9

Romance Completed 7404

Sudah 5 hari Shakir di Skudai. Renee pula menghabiskan cuti semesternya di rumah tanpa sebarang aktiviti khusus. Setiap malam mereka akan saling berhubung melalui telefon. Shakir juga kerap membuat liputan tidak rasmi kepada Renee tentang perlawanan-perlawanannya sepanjang dia di sana. Cemburu juga hati Renee apabila mengenangkan peluang yang terpaksa dilepaskannya. ‘Aku tak dapat join MASUM, aku dapat Shakir… hehe…’
Namun tengahari Jumaat itu, Renee dikejutkan dengan MMS entah daripada orang yang tidak dikenalinya. MMS itu menunjukkan 3 keping gambar Shakir bersama seorang gadis. Di meja makan, di gelanggang bola tampar dan di bawah pondok. Gambar-gambar itu diiringi dengan satu nota pendek.
‘Kan aku dah kata. Cermin muka kau dulu. Banyak lagi dalam FB aku.
~Salwa Saidin’
‘Siapa Salwa Saidin?’ Renee segera mencapai laptop dan surf laman Fac. Sebaik sahaja Renee mendaftar masuk, terdapat 15 notifications pada Facnya. Kesemua 15 notifications itu adalah gambar-gambar Shakir di Johor. Setiap gambar tersebut telah diletakkan tagging nama Shakir dan Salwa Saidin.
Ditaipnya ‘Salwa Saidin’ pada ruangan ‘Search’. Ternyata nota itu betul. Akaun itu penuh dengan gambar mereka. Ada berdua. Ada berkumpulan. Ada juga gambar Shakir bersendirian. ‘Siapa Salwa Saidin?’ Tiba-tiba, Renee mendapat satu SMS.
‘Engkau tahu apa yang patut engkau buat! Dia aku punya! Get lost!’
Mesej itu dihantar menerusi nombor telefon yang sama yang menghantarnya MMS tadi. Renee semakin serba salah. Kemudian dia terperasan relationship status Salwa ditulis “in a relationship”. Dia tidak tahu samada dia perlu percaya atau tidak. ‘Betulkah apa yang dia tulis ni? Kalau tak betul, takkan dia berani buat terang-terang macam ini? Shakir tak perasankah status dia? Tapi kat sini tak ada pula tulis in a relationship with who? Macam mana ni? Nak tanya siapa? Call Farid. Tak, call him.’
Lebih kurang jam 5 petang, Renee menelefon Shakir. Dia berharap Shakir senggang di waktu itu. Namun talian dimatikan sebaik sahaja deringan kedua. Dia mencuba lagi. Sama juga. ‘Last time.’ Bisik Renee. Dan kali ini telefon itu dijawab. Renee mengurut dada lega.
“Hello.” Namun bukan suara Shakir. Tetapi suara perempuan.
“Hello. Boleh bercakap dengan Shakir?”
“Sorry, Shakir sibuk. Ada sebarang mesej? Saya akan sampaikan.”
“Em… tak ada kot. Terima kasih ya.”
“Hey Renee, aku tahu itu engkau. Stop calling him. This is my last warning.” Renee tercengang. Talian dimatikan oleh perempuan itu.
‘Apa semua ini? Jokes? Unacceptable! Never mind. Renee, calm down. Tonight, he’ll call me. I’ll ask him.’ Renee masih cuba untuk bertenang. Dia cuba untuk berfikiran positif. Tetapi bak kata pepatah, penantian itu satu penyiksaan.
Namun seperti kebiasaannya, lebih kurang jam 10:30 malam barulah Shakir menelefonnya. Perasaan Renee bercampur baur.
“Hello.” Dia menjawab perlahan. Dia cuba untuk menahan perasaannya.
“Assalamualaikum. Renee tengah buat apa?”
“Waalaikummussalam. Tak ada apa. Renee dalam bilik sekarang.”
“Oh, tak tengok tv?”
“Tak ada mood.”
“Ya ka? Hmm… miss me?” Shakir ingin bergurau senda tetapi dia tidak tahu Renee langsung tiada perasaan untuk bergurau senda saat itu.
“Hmm… boleh la.”
“Kenapa ni? Lain macam saja suara.”
“Tak ada apa-apa. Shakir, kenal tak Salwa Saidin?” Dia perlu tahu hal yang sebenarnya.
“Hmm… kenal. Dia tu captain bola jaring. Ada di sini. Kenapa?”
“Oh, ya? Petang tadi Renee called, dia yang jawab telefon Shakir.”
“Hmm… tadi Shakir ada game. So, minta dia pegangkan beg.” Nada suara Shakir menjawab begitu bersahaja membuatkan Renee agak tidak senang hati.
“Oh, ya kah? Renee ada tengok gambar korang di sana.”
“Iya? Mana Renee tengok?”
“Di FB Salwa.”
“Iya? Cepatnya dia upload. Tak tunjuk pada Shakir pun. Eh, Renee. Shakir penatlah hari ni. Petang tadi kami main 3 game. Susah juga nak kalahkan team UNITEN tu. Shakir nak tidur dulu, boleh? Esok ada game pukul 8.”
“Ok. Bye.”
“Bye.” Talian dimatikan.
Renee masih tidak berpuas hati. Kali ini dia bertekad untuk menelefon Farid.
“Hello, Renee. Ada apa?”
“Hey, sorry kacau malam-malam ni. Engkau dah tidurkah?”
“Belum lagi. Tapi memang dah rasa macam nak tidur ni.” Jawab Farid dengan jujur.
“Ya kah? Aku nak tanya engkau sedikit. Tak adalah serius benar. Cumanya aku ada dapat mesej daripada seseorang ni. Tapi aku tak kenal. Engkau kenal tak Salwa Saidin?”
“Oh, budak Salwa tu. Kenal sangat. Kenapa?”
“Oh, engkau memang rapatkah dengan dia?”
“Aku tak adalah rapat sangat. Dia lebih rapat dengan Shark. Dia ni dulu memang syok habis kat laki engkau tu, Renee. Kenapa? Dia ada kacau engkaukah?” Farid tiba-tiba tersedar yang dia mungkin telah terlebih memberi maklumat. Dia juga bimbang Renee akan tersalah tafsir kata-katanya tadi.
“Eh, tak adalah. Cumanya aku terjumpa gambar mereka dalam FB ni. Saja nak tanya.” Renee cuba berbohong.
“Oh, tak ada apalah. Mereka memang rapat dari dulu. Engkau tak perlu risaulah. Aku guaranty!” Farid sangat-sangat berharap Renee akan menerima kata-katanya itu bulat-bulat.
“Ok. Thanks Farid. Sorry kacau. Bye.”
“Ok, bye.”
‘Aku cemburu? Memang. Tapi patutkah?’ Renee masih mencongak sendirian. Air matanya juga turut menitis. ‘Sabar Renee, sabar. Jangan cepat buruk sangka.’ Malam itu Renee tidur bertemankan air mata.
Pada hari Selasa berikutnya, Renee sengaja ke kolej. Dia tahu Shakir akan pulang pada hari itu. Cuma dia tidak pasti jam berapa mereka akan tiba. Renee menunggu di asramanya seorang diri. Hingga jam 8 malam masih belum kelihatan kelibat bas yang mereka naiki. Renee keluar untuk makan malam. Jam 9 malam dia memandu ke kawasan garaj bas. Dilihatnya bas sudah pun berada di situ. Renee segera mematikan enjin keretanya dan turun merapati garaj. Mungkin disebabkan pakaiannya yang bertona gelap menyebabkan tiada sesiapa pun yang menyedari kehadirannya di situ.
“Shark, engkau terus balik rumahkah malam ni?” terdengar suara Farid dari kejauhan tetapi jelas.
“Yup. Aku balik dengan Wawa. Engkau nak ikut sekali tak?” Renee terkedu mendengar nama perempuan itu di sebut. ‘Wawa? Adakah dia gadis yang sama yang bernama Salwa Saidin tu?’ Langkahnya terhenti. Dia hanya mampu berdiri tegak dan memerhati gelagat mereka dalam samar.
“Tak kot. Aku balik esok dengan Faqih and the gang.”
“Ok. Aku chow dulu, bro!”
“Alright!”
Dalam cahaya yang samar-samar itu, Renee melihat Shakir dan Salwa berjalan beriringan menuju ke sebuah Myvi S.E. bewarna gelap. ‘Kereta Salwa agaknya. Aku pernah nampak kereta itu.’ Shakir dan Salwa terus masuk dan tidak lama kemudian kereta meluncur laju meninggalkan kawasan itu. Pandangan Renee tidak berkelip mengekori pergerakkan kereta itu.
“Eh, Renee. Apa kau buat kat sini? Shakir baru sahaja balik.” Tegur Farid tiba-tiba. Dia terkejut melihat gadis itu berada di situ sedangkan itu waktu cuti semester.
“Ya. Aku nampak. Bye, Farid.” Barulah Farid tersedar akan hakikat situasi waktu itu.
“Renee, tunggu dulu. Renee!” tapi Renee sudah pun berlari menuju ke keretanya dan berlalu pergi. Farid segera mencapai telefonnya untuk memberitahu Shark. Malangnya, skrinnya gelap.
“Alah, masa ini jugalah dia nak habis bateri!” Farid melurut rambutnya. Buntu. ‘Public phone!’ Farid segera berlari masuk ke asrama. ‘Syiling! Aku tak ada syiling!’
“Woi, sesiapa ada syiling?” semuanya menggeleng-gelengkan tangan. ‘Kalau ada syiling pun, nombor Shark dalam phone. Alahai, nahaslah kau Shark. Sorry, bro.’ Farid berjalan lemah menuju ke biliknya. Tiada apa yang boleh dilakukannya lagi.
Renee memandu agak laju. Air matanya juga laju menuruni pipinya. Lebih kurang jam 10:30 malam dia sampai ke rumahnya. Mujurlah semasa dia sampai, tiada sesiapa pun yang berada di ruang tamu mahupun dapur. Mungkin semuanya sudah masuk ke bilik masing-masing. Renee terus menuju ke biliknya. Dia mandi, solat ‘Isyak dan terus naik ke atas katil.
Lebih kurang jam 11:00 malam, telefonnya berdering. Dia melihat nama pemanggil. ‘Shakir!’ Terus sahaja dia mematikan telefonnya dan terus tidur. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Otaknya seolah-olah beku.
Setelah selesai mandi dan solat Subuh, Renee terus turun ke dapur. Dia cuba memikirkan apakah yang perlu dibuat agar dia dapat mengelak daripada berjumpa dengan Shakir. Dia amat yakin Shakir akan datang ke rumahnya pagi itu. Tidak lama kemudian, Puan Maimon masuk ke dapur.
“Good morning. Jumpa dengan Shakir semalam?”
“Ehem.” Renee mengangguk kecil.
“Menangkah dia?”
“Tak tanya pun.” Renee menjawab lagi acuh tak acuh.
“La, itu pun tak ingat nak tanya? Pagi ni mama nak ke pasar sekejap…”
“Renee nak ikut!” laju sahaja dia menyampuk. Belum sempat Puan Maimon menghabiskan ayatnya.
“Oh, ok. Selalu tak pernahnya nak ikut. Elok juga kamu ke pasar tu. Dapat kenal-kenal dengan sayur, ikan, ayam tu. Tak adalah nanti bila suami suruh masak, tak kenal barang. Buat malu dekat mak mertua sahaja.” Renee membiarkan sahaja mamanya membebel. Malas dia hendak membalas atau melawan. Dia rela mendengar mamanya berleter daripada berjumpa dengan Shakir.
Jam 7:30 pagi, mereka keluar dua beranak menuju ke pasar borong. Sengaja ditinggalkan telefonnya di rumah. Dipasangkan mod sunyi pada telefonnya agar tiada sesiapa pun yang akan perasan telefon itu berdering. Hampir 3 jam juga dia membeli-belah dengan mamanya. Sampai sahaja di rumah, mereka bersama-sama menyiang ikan, ayam, udang, sotong dan ketam sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Kemudian, mereka bersama-sama menyediakan makanan tengahari.
“Mama, kita buat nasi daging hari ni, jom. Dapat cecah daging dengan air asam pun jadilah.” Renee membuat perancangan untuk juadah tengahari mereka.
Puan Maimon hanya menuruti sahaja kehendak anaknya itu. Betah juga Renee bekerja di dapur. Tersenyum senang Puan Maimon melihat anaknya bekerja di dapur hari itu. Tepat jam 12:30 tengahari, semuanya sudah siap terhidang. Nasi daging, air asam, jelatah timun dengan nanas dan paceri terung. Renee kemudiannya menelefon papa dan Along mengajak mereka balik makan tengahari di rumah. Gembira hati Renee apabila mereka berdua bersetuju.
Namun, tanpa pengetahuan Renee, Puan Maimon telah membuat perancangan yang lain. Dia telah menelefon Shakir mengajaknya turut datang makan di rumahnya. Dan pastinya pantas sahaja Shakir bersetuju.
Jam 1:15 tengahari, papa dan abangnya sampai ke rumah. Renee sudahpun siap menghidangkan makanan di atas meja.
“Wah, wanginya. Mimpi apa Renee masak ni? Dah tak sabar nak kahwin ker?” seloroh Along sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Renee membiarkan sahaja.
“Assalamualaikum pakcik.” Shakir memberi salam perlahan sahaja kerana kebetulan Encik Ridzuan masih berdiri di dahapan pintu rumahnya.f
“Waalaikummussalam. Ah, Shakir. Kamu pun ada. Mari masuk. Wah ada special occasion apa hari ini? Beria benar Renee bersusah-payah.” Hati Shakir berdegup kencang. ‘Kalaulah orang tua ini tahu apa yang terjadi semalam, pasti aku dihalau keluar.’
Shakir berjalan beriringan dengan Encik Rizuan masuk ke dapur. Puan Maimon dan abang Reza sudah pun siap sedia duduk di meja. Renee masih sibuk menuangkan air ke cawan.
“Renee, ini ha. Tetamu istimewa kamu dah sampai.” Ucap papanya. Renee benar-benar terkejut melihat lelaki itu di situ bersama-sama papanya. Hairan dia bagaimana Shakir boleh berada di situ.
“Ini tetamu istimewa saya, bukan Renee. Renee, hidangkan lagi satu pinggan untuk Shakir.” Renee yang masih terpaku di situ tiba-tiba terlepas gelas ditangannya ke lantai. Renee terus berlari dan naik ke biliknya.
“Renee, please. Renee! Let me explain!” Mahu saja Shakir mengejar gadis itu. Tetapi kakinya bagai terikat apabila mengenangkan ahli keluarga Renee yang lain.
“Kenapa awak jemput Shakir, dah tahu mereka ada problem?”
“Manalah saya tahu mereka tengah ada problem. Saya tengok Renee ok saja sepanjang pagi ini.”
“Jadi inilah ‘special occasion’nya.” Encik Rizuan membuat konklusi sendiri.
“Pakcik, makcik, boleh saya naik. Saya benar-benar ingin bercakap dengan Renee. Saya datang rumah pagi tadi tetapi tiada sesiapa di rumah. Sudah banyak kali saya called, tapi Renee langsung tidak menjawab.” Puan Maimon memandang suaminya. Biarlah suaminya yang membuat keputusan.
“Baiklah. Tapi pastikan pintu terbuka.” Putus Encik Rizuan.
“Terima kasih, pakcik, makcik.” Shakir terus berlari menaiki tangga.
“Bilik nombor 2 sebelah kanan!” Jerit Reza.
Shakir menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba mendengar sebarang bunyi dari dalam bilik tetapi sunyi. Shakir mengetuk pintu bilik itu perlahan.
“Renee, buka pintu ini. Please! We need to talk. Renee!” Renee langsung tidak membalas. Shakir cuba memulas tombol pintu, tidak berkunci.
“Renee, Shakir masuk ya!” masih juga sunyi. Shakir membuka pintu itu perlahan-lahan. Renee sedang duduk di kerusi sambil memandang ke luar tingkap besar. Tangannya merangkul kedua-dua belah lututnya rapat ke dada. Badannya terhinggut-hinggut menahan esakkan. Langsung tiada bunyi yang keluar dari mulutnya.
“Renee…” Shakir masuk dan berdiri di belakang Renee. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Tidak tahu bagaimana dan dari mana perlu dimulakannya. “Renee, apa yang Renee nampak itu bukanlah seperti yang Renee fikirkan. Shakir dan Wawa tiada apa-apa hubungan. Percayalah.” Renee masih berdiam diri. Dia memeluk lututnya kemas. Matanya kini dipejam rapat.
“Renee, please say something!” mahu saja dia merangkul gadis itu saat itu. Mudah benar Renee percayakan cakap-cakap orang. ‘Tapi kalau aku ditempatnya mungkin lebih teruk tindakan aku agaknya.’
“Renee…” Shakir memberanikan dirinya, mengeluarkan tangan dari poket dan di sentuh kedua-dua belah bahu gadis itu. Kemudian, Shakir menggenggamnya kemas. Renee akhirnya melepaskan esakkan yang ditahan. Dia tertunduk ke bawah meletakkan kepalanya ke lutut yang dipeluknya erat. Sayu hati Shakir mendengar suara tangisan Renee. Terlepas tangan Shakir daripada bahu Renee. Shakir berpaut pula pada penyandar kerusi.
“Renee… talk to me, please!” Shakir masih cuba memujuk. “She is no body. She’s just a friend. Renee, please believe me!” Renee mengambil telefonnya dan membuka message indox. Kemudian dia menunjukkan MMS yang dihantar oleh Salwa. Shakir mengambil masa agak lama meneliti MMS itu. Dia hairan bagaimana Salwa boleh mendapat nombor telefon Renee.
“Renee…” kali ini Shakir manarik kerusi yang diduduki Renee menghadapnya. Dan dia duduk melutut di hadapan Renee. “I don’t know how and I don’t know why she did all these to us.”
“I know… cause… she wants you…” akhirnya Renee bersuara walaupun tersekat-sekat. Dia masih lagi menundukkan kepalanya dilutut.
“But I want you. Please understand that, I want you!” Renee mengangkat matanya dan merenung wajah Shakir di hadapannya. Tetapi dia menutup matanya kembali. Dia pernah kalah sekali, dan dia tahu dia akan kalah lagi. Mudah benar dia cair dengan lelaki dihadapannya itu.
‘Huh…’ Shakir menghela nafasnya kuat. “Tell me what should I do to have you back, to earn your trust.”
“I think… I want… to take… a break…”
“No! Not that! Please! Not that! Other things but that.” Shakir menarik tangan Renee membuatkan kaki Renee terlepas dan melungsur ke bawah. Shakir menggenggam tangan Renee dan kini dia pula yang menundukkan kepalanya ke atas lutut Renee. Kini dia merasakan dadanya ketat. ‘Jangan di sini, Shakir. Bukan di sini!’ pesan Shakir kepada dirinya.
“Kita kahwin. I’m serius! Let’s get married, now!” wajahnya benar-benar menggambarkan perasaannya yang bersungguh-sungguh.
“No! Totally no!” Renee terkejut besar mendengar cadangan Shakir yang entah mana datangnya.
“You love me, right? I mean, you still in love with me, right?”
“I don’t know.” Jawab Renee ikhlas.
“Renee, please. Renee sengaja nak seksa Shakir ya?” Shakir sudah separa merintih meminta belas ihsan daripada Renee. Dia baru sahaja pulang dari 10 hari berjauhan daripada Renee. Sekarang, ini pula yang dipinta Renee. Jika difikir-fikirkan, usia perkenalan mereka baru sahaja beberapa bulan. Namun Shakir seumpama meyakini yang Renee dicipta untuknya. Dia sangat meyakini itu.
“Tell me about Salwa.” Esakkan Renee sudah reda. Mendengar permintaan Renee secara tiba-tiba itu, Shakir agak resah untuk bercerita. “Tak apa. Saya nak tahu pasal Salwa. What about her?”
“Well, she was my group partner masa semester 1 dalam Kuliah Maths.” Shakir mengangkat kepalanya memandang Renee tetapi tangannya masih kemas menggenggam tangan gadis kesayangannya itu. Mata Renee merah dan bengkak. Begitu juga hidung dan pipinya. Wajah itulah yang membuatkan Shakir terpaksa akur dengan permintaan Renee. “And she was also Farid’s schoolmate.” Wajah Renee sedikit pun tidak menunjukkan sebarang perasaan. “Then, we get closer after I joined volley. She always there everytime I had my training.” Renee masih tidak memberi sebarang reaksi. Shakir makin gelisah. “At first I thought she was there to watch Farid,” Shakir terhenti seketika sebelum menyambung, “until she started to give a lot of gifts.”
“Such as?” akhirnya Renee bersuara.
“Perfume, watch, shirts, t-shirts and all those common things.”
“And you took them?”
“No, I don’t. I asked Farid to return them but he didn’t. He took them.” Shakir cuba untuk memberikan penjelasan yang terbaik agar Renee tidak lagi akan salah faham dengannya.
“Ok.” Shakir sedikit kelegaan mendengar respon awal Renee. “Boleh tak Shakir bawa Renee berjumpa dengan Salwa bersama-sama dengan Farid?”
“Nak buat apa?” Shakir menjadi sangsi dengan cadangan Renee itu. Dia bimbang perkara ini akan menjadi lebih buruk.

“You said yourself, to earn my trust. Selepas perkara ini semua selesai, baru Renee boleh anggap antara kita juga selesai.”
“Betul?” Renee menganggukkan kepalanya. “Janji?” Renee mengangkat tangan bagaikan orang sedang berikrar.
“But, since Farid duduk jauh, dan Salwa, I don’t know where she is, I assume all this things can only be done after the semester break. Until then, I want to take a rest.” Renee mengucapkan kata-kata itu dengan nada yang benar-benar serius.
“Seriously?” Renee menganggukkan kepalanya. “From me?”
“Yup! From you.”
“Good Lord! Ya Allah! Mati Shakir macam ni.” Shakir tertunduk lesu. Tidak dia menyangka Renee benar-benar memaksudkan permintaannya itu tadi.
“No, you won’t.”
“Sebab tu Shakir cakap tadi. Kita kahwin sahaja, selesai semua masalah. Waktu tu, kalau Renee masih tak yakin lagi dengan Shakir, tak tahulah apa nak cakap.”
“Easy to say than done!”
“Do you still love me?” soal Shakir tegas. Dia memandang tepat ke mata Renee.
“That is still needed to be figured out!” Shakir pasrah mendengar jawapan Renee yang dirasakannya begitu bersahaja. Dia meletakkan kedua-dua belah tapak tangan Renee ke wajahnya. Kemudian dia menarik nafas dalam sekali dan terus bangun. Renee tiba-tiba terperasan yang mata Shakir juga sudah menjadi merah dek menahan tangisnya.
“If that is what you want, what else can I do, right? Can I call?” Renee menjongketkan bahunya. Shakir mengangguk kecil. Dia kemudian meletakkan tangan Renee ke atas kaki Renee perlahan-lahan. Sebelum dia beredar, dia sempat memberikan satu ciuman betul-betul di atas kepala Renee. Menitis lagi air mata gadis itu diperlakukan begitu.
“I am deeply… crazily… in love with you, Renee Ridzuan!” dan kemudian dia terus berjalan keluar dari bilik gadis itu. Renee dapat mendengar suara Shakir sayup-sayup berbual dengan mamanya. Dan akhirnya ngauman Ninja Shakir hilang dibawa angin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience