12

Romance Completed 7404

‘Ting… Tong…’ Bunyi loceng memecah keheningan petang Sabtu di rumah Puan Sakinah. Semua ahli rumah itu sedang khusuk menonton filem Hindi.
“Shika, tengokkan siapa yang datang.” Pinta Puan Sakinah. Anak gadis bongsunya itu bingkas bangun menjengok ke luar.
“Kak Renee lah, mak. Yea! Yea! Kak Renee datang!” Shika terus meluru ke bawah mendapatkan kereta tetamu yang datang. Setelah pagar terbuka, Encik Rizuan terus memandu masuk ke halaman rumah. Setelah Encik Rizuan dan Puan Maimon turun daripada kereta, dia terus menyalami mereka. Dia juga sudah tidak segan silu dengan orang tua Renee.
“Makcik, kak Renee tak datang sekalikah?” Tanya Shika kecewa melihat orang yang diharap-harapkan tidak ada.
“Tak adalah, Shika. Kak Renee ada di kolej. Mak ada di rumah?” balas Puan Maimon lembut.
“Yer ker? Ingatkan kak Renee datang sekali. Rindulah. Masuklah pakcik, makcik. Mak ada di dalam.”
“Kalau rindu, telefonlah.” Saran Puan Maimon pula. Dia menepuk-nepuk belakang Shika perlahan. Mereka terus melangkah masuk ke rumah.
“Assalamualaikum, Sakinah.” Sapa Encik Rizuan apabila melihat Puan Sakinah menjengah ke pintu.
“Waalaikummussalam. Jemput masuk. Datang berdua saja? Renee tak datang?”
“A’ah, berdua sahaja, Kinah. Renee tak balik.” Puan Sakinah mengiring tetamunya ke ruang tamu.
“Shaza, buat air teh. Gorengkan karipap dalam peti sejuk, ya.” Bisik Puan Sakinah kepada anak gadisnya setelah dia menyalami tetamu mereka.
“Baik, mak.” Jawab Shaza sambil terus berlalu ke dapur.
“Akak dengan abang sihat?” ujar Puan Sakinah membuka bicara.
“Alhamdulillah. Kami ni datang nak menjemput. Kenduri si Reza 13 Mei nanti.” Balas Encik Rizuan sambil menghulurkan kad jemputan. Puan Sakinah menyambut.
“Oh ya? Terima kasih. Buat di mana majlisnya?”
“Buat di rumah sahaja, Kinah. Majlis sederhana sahaja. Kami nak menjemput juga Sakinah sekeluarga mengikuti rombongan ke Melaka 6 Mei nanti. Sakinah free?”
“Ya ka? Boleh saja. Saya pun dah lama tak berjalan ke Melaka. Seronoklah Shika dapat berjalan.” Jawab Puan Sakinah ceria.
“Baguslah macam tu. Lega hati akak kamu sekeluarga dapat ikut sekali. Kita ke sana satu kereta sahajalah. Bolehlah Shakir bergilir-gilir memandu dengan Abang Wan masa balik nanti. Reza akan stay di sana lepas kenduri.” Tambah Puan Maimon pula.
“Oh, boleh saja. Rasanya mereka dah habis peperiksaan masa itu.”
“Kertas terakhir Renee 5 haribulan, katanya. Shakir habis bila?”
“Tak pasti pula saya. Nanti saya tanyakan. Jemput minum kak Mon, abang Wan. Ini sahaja yang ada petang-petang ni.” Jemput Puan Sakinah kepada tetamunya.
Mereka bersembang ramah hingga ke jam 6. Kemudian, Puan Maimon dan Encik Rizuan meminta diri untuk pulang.

Sesudah Maghrib malam itu juga, Puan Maimon menelefon anak lelakinya di kolej.
“Assalamualikum, mak.”
“Waalaikummussalam. Dah solat Maghrib?”
“Sudah mak.”
“Kamu kat mana ni?”
“Saya depan asrama Renee. Nak bawa dia pergi makan. Ada apa mak?”
“Oh, ya kah? Renee ada situ?”
“Belum lagi turun lagi. Kenapa mak?”
“Tak ada apalah. Saja mak teringin nak berbual dengan dia. Dah lama tak berbual dengan dia. Kamu habis exam bila?”
“3 haribulan.”
“Petang tadi ibu ayah Renee datang ke rumah. Mereka menjemput kita ke kenduri Reza 6 haribulan di Melaka. Kamu boleh ikut tak?”
“6 haribulan? Bukankah kenduri 13 haribulan?”
“13 tu di sini. 6 haribulan di rumah pengantin perempuan. Kamu boleh ikut ke tidak?”
“Saya ada pembentangan projek 10 haribulan. Bolehlah kot.” Pada waktu itu, Renee sudahpun datang mendapatkan Shakir. “Mak, ini hah. Menantu mak dah sampai. Mak nak bercakap dengan diakah?” Renee mencubit lengan Shakir mendengar usikan itu.
“Renee ada di situ? Bagi mak cakap dengan dia sekejap.”
“Ok.” Shakir menghulurkan telefonnya kepada Renee.
“Assalamualaikum, makcik… Alhamdulillah, makcik sihat?... Makcik dapat ikut sekali? Baguslah begitu. Lagi ramai, lagi meriah. Bawalah adik-adik sekali… Iyalah. Dia baik saja… Baik makcik. Ya, bye…” Hati Shakir kembang melihat buah hatinya menerima dan dapat diterima baik oleh ibunya. Jauh di sudut hatinya, dia mengucapkan syukur atas kejadian hampir setahun yang lepas. Benarlah kata pepatah, ada hikmah disebalik setiap kejadian. Renee menghulurkan telefon kepada Shakir. Senyuman masih bersisa di bibir Shakir.
“Ni kenapa pula yang tersengih-sengih seorang nih?” Shakir menyambut telefonnya dengan tangan kanan dan memaut tengkok Renee dengan tangan kirinya. Renee tahu keinginan Shakir untuk mencium kepalanya. Dia masih belum biasa dengan ciuman itu. “Kenapa pula ni?”
“Nothing. Just, I love you.” Renee membalas ucapan Shakir itu dengan senyuman paling manis.
“Kenapa tiba-tiba pula dah jadi syahdu ni?” Shakir sekali lagi kecewa apabila ucapannya tidak berbalas seperti yang diharapkan. Renee sedar akan keinginan Shakir itu namun dia ingin menunggu hingga ke hari bersejarah mereka. Kata-kata hikmat itulah yang akan dihadiahkan kepada suaminya pada malam pernikahan mereka nanti.
“Saya gembira awak boleh get along dengan family saya. Saya tak sabar nak tukarkan perkataan ‘makcik’ kepada ‘mak’.” Kata Shakir sambil menghulurkan topi keledar kepada Renee. Renee hanya melemparkan senyuman kepada Shakir.
Seperti yang dirancangkan, keluarga Puan Sakinah turut serta rombongan perkahwinan Reza di Melaka. Puan Sakinah, Shaza dan Shana menaiki Toyota Serena yang disewa oleh Reza sendiri bersama-sama Puan Maimon dan Encik Rizuan. Reza ke Melaka menaiki keretanya sendiri. Dia ditemani Shakir, Renee dan Shika. Selain mereka, terdapat lagi tiga buah kereta lain yang turut mengikuti rombongan pengantin itu.
Mereka bertolak sesudah solat Jumaat. Malam itu, mereka semua menginap di A’Famosa Resort. Esoknya, majlis berlangsung dengan begitu lancar. Walaupun kenduri diadakan secara sederhana, namun suasananya begitu meriah. Sungguh ramai tetamu yang hadir. Juadah yang disediakan habis semuanya.
Setelah selesai semua aturcara majlis, Encik Rizuan dan ahli rombongan yang lain meminta diri untuk pulang. Namun demikian, ahli keluarga yang lain masih mahu menetap di Melaka. Jadi, hanya kenderaan Encik Rizuan sahaja yang benar-benar pulang. Jam 5 petang, mereka berhenti sebentar di Masjid Negeri untuk solat Asar.
“Shakir, sekarang pakcik drive dulu. Nanti bila pakcik dah letih, kamu pula yang drive, boleh?”
“Boleh, pakcik.” Shakir mengangguk sambil masuk ke dalam kereta. Dia duduk di hadapan bersama papa Renee. Puan Sakinah dan Puan Maimon duduk di kerusi tengah manakala selebihnya di kerusi belakang. Encik Rizuan memandu agak laju memandangkan waktu yang sudah lewat.
Belum pun satu jam perjalanan, semua penumpang di belakang sudah pun melelapkan mata. Maklumlah semuanya keletihan meraikan hari bahagia anak sulung keluarga Encik Rizuan itu. Jalan raya agak lengang sahaja. Encik Rizuan memandu sambil berbual-bual kosong dengan Shakir di sebelahnya.
“Kamu berdua dah berbincangkah tentang majlis kamu?” Tanya Encik Rizuan kepada Shakir bersahaja. Namun soalan itu agak menyentak hati Shakir. Syakir tidak menyangka soal itu yang akan dibangkitkan oleh Encik Rizuan.
“Tak pernahlah bincang secara serius, pakcik.” Jawabnya jujur.
“Kamu berdua pun dah habis belajar. Pakcik rasa tak perlulah kita lewat-lewatkan. Kamu ada merancang untuk sambung belajar lagikah?”
“Kalau ada rezeki, mahu juga. Tapi setakat ini, saya belum lagi buat permohonan mana-mana.”
“Lepas ini, kamu nak bekerja di mana?”
“Saya nak tolong mak di kilang, pakcik. Kalau boleh, saya nak mak rehat pula. Biarlah saya pula yang bekerja.”
“Bagus juga begitu. Mulanya pakcik ingat nak tunangkan sahaja kamu 13 haribulan ini. Tapi tak ada pula pakcik bagitahu makcik kamu.” Shakir tersenyum sendirian. ‘Sama pula dengan planning aku.’ Fikirnya. “Kamu setujukah?” soal Encik Rizuan tiba-tiba.
“Hah… emm… saya rasa pakcik bincanglah dahulu dengan Renee. Saya tak kisah. Saya ikut sahaja keputusan pakcik, makcik dengan mak.”
“Baiklah macam itu. Hmm… dah hampir pukul 8 dah ni. Kita singgah solat dulu. Kemudian kita pergi makan malam.” Shakir hanya mengganggukkan kepalanya. Setelah berhenti rehat selama setengah jam, mereka meneruskan perjalanan pulang. Kini, Shakir pula yang memandu ditemani Encik Rizuan di sebelahnya. Mereka sampai ke rumah Encik Rizuan pada jam 11 malam.
“Sakinah, malam ni tidur sini sahaja ya. Dah lewat sangat sekarang. Bahaya nak drive balik.” Puan Sakinah hanya menurut sahaja cadangan itu. Dia juga sudah keletihan. Puan Maimon menyuruh Shakir tidur di bilik Reza, Puan Sakinah, Shana dan Shika di bilik tetamu manakala Shaza di bilik Renee. Malam itu, semuanya tidur begitu nyenyak kerana keletihan.
Keesokkan paginya, barulah Shakir sedar yang dia sebenarnya bermalam di bilik pengantin yang sedang dihias untuk majlis Reza Sabtu depan. Dia tersenyum sendirian. Setelah selesai mandi dan solat, dia terus keluar ke dapur. Jam di dinding sudah menghampiri 7.00 pagi.
“Ha, Shakir. Mari minum. Makanannya belum siap lagi.” Sapa Puan Maimon. “Renee, tuangkan air untuk Shakir.” Shakir hanya mengangguk dan menarik kerusi. Renee menghampirinya dengan sepasang cawan dan piring di tangan.
“Shakir nak teh ker kopi?” soalnya.
“Teh.” Jawabnya ringkas. Dia mengerling Puan Maimon dan Puan Sakinah yang sedang rancak berbual sambil menyiapkan sarapan. Melihat kedua wanita itu sedang asyik dengan ‘acara’ mereka, Shakir mengambil kesempatan untuk mencapai jemari Renee dan ditekupnya ke pipi. Jika di universiti, dia sentiasa akan mencium jemari itu setiap pagi. Sekarang dia sudah tidak mempunyai peluang sebegitu lagi. Bimbang perbuatan Shakir itu disedari ibu-ibu mereka, Renee segera manarik tangannya lembut.
“Janganlah, nanti mama nampak.”
“Shakir ajak kahwin Renee tak nak.” Renee menampar bahu Shakir mendengar usikkannya itu. Shakir segera menghabiskan minumannya lantas berkata, “Makcik, saya nak bawa Renee keluar sekejap boleh?”
“Kamu nak ke mana pagi-pagi buta macam ini Shakir?” balas ibunya sendiri.
“Alah, Kinah. Biarlah. Adalah ‘acara’ mereka tu. Balik cepat ya. Banyak nasi mama masak ni. Nanti tak habis pula.” Shakir bingung mendengar perkataan ‘mama’ yang digunakan oleh Puan Maimon tadi. Dilihatnya mata wanita itu benar-benar terarah kepadanya.
“Amboi, kak Mon. Sejak bila pula bermama-mama ni.”
“Eh, saya sebut mama ker? Ehm… biarlah… tak ke mana tu. Nanti ‘mama’ juga.” Mereka tergelak serentak. Shakir hanya mengangkat keningnya dan beredar dari situ. Renee sudah terlebih dahulu beredar untuk bersiap.
“Hah… Akhirnya, ada juga masa Shakir nak berdua-duaan dengan Renee.” Renee hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. “Hmm… dah dua malam saya tak jumpa Renee. Rindulah. Semalam pun, nama sahaja tidur sebumbung. Tapi tak ada good night kiss pun.”
“Gatalnya! Sejak bila pula biasa good night-good night kiss ni? Lepas ni macam mana pula? Takkanlah tiap-tiap malam Shakir nak datang rumah nak jumpa Renee?”
“Ini yang Shakir tengah fikirkan sekarang. Ada cadangan?” tanya Shakir sambil mengangkat keningnya.
“Manalah Renee tahu. Shakir yang sengaja cari masalah. Renee cool jer.”
“Ya lah. Orang ajak dia kahwin, tak nak. Don’t you miss me at all?” kali ini giliran Renee pula menarik tangan kiri Shakir ke dalam genggamannya.
“Don’t you have faith in me?” bicara Renee sambil mengusap lembut tangan Shakir di dalam genggamannya.
“Don’t you realize, Renee tak pernah cakap walau sekali pun. Manalah saya tahu.”
“Shakir, don’t say that.” Tangan Shakir masih lagi kemas dalam genggamannya. Shakir menggenggam jemari Renee.
“Semalam dalam kereta, papa ada tanya saya pasal perkahwinan kita.” Kata Shakir. Renee memandang wajah Shakir kehairanan. Tak sangka pula papanya akan membangkitkan hal perkahwinan mereka seawal ini. Wajah Shakir kelihatan bersahaja sambil memandu. ‘Takkan papa tak nak aku kerja dulu kot? Papa ni ada-ada saja.’
“Habis, apa Shakir jawab?” jawab Renee sambil memandang ke arah Shakir.
“Hmm… Shakir cakap, Shakir ikut sahaja apa pun keputusan Renee. Papa suruh kita bertunang hari Sabtu depan, tau. Sama macam cadangan Shakir dulu.”
“Terlalu awallah, Shakir.” bangkang Renee.
“I know where you stand and I don’t mind to wait. Tapi jangan seksa Shakir lama sangat, ya.” Ucap Shakir sambil memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai.
“Shakir nak beli apa?” tanya Renee bingung. Shakir tersenyum sambil menarik lembut kepala Renee lalu diciumnya.
“Surat khabar.” Renee tergelak kecil. Dia tahu Shakir hanya mencari helah untuk keluar.
Setelah selesai bersarapan pagi itu, Puan Sakinah sekeluarga pun beransur pulang ke rumah mereka. Esok, Shakir perlu kembali ke kolej untuk membuat persediaan pembentangannya.
“Kami balik dulu makcik, pakcik.” Kata Shakir sambil menyalami kedua orang tua Renee itu.
“Shakir ni. Panggil mama sajalah. Tak payah bermakcik-makcik.” Shakir hanya tersenyum sahaja. Renee sudah mengerut-ngerut kening. ‘Mama ni, lebih-lebih pula dia.’
“Good luck!” bisik Renee semasa menghantar Shakir ke kereta.
“Thanks, honey.” Bisik Shakir kembali. Dia ingin mencapai tangan Renee namun dihalang Renee. Ibu bapa Renee sedang memerhatikan mereka.
“Bila balik sini?”
“Sini?” dia faham maksud ‘sini’ yang dimaksudkan oleh Renee. Namun dia suka mengusik gadis itu.
“I meant this town. Not this house!”
“Hehe… I know. Hari Jumaat saya balik. Hari Sabtu kenduri Along, kan?” Renee menganggukkan kepalanya. “Okay, see you in a week.” Sambung Shakir lagi. Saat itu Renee sudah pun merasai kerinduan di hatinya. “Bye, dear. Assalamualaikum.” Ucap Shakir lagi. Kemudian dia mengangkat tangan kepada kedua orang tua Renee.
“Mak! abang ni kan, terlebih romantik lah, kan mak?” kata Shana mengusik abangnya.
“Baguslah macam tu. Tapi jangan pula lepas kahwin nanti, semua romantik tu hilang entah ke mana.” Shakir hanya tersenyum mendengar usikan keluarganya. Tiada yang perlu dijelaskan. Dah kalau itu hakikatnya, apa yang perlu diterangkan lagi. “Abah dulu pun seorang yang romantik juga. Dia tak pernah lupa birthday mak, anniversary kami, birthday kamu semua. Masa hari-hari istimewa tu, abah selalu masakkan untuk kita semua.”
“Betulkah, mak. Wah! Untungnya mak dapat suami macam abah, kan?” ujar Shika. Namun kata-kata Shika itu sedikit sebanyak mendatangkan rindu di hati Puan Sakinah kepada arwah suaminya. Pantas sahaja mulutnya membaca al-Fatihah dan al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada suaminya itu. Pantas juga keempat-empat anaknya turut sama membaca surah tersebut.
Selesai solat Asar petang itu, Shakir keluar mengambil angin di laman rumah. Dia duduk di bawah sepohon kemboja merah yang tumbuh merendang. Terdapat satu set meja cengal diletakkan di situ. Shakir berehat-rehat sambil membelek helaian akhbar di tangannya. Tidak lama kemudian, ibunya keluar sambil menatang dulang berisi dua cawan teh dan sepiring jemput-jemput jagung.
“Bila pembentangan abang itu?” tanya Puan Maimon kepada anaknya.
“Hari Rabu mak. Tapi rasanya abang balik esoklah. Banyak lagi persediaan yang perlu di buat. Selesai kemas semua barang, hari Jumaat abang balik rumah.” Terang Shakir. Surat khabar tadi sudah pun dilipat rapi dan diletakkan di sebelah. Dia kini sedang menikmati juadah petang yang dibawa ibunya.
“Renee ikut sekali?”
“Tak kot.” Jawab Shakir ringkas.
“Eloklah tu. Tak elok juga kalau kamu berdua asyik berkepit saja. Kamu berdua belum ada lagi apa-apa ikatan.” Shakir hanya mendengar sahaja omelan ibunya itu. Dia tidak perlu menjawab apa-apa. “Apa perancangan kamu selepas ni?”
“Perancangan apa?”
“Perancangan kamulah. Bila nak masuk kerja?” Puan Sakinah berhenti sekejap. “Bila nak kahwin?” sambungnya lagi. “Rasa-rasa mak, kamu berdua memang akan berkahwin, kan?” soal Puan Sakinah lagi.
Shakir menarik nafas dalam-dalam sebelum dia menjawab soalan-soalan maknya itu. “Ya, mak. Ada juga saya tanyakan Renee tapi dia tak mahu kahwin lagi. Katanya dia nak kerja, nak kumpul duit dulu sebelum berkahwin. Shakir ikut sahaja.”
“Macam itu pula?” soal Puan Sakinah kecewa. ‘Hmm… untuk pengetahuan mak, abang lagi kecewa.’ Bisik hatinya.
“Biarlah mak. Kamikan muda lagi. Baru 23 tahun. Biarlah Renee kerja dulu. Katanya, dia nak kerja setahun, lepas tu barulah kahwin.” Balas Shakir memujuk ibunya.
“Hmm… ikut suka kamulah. Mak bukannya apa. Bila kamu berdua dah sah, tak adalah mak susah hati sangat. Bila kamu keluar berdua sekarang ni, macam-macam benda tak elok boleh terjadi.” Shakir sekali lagi mendiamkan diri membiarkan sahaja ibunya. Memang benar apa yang dikatakan ibunya. Namun dia tidak akan sesekali memaksa Renee untuk mempercepatkan perkahwinan mereka walaupun kalau diikutkan hatinya, sekarang juga dia akan menyuruh ibunya pergi ke rumah Renee untuk merisik, meminang dan langsung bernikah. Shakir tersenyum tanpa dia sedari.
“Hah, kenapa tersenyum sumbing seorang diri ni?” soalan ibunya itu sedikit menyentak fikiran Shakir yang sudah jauh terbang melayang.
“Tak ada apa-apalah, mak.” Jawab Shakir berselindung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience