14

Romance Completed 7404

Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 5 petang. Renee baru sahaja tiba di KLIA. Suasana hingar-bingar di situ. Sambil dia menarik troli yang sarat berisi begnya, matanya melilau mencari ibu bapanya.
“Mana mereka ini? Kata tadi dah sampai.” Renee mencari telefon bimbitnya di dalam beg. Agak susah mencari barang sekecil telefon bimbit di dalam sebuah beg yang agak besar. Tiba-tiba Renee ditegur oleh seorang gadis.
“Kak Renee! Apa khabar? Baru balik dari Australia kah?” Renee memerhatikan wajah gadis tersebut bersungguh-sungguh. Dia seakan mengenali wajah itu namun perbezaan wajah gadis itu berbanding sebelumnya menyebabkan Renee mengambil sedikit masa untuk mengecamnya.
“Shaza! Lamanya tak jumpa! Shaza apa khabar?” mereka berpelukkan seketika. Sudah lama benar mereka tidak berjumpa. Sudah lebih dua tahun. “Shaza dari mana?”
“Dari London. Balik bercuti.”
“Oh, sambung degree di London ya? Tahniah. Mak, abang dan adik-adik sihat?”
“Sihat kak. Eh, kalau mak dapat jumpa kak Renee mesti dia gembira. Akak tunggulah mereka sekejap.” Renee mengangguk setuju. Dia juga berasa rindu pada wanita itu. Dan dia juga tidak sabar untuk bertemu Shakir. Perasaan rindu di hatinya terhadap jejaka itu semakin menebal. “Ha, itu pun mereka. Jom kak.”
Renee menoleh ke arah tangan Shaza. Dia dapat melihat Puan Sakinah sedang berjalan laju ke arah mereka. Wajah wanita itu kelihatan begitu ceria sekali. Maklumlah, dia datang menjemput anak gadisnya yang sudah lama terpisah. Di belakangnya, kelihatan wajah Shakir. Wajah itu sudah semakin matang berbanding dahulu. Pakaian Shakir juga sudah berubah sejajar dengan jawatannya sekarang sebagai Pengarah syarikat.
“Eh, Shaza. Itu siapa?” Tanya Renee kehairanan apabila melihat Puan Sakinah sedang memimpin seorang anak kecil yang sungguh comel berbaju kembang bewarna kuning.
“Itu anak abang Shakir lah, kak. Melissa namanya. Isterinya sedang sarat mengandung anak kedua, tahu? Comelkan anak abang.” Renee tersentak mendengar penjelasan Shaza. Dadanya tiba-tiba terasa sesak. Sukar untuk dia bernafas dengan betul. Tangannya ditekapkan ke dada sambil mengurut perlahan-lahan. Dia bagaikan mahu jatuh di situ. Setiap langkah Shakir ke arahnya bagaikan duri yang menyucuk jantungnya. Air matanya mula jatuh menderu ke pipi dan membasahi shawl nipis bewarna biru yang dipakainya.
‘Aku tak boleh berjumpa dengannya.’ Bentak hati Renee. ‘Aku mesti pergi dari sini.’ Dia mula memandang sekeliling seolah-olah sedang mencari pintu keluar daripada kurungan. ‘Sampai hati kau Shakir. Engkau benar-benar lakukan apa yang engkau katakan. Sampai hati kau Shakir. Sampai hati!’ Renee teringat kembali kata-kata Shakir sewaktu mereka makan malam dulu. Dia tidak menyangka Shakir benar-benar sanggup melakukan apa yang dikatakannya dahulu. Renee mula beralih untuk pergi dari situ.
“Renee!” dia mendengar suara Shakir memanggilnya. Langkahnya terhenti seketika. Dia berpaling untuk menatap wajah Shakir buat kali terakhir. Air matanya semakin laju. Dia nampak Shakir berlari-lari anak datang menghampirinya.
‘Aku tak mahu berdepan dengan dia lagi. Tak mahu. Aku mesti pergi dari sini. Sekarang!’ dia bingkas berpusing dan mula melangkah untuk berlari jauh dari situ. Namun kakinya tiba-tiba tersadung tali beg Shaza yang terjurai ke lantai. Renee tidak dapat mengawal badannya. Dia terus jatuh rebah ke lantai. Dadanya berombak kencang menahan sebak. Akhirnya dia menangis di lantai itu.
“Renee! Renee! Bangun!” Renee menepis tangan itu. Sedikit pun dia tidak memalingkan mukanya. Dia masih tertunduk ke lantai. “Renee! Bangun! Mengigau apa sampai menangis macam ini? Astaghfirullahal’azim!” Renee yang terkejut dengan kata-kata itu segera memaut tangan Puan Maimon yang sedang berusaha mengejutkannya dari tidur. Esakkannya masih belum reda. Renee mengambil masa seketika untuk memproses semula mimpi dan kenyataan di sekitarnya.
“Kenapa kamu ni? Mimpi apa sampai menangis teruk macam ini? Subhanallah! Bangunlah. Dah 6:30 ni. Nanti habis waktu Subuh.” Ibunya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tertawa kecil. Geli hatinya melihat Renee mengigau seteruk itu.
Semasa berdoa dihujung solatnya, Renee memohon agar jodohnya dengan Shakir dipanjangkan hingga ke akhir hayat. Dia memang teramat menyintai lelaki itu. Dia juga tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Shakir. Selesai solat, Renee turun menuju ke dapur. Dia duduk bersebelahan Puan Maimon dan turut sama bersarapan dengan orang tuanya. Kini rumah itu hanya tinggal mereka bertiga. Reza dan Alia sedang berbulan madu di Switzerland selama 2 minggu.
“Mama, papa, ada sesuatu yang Renee perlu beritahu.” Renee membuka bicara ketika mereka sedang bersarapan.
“Hah, Shakir nak hantar rombongankah?” papanya mencelah tiba-tiba sambil tersenyum mengusik.
“Isy… papa ni. Ke situ pula. Minggu lepas Renee dapat satu offer untuk further study.” Jelas Renee membuatkan kedua-dua ibu bapanya memandangnya serentak.
“Further study? Kat mana?” soal ibunya spontan.
“Di Perth. Ada satu syarikat dari KL offer biasiswa untuk Renee sambung Master Degree. Tapi lepas tu Renee kena ikat kontrak dengan mereka selama 5 tahun.”
“So, habis belajar kerja di KL lah, ya?” soal Encik Rizuan tenang. Renee hanya mengangguk.
“Kerja kat KL selama 5 tahun?” suara Puan Maimon sedikit meninggi. “Dah beritahu Shakir?” sampuk ibunya pula. Renee hanya mengangguk. “Habis, Shakir setuju kah?” sambung ibunya lagi.
“Eh, awak ni. Anak kita yang dapat, kenapa perlu ditanya pada Shakir pula. Tanyalah Renee dia mahu terima atau tidak. So, Renee?” soal Encik Rizuan pula.
“Entahlah, papa. Renee memang berminat untuk sambung belajar. Tapi nak ikat kontrak 5 tahun nanti dan bekerja di KL, Renee kurang berminat. Mulanya Renee fikir kalau kerja di syarikat lain, boleh Renee timba pengalaman sebelum Renee join company papa.” Renee menyatakan perancangan asalnya. Tetapi sekarang hatinya sudah pun berbelah bahagi dek penangan mimpi semalam.
“Bagus juga macam tu. Tapi Renee kena fikir juga. 7 tahun tu bukannya tempoh waktu yang pendek. Sanggupkah Shakir tunggu kamu lama sangat. Masa itu, kamu pun dah 30 tahun, tahu?” sampuk Puan Maimon pula. Kali ini, Encik Rizuan tidak pula membantah. Renee hanya tunduk dan terdiam. “Oh! Jangan-jangan itulah puncanya kamu menangis teruk pagi tadi ya?” Puan Maimon menyerkap jarang sambil ketawa kecil.
“Eh! Mana ada. Mama ni ada-ada sajalah.” Bangkang Renee pantas.
“Menangis? Kenapa Renee menangis?” soal Encik Rizuan yang tidak tahu-menahu.
“Tak adalah, papa. Renee mengigau sajalah.” Jawab Renee pantas cuba menutup cerita.
“Mengigau kena tinggal dengan Shakir kot?” Puan Maimon masih ingin mengusik lagi.
“Alah, mama ni. So, mama dengan papa rasa perlukah Renee terima tawaran tu?” dia segera mencari helah untuk menukar topik perbualan.
“Renee betul-betul nak sambung belajar?” soal papanya kembali serius. Renee menganggukkan kepalanya.
“Macam inilah. Papa pun boleh bagi biasiswa yang sama macam yang kamu terima tu. Tapi, setelah habis belajar, Renee mestilah terus bekerja dengan syarikat papa.” Renee mengangguk kecil. Jika dia menerima tawaran papanya, dia tidak akan berpeluang untuk merasai suasana kerja di tempat lain lagi. Fikirnya, biarlah Reza sahaja yang menguruskan syarikat papa buat sementara waktu.
“Nantilah Renee fikirkan. Renee teringin nak rasa kerja di tempat lain dahulu.” Jawabnya jujur.
“Okay. Papa pergi kerja dahulu. Oh, ya. Kalau kamu terima tawaran tu, bila kamu perlu berangkat?”
“September.” Papanya mengangguk-angguk dan terus berlalu ke luar.
Pagi itu tidak banyak benda yang perlu Renee kisahkan. Dia mengambil keputusan untuk memerapkan diri di dalam biliknya sambil melayan senaskah novel yang baru dibelinya. Tetapi, fikirannya tidak membenarkannya memberi tumpuan kepada baris patah cerita di dalam novel itu. Dia masih terbayang-bayang suasana di KLIA yang dimimpikannya semalam.
‘Kalaulah perkara itu benar-benar terjadi, bagaimanalah agaknya?’ akhirnya dia menutup novel itu dan bangun ke meja. Novel dan telefon bimbitnya saling bertukar tempat. Dia menjeling ke arah jam di dinding. ‘10:00 pagi. Apa yang sedang dibuatnya?’ Renee pantas menekan speed dial untuk menelefon Shakir.
“Assalamualaikum…” hati Renee tiba-tiba sebak mendengar suara Shakir. Mungkin kerana igauan mimpi semalam masih berbekas.
“Waalaikummussalam…” jawab Renee dengan suara yang agak serak.
“Masih menangis lagikah?” Renee hairan mendengar soalan Shakir. “Mama dah ceritakan pagi tadi.”
“Amboi, sempat lagi mama bergosip dengan awak yer? Siapa anak mama sekarang ni?” balas Renee tidak berpuas hati. “Shakir kat mana ni?”
“Hai, dah ada sebumbung pun nak bertelefon lagikah?” tiba-tiba Renee terdengar suara mamanya dari corong pembesar suara telefon.
“Shakir, awak kat mana sekarang?” soal Renee kemarahan.
“Kat dapur rumah awak. Nak jumpa saya tak? Tak sabar saya nak dengar cerita mimpi awak tu.” Balas Shakir bersahaja. Suka benar dia mengusik gadis itu.
“Argh!” Renee terjerit kecil sambil mematikan telefonnya. Dia terus berlari turun ke dapur.
“Hati-hatilah. Jatuh tangga nanti. Mama nak ke pasar ni. Kalau Renee nak keluar nanti, kuncikan pintu rumah, tau!” Renee memperlahankan langkahnya.
“Baiklah. Tapi, boleh tak kalau kami tak ke mana-mana? Renee tunggu mama kat rumah sahaja, boleh?” malas pula Renee untuk ke mana-mana hari ini. Tetapi setelah mendengar soalan anaknya itu, Puan Maimon serba salah.
“Jangan pula kamu berdua buat benda pelik-pelik.” Pesan Puan Maimon kepada kedua-dua anak muda dihadapannya itu. Ada sedikit kegusaran di hatinya.
“Isy… takkan lah.” Jawab Renee tegas. Puan Maimon mengangguk dan berlalu keluar. Di biarnya pintu rumah terbuka luas. Ada rasa resah meninggalkan anaknya berdua sahaja di rumah itu.
Renee terus berjalan menuju ke dapur. Sebaik sahaja Renee berjalan melepasi Shakir, Shakir menarik tangan Renee untuk merapatinya. Tanpa mereka sedar, perbuatan Shakir itu disedari Puan Maimon yang kembali masuk untuk mengambil kunci kereta.
“Jaga diri, ya!” pesan Puan Maimon dengan suara yang sedikit tegas. Shakir agak terperanjat mendengarnya. Begitu juga Renee. Shakir segera melepaskan tangan Renee dan mencapai cawan berisi air teh lalu diteguknya hingga habis.
“Kita ke depan sahajalah.” Usul Renee. Shakir mengangguk tanda setuju. Renee memilih untuk duduk di salah satu sofa single. Shakir pula duduk bertentangan dengannya. Renee menekan remote televisyen mencari-cari cerita yang menarik. Akhirnya dia menekan sahaja saluran 411 Astro.
“So?” Shakir memulakan bicara.
“So… what?” Renee kurang mengerti.
“Tell me about your dream. Or may I call it night mare?” kata Shakir sambil tersenyum. Shakir tidak pernah melepaskan peluang untuk mengusik kekasihnya itu.
“Yeah, dream on.” Renee mula mengelak.
“Okay let me guess. From what mama said…” Shakir meletakkan jari telunjuknya di dagu seolah-olah sedang berfikir dengan serius.
“You sure get use to the word mama so fast, huh?” Renee menyampuk.
“Well, don’t change the topic! Mama said you cried so hard. So… my guess is you dreamt of me… dead?” kata Shakir lagi membuat andaian rambang.
“Astaghfirullahal’azim! Shakir. Kenapa cakap macam tu?” Renee terkejut dengan tekaan Shakir yang terlalu extream baginya. Jauh menyimpang daripada mimpinya yang sebenar.
“Hehe… sayang juga Renee kat Shakir ya?” Shakir masih lagi dalam mood mengusik gadis di hadapannya itu.
“What do you think?” marah Renee.
“I don’t know what to think. You never tell.” Renee mengangkat padangannya memandang Shakir. Selalunya dia kalah dengan panahan mata Shakir. Tetapi hari itu, dia seolah-olah ingin menyelami hati nurani Shakir. Melihat wajah keruh Renee, Shakir bangun mendekati Renee. Dia duduk bersila dihadapan Renee. Ditariknya kedua-dua belah tangan Renee.
“Okay… cuba ceritakan betul-betul apa yang buat Renee menangis teruk sampai macam tu sekali.” Renee menarik nafas dalam-dalam dan menceritakan keseluruhan mimpinya malam tadi. Sepanjang waktu Renee bercerita, tidak lekang-lekang senyum di bibir Shakir. Ada juga sesekali Shakir ingin tergelak besar tetapi ditahannya.
“Seriuslah! Nak dengar atau tidak?” bentak Renee.
“Ok, Sorry, sorry. Sambung!” Setelah mendengar semuanya, Shakir berasa terharu, gembira dan puas hati. Kini terbukti Renee sememangnya menyayangi dirinya sebagaimana dia menyayangi gadis itu. Shakir menekap mukanya ke tangan Renee. Shakir masih lagi menahan ketawanya. Lucu juga cerita mimpi Renee itu bagi Shakir.
“Thanks, sayang.” Ucap Shakir sambil tersenyum hingga ke telinga.
“Suka pula dia. Penat Renee menangis pagi tadi, tahu.” Renee menunjukkan protes.
“Bila kita suka seseorang tapi kita tak nak mengaku, tak nak luahkan, memanglah penat. Bayangkan kalau tiba-tiba on the way back nanti Shakir accident, dan meninggal. Macam mana? Kempunanlah Shakir nak dengar Renee cakap Renee sayangkan Shakir.” Mendengar perkataan ‘meninggal’ buat kali kedua pagi ini cukup-cukup membuat dia takut. Dia rela Shakir berkahwin dengan orang lain daripada meninggal sebegitu. Renee menarik wajah Shakir ke atas memandang kepadanya.
“Stop saying that. Kata itu doa.” Renee menegah keras.
“Okay… okay…” Shakir bangun dari lantai, melepaskan tangan Renee dan melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan Renee. Renee mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen. “So… can we get married now?” Renee terpana dengan soalan Shakir itu. Namun Renee tidak pantas menolak seperti selalu. Dia berfikir sejenak. Kemudian, dia memandang tepat ke mata Shakir dan merenungnya sejenak.
‘Aku benar-benar cintakan lelaki ini. Dia juga melayan aku dengan baik selama ini. Sudah banyak kali dia ajak aku berkahwin, bukannya benda lain. Sepatutnya aku bersyukur. Orang lain, perempuan yang sibuk nak kahwin, lelaki sibuk mengelak. Aku ni terbalik pula.’ Renee cuba menganalisis keadaan.
“Mmm… Shakir,” akhirnya Renee bersuara.
“Ya…” jawab Shakir ringkas.
“Will you… come with me to Perth?” buntang mata Shakir mendengar soalan Renee itu.
“Maksud Renee?” Shakir tidak mahu meneka. Dia ingin Renee menyatakan hasratnya dengan jelas.
“Maksud Renee… kita kahwin… lepas tu… kita pergi Perth sama-sama.” Renee berkata lambat-lambat. Shakir membiarkan Renee menghabiskan butir bicaranya. Dia tidak mahu tersalah dengar atau tersalah faham.
“Seriously?” Shakir bertanya seolah-olah tidak percaya. Renee mengangguk sambil tersenyum. Shakir kembali menarik tangan Renee. Dia benar-benar inginkan kepastian bahawa apa yang didengarnya tadi adalah kenyataan.
“You really meant what you said?” soal Shakir lagi bersungguh-sungguh. Renee mengangguk lagi.
“Thank you, sayang! Thank you very much! Akhirnya setuju juga Renee berkahwin dengan Shakir.” Shakir sudahpun melutut di hadapan Renee. Ditariknya kepala Renee perlahan dan diciumnya untuk seketika. “Bila Renee sepatutnya berangkat ke Perth?”
“September.” Jawab Renee ringkas.
“Ok, then. Kita kahwin lepas raya. Lepas tu, kita sama-sama berangkat ke Perth. Agree?” Renee hanya mengangguk menyatakan persetujuan. Shakir mencium kepala Renee sekali lagi. Gembira benar hati Shakir di saat itu.
“Thank you, sayang! You don’t know how much I love you then, and now I love you even more. Thank you.” Mahu sahaja dia memeluk Renee saat itu, tetapi dia menahan kehendak dirinya itu.
“Semalam Shakir lupa.” Ujar Renee bagaikan anak kecil menuntut gula-gula dari bapanya.
“Tak. Shakir tak pernah lupa. Cuma Shakir tahan.” Balas Shakir perlahan.
“Tak baik Shakir buat Renee begitu.”
“I just want to make sure that we have the same feelings. Shakir tak mahu memaksa Renee tetapi Shakir sendiri tak pasti samada Renee benar-benar serius dengan hubungan kita. So, I gave you a test. And I think, the trick works, doesn’t it?”
“Shakir!” Renee cuba menampar lengan Shakir namun dengan pantas jemarinya disambar.
“Say it. Please, say it!”
“Say what?”
“You know what. I’m begging you, please. Say it. Just once.” Tiba-tiba deruan enjin kereta Puan Maimon kedengaran memasuki halaman rumah.
“Mama dah balik.” Renee bingkas bangun dari sofa. Kali ini Shakir tidak dapat menghalang Renee. Dia menggeleng kecil. ‘Sampai bila Renee? Aduh!’ Shakir bangun perlahan-lahan menuju ke pintu.
“Renee tolong angkat barang.” Pinta Puan Maimon. Renee terus menuju ke kereta diikuti Shakir. “Baik-baik. Ada telur tu. Jangan sampai pecah.”
“Ya, mama.” Mereka berdua menjawab serentak. Renee terlebih dahulu masuk dengan barang penuh di tangan. Setelah selesai mengangkat semuanya, Shakir perlahan-lahan berjalan ke belakang Renee. Dia menarik tangan kanan Renee ke belakang dan menggenggamnya dengan kemas sekali. Dia ingin memberitahu berita gembira tadi kepada Puan Maimon dan Renee menyedari akan hal itu. Bagi Renee, Shakir memegangnya agar dia tidak dapat lari dari perbualan itu nanti. Sementara Shakir hanya menginginkan sedikit sokongan untuk memberanikan dirinya menyatakan hal tersebut kepada Puan Maimon.
“Mama, Shakir ada berita gembira nak beritahu mama.” Ujar Shakir sepatah demi sepatah.
“Berita apa?” Puan Maimon bertanya sambil tersenyum kecil. Dia sepertinya sudah dapat menghidu berita itu.
“Renee and I agreed to…” Shakir berhenti seketika. Renee berpaling kepadanya dan memandang ke mata Shakir. Melihat senyuman di bibir Renee memberikan lebih keberanian kepadanya. ‘… to get merried before we both fly to Perth this September.”
“Really?” senyuman lebar hingga ke telinga terbentuk di bibir Puan Maimon. Sudah lama dia menunggu saat-saat ini. Sememangnya sudah lama dia merestui hubungan anaknya itu. Pantas sahaja dia memeluk Renee dan Shakir sekali gus membuatkan Renee tersepit ditengah-tengah. “This is a very great news! Dah lama mama tunggu kata putus kamu berdua. Jika dulu masa kamu masih belajar pun mama akan bersetuju. Mama tahu Shakir dapat menjaga Renee lebih daripada mama menjaganya. Siang malam mama berdoa agar jodoh kamu dipanjangkan Allah. Mama sayang kamu berdua.” Air mata kegembiraan menitis di pipi wanita itu.
Tidak lama selepas itu, Shakir meminta izin untuk pulang. Dia perlu memberitahu berita itu kepada emaknya pula.
“Renee nak ikut sekali?” Renee hanya menggelengkan kepalanya kepada Shakir.
“Renee seganlah. Shakir sahajalah yang beritahu mak, ya.” Pujuk Renee.
“Okay…” Shakir melangkah naik ke atas motorsikalnya. “You really won’t say it today, will you?” Renee menggelengkan kepalanya. “Then, can you at least tell me when?”
“On our first night.” Bisik Renee di telinga Shakir. Shakir sepantas kilat pusing menjatuhkan ciuman di pipi Renee. “You are totally out of control. Go home, now!” Renee menepuk perlahan belakang Shakir. Setelah Shakir hilang daripada pandangannya, barulah dia mula bergerak masuk ke dalam rumah. Hatinya benar-benar riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience