8

Romance Completed 7404

“Jadikah kita ke rumah Shakir malam ni, mama?” Jemputan daripada Puan Sakinah disambut baik oleh Encik Rizuan sekeluarga. Malah mereka juga tidak pernah ke rumah keluarga Shakir sedangkan Puan Sakinah pernah bertandang ke rumah mereka.
“Papa kata ok saja.”
“Along?”
“Dia tak dapat ikut. Ada hal katanya.” Reza sememangnya selalu sibuk. Dia membantu Encik Rizuan menjalankan perniagaan keluarga mereka. Hampir kebanyakkan tugas penting syarikat Encik Rizuan serahkan kepada anak lelakinya itu. Mujurlah Reza juga berminat untuk menguruskan syarikatnya. Ada juga antara rakan-rakan Encik Rizuan yang bersusah-payah memujuk anak-anak mereka membantu syarikat tetapi ditolak. Encik Rizuan sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat taat kepadanya.
“Kamu tak nak ke sana awal sedikit? Bolehlah membantu apa yang patut.”
“Perlukah? Renee seganlah. Lagipun mereka menggunakan khidmat catering.”
“Hish, apa yang nak disegankan. Bukannya kamu tak pernah jumpa Puan Sakinah tu. Kamu pergi la awal sedikit. Tolong bawakan puding ni sekali. Sampai di sana, tolong Puan Sakinah tu. Jangan nak duduk kat sofa saja.”
“Mama ni, tak perlulah. Renee seganlah.”
“Habis, siapa yang nak bawakan puding mama ni? Sudah, sekejap lagi Shakir datang ambil puding ni, kamu ikut sekali. Jangan degil.” Renee menarik muka masam.
“Ya lah. Pukul berapa Shakir nak datang?”
“Pukul 4. Sekarang sudah pukul berapa?”
“Mama! Dah 3:50. Mana sempat saya nak siap. Kurang-kurang nak mandi dahulu.”
“Dah tahu tak ada masa, yang kamu tercegat di sini kenapa? Pergilah naik mandi cepat.” Bentak Puan Maimon. Menolak lembut bahu anaknya untuk segera bertindak. Renee terpaksa akur dengan kehendak mamanya. Dia pun segera berlari anak ke biliknya.
Selesai mandi, dia mengenakan sepasang kurung Pahang bewarna ungu. Dia mencapai sehelai tudung lycra awning. ‘Tudung ni lebih senang bekerja. Kalau shawl nanti rimas pula.’ Fikirnya.
Dari anak tangga, dia berlari turun menuju ke arah dapur. Tudung masih ditangan.
“Mama, Shakir dah datang ker belum?” jeritnya. Namun dia hampir terkejut apabila melihat mamanya sedang melayan Shakir menjamu selera di meja makan di dapur.
“Hai.” Tegur Shakir bersahaja.
“Belum siap lagi? Cepatlah. Shakir nak ke tempat lain lagi.” Renee berpatah balik dan masuk ke bilik mamanya yang terletak di tingkat bawah. Diikat sahaja rambutnya dan terus disarungkan tudung ke kepala. Apabila dia keluar, Shakir dan ibunya sedang sibuk mengangkat 4 dulang puding jagung masuk ke kereta. Renee terus sahaja keluar bersama-sama mereka.
“Shakir, nanti pastikan Renee buat kerja. Jangan biar dia berehat sahaja. Ajar sikit macam mana nak behave di rumah kenduri.” Kata Puan Maimon. Shakir hanya tersenyum.
“Mama ni, apalah. Macamlah orang langsung tak tahu buat apa-apa.” Renee terus masuk ke dalam kereta.
“Makcik dan pakcik jangan lupa datang malam ini, ya.” Pesan Shakir mesra. “Assalamualaikum.” Ucap Shakir sambil melambaikan tangannya.
“Shakir mahu ke mana lepas ni?”
“Mak pesan belikan beberapa barang runcit. Kenapa? Dah tak sabar nak berjumpa mak mertua?” sakat Shakir.
“Ke situ pula.”
“You look very nice today. Jarang tengok Renee pakai baju kurung. Selalunya asyik jeans saja.”
“Oh, ya? Jadi selama ni tak cantik lah?”
“Bukan tak cantik. Cuma hari ini lebih cantik. Bergetar hati saya tadi. Nasib baik mama ada kat situ. Kalau tidak!”
“Kalau tidak?”
“Kalau tidak… memang tak keluar rumahlah.”
“Isy! Tak senonoh.”
Shakir memberhentikan keretanya di Mini Giant. “Nak ikut?” soalnya kepada Renee.
“Boleh juga.” Dia keluar dari kereta dan terus mengekori Shakir. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kedai. Shakir mencapai sebuah troli dan terus menuju ke bahagian barangan dapur. Tangannya laju sahaja menggapai beberapa barang yang dipesan emaknya.
“Kita ni macam suami isteri pula, kan? Datang Giant beli barang dapur.”
“Kuat berangan sungguh lelaki seorang ini.”
“Apa salahnya.” Renee menggeleng-geleng kecil.
“Adik-adik Shakir berapa tahun, ya?”
“Shaza 17, Shana 14 dan Shika 10. Kenapa?”
“Saja nak tahu. Mereka makan coklat tak?”
“Entah, makan kot.”
“Renee belikan ini untuk merekalah.” Dia menggapai dua bar coklat Cadburry. Mereka berjalan ke kaunter bayaran.
“Letaklah sekali.”
“Eh, tak payahlah. Kalau Shakir yang bayarkan, itu bukan pemberian Renee namanya.” Renee tersenyum manis membuatkan Shakir bertindak laju menarik hidung Renee. “Hey!” Renee menepis tangan Shakir lembut.
Selesai semuanya, mereka bergerak menuju rumah Shakir. Rumah banglo milik keluarga Shakir agak besar saiznya. Mempunyai 2 ½ tingkat dengan halaman yang sangat luas. Rumput dan tanaman di halaman kemas terjaga. Rimbunan ros memenuhi sepanjang pagar rumah itu. Selain pohon-pohon renek, terdapat juga beberapa pohon kayu yang tinggi meredupkan kawasan itu. Sungguh tenang suasana di rumah itu. Di halaman itu juga terpasang dua buah khemah untuk para tetamu malam nanti.
“Jom masuk. Mak mesti di dapur.” Renee menurut sahaja. Dia mengambil setalam puding untuk di bawa ke dalam. Tangan Shakir penuh dengan barangan yang baru di beli tadi. “Shaza, Shana, Shika! Tolong abang angkat puding dalam kereta.” Teriak Shakir memanggil adik-adiknya.
‘Wah, aku akan jadi kakak sulunglah dalam rumah ini, nanti.’ Renee berfikir sejenak. ‘Isy, apa aku merepek ni?’ dia menggeleng kecil. Adik-adik Shakir datang seorang demi seorang menyalami Renee. Kemudian, Shika mengeluarkan satu statement yang membuatkan Renee melopong.
“Oh, ini Kak Renee ya? Mak! Kak Renee datang!” jerit Shika. “Betullah cakap abang. Kak Renee ni cantiklah. Macam orang Jepun.” Renee merenung Shakir tajam tetapi Shakir langsung tidak melihat ke arahnya.
“Shika! Apa cakap macam tu? Nah, ambil barang-barang ni.” Ujar Shakir konon-konon membantah.
“Shakir cakap saya macam Jepun?” Renee menghampiri Shakir dan meminta penjelasan. Mahu saja dicubit Shakir. Nasib baik ada dulang berat di tangan. Namun belum sempat Shakir menjawab apa-apa, Puan Sakinah sudah pun datang menjengah.
“Oh, Renee. Apa khabar? Lama tak jumpa.” Puan Sakinah terus menyambut dulang di tangan Renee. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja sisi berhampiran mereka. Puan Sakinah seterusnya menyambut tangan yang dihulurkan Renee. Tetapi dia terus menarik Renee ke dakapannya. Renee yang terkejut dengan tindakan Puan Sakinah hanya menurut sahaja.
“Eh, mak. Boleh peluk-peluk pula. Nak juga!”
“Tak usah kamu mengada. Cepat bawa barang tu ke dapur. Masuk Renee, jemput masuk.”
“Mama kirim salam. Nanti malam, mama datang dengan papa.”
“Waalaikummussalam. Terima kasih, ya kerana sudi datang. Siap bawakan puding jagung lagi.”
Renee mengikut Puan Sakinah ke dapur. Di sana, dia tidak kekok untuk membantu itu dan ini. Dipotongnya puding yang dibawanya tadi. Dia juga memotong beberapa biji tembikai. Sememangna tidak ada yang berat untuk dibuat. Menu utama diuruskan sepenuhnya oleh pihak catering termasuklah minuman. Jam 6:30 petang, Renee mohon untuk solat ‘Asar.
“Shaza, bawa kak Renee ke bilik kamu. Dia mahu solat.” Arah Puan Sakinah kepada anak keduanya itu.
“Ok. Jom kak Renee. Bilik saya kat atas.”
“Ok, terima kasih. Saya naik ke atas sekejap ya makcik.” Renee meminta izin dengan penuh hormat.
“Ya, ya. Pergilah.” Renee mengekori Shaza ke biliknya. Matanya berkeliaran mencari Shakir.
“Abang kat luar, tengah susun meja dan kerusi. Dah rindukah?”
“Eh, tak adalah. Kamu ni pun sama saja macam abang kamu ya. Suka menyakat.” Shaza tergelak kecil mendengar komen Renee.
“Seumur hidup saya, abang tak pernah bawa balik perempuan ke rumah ini. Kiranya kak Renee ni steady girl dia lah, ya? Bila akak dengan abang nak kahwin?”
“Astaghfirullahal’azim… Shaza. Lambat lagilah. Akak baru 20 tahun. Belajar pun belum habis.”
“Alah, apa salahnya.”
“Banyak salahnya!”
“Shaza, naik terus ke atas ya. Tunjukkan bilik dia yang sebenar.” Entah dari mana datang, Shakir tiba-tiba bersuara di belakangnya. Renee yang terkejut mendengar suara Shakir hampir terjatuh dibuatnya. Dia berhenti serta-merta dan pusing ke belakang. Kini dia berdiri betul-betul sama tinggi dengan Shakir. Matanya merenung tepat ke arah mata Shakir. Tetapi dia langsung tidak menyangka bahawa hatinya lemah dengan renungan redup daripada Shakir.
Shaza yang hanya memerhatikan sahaja tingkah laku mereka sedari tadi segera menarik tangan Renee menjauhi abangnya. Renee tersentak dengan tindakan Shaza itu. Begitu juga Shakir.
“Abang, control sikit ya. Emak ada kat bawah tu.” Shaza terus menarik tangan Renee masuk ke biliknya. Renee yang masih terkejut dengan incident tadi masih berdiam diri. Dia melucutkan tudungnya dan dihamparkannya di atas katil.
“Ini telekungnya, sejadah menghadap ke sini. Sana bilik air, ya kak.” Renee hanya mengangguk kecil dan senyum kepada Shaza. “I never seen him like that before. Don’t know that he can melt a girl with his eyes. The soft side of him that he never show before. You are very lucky, you know. His first!” Renee sekali lagi terpempan dengan statement Shaza itu. Ada bunga bangga dan gembira di hati Renee. Shaza terus keluar meninggalkan Renee bersendirian di dalam bilik. Sampai di tingkat bawah, Shaza berselisih dengan Shakir.
“You are crazy, you know?” Shakir hanya tersenyum mendengar butir bicara adiknya. ‘Yes I am.’ Bisiknya sendirian.
Setelah selesai bacaan tahlil oleh kumpulan masjid di taman perumahan Puan Sakinah, semua yang hadir menjamu selera di khemah luar. Oleh kerana hidangan dibuat secara buffet dan ia dikawal oleh pihak catering, jadi pihak tuan rumah dapatlah berehat. Renee, Shakir, Shaza dan Shana berkumpul di ruang family di tingkat 2. Renee dan Shakir duduk bersebelahan di atas sofa yang ada di situ. Mereka semua asyik menonton drama bersiri di televisyen.
“Renee.” Shakir menyendengkan sedikit badannya ke arah Renee. Namun mata mereka masih terpaku di skrin.
“Ya.”
“Dah buat keputusan pasal MASUM tu?” Renee memandang wajah Shakir. Serius.
“Dah kot.” Dia kembali menatap skrin televisyen.
“Pergi?”
“Tak.” Shakir terkedu mendengar jawapan ringkas tetapi bernada tegas daripada Renee. Mungkin dia berasa kecewa. Dia benar-benar ingin Renee turut serta ke Skudai bersamanya. Namun dia tahu. Dia perlu hormat dengan keputusan Renee. Pastinya gadis itu menerima tekanan yang kuat daripada ahli pasukannya. Jika tidak masakan dia begitu berkeras untuk tidak turut serta. Tetapi entah mengapa Shakir tidak dapat mengawal perasaan kecewanya.
Tanpa berkata apa-apa, Shakir terus bangun dan terus naik ke atas biliknya di tingkat paling tinggi rumah itu. Renee yang terkejut dengan tindakan Shakir cuba menarik tangan Shakir tetapi tidak sempat. Shaza yang perasan akan situasi itu cuba untuk tidak masuk campur.
“Kak Renee, mak kak Renee panggil. Dah nak balik katanya.” Shika tiba-tiba muncul dari atas tangga.
“Ok, terima kasih Shika.” Renee bangun untuk turun tetapi kakinya berat apabila mengenangkan Shakir.
“Tak apa. Nanti Shaza beritahu abang, akak dah balik.” Renee paling kepada Shaza dan tersenyum.
“Thanks, Shaza. Kirim salam akak kepadanya, ya.”
“Baiklah. Nanti malam akak call dia, mesti lepas tu dia ok. Sekejap saja rajuknya. I know him.”
Renee hanya tersenyum. Dia kemudian berlalu turun ke bawah diikuti oleh Shaza dan Shana.
“Renee, jomlah. Dah lewat ni.” Kata Puan Maimon setelah terlihat kelibat anaknya itu.
“Makcik, saya balik dulu ya. Terima kasih jemput kami datang.” Renee menyalami dan mencium tangan Puan Sakinah. Sekali lagi Puan Sakinah menarik badan Renee dan dipeluknya. Puan Sakinah juga mencium pipi Renee kiri dan kanan.
“Terima kasih sebab datang. Ringan sikit kerja makcik. Shaza, mana abang kamu? Tetamu nak balik ni.”
“Abang kat atas bilik dia, mak.” Shaza mengerling kepada Renee. Renee hanya mendiamkan diri. Tetapi Puan Maimon sempat menangkap pandangan antara dua orang gadis itu.
“Dalam bilik? Apa yang dibuatnya dalam bilik? Pergi panggil abang kamu turun.”
“Eh, tak perlulah Kinah. Penat agaknya. Biarkan dia. Dia pun selalu dah ke rumah saya. Tak kisahlah.” Makin mesra kedua-dua wanita itu. “Kami minta diri dulu la ya. Kirim salam pada Shakir. Terima kasih banyak ya.”
“Terima kasih kepada akak dan abang. Lain kali datanglah lagi. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk keluarga akak.” Tidak lama kemudian, Renee dan keluarganya pun beransur pulang. Shaza terus naik ke bilik abangnya. Diketuk pintu abangnya perlahan-lahan.
“Abang, kak Renee dah balik.” Dia masuk perlahan-lahan ke dalam bilik abangnya. Abangnya sedang terbaring di atas katil sambil membaca majalah.
“Abang dengar tak Shaza cakap ni?” Shaza melabuhkan punggungnya di sebelah Shakir.
“Dengar.”
“Dia kirim salam. Mak dan ayahnya juga kirim salam.”
“Waalaikummussalam.”
“Kenapa abang lari tadi? Kesian kak Renee.”
“Mana ada abang lari.”
“Shaza nampaklah. Nasib baik kak Renee tak nangis tadi, tahu.” Shakir hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. “Shaza tak pernah pun tengok abang buat perangai macam ni. You are that serius about her, aren’t you?”
“You tell me!” Shakir menekup majalah itu ke mukanya. “Sudahlah, Shaza. Tahulah abang. Sekarang, pergi tolong emak kemas kat bawah.”
“Amboi, Shaza sahajakah? Abang tak payah?” Shaza sudah pun bangun dan mencekakkan pinggangnya. Shakir membaling bantal kecil ke arah adiknya itu. Shaza mengelak dan terus berlari turun ke bawah.
Shakir bangun dari katilnya dengan begitu malas sekali. Hilang segala moodnya memikirkan yang dia akan ke Skudai sendirian tanpa Renee. Punah segala harapan dan impian. Shakir terus keluar untuk menyusun kembali kerusi dan meja di bawah khemah. Lebih setengah jam baru selesai semuanya. Kemudian, Shakir masuk ke dapur untuk mencari sedikit minuman. Diambilnya sebotol air mineral dari dalam peti sejuk dan di bawanya ke bilik. Baru separuh perjalanannya di tangga dia terdengar deringan telefon bimbitnya di bilik. Dia segera berlari ke biliknya namun tidak sempat menjawab panggilan tersebut. Apabila dilihat, terdapat 4 missed call daripada Renee. Shakir tidak terus mendail. Dia ingin Renee menelefonnya sekali lagi.
15 minit dia tunggu namun sia-sia. Renee tidak menelefonnya lagi. Shakir mengalah. Dia mengambil telefonnya dan ingin terus membuat speed dail. Tetapi belum sempat dia menekan butang call, telefonnya berdering. ‘Farid. Kenapa dia call waktu ni pula?’ Bisik hati Shakir. Mahu saja dia menekan butang cancel.
“Hello Farid. Apa hal?”
“Shark, bila kau nak turun kolej? Pagi ke petang?”
“Petang. Kenapa?”
“Petang? Pagilah. Boleh main satu or dua round esok.”
“Tak dapatlah.” Shakir cuba mencari helah. “Rumah aku ada kenduri malam ni. Aku nak tolong emak mengemas rumah esok pagi. Sorry ya, bro!”
“Itu macam kah? Ok lah. Aku cari geng lain. Bye.”
“Bye.”
Renee semakin resah. ‘Marah benarkah dia pada aku? Tadi call tak jawab. Sekarang engaged pula.’ Renee terbaring di atas katilnya. Matanya merenung siling bilik yang putih dan kosong. Tiba-tiba telefonnya berdering.
“Assalamualaikum.” Jawab Renee pantas apabila wajah Shakir muncul di skrin telefonnya.
“Waalaikummussalam. Dah tidur?” soal Shakir lembut.
“Belum lagi. Susahnya nak dapat bercakap dengan orang itu. Sibuk ya?”
“Tidak juga. Telefon saya tertinggal di dalam bilik. Tadi saya mengemas khemah di bawah. Kemudian Farid pula call.”
“Farid call? Ada apa?”
“Dia ajak saya ke kolej awal sedikit esok.” Jelas Shakir ringkas.
“Oh, ya?” respon Renee. Kemudian mereka berdua terdiam sejenak. Masing-masing tidak berkata apa-apa.
“Shakir?” Renee break the ice.
“Ya.” Ton suara Shakir masih lagi lembut. Renee semakin yakin yang Shakir kurang senang hati dengan keputusannya.
“Shakir marahkan Renee?”
“Tak.”
“Merajuk?”
“Tak juga.”
“Habis, kenapa lari tadi?” Renee mahukan Shakir lebih berterus terang.
“Frustrated.”
“Still?”
“A little.” Balasan Shakir dengan intonasi yang sebegitu membuatkan hati Renee tidak tenteram.
Renee menghela nafas keras. “Shakir jangan salah faham.”
“I know your reason. Saya faham. I just… entahlah.”
“Shakir tahukan, kalau boleh memang Renee nak sangat ke sana. Sememangnya bola tampar tu minat Renee dari kecil. Tambahan lagi Shakir pun ada di sana. Tapi Renee tak boleh.”
“Ya, Shakir tahu tu dan Shakir faham. Cuma 10 hari bukanlah satu tempoh yang pendek. I just hope that you can be around.”
“I’ll call. I promise.” Renee masih memujuk.
“The hell you will. Kalau Renee tak call, memang nahaslah bila Shakir balik.”
“Iya? Apa Shakir nak buat?”
“Shakir kidnapped Renee, put in my room. Bilik Shakir ni pun ala-ala tower juga. Shakir akan jadi naga penunggu tower ni. Dan takkan ada mana-mana prince charming yang dapat datang to save you!”
“Memanglah tak ada. My prince charming has changed into a dragon. Macam mana dia nak datang selamatkan Renee?” laju sahaja idea itu datang ke fikiran Renee.
“Hmm… itu kira ayat pujuklah tu?”
“Boleh ker?”
“Boleh la tahan. Nak keluar esok? Teman Shakir. Shakir nak pergi beli kasut baru.”
“Bukan Farid ajak Shakir balik awal?”
“I want to spend time with you first.”
“Ok. Pukul berapa?”
“Pukul 10 Shakir datang rumah.”
“Ok then. See you tomorrow. Bye.”
“Dah bye dah?”
“Renee mengantuklah. Lagipun dah pukul 12:30 ni. Esok nak bangun awal lagi. Renee ada date dengan Aaron Kwok.” Renee juga sudah pandai mengusik sekarang.
“Amboi! Dah pandai nak menyakat orang sekarang ni ya?”
“I learn from the best.” Balas Renee selamba. “Ok, bye…”
“Bye. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience