepati janjinya untuk datang keesokan harinya setelah Azif bertolak. Ella berasa sangat sunyi. "Ayah,nanti balik ambik Ella boleh?" ,Tanya Ella setelah mendail nombor telefon ayahnya. "Ok", ringkas lelaki tua itu menjawab. Seperti biasa,Ella menunggu tepi Wisma Merdeka,memerhati kalau-kalau sudah kelihatan kenderaan ayahnya. Tiba-tiba,kedengaran suara yang dikenalinya menyapa. "Assalamualaikum". "Waalaikumussalam", jawab Ella lalu menoleh. Adam terpacak di hadapannya sambil menghulurkan sebuah paper bag kecil. Ella menyambut paper bag itu. "Abang Adam baru muncul?" kata Ella sambil mel
Share this novel