7

Romance Completed 7404

Servis tajam daripada Ezam dari gelanggang bertentangan ditahan perlahan dan kemas oleh Shakir. Farid menyambut bola itu dengan ‘setting’ yang cantik betul-betul di atas jaring. Shakir melompat tinggi dan menjunamkan bola itu keras ke gelanggang lawan. Hafiz menampan dengan tangan kanan menyebabkan bola terbang liar ke luar gelanggang. ‘Preet!’ Wisel ditiupkan. Markah bertambah untuk kumpulan Shakir.
“9-5.” Preet! Giliran Shakir membuat servis.
“Shark!” Farid menunjukkan isyarat rahsia yang hanya mereka berdua fahami. Shakir mangangguk faham dan melambung bola tinggi ke atas. Kemudian dia berlari, melompat dan menampar bola dengan keras. Bola itu laju mendatar ke arah pemain tengah pasukan lawan. Bola itu dalam posisi yang agak sukar di angkat dan akhirnya terkena lengan pemain tengah. Bola itu melantun cantik ke hadapan gelanggang pihak Shakir. Farid yang berada di centre court meluru ke hadapan lantas melompat tinggi. Farid membuat spike tajam menjunam ke lantai lawan. Tiada seorang pun ahli pihak lawan dapat mengangkat bola tersebut.
‘Preet!’ Markah bertambah lagi kepada pasukan Shakir. Shakir segera berlari ke belakang gelanggang. Di ambilnya bola dan dilantun ke lantai beberapa kali. Dia sudah bersedia untuk membuat servis. Dia melihat Farid dengan isyarat baru. Dia mengangguk faham.
“10-5.” Preet! Shakir menjeling sekilas kepada pasukan lawan. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang gadis sedang duduk di sebuah bangku batu berhampiran. Dia kenal gadis itu tetapi dia tidak menyangka yang dia akan bertemu dengannya hari itu. ‘Renee!’ Hati Shakir menjadi semakin teruja. Dia tidak lagi mampu memberikan tumpuan kepada permainannya. Dia benar-benar merindui gadis itu.
Shakir memukul bola dari bahagian bawah menyebabkan bola melambung tinggi ke udara. Kemudian bola menjunam laju betul-betul di hadapan jaring. Zakuan di gelanggang lawan menghidu peluangnya untuk mendapatkan mata. Dia yang berada di posisi hadapan sudah bersedia menunggu bola turun lebih rendah. Kemudian dia melompat tinggi dan menguis perlahan bola itu. Bola jatuh tidak sampai sekaki jaraknya dari jaring. Tindakan spontan itu langsung tidak dapat diangkat dan memberikan mata kepadanya.
‘Preet!’ Pasukan lawan bersorak gembira berlari-lari mengelilingi gelanggang mereka.
“Razak!” Shakir memanggil ampire sambil menunjukkan isyarat pertukaran. Farid hairan dengan tindakan Shakir. Jarang sekali dia mahu berhenti separuh jalan. Selalunya dia akan merungut jika diarahkan keluar. Tapi hari ini, dia pula meminta keluar.
“Woi, Shark!” Farid mengangkat kedua-dua tangan sambil menjongketkan bahu bertanyakan kenapa. Shakir hanya tersenyum dan berlalu. Farid menggeleng-gelengkan kepalanya. Shakir berlari mendapatkan botol airnya dan sehelai tuala kecil. Dia kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Renee yang sedang duduk bersendirian.
“Assalamualaikum. Bila balik?” Shakir tersenyum manis memberi salam. Kemudian dia melabuhkan punggungnya disebelah Renee.
“Waalaikummussalam. Pagi tadi.” jawab Renee ringkas. Mata Renee begitu asyik mengamati wajah Shakir yang basah kuyup dek peluh. ‘Sempurna sungguh lelaki ini.’ Fikirnya.
“Sorry, basah.” Shakir mengesat peluh di kepalanya. Renee hanya mengeleng-gelengkan kepala. Dia tersenyum sendirian. “Balik tak cakap. Boleh Shakir jemput. Siapa hantar?”
“Along.”
“Oh.” Shakir menganggukkan kepalanya. Kemudian dia meneguk sedikit air di botolnya.
“Kawan-kawan Shakir tak kisahkah Shakir keluar?” Renee mengamati permainan bola tampar dihadapannya. Timbul pula rasa rindu untuk bermain. Tetapi Renee segera membuang jauh perasaan itu.
“Entah. Tak kot.” Dia hanya tersengih memandang Renee. “Tapi Farid mesti confuse. Selalunya Shakir bising kalau dikeluarkan.”
“Farid?”
“Ya. My bestfriend. Yang pakai jersi nombor 9 tu. Dia budak Sains Komputer.” Renee hanya mengangguk kecil. Renee dapat mengenali wajah rakan-rakan Shakir yang sedang bermain itu. Mereka selalu juga berlatih serentak. Namun Renee tidak pernah mengambil tahu nama mereka.
“Tak malukah?” pertanyaan Renee itu membuatkan Shakir menoleh kepadanya. Direnungnya tepat ke mata Renee yang sedang memandang tepat ke wajahnya. Riak wajah Renee langsung tidak menunjukkan apa-apa respon. Akhinya, Shakir hanya sekadar menjongket bahu.
“Entahlah.” Shakir kurang faham dengan pertanyaan Renee. Tidak cukupkah dia berhenti dan keluar daripada permainannya dan datang duduk di situ? Bukti yang bagaimana lagi yang Renee inginkan? Mata Shakir kemudian di alih kepada teammate yang sedang asyik bermain. “Renee tak ada training?” Shakir menukar tajuk perbualan.
“Kan Renee dah cakap hari tu, Renee tarik diri.”
“Hmm, tak menyesalkah? Bukan senang tau nak dapat masuk aktiviti macam ini. Nanti dah habis belajar dah tak boleh nak main lagi.” Shakir cuba memujuk.
“Tak apa lah. Malaslah saya. Tahun depan sajalah. Kalau ada rezeki.” Renee menghela nafas lembut sambil merapatkan badannya ke penyandar bangku.
“Macam tu pula.” Renee hanya mengangkat bahunya sambil tersenyum. Dia agak kecewa dengan situasi tersebut. Memang minatnya terhadap permainan bola tampar ni sejak di bangku sekolah rendah lagi. Namun dia tahu dia akan lebih merana sekiranya dia terus berada dalam pasukan itu. “So, you’re not going to Skudai?” Renee menggeleng. “Teman Shakir ke sana, nak?” mintanya pula.
“Isy, tak nak lah. Apa pula kata Tuan Syed nanti. Dia suruh saya masuk, saya tarik diri. Lepas tu sibuk nak ikut pula.”
“Kalau macam tu, join lah sekali.” Shakir masih lagi mencuba.
“Shakir!” wajah Renee tiba-tiba bertukar keruh. Shakir kemudiannya sedar, enough is enough.
“Ok, ok. Malam ni dinner together?”
“Kat mana?” soal Renee berminat.
“Renee nak makan apa?”
“Nasilah.”
“Ok. Nanti Shakir bawa ke satu kedai ni. Sedap!”
“Woi, Shark! Kau nak main lagi tak? Ganti aku kejap!” Haris menjerit dari dalam gelanggang.
“Tak nak. Pass!” Shakir menjerit dari jauh.
“Apa mereka panggil Shakir? Shark?” pelik pula nama yang didengarnya. Ganjil.
“Yup. Kenapa?”
“Macam mana boleh dapat nama tu?”
“Senior yang bagi masa minggu orientasi dulu.”
“Oh ya? Tengok gigi. Ada macam gigi ikan jerung tu ker?” Renee seolah-olah menjenguk ke hadapan untuk mendapatkan sudut pandang yang lebih jelas.
“Jangan tengok gigi. Tengok jaw. Ada macam Brad Pitt tak?” Shakir mengusap-usap tulang rahangnya.
“Eleh, berangan!” Renee tergelak kecil.
“Oh, ya! Lupa pula. Renee kata muka saya macam Aaron Kwok kan.” Renee hanya menggeleng kecil sambil tersenyum. Malas dia nak melayan kerenah lelaki itu. Mereka terus duduk berbual di situ sampai jam 7 malam. Kemudian Shakir menghantar Renee pulang ke asrama.
“Shark. Jom pergi makan kat Ombak!” Farid tiba-tiba menguak pintu bilik Shakir. Tetapi Farid sendiri yang terkejut melihat Shakir sudahpun bersiap-siap untuk keluar. “Eh, engkau nak ke mana pula?” soalnya kehairanan.
“Aku nak pergi makan dengan Renee.”
“Renee? Budak yang engkau kena tangkap hari tu kan? Awek yang kau sembang petang tadi itu kah?” Shakir hanya mengangguk. “Hmm… tak pernah-pernah engkau keluar dengan perempuan. Dah sampai serukah?”
“Seru apa pula ni Farid? Engkau ni macam-macamlah. Tapi aku rasa aku memang sukakan dia.”
“Habis, si Salwa tu macam mana pula?”
“Salwa? Hisy! Engkau sajalah ambil dia. Tak nak aku. Tergedik-gedik.”
“Hmm… ya lah tu. Kesian minah tu. Dah macam-macam dia bagi engkau.”
“Aku tak ambil kan? Aku suruh engkau pulangkan, engkau tak nak. Engkau yang ambil semua barang tu, kan? Engkau sajalah layan dia. Bye. Aku dah lambat.” Shakir terus berlari keluar.
“Habis, aku nak pergi makan dengan siapa?” jerit Farid tetapi sudah tidak didengari oleh Shakir lagi. Laju benar larian Shakir tadi. Farid menggeleng-gelengkan kepala. “Macam inilah kawan! Aku pun nak kena cari awek jugalah nampaknya.” Bicara Farid sendirian.
8:15 malam baru Shakir sampai ke hadapan kolej Renee. Ngauman enjin Kawasaki Ninja yang ditunggang menarik minat ramai siswi di situ. Renee bangun mendapatkan Shakir dan menyambut topi keledar yang dihulurkan. Telatah mereka pastinya mengundang minat semua yang ada di situ. Maklumlah, jarang-jarang sekali pelajar universiti menunggang motor besar sebegitu. Tambahan pula si penunggangnya adalah lelaki pujaan ramai gadis di situ.
“Dah lama tunggu?” tegur Shakir.
“Adalah dalam tiga bulan.” Jawab Renee selamba. Shakir membulatkan matanya memandang Renee. Dia menangkap jemari Renee dan menggenggamnya. Renee segera menarik tangannya dan tersengih. “Ok, ok. Sorry. Pukul 8 Renee turun tadi. Shakir ni, gurau pun tak boleh. Kita nak ke mana ni?”
“Pergi makanlah. Ada nak ke mana-manakah?”
“Tak ada.” Renee memanjat naik di seat belakang. “Shakir tak ada motor yang flat seat kah? Susahlah motor ni.”
“Apa yang susahnya. Biasa saja.”
“Susahlah. Senget! Renee tak biasa.” Bukan kebiasaan Renee berpegang-pegang dengan lelaki selain papa dan Along. Tetapi untuk menaiki motor sebegitu tidak dapat tidak dia terpaksa berpaut pada badan Shakir. Fikirannya mula berfikir, sudah berapa ramai wanita yang pernah menumpang Shakir di atas motor itu?
“Biasa-biasakan. Selepas ini, pergi kuliah dan balik kuliah, Shakir akan hantar, ok?”
“Heh, tak nak lah. Macam susah saja nak naik motor ni.” Protes Renee.
Selesai membuat pesanan makan malam mereka, perasaan Renee membuak-buak untuk bertanyakan tentang soalah yang bersarang dimindanya sejak daripada tadi lagi. Dia begitu cemburu memikirkan hal itu.
“Shakir selalu datang sini?” dia tidak mahu terus gelojoh. Fikirannya laju memikirkan kaedah terbaik untuk mengorek rahsia lelaki dihadapannya itu.
“Tak adalah selalu. Tapi kalau mama datang dengan adik-adik ada juga datang sini.” Shakir menjawab dengan begitu bersahaja.
“Emm, selalu Shakir makan malam di mana?”
“Ombak saja. Kadang-kadang di Gerai 24. Tahu gerai tu?” Renee hanya menggangguk. “Renee selalu makan di situ?”
“Renee makan petang. Balik kuliah terus beli. Makan di bilik.”
“Bagus betul anak dara Encik Ridzuan ni ya.” Renee hanya tersengih menerima pujian. Sementara itu, seorang pelayan restoran datang dengan dulang berisi dua gelas minuman yang dipesan sebentar tadi. Renee masih lagi ligat berfikir soalan terbaik untuk dia bertanya agar tidak kelihatan benar perasaan cemburunya itu. Tanpa disedari, jari-jemarinya mengetuk meja berlahan-lahan. Shakir seolah-olah dapat meneka.
“Kenapa ni. Gelisah semacam jer. Ada yang tak kena ker?”
“Ah? Tak adalah. Cuma motor Shakir tu.”
“Kenapa dengan motor tu?”
“Aaa… seat dia tu. Hmm… intimate sangatlah. Memang kalau orang lain naik pun macam tu juga ker?” Renee sudah tidak ada cara lain untuk bertanya. Shakir tertawa besar. Benar-benar ketawa.
“Wait,” Shakir cuba mengaitkan soalan yang terakhir ini dengan soalan-soalan awal tadi. “Renee sebenarnya nak tahu samada Shakir pernah bawa perempuan lain atas motor tu, betul?” masih bersisa tawanya tadi. “Cemburu ker?”
Muka Renee menjadi panas menahan malu. Dia tidak mampu memandang lelaki di sebelahnya.
“Not jealous, I just wonder macam mana orang lain naik motor tu tanpa perlu jadi terlalu intimate macam tu.” Renee merujuk kepada beberapa keadaan di mana dia terpaksa memegang badan Shakir sebagai sokongan sepanjang perjalanannya tadi. Shakir masih tersenyum.
‘Dah cemburu tu, mengaku sajalah!’ fikir Shakir.
“I don’t know about others. Tapi setakat 4 orang perempuan yang pernah naik motor tu dengan saya, macam itulah caranya.”
“4 orang?” Renee yang terkejut mendengar jawapan jujur Shakir pantas memandang ke arah Shakir.
“Ya, 4 orang. Renee… dan 3 orang adik-adik saya.” Makin lebar senyuman Shakir. Renee tahu Shakir telah mengusiknya.
“Shakir ni! Main-main pulak. Buat drama P. Ramli pula di sini ya?” Renee tidak pasti samada dia boleh mempercayai kata-kata lelaki itu tadi.
“Renee, u took my motor’s virginity!” Shakir berbisik perlahan ke telinga Renee.
“Shakir!” Renee terjerit kecil sambil menampar kuat bahu Shakir. “So awful!”
“Betullah. You are the first. So, jangan cemburu-cemburu yer.” Jawab Shakir seikhlasnya.
“Teruklah Shakir ni.”




Kini Renee sudah boleh menarik nafas lega. Bermula malam itu, semuanya berjalan seperti yang Renee impikan. Shakir memang seorang lelaki gentleman. Tidak pernah memaksa dan sentiasa mengambil berat akan dirinya. Aktiviti harian mereka juga tidak banyak berubah. Shakir masih ada masa untuk rakan-rakannya. Ketika Shakir tidak bersamanya, Renee hanya memerap di bilik atau di perpustakaan untuk menelaah. Renee juga mudah mesra dengan rakan-rakan Shakir terutamanya Farid. Malah, Farid juga boleh dianggap sebagai rakannya. Ada beberapa kertas subjek minor yang mereka ambil bersama. Kadang-kala, Renee akan ke dewan peperiksaan bersama-sama Farid.
“Renee, when is your last paper?” Shakir bertanya semasa mereka sedang lunch di kafeteria. Jika dahulu Shakir akan membawa Renee makan di luar kolej. Tetapi sekarang dia sudah biasa dengan keadaan mereka. Malahan pelajar-pelajar lain juga sedia maklum akan hubungan mereka.
“Next Tuesday. Yours?”
“Tomorrow. Shakir ingat nak balik rumah sekejap. Ahad depan kami dah nak berangkat ke Skudai. Betul Renee tak nak ikut ke Skudai?”
“Tak nak lah. 10 hari sahaja kan Shakir di sana?”
“Tapi 10 hari tu lama juga, tahu. Oh, ya. Jumaat depan mama buat kenduri arwah. Renee datang ya. Ajak mama, papa dan Along sekali.”
“InsyaAllah. Bila Shakir nak balik rumah?”
“Hmm… tunggu Renee habis exam dululah.”
“Lambat lagi lah. Shakir baliklah dulu. Hari Selasa, Shakir datang jemput. Lagipun takkan kita nak balik dengan Ninja Shakir tu? Beg nak letak mana?”
“Betul juga, kan? Jom balik jumpa mama, nak?”
“Hish, mulalah nak merepek tu.” Shakir hanya tersengih menayang giginya yang tersusun kemas.
“Kalau macam itu hari Ahad Shakir balik, hari Selasa Shakir datang jemput Renee. Boleh?”
“Ok. Legalah Along tak payah datang. Hari Selasakan Along kerja.”
“Shark, kita ada meeting dengan Tuan Syed pukul 5. Engkau nak pergi ke tidak?” Farid yang datang entah dari mana pantas sahaja menarik kerusi berhadapan Shakir dah duduk di situ.
“Mestilah. Mengamuk Tuan Syed kalau aku tak datang.”
“Tahu tak apa. Eh, aku laparlah. Lama lagi tak korang kat sini? Temankan aku makan, boleh?”
“Boleh saja. Renee ada nak ke mana-mana?” Farid segera bangun membeli makanannya.
“Renee ada paper pukul 2. Nak balik solat sekejap. Tak apalah. Sekarang ni pun belum pukul 1.”
“Ok, nanti Shakir hantar.”
Lebih kurang 1:15 tengahari, mereka beransur dari kafeteria. Shakir menghantar Renee pulang ke asramanya. Selesai mandi dan solat, Renee bersiap semula untuk ke dewan peperiksaan. Apabila dia turun, Shakir sudah sedia menunggunya di situ.
“Exam Renee habis pukul 5. Shakir ada meeting, kan?” Shakir hanya mengangguk. “Renee balik sendirilah. Shakir terus pergi meeting. Malam nanti kita dinner sama.”
“Ok. Pukul 8 Shakir tunggu kat sini, ya?”
“Alright.”

“Semua dah ada di sini?” Tuan Syed memulakan mesyuarat mereka petang itu. “Ok. Dengar sini baik-baik. Kita akan bertolak pada hari Ahad, 15 haribulan jam 8 pagi. Saya mahu kamu semua berada di garaj bas selewat-lewatnya jam 7:45 pagi. Syakir, kamu sebagai team captain, tolong tanda kehadiran semua ahli. Kita akan naik bas sekali dengan volleyball team perempuan, netball team and badminton team. Shakir, saya mahu kamu bekerjasama dengan team captain yang lain. Pastikan semua ahli lengkap sebelum dan semasa perjalanan kita nanti. Ada sesiapa di sini yang akan ke Skudai sendiri?” tiada yang memberi respon.
“Bagus. Ini bermakna team kita cukup 12 orang. Shakir, selepas ini edarkan jersi dan shorts kita yang baru. Ada dalam kereta saya di sana. Di sana juga ada 6 biji bola baru. Tolong ambil, pam, labelkan nama universiti dan nomborkan juga. Kita akan bawa bola baru itu ke sana. Selain jersi, kamu juga akan diberikan sepasang track suit. Ada sebarang soalan?” masih tiada respon yang diberikan.
“Saya mahu kamu semua ingat, jersi kamu, shorts kamu, track top kamu, track bottom kamu, malah bola kamu semuanya membawa nama universiti kita. Saya harap kamu boleh menjaga maruah kamu, maruah keluarga kamu dan yang paling penting sekali maruah universiti. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kamu melakukan apa-apa perkara yang tidak sepatutnya. Faham?” Tuan Syed memandang tajam kepada Shakir. Dia hanya tertunduk.
“Baiklah, kalau tak ada apa-apa lagi, kamu semua tunggu di sini. Shakir, Farid dan Zakuan ikut saya ke kereta.” Mereka mengangkat semua barang-barang yang disebut oleh Tuan Syed tadi. Sedang elok Shakir mahu bergerak semula kepada kumpulannya, Tuan Syed memanggil.
“Shakir!
“Ya, Tuan Syed.”
“Kamu tahukan Renee tidak akan menyertai kita?”
“Ya, Tuan Syed. Saya tahu.”

“Boleh saya tahu kenapa?”
“Saya kurang pasti, Tuan Syed.”
“Kamu tidak perlu segan dengan saya. Saya tahu kamu rapat dengannya. Mesti kamu tahu kenapa Renee tarik diri.”
“Dia ada cakap yang dia tidak dapat bermain dengan baik bersama-sama teammate. Itu sahaja.”
“Jadi benarlah seperti yang saya sangkakan. Rugilah pasukan kita jika dia benar-benar tarik diri. Dia seorang pemain yang baik. Bolehkah kamu memujuknya untuk menyertai pasukan kita semula? Sebenarnya saya belum lagi memotong namanya daripada list kita.”
“Baiklah, saya cuba. Tapi saya tidak boleh menjanjikan apa-apa, Tuan Syed.”
“Ok. Terima kasih.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience