5

Romance Completed 7404

Kini sudah sebulan masa berlalu. Namun keadaan di universiti semakin teruk buat Renee. Renee agak tertekan dengan penerimaan rakan-rakan kuliahnya termasuk teman biliknya. Hani tidak habis-habis menyindirnya. Renee agak hairan dengan sikap Hani yang langsung tiada belas kasihan. Macamlah mereka baru sehari-dua berkenalan. Pernah juga Renee bertanyakan penjelasan kepada tingkah laku Hani terhadapnya, tetapi jawapan yang diberikan makin mengusutkan keadaan.
“Hani, kenapa engkau marah sangat dengan aku?”
“Mana ada aku marah? Buat apa aku nak marah kat kau? Buang masa aku saja.”
“Habis, yang kau asyik menyindir aku, kenapa?”
“Eh, engkau terasakah? Hmm… siapa makan cili dialah yang terasa pedas.”
“Aku tak fahamlah, Hani.”
“Sudahlah, Renee. Engkau memang. Depan orang berlakon baik konon. Tapi belakang bukan main jalang lagi engkau ya!”
“Pasal kes aku dengan Shakir itukah? Engkau pun tahukan yang kami tidak bersalah. Kalau tidak dah lama kami kena buang kolej.”
“Itu engkau yang kata. Memanglah tiada tindakan di ambil. Itu hanya sebab mereka tidak dapat buktikan apa yang engkau berdua buat kat dalam tu, kan? Kalau tidak, tak tahulah.”
“Hani, aku cakap benarlah. Takkan aku nak buat semua itu.”
“Sudahlah, Renee. Kami dah kenal siapa engkau sekarang. Tak guna nak tegakkan benang yang basah.”
“Hani, engkau dah salah faham.”
“Sudahlah, malas aku nak layan.” Dengan kata-kata itu, Hani mengangkat bantal dan selimutnya dan terus keluar dari bilik. Entah di mana dia nak bermalam. Renee pun dah malas nak ambil pusing. Sejak daripada hari itu, mereka hanya akan bercakap perkara yang penting sahaja. Kadang-kala mereka langsung tidak bertegur sapa berhari-hari.
Akhirnya, Renee mengambil keputusan untuk menjarakkan diri daripada Hani. Dia seboleh-bolehnya akan cuba untuk keluar awal dan pulang lewat. Aktivitinya hanya akan bermula setelah Hani tidur. Dia akan memasang lampu bacaannya agar tidur Hani tidak diganggu. Renee membiarkan sahaja layanan Hani terhadapnya begitu.
Di gelanggang bola tampar, lain pula ceritanya. Dia dibuli dengan pelbagai cara. Dia disuruh menyediakan minuman hampir setiap hari. Dia dijadikan sasaran setiap rejaman. Dia selalu diarah membuat pertukaran dan keluar gelanggang. Itu belum lagi termasuk kata-kata kesat yang keluar daripada mulut teammate yang lain.
“Engkau ingat engkau tu lawa sangatkah? Jangan potong jalan orang boleh tak?”
“Engkau ni betul-betul sekamlah. Kat luar macam baik. Tapi rupanya bakar dari dalam!”
“Engkau jangan fikir engkau layak. Cermin dulu muka tu!”
“Dah tak dapat cara elok, taktik kotor engkau pakai. Perempuan tak tahu malu!”
“Dah tak laku, buatlah cara tak laku!”
Dia tak mampu menangkis semua itu. Dia seorang mahu bertekak dengan 11 orang. Memang tiada harapan.
Dan di saat dia benar-benar memerlukan sokongan, Shakir juga seolah-olah hilang entah ke mana. Jarang-jarang sekali dia terserempak dengan Shakir. Semasa kuliah, Shakir selalunya akan masuk setelah pensyarah masuk. Tempat duduknya pastilah bersebelahan pintu keluar. Di saat selesainya kuliah, Shakir pantas meluru keluar. Renee agak keliru. Sepanjang tempoh seminggu di rumah dahulu, Shakir begitu mesra dengannya. Tapi sekarang, Shakir seolah-olah tidak mengenalinya langsung. Mesej-mesejnya tidak pernah dibalas. Malah panggilan telefonnya juga tidak pernah berjawab.
Ada suatu petang Renee ternampak Shakir di kafeteria. Jadi dia pun berjalan dengan pantas ke sana untuk menegur Shakir. Malangnya, setelah Shakir tersedar tentang itu, Shakir bingkas bangun dan beredar dari situ. Sedih benar hati Renee di saat itu. Waktu latihan bola tampar juga telah ditukar. Tuan Syed tidak mahu siswa dan siswi berlatih pada hari yang sama. Dia juga telah meminta pihak pentadbiran mencari seorang jurulatih wanita untuk pasukan siswi. Segala-galanya berpunca daripada kejadian tersebut.
Sekarang, Renee benar-benar keseorangan di universiti. Dia ke kuliah sendirian, ke perpustakaan sendirian malah ke kafeteria juga sendirian. Hidupnya kini seratus peratus tertumpu kepada pelajarannya. Latihan bola tampar ditinggalkan terus. Dia tidak mahu lagi dirinya dijadikan sasaran tujahan bola dan juga panahan sindiran rakan-rakan yang lain. Jika dia tidak mempunyai sebarang aktiviti hujung minggu, pastinya dia akan pulang ke rumah.
Puan Maimon pada mulanya hairan dengan sikap anak gadisnya yang semakin kerap pulang ke rumah. Jika dahulu, paling kerap Renee pulang adalah sekali dalam tempoh sebulan. Tapi sekarang hampir setiap minggu dia pulang. Jenuh Puan Maimon bertanya puncanya, namun jawapan Renee bersahaja, “Saja. Rindukan mama.” Tapi dia tahu Renee cuba menyembunyikan sesuatu. Puan Maimon enggan memaksa.
Dua bulan telah berlalu. Minggu hadapan adalah minggu peperiksaan. Tetapi kertas Renee yang pertama hanya akan bermula lagi 15 hari. Pada waktu begini, semua kuliah dihentikan. Renee mengambil keputusan untuk pulang menelaah di rumah sahaja. Itu memang di luar kebiasaannya. Ini adalah semester yang keempat. Sebelum-sebelum ini, Renee tidak akan pulang ke rumah. Susah untuk belajar katanya. Ini benar-benar merisaukan Puan Maimon.
“Renee, kamu ok kah?”
“Ok saja. Kenapa mama?”
“Renee, kamu jarang-jarang pulang ke rumah sebelum. Tambahan pula study week. Renee tak pernah balik masa study week. Renee ada masalah di kolejkah?”
“Tak adalah mama. Renee ok. Lagipun semua nota Renee dah lengkap. Tak perlu ke library. Renee boleh study sendiri. Mama ni, risau sangatlah.”
“Macam mana pula dengan Shakir?” Renee agak terkejut mendengar soalan itu. Dia tidak tahu apa yang dijawab.
“Dia biasa sahaja.” Renee menjawab tanpa memandang mamanya. Hakikatnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan Shakir di saat ini.
“Ok. Mama tak nak pressure kamu. Mama harap kamu tak sembunyikan apa-apa daripada mama.” Puan Maimon merangkul bahu anak gadis kesayangannya.
“Mama, Renee ok. Kalau ada apa-apa, Renee akan beritahu mama. Renee promise!” ucapannya itu hanyalah untuk menyedapkan hati mamanya. Dia tidak mahu mamanya susah hati.
Renee kembali mengadap bukunya. Namun fikirannya jauh merewang. Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada nota-nota di hadapannya. Akhirnya, Renee mengambil keputusan untuk melelapkan matanya sebentar. Dia pun bangun dari kerusinya dan menghempaskan badan ke katil. Dia sempat mengerling jam dinding sebelum dia menutup matanya. ‘4:30. Pukul 5 bangun.’
Namun Renee dikejutkan dengan ketukan pintu.
“Renee, Shakir datang. Turunlah.” Suara mamanya bergema dalam minda. Renee yang baru tersedar daripada tidur mengambil masa agak lama untuk memproses maklumat itu. ‘Hmm, aku mimpi agaknya. Shakir, oh Shakir!’ Jam menunjukkan 5:30 petang. Renee mencapai tuala dan lantas ke bilik air. Selesai solat ‘Asar, barulah dia melangkah keluar dari biliknya.
“Hmm, setengah jam baru siap bersolek? Dah jemu Shakir tunggu kamu kat bawah ni.” Suara mama menyapa sewaktu Renee baru separuh jalan di tangga. Hampir-hampir Renee terjatuh. Mujurlah tangannya pantas menggenggam selusur tangga. Dia tergamam seketika melihat Shakir.
‘Kenapa dia datang? Kenapa dia datang?!’ jerit hati kecil Renee. Mahu sahaja dia berlari kembali ke biliknya. ‘Tapi nanti, apa pula kata mama?’
“Renee, turunlah cepat. Yang kamu tercegat saja di situ kenapa? Macam baru first time jumpa. Mama nak ke luar angkat kain. Shakir minumlah air tu, ya.”
Renee menggagahkan kakinya melangkah turun. Dia tidak faham kenapa Shakir perlu datang ke rumahnya lagi. Lemah-longlai sahaja langkahnya. Shakir bangun sambil merenung Renee. Dia menggosok kedua-dua belah tapak tangannya yang dipenuhi peluh dingin. Wajahnya jelas menunjukkan perasaannya yang serba tidak kena. Renee duduk menghadap Shakir namun matanya terarah ke skrin televisyen. Dia tidak dapat memandang Shakir. Dia bimbang dia akan menangis di situ. Dia juga takut yang dia akan lupa diri dan menjerit-jerit kepada lelaki itu nanti. Renee sedaya-upaya cuba menahan rasa marah, sedih, kecewa dan macam-macam lagi yang bercampur-baur dalam dirinya. Sementara Renee duduk sambil menyimpuhkan kakinya di atas sofa, Shakir masih tegak berdiri.
“Duduklah.” Pelawa Renee acuh tak acuh.
“Ya, terima kasih.” Shakir kembali duduk tanpa sedikit keselesaan pun. “Renee sihat?”
“Alhamdulillah.” Jawab Renee selamba. Dia cuba menyelindung gugup di hatinya.
“Dah lama balik rumah?”
“Baru semalam.”
Shakir menarik nafas. Dia buntu. Tidak tahu apa lagi yang perlu ditanya. Akhirnya dia juga turut mendiamkan diri. Dia merenung gadis di hadapannya. Dia sendiri tidak tahu tujuan dia ke rumah itu. Rindu? Mungkin.
“Ada apa Shakir datang?” Renee pusing memandang Shakir. Apabila mata mereka bertembung, Renee mengalihkan pandangannya kembali ke kaca televisyen. Hatinya tidak kuat.
Shakir menghela nafas. “Entahlah, Shakir pun tak pasti kenapa Shakir datang. Rasanya Renee pun kurang selesa Shakir di sini. Rasanya eloklah Shakir balik dulu.” Shakir bingkas bangun. Renee terperanjat dengan tindakan Shakir. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia hanya bangun dan mengikut Shakir ke muka pintu.
“Sampaikan salam saya kepada papa dan Along.” Shakir terus berjalan ke motornya. Renee hanya terpaku di muka pintu. Hatinya menjerit meminta Shakir agar tidak pulang dulu, tetapi mulutnya terkunci rapat. Hanya matanya sahaja yang dipenuhi genangan air.
“Shakir, kamu dah nak balik?” tegur Puan Maimon.
“Ya, makcik. Saya balik dulu. Kirim salam dengan pak cik dan Along ya.”
“InsyaAllah. Kamu kirim salam kepada ibu kamu ya. Datanglah lagi.” Kata Puan Maimon mesra.
Sebelum Shakir menunggang pergi, dia sempat menoleh kepada Renee. Renee terus menutup pintu rumah. Fikirannya bercelaru. Tidak lama kemudian, enjin motor Shakir mengaum dan semakin lama semakin jauh. Renee tidak tahu apa yang perlu difikirkannya. Dia tidak faham dengan sikap Shakir. Perubahannya terlalu mendadak. Dia keliru. Dia buntu. Renee terus naik ke biliknya. Dia mundar-mandir di dalam biliknya.
‘Tak! Tak! Aku tak boleh fikirkan benda ni. Biarkan. Exam lebih penting. Lupakan Shakir. Lupakan!’ Renee bertimbang-tara sendirian. ‘Baik aku pergi tengok movie.’ Renee terus menukar pakaian, menyarung tudung dan turun ke bawah. Dia mengambil kunci kereta dan terus mendapatkan mamanya di luar rumah.
“Mama, Renee nak pergi tengok movie. Mungkin tayangan pukul 7:00. So, Renee balik lambat sikit. Boleh ya?” Puan Maimon agak hairan. Jarang sekali anaknya itu mahu keluar rumah selewat ini. Selalunya, dia akan pastikan dia sampai ke rumah sebelum 8 malam. Namun apabila dilihat riak wajah anaknya petang itu, dia tidak dapat berkata ‘tidak’. Dia tahu anaknya tertekan. Yang tidak diketahuinya hanyalah punca tekanan itu.
“Ok, tapi janji dengan mama, Renee jaga diri baik-baik ya.” Renee hanya menganggukkan kepala. Laju sahaja dia memandu keluar.
Hati Puan Maimon tidak tenteram. Dia pantas masuk ke rumah. Dicapainya gagang telefon lantas nombor telefon Shakir didail.
“Hello, Shakir. Assalamualaikum.” Dia terlebih dahulu menyapa apabila mendengar panggilannya dijawab.
“Waalaikummussalam. Ya, makcik.”
“Kamu di mana sekarang?” suara Puan Maimon jelas menggambarkan kerisauan.
“Saya di stesen minyak. Ada apa makcik?”
“Shakir, makcik tidak tahu apa masalah kamu berdua. Tapi makcik harap kamu dapat tolong makcik. Renee baru sahaja keluar rumah. Katanya mahu tengok movie tapi dia tak pernah keluar malam. Boleh kamu tolong tengokkan dia?” suara Puan Maimon penuh harapan.
“Baik, makcik. Saya ke sana sekarang.”
“Terima kasih, Shakir. Pujuklah dia Shakir. Makcik risau tengok dia. Perangai dia dah banyak berubah sekarang. Exam dah dekat. Makcik risau, Shakir.”
“Baiklah, makcik. Saya cuba.” Shakir mematikan talian. Namun dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat sebenarnya. ‘Ah! Cari dia dulu. Dah jumpa nanti baru fikir apa nak buat.’ Fikirnya.
Setibanya Renee di pusat membeli-belah itu, dia terus menuju ke pawagam. Dia tidak mahu kehabisan tiket. Tidak kisahlah cerita apa pun yang ditayang. Dia hanya mahu bersendirian. Itu sahaja. Renee terus menuju ke kaunter beratur.
“Saya nak satu tiket…”
“Dua! Berikan kami 2 tiket.” Renee terkejut dengan sampukan suara dari belakang. Tapi dia kenal benar dengan suara itu. Dia terus beralih dari kaunter dan membiarkan Shakir yang membelikan tiket untuk mereka.
“Mana awak tahu saya di sini?”
“Instinct!” jawab Shakir ringkas. Dia cuba untuk berselindung.
“Tipulah. Mama called ya?” Shakir tidak menjawab. Renee tahu itu benar.
“Jom makan?” ajak Shakir.
“Tak lapar.”
“Minum? Please!”
“Ok.”
Mereka menuju ke KFC. Renee terus duduk di salah satu meja. Shakir ke kaunter membelikan minuman untuk mereka. 10 minit kemudian, Shakir datang bersama-sama dulang berisi dua cawan Pepsi dan sepaket kentang goreng. Renee mencapai air yang dihulurkan Shakir. Dia menghirup sedikit dan meletakkan kembali cawan kertas itu ke atas meja. Mulut Renee masih terkunci rapat.
“Renee marahkan Shakir?”
“Kenapa?” Renee langsung tidak memandang Shakir.
“Renee, please. Look at me. Renee…” Shakir cuba mencapai tangan Renee namun dia berhenti separuh jalan.
“Can we get out of here? Cramp!” Shakir mengalah. Dia hanya bangun menuruti Renee yang lebih pantas bangun dan beredar. Renee berjalan tanpa arah. Dia mengangkat tangan untuk melihat jam. Masih ada setengah jam sebelum tayangan bermula.
“Lagi setengah jam sahaja lagi. Shakir tak nak solatkah?”
“Renee?”
“Cuti.”
“Will you wait for me?” risau juga Shakir andainya apabila dia keluar nanti Renee terus hilang.
“You’ll see.”
“Renee… please?”
“Renee ada di The Vinci.” Shakir tiada pilihan. Dia terpaksa terima bulat-bulat janji Renee. Dia hanya mampu berharap Renee akan menunggunya. Shakir segera beredar ke surau. Cuba membuang jauh-jauh perasaannya ketika itu. Dia ingin mengadap Ilahi dengan khusyuk.
Selesai solat, Shakir terus ke Vinci mencari Renee. Lega hatinya apabila terlihat kelibat gadis itu masih ada di sana. Dia berhenti seketika dan merenung Renee dari kejauhan. Asyik benar Renee membelek sepasang kasut berwarna hijau. Hakikatnya, itulah aktiviti Shakir sepanjang tempoh dua bulan ini. Merenung dan memerhatikan Renee. Namun hanya dari kejauhan. Dan apabila dia dapat tahu Renee pulang ke rumah untuk study week, dia tidak menunggu lama dan terus ke rumah gadis itu.
Tanpa Renee sedar, Shakir menghampirinya perlahan-lahan.
“Cantik kasut tu. Kenapa tak beli?” Renee hampir menjerit mendengar teguran Shakir itu.
“Hish! Terkejut orang! Tak naklah. Jom. Ada lagi 10 minit.”
“Thank you.” Shakir berbisik ke telinga Renee. Makin laju jantungnya bila nafas Shakir dihela ke cupingnya. Helaian nipis shawl yang dipakainya tidak cukup tebal untuk menghalang deruan nafas Shakir ketika itu.
“For?”
“Waiting.” Renee hanya mengangguk.
“That’s all I’ve been doing all this time.” Bisik Renee sendirian sambil mengalihkan mukanya ke arah lain.
“What?”
“What?” Renee cemas apabila gumamannya sampai ke telinga Shakir.
“Did you… say something?” Uji Shakir.
“No, I don’t.” Renee berbohong.
“Ok.”
“Ok. Boleh kita pergi sekarang?” Tanya Renee mengajak Shakir segera ke pawagam. Shakir mengangguk sambil memulakan langkah. Dia tersenyum sendirian. Kata-kata Renee tadi jelas sebenarnya ditelinga Shakir.
Di dalam pawagam, sudah banyak kerusi yang berpenghuni. Tayangan iklan bersilih ganti di skrin besar. Shakir dan Renee mengambil tempat duduk mereka yang terletak di tengah-tengah bilik tersebut.
“I miss you.” Shakir memberanikan diri mengucapkan kata-kata itu ke telinga Renee. Renee terkejut. Dia terus berpaling dan merenung wajah Shakir tajam.
“Oh, really? Really?” Renee tidak dapat menahan dirinya. Dia bingkas bangun dan beredar. Dia tidak dapat menerima ucapan Shakir tadi. Dia juga sudah tawar hati untuk menonton.
“Renee, wait! Renee!” Shakir terpaksa mengejar Renee keluar. “Renee, nak ke mana ni?” dia tahu ditika itu, semua mata sedang memandang gelagat mereka.
“Balik.” Ringkas tetapi tegas.
“Renee kata nak tengok movie?”
“Not in the mood anymore.” Shakir terus mengekori Renee sehingga ke keretanya. Dia juga pantas membuka pintu penumpang setelah Renee menekan butang kunci.
“Renee, can we talk?” Shakir masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Renee.
“Apa yang Shakir nak sebenarnya? Renee tak faham. Di universiti, Shakir langsung tak hiraukan Renee. Sekarang, Shakir datang ke rumah Renee. You even said you missed me. I’m confused!” Renee memandang ke luar tingkap. Tidak sanggup dia mengadap wajah lelaki itu. Air mata yang sudah lama bergenang akhirnya jatuh ke pipi.
Shakir meraup wajahnya. Kepalanya tersandar ke belakang dan matanya merenung kosong ke hadapan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Renee.
“Renee.. the truth is, sepanjang dua bulan lebih ni dah banyak kali Shakir cuba nak tegur Renee. Tetapi, setiap kali itu juga I just went half way. I don’t know why.” Ujarnya perlahan. Matanya masih lurus memandang ke hadapan.
“Renee sedang berusaha Shakir. Renee cuba terima keadaan ini sebaik mungkin. Sejak kejadian itu, Renee kehilangan semua orang yang Renee anggap kawan. I’m totally alone. Then, you… with your attitude. Renee sedang berusaha supaya semua ini tidak mengganggu exam Renee minggu depan. Kalau Shakir malu untuk bersama Renee di universiti, Shakir beritahu awal-awal. Renee boleh bersedia.”
“Renee, it’s not that!” Shakir berpaling ke arahnya. Dia mencapai dan menggenggam tangan gadis itu. “Shakir minta maaf. If this could make things easier, I’m in misery too. I really like you. Really. Renee, boleh berikan saya lagi satu peluang? Saya merayu sangat-sangat.”
“Entahlah. Renee pernah letakkan harapan yang sangat tinggi tapi Renee yang kecewa. Entahlah Shakir. Kalau Shakir jujur dengan Renee, Shakir tahu apa nak buat. Tapi sekarang, Renee nak balik rumah.” Renee menarik tangannya dan dipegangnya steering dengan kemas seolah-olah dia sudah sedia untuk memandu.
“Baiklah. Renee, Shakir minta maaf banyak-banyak. Shakir harap kita boleh jadi macam dulu semula.”
“Me too.” Setelah Shakir keluar daripada keretanya, Renee terus memandu pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience