Beberapa hari lagi majlis perkahwinan Ella bakal berlangsung,langsung tidak ada sedikit pun kegembiraan seperti bakal pengantin terlakar di wajah Ella.
Ella seperti boneka puppet yang mengikut ke mana arahan tuannya.
"Nah,try baju ni yunk. Kulit u gebu sangat,i guarantee baju ni semua memang sesuai dengan u", kata Rita,seorang maknyah yang menguruskan perkahwinannya.
"Apa tunggu lagi,try la cepat", arah ibu Ella padanya.
Ella mencuba gaun yang diberi padanya,bila Ella keluar semua adiknya bersorak gembira.
Ella senyum melihat adiknya melompat kegembiraan.
"Yeayyy,akak jadi pwinces la", Ica melompat lompat gembira.
Kelihatan ibunya sedang bercakap di talian dengan seseorang.
"Aah,cantik la tu. Dah pergi bersiap,Adam nak bawa engkau keluar kejap", arah ibunya selepas mematikan panggilan.
Ella masuk ke biliknya semula,dia menatap dirinya di hadapan cermin.
Entah kenapa,setelah begitu lama tiba-tiba saja terngiang-ngiang janji-janji Azif padanya.
Di cuba menahan airmatanya yang bergenang tetapi tetap tertumpah sedikit.
Ella membuka gaun itu dan mengesat airmatanya.
'Kau kena kuat Ella', bisik hatinya sendiri.
Ella menyarung seluar jeans paras lututnya bersama blaus comel ala kimono berwarna merah hati. Setelah memakai beg galasnya,Ella memakai stokin dan sneakers tinggi.
"U suke yunk?" tanya Rita kepada Ella.
"Tanya mak,saya ikut je", kata Ella.
"Ella jalan dulu mak",kata Ella bila mendengar bunyi kereta Adam tiba.
Ella masuk ke dalam kereta lalu bertanya, "Nak ke mana ni?"
"Nak bawa sayang lawat rumah kita nanti",kata Adam membuatkan Ella terkejut.
Adam memecut keretanya ke sebuah kawasan perumahan ,kelihatan rumah teres 2 tingkat berbaris-baris.
Adam memandu masuk ke sebuah lorong terletak paling hujung . Sampai di sebuah rumah,Adam meletakkan keretanya di ruang yang tersedia setelah membuka pagar.
"Nah,Abang nak sayang yang buka dan lihat rumah baru kita ni", Adam meletakkan kunci rumah itu ke dalam genggaman Ella.
Ella turun disusuli Adam. Perlahan-lahan Ella membuka pintu rumah itu, alangkah terkejutnya Ella melihat rumah itu dilengkapi dengan semua kelengkapan seperti rumah pasangan keluarga.
"Okey tak? Abang mintak pendapat mak sebelum beli barang-barang ni semua", kata Adam tanpa ditanya.
Ella masih lagi memantau sehingga ke ruang belakang rumah itu.
Tiba-tiba,Ella terkejut bila Adam menarik tangannya.
"Jom lihat bilik kat tingkat atas", ajak Adam.
Ella menuruti langkahnya.
Adam menunjukkan 2 bilik sederhana dan sebuah lagi bilik besar.
"Inilah bilik kita", kata Adam.
"Abang tak rasa rumah ni besar sangat ke?" tanya Ella yang sedari kecilnya cuma biasa dengan rumah kecil.
"Abang tak kisah kalau Ella nak bawa mak tinggal sini,mak abang pula tak nak. Lagi suka tinggal kat kampung".
Ella berjalan ke sebuah tingkap dan menyelak tirai.
Memandang ke luar jendela membuatkan Ella teringat Azif,Ella memejam matanya kuat mencuba untuk melupakan nya.
Tetapi semakin kuat dipejamnya,semakin dia boleh merasakan Azif memeluk pinggang nya dan mencium lehernya.
Ella seperti terbuai mimpi melayan ciuman yang menjalar sehingga ke bibirnya itu.
Bila dibuka matanya,Ella terkejut orang yang diciumnya tadi Adam.
Ella mencuba menolak tetapi Adam masih juga menciumnya,Adam berhenti setelah merasakan tekanan dari tangan Ella yang menolak dadanya berulang-ulang kali.
"Sorry sayang,abang terbawa perasaan. First time sayang balas ciuman abang", katanya sambil tersenyum nakal.
Cepat-cepat Ella melangkah keluar dan turun kerana malu.
Adam hanya tersenyum dan mengikuti langkah Ella.
"Sayang temankan abang hantar borang nikah kat jabatan muis kejap, boleh?Lepas tu ambil baju nikah abang kat Centre Point." , ajak Adam.
Ella mengangguk tanda menurut.
Setelah selesai semua urusan yang dikatakan tadi,Adam membawanya membeli-belah barangan mandian,dan kelengkapan Ella selepas kahwin.
Sedang Ella sibuk memilih barang-barannya,Adam yang menolak troli mengikut dari belakang nya.
"Sayang . . ",panggil Adam lembut.
"Hmmm..."
"Eh sayang dah menyahut la bila abang panggil sayang".
Ella terkejut dan tersipu malu.
"Tak payah hepy sangat,ada apa?"
"Minggu depan sebelum majlis nikah,mak ayah datang dari Sandakan. Jadi abang fikir daripada duk hotel lebih baik duk rumah kita tadi. . .Boleh kan?"
"Takkan nak cakap tak boleh,rumah tu besar sangat kot untuk kita dua orang je",jawab Ella.
"So...bolehlah kan ..Thankyou sayang",Adam mencuba untuk mencium pipi Ella tetapi Ella menolaknya.
"Mannerslah sikit,mall ni", kata Ella.
Adam terketawa melihat gelagat Ella.
. . . . . . . . . . . . . .
Akhirnya,hari yang ditunggu-tunggu semua orang telah tiba.
Hari perkahwinan Ella dan Adam,cuma Ella sahaja yang sentiasa mengharapkan hari itu tidak pernah terjadi di dalam hidupnya.
Perkahwinan dengan majlis 2 hari 2 malam bertemakan taman itu sangat cantik meriah walaupun cuma diadakan di ruang belakang rumah Ella.
Hasrat ibu dan ayah Ella ingin perkahwinan anaknya dibuat di halaman rumah mereka sendiri.
Selesai majlis persandingan,Ella masuk ke biliknya untuk mengemas kan barang-barangnya.
"Kak nak pegi mana?" tanya Ica pada Ella.
"Kak dah tak boleh tinggal dengan kita,kak dah ada abang Adam,dah ada rumah", ibu Ella cuba menjelaskan satu persatu kepada Ica sambil menolong Ella mengemas barangnya.
"Nanti mak ikutlah ke sana,nak tinggal dengan Ella pun boleh", pujuk Ella sambil mencium tangan ibunya berulang kali.
"Kami orangtua tak boleh ikut campur urusan kamu lagi nak. Ingat pesan ibu,semua yang ayah dan ibu buat demi kebaikan Ella. Setiap masalah dalam rumahtangga ada jalan penyelesaiannya asal jangan ambil jalan yang dimurkai Allah iaitu cerai. Ingat sampai mati pesan mak ni", kata ibu Ella sambil menahan sebak.
Ella mengangguk dan memeluk ibunya dan adik-beradik nya.
"Tak payahlah nangis,nanti kamu kan boleh lawat mak selalu. Sekarang terpulang kamu nak cakap ingat kami lagi atau tak sebab kamu dah ada kehidupan sendiri", nasihat ayah Ella pula.
Rombongan pihak lelaki sudah sedia menunggu di luar,Adam menyalam hormat setiap keluarga Ella sebelum membawa Ella pergi.
"Doakan Adam jadi suami dan ketua keluarga yang baik mak,ayah", kata Adam.
Ibu dan ayah Ella mengangguk.
Adam memegang tangan Ella dan memimpinnya masuk ke dalam kereta yang sudah sedia menunggu.
"Assalamualaikum adik ipar", kata Ahmad yang duduk di tempat duduk pemandu pada Ella.
Ella hanya mengangguk tersenyum saja.
"First time abang lihat ni,Adam memang pandai memilih", kata Ahmad pada Jojo di sebelahnya.
"Cousin aku,memanglah cantik", kata Jojo pula tertawa.
Sampai di rumah,Ahmad dan Jojo mengangkat kesemua barang Ella ke dalam bilik tidur yang sudah dihias cantik.
"Anak naiklah berehat,mesti dah penat. Kita semua rehat awal,esok kita cerita-cerita ye", kata ibu Adam pada Ella.
Ella mengangguk lalu naik ke atas.
Adam masih lagi di bawah bersembang bersama ahli keluarga nya.
Ella yang sudah keletihan terus saja membuka gaun pengantin yang dipakainya dan terus mandi.
Selesai mandi ,Ella memakai bathrobe singkat lalu keluar.
Terkejut Ella melihat Adam sedang duduk dengan hanya bertuala.
"Abang dah naik? Boleh keluar kejap? Ella nak pakai baju", Ella tunduk sambil menanyakan soalan itu. Didalam hatinya,dia tahu tidak seharusnya dia bertanya sedemikian pada Adam yang sudah sah suaminya.
Adam tertawa kecil.
"Takpa,takpa. Abang pun nak masuk mandi ni. Ella pakai lah baju sementara abang kat dalam. Jangan risau,abang tak intai pun.Kalau intai pun dah halal kan", kata Adam ketawa lalu masuk ke dalam tandas.
Ella mencari baju tidurnya di dalam beg dan almari. Tetapi yang dijumpainya hanya lah set tidur sleeveless nya dengan seluar pendek satin.
"Alamak,lupa plak nak beli yang panjang,habislah aku", Ella menepuk dahinya sendiri.
Cepat-cepat Ella menyarung baju tidurnya dan baring lalu menyembunyikan tubuhnya menggunakan selimut.
Adam keluar dari bilik mandi lengkap berseluar pendek tetapi tidak berbaju.
Ella pura-pura bermain telefonnya.
"Dah,tidur awal. Esok pagi solat pertama kita sebagai suami isteri", Adam meletakkan telefon bimbit Ella lalu mencium dahinya.
Ella yang keletihan seakan terkena sumpahan tidur sebaik dahinya dicium Adam.
Adam turut berbaring di belakang Ella dan memeluk pinggangnya.
Adam tertidur sambil membelai rambut Ella.
hai readers,please enjoy the story. Don't forget to leave your comments
Share this novel