3

Romance Completed 7404

Hari ini masuk hari ketiga Renee bercuti di rumah. Selama tiga hari itu jugalah ibunya tidak habis-habis berpesan agar Renee pandai-pandai jaga diri.
“Jangan berani sangat. Kamu tu perempuan. Jaga tingkah laku kamu. Jangan terlalu percayakan orang.” Pesan ibunya berkali-kali. Rasanya sudah boleh dihafal skrip ibunya itu.
“Mama, Renee nak pergi town, boleh? Bosahlah duduk di rumah. Lagipun alatulis Renee banyak yang dah kurang.”
“Boleh. Tapi jaga diri tu baik-baik. Kamu tu perempuan, Renee. Senang orang nak ambil kesempatan.” Pesan Puan Maimon.
“Baiklah mama. Mama janganlah susah hati sangat. Pandailah Renee.” Dia cuba untuk menenteramkan hati ibunya. Dia tidak boleh salahkan ibunya atas semua leteran itu. Ibu mana yang tidak risaukan anak gadisnya?
“Ya lah tu. Kalau betul kamu pandai, tak adalah perkara macam ni terjadi. Nasib baik budaknya baik perangai dan ada rupa. Maunya kamu ditangkap dengan pensyarah kamu ker, macam mana? Naya saja.” Renee tersenyum kecil. “Orang cakap serius dia boleh senyum-senyum. Kamu sukakah kena tangkap basah?”
“Hisy, mama ni! Simpang malaikat 44. Hari tu Shakir pun ada cakap macam tu. Nasib baik kena dengan dia. Kalau kena dengan Tuan Syed yang dah tua tu, lagi menangislah Renee.”
“Tau pun. Budak Shakir tu tau juga berfikir. Kamu?” Renee hanya tersenyum sumbing. ‘Terkena lagi!’ kata hatinya.
“Renee pinjam kereta mama, ya?”
“Jangan lupa isi minyak semula. Susah nanti kalau mama nak ke mana-mana.”
“Okay.” Dia terus berlalu ke biliknya.
Hasrat Renee hanyalah mahu menghabiskan masanya mengintai-intai barangan di dalam kompleks membeli-belah. Tidak ada yang spesifik yang mahu dibeli. Andai ada yang terbekenan nanti, mungkin dia akan beli. Dari satu tingkat ke satu tingkat Renee menjelajah. Dari satu kedai ke satu kedai dia melawat. Namun dia masih keluar dengan tangan kosong. Hinggalah akhirnya kakinya melangkah ke pawagam.
‘Hmm, cerita apa yang ada hari ni?’ Dia melangkah ke papan notis. ‘Cerita tak mengancam pun! Eh, ‘Storm Warrior’? Ini sambungan ‘Storm Rider’! Tengok inilah.’ Renee bingkas pusing untuk ke kaunter.
“Oops…” tanpa disengajakan Renee telah terlanggar seseorang yang berdiri dibelakangnya. Mungkin dia juga sedang membelek-belek jadual tayangan hari itu. “Sorry! Sorry!” Air pepsi ditangannya habis tepercik ke badan Renee dan orang di hadapannya. Mujurlah lelaki itu agak tinggi. Selamatlah muka dia.
“Ini kali kedua Renee pijak kaki saya. Tak cukup lagi, hari ini Renee mandikan saya dengan air Pepsi. Tak cukup elokkah baju saya pakai hari ni?” Renee terkejut bila lelaki itu menyebut namanya. Dipandang ke atas mencari wajah lelaki itu.
“Shakir! I’m very very sorry. You must be standing too close to me. Kalau tak, takkan Renee boleh langgar Shakir.” Bidasnya. Sememangnya sekarang pun Shakir masih berdiri agak hampir dengannya.
“Dahlah Renee langgar saya, mandikan saya, sekarang salahkan saya pulak?” kata Shakir seakan marah tetapi wajahnya masih tenang. Hanya tangannya masih mengibas sisa Pepsi di bajunya.
“So sorry. Jom, Renee gantikan baju Shakir?” ‘Habislah tiket aku nanti!’ fikir Renee. Dia mengambil satu langkah ke belakang. Menjarakkan sedikit badannya dari lelaki itu.
“Apa kata Renee pergi beli tiket dulu. Nanti habis pula. Belikan untuk Shakir sekali. Lepas tu, kita sama-sama pergi tukar baju. Baju Renee pun dah lain macam tu.” Renee tunduk melihat bajunya. ‘Hah, baju putih! Alamak, seksinya. Malu betul! Macam mana boleh tak perasan tadi? Patutlah mamat ni macam nak cover line saja dari tadi.’ Dia terus mengalihkan beg sandangnya menutup bahagian yang sudah basah.
“Apa kata Shakir tolong belikan? Renee tunggu kat sini.”
“I thought so too.” Dia senyum dan berlalu ke kaunter tiket. Kelihatan sesekali bahu Shakir menggigil kesejukkan. “Ok. Ada lagi 1 jam sebelum show. Jom cari baju Renee dulu. Sejuk?”
“Taklah, warm jer kena ais tadi.” Renee tersenyum perli.
“Oh ya? Baguslah begitu.” Shakir cuba ‘bermain’ bersama. Renee senyum lagi. Sampai di bahagian wanita, Renee mencapai satu kemeja berwarna kuning terang untuk dipadankan dengan shawl multicolour bercorak abstrak. Dia terus berlalu ke kaunter pembayaran.
“Tak nak cuba dulu kah?” Tanya Shakir kehairanan.
“Tak perlulah. Dah over warm dah kat dalam ni.” Shakir tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Setelah membayar, Renee terus mencari ‘fitting-room’. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan memakai baju yang baru dibelinya tadi. Sambil tersenyum Renee bertanya pada Shakir, “Ok?”
“Perfect.” Jawab Shakir ringkas tetapi penuh bermakna.
“Thanks. Now your turn.” Mereka terus berlalu ke bahagian lelaki. Renee meluru tanpa memandang kiri kanan. Tiba-tiba ada seorang wanita yang sedang menyorong troli datang dari tepi Renee. Shakir segera menarik tangan Renee. Renee terus terdorong ke belakang dan sekali lagi dia terpijak kaki Shakir.
“Aduh! Kalaulah kita kena kahwin Renee, cukup setahun hilang sebelah kaki saya asyik kena pijak.” Renee serta-merta melepaskan tangannya. Kali ini dia hanya mampu menunjukkan tanda maaf dengan kedua-dua tangannya. “Hati-hatilah sikit jalan tu. Macam budak-budak.” Leter Shakir lagi.
“Maaflah! Tak perasan pun ada troli kat situ. Sakit sangatkah?” soal Renee merujuk kaki Shakir yang dipijaknya tadi.
“Mestilah! Tadi Renee pijak kaki ni. Sekarang pun masih kaki ni lagi. Tempat yang sama pula.” Shakir mengurut perlahan-lahan tempat yang dipijak Renee. Renee hanya mampu memandang. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Setelah itu, mereka terus ke bahagian lelaki. Shakir memilih sehelai kemeja-t berwarna perang dan terus ke kaunter. Renee mahu membayarkan harga kemeja itu tetapi dihalang keras oleh Shakir. “Orang tua-tua kata, bagi hadiah baju sebelum kahwin, jodoh tak panjang.” Seloroh Shakir.
“Ya kah? Ada pepatah macam tu? Tak pernah dengar pun. Biarlah kalau jodoh tak panjang pun.”
“Awak nak ker kahwin dengan saya sekejap lepas tu bercerai? Nak jadi janda muda? Janda berhias?” Renee makin keliru.
“Kita akan kahwinkah?” Soal Renee sambil memandang tepat ke arah Shakir.
“Manalah tahu. Sudi tak awak jadi isteri saya?” Shakir menjawab soalan dengan soalan.
“Sekarang? Tak naklah! Muda lagi la nak kahwin.” Jawapan Renee menarik minat Shakir. Dia yang sudah sepertiga perjalanan ke ‘fitting-room’ berpatah balik.
“Kalau sekarang tak nak, nanti-nanti naklah ya?” Shakir bertanya sambil menguntum senyuman paling manis buat Renee. Bulat mata Renee memandang Shakir.
“Saya tak cakap pun. Perasan! Cepatlah tukar baju. Nanti terlepas pulak startingnya.” Renee membiarkan Shakir menukar baju.
“Ok?” Seraya keluar dari bilik persalinan, Shakir mengulangi soalan Renee tadi.
“Perfect.”
“Really?” Shakir cuba menyakat Renee.
“Saya ajuk cakap awak sajalah. Perasan!” Shakir tergelak mendengar jawapan Renee.
Mereka terus menghala kembali ke arah pawagam. Sedang elok mereka tiba, penjaga tiket pun membenarkan mereka masuk ke dalam. Bilangan penonton tidaklah terlalu ramai. Masih ada ruang-ruang kosong di sini sana. Mungkin disebabkan cerita ini sudah beberapa minggu di pawagam. Ramai yang sudah menonton. Shakir memilih kerusi di bahagian tengah panggung untuk mereka.
“Renee.” Shakir bersuara. Kepalanya disendengkan sedikit ke arah Renee.
“Ya.” Jawab Renee bersahaja sambil matanya tertumpu ke arah skrin di hadapan. Begitu juga Shakir.
“Awak dah ok sekarang?” Soal Shakir perlahan. Suaranya yang perlahan itu sangat menyentuh hati Renee. Dan soalan yang tidak semena-mena itu membuat Renee cuak seketika.
“Bolehlah. Mama tak habis-habis berceramah kat rumah. Penat Renee nak dengar.” Dia menjawab tetapi pandangan masih di skrin.
“Renee.” Ton suara Shakir masih sama.
“Ya.” Kali ini Renee bersedia dengan apa sahaja soalan pelik yang mungkin disoal Shakir.
“Nombor yang saya bagi hari tu ada lagi?” Shakir menyoal lagi dan kali ini matanya terarah kepada Renee. Renee tahu Shakir sedang merenungnya tetapi dia tidak berani berpaling.
“Ada.” Jawabnya ringkas.
“Kenapa tak guna?” Renee terpempan. Kali ini dia berpaling melihat Shakir. Mata Shakir tepat merenung ke arahnya. Disaat itu, Renee berkesempatan untuk benar-benar mengamati mata Shakir. Dia memiliki bentuk mata yang bundar dan alis mata yang lebat. Renungan mata Shakir seolah-olah menusuk masuk hingga ke jantung Renee membuatkan jantungnya berdegup begitu kencang. Renee tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Dialihkan penglihatannya ke layar perak. ‘Kata dulu kalau ada apa-apa baru call. Dah tak ada apa-apa, kena call juga kah? Mujurlah tempat ni gelap.’ Renee hanya mendiamkan diri. Berpura-pura memberikan tumpuan kepada wajah-wajah pelakon di layar. Tiba-tiba, kamera terfokus kepada wajah Aaron Kwok.
“Ada iras muka Shakir, lah.” Tetapi Shakir tidak memberi sebarang respon. Hatinya sedikit kecewa apabila Renee mengelak daripada menjawab soalannya.
‘Hmm, ayat tak ikhlas ker ni? Dahlah orang bagi nombor, dia langsung tak telefon. Tanya pun tak nak jawab. Tak sudi cakap tak sudi. Jangan-jangan sekarang ni pun dia rasa terpaksa duduk dengan aku kat sini.’ Shakir mencongak sendirian. Kini giliran Shakir pula berdiam diri. Matanya kembali menonton cerita di skrin.
Renee juga terus mendiamkan diri. Sepanjang tanyangan berlangsung selepas itu, mereka langsung tidak bercakap walau sepatah. Setelah tayangan selesai, mereka pun turut serta penonton-penonton lain keluar dari panggung. Jam sudah menunjukkan hampir jam 7:30 malam. Shakir masih lagi berdiam diri. Renee menjadi semakin gelisah.
“Shakir, Renee nak solat maghrib sekejap. Shakir ada nak ke mana-manakah?” akhirnya, Renee cuba memecah kesunyian antara mereka.
“Jomlah. Saya pun perlu solat juga!” Jawab Shakir. Renee tidak mampu berkata apa lagi. Dia hanya membiarkan sahaja Shakir mengekorinya.
Di dalam surau, Renee duduk bersandar sekejap setelah selesai dia bersolat. ‘Dia marah aku tak call dia kah? Dia cakap kalau ada apa-apa, baru call. Mana ada apa-apa pun. Hmm, yang aku pun bendul sangat kenapa? Agaknya dia memang mengharap aku call dia kot? Ah, lantaklah!’ Renee terus bangun dan bersiap untuk keluar.
Di luar, Shakir sudah pun duduk menunggu Renee di bangku.
“Hai, dah lama tunggu?” Renee cuba memberikan senyuman paling manis kepada Shakir. Tetapi Shakir menggeleng dan memandang ke arah lain. ‘La, takkan merajuk lagi? Mengadalah pula!’ Renee menjadi sedikit geram.
Shakir terlebih dahulu melangkah pergi. Renee tertinggal sedikit di belakang. Tiba-tiba, telefon Shakir berbunyi. ‘Siapa pula yang telefon aku waktu-waktu genting ni?’ Shakir tidak berpuas hati apabila nombor tersebut tidak dikenalinya. ‘Jangan-jangan pensyarah. Mereka dah buat keputusankah?’ hati Shakir berdebar kencang. Dia lantas menjawab panggilan tersebut.
“Hello.”
“Shakir marah Renee lagi?” Renee! Dia menoleh ke belakang. Renee tersenyum sambil menunjukkan telefonnya. Shakir juga tidak dapat menahan bibirnya dari tersenyum.
“Renee, baik Renee lari jauh-jauh. Saya dah geram benar ni.”
“Renee dah telefon pun nak geram lagi?” Dia tersalah tafsir perkataan ‘geram’ Shakir sebentar tadi. Shakir mematikan panggilan tersebut dan pergi mendapatkan Renee. Renee masih lagi tersenyum. Lesung pipitnya makin teserlah menyerikan dan memaniskan lagi wajahnya. Shakir tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada wajah Renee. Mahu sahaja dia mencubit pipi gebu Renee.
“Renee nak ke mana selepas ni?” Shakir memaksa matanya memandang ke arah lain. Dia bertanya dengan harapan Renee dapat menemaninya lebih lama.
“Saya nak balik lah, Shakir. Dah malam.” Shakir sedikit kecewa tetapi dia terpaksa menerima keputusan Renee. Betul juga kata Renee. Hari sudah malam. Apa pula kata orang tua Renee.
“Boleh saya hantar?” dia masih mencari idea-idea bernas untuk terus menemani Renee.
“Saya datang dengan keretalah.”
“Saya escort?” Shakir belum lagi mahu berputus asa.
“Rajinnya! Tak payahlah.”
“I insist.” Tegas sahaja bunyinya. Renee merelakan sahaja. Lagipun mereka naik kereta berasingan. Mama dan papa pun sudah mengenali Shakir.
Shakir benar-benar mengikutnya sehingga ke pintu pagar rumahnya. Dan apabila Renee masuk ke rumah untuk parkir kereta, Shakir berhenti seketika di luar. Mendengar deruan kereta, Encik Rizuan bangun membuka pintu. Dia terpandang lampu kereta di luar pagar rumahnya.
“Siapa tu, Renee?”
“Aaa… Shakir, papa.” Renee sedikit gugup menjawab pertanyaan bapanya.
“Oh, ajak dia masuk. Pergi ajak dia masuk.” Pelawaan En Rizuan itu bukanlah apa yang diharapkan oleh Renee sekarang.
“Baik, papa.” Renee terus pergi mendapatkan Shakir.
“Papa ajak Shakir masuk.”
“Isy, saya seganlah.”
“Amboi, tadi bukan main! ‘I insist’.” Renee mengajuk cakap Shakir tadi. Tanpa sedar Shakir menarik hidung Renee. Terkedu Renee seketika.
Shakir sudah melangkah keluar dari kereta. Sesungguhnya dia juga terkejut dengan tindakannya sendiri. “Siapa lagi ada dalam rumah tu, Renee?”
“Mama, papa dan abang saya.”
“Abang?” Shakir menelan liur. “Berapa umurnya?”
“25. Jomlah cepat. Nanti lewat sangat Shakir balik, bahaya pulak.”
“Awak risaukan saya, Renee? Sayang juga Renee kat saya, ya?”
“Bila pulak Renee cakap Renee risau?” Renee terus berlalu masuk ke rumah meninggalkan Shakir sedikit kebelakang.
“Mana Shakir?” Tanya mamanya.
“Siapa Shakir?” belum sempat Renee menjawab soalan mamanya, abang Renee yang sedang menonton berita di televisyen pula menyampuk. Dia pusing ke arah abangnya untuk menjawab. Tetapi baru sahaja dia membuka mulutnya, mama sudah memberikan jawapan.
“Bakal suami Renee.” Lancar sahaja mulut si mama. Renee sungguh tidak menyangka dia akan ‘diserang’ begitu.
“Mama ni. Dengar dek Shakir nan...”
“Assalamualaikum.” Belum habis Renee bercakap Shakir sudah terpacak di belakangnya. Dia yakin Shakir mendengar segala-galanya. Pintu rumah di belakangnya terbuka luas. Pastinya Shakir sudah berdiri agak lama untuk membuka snickersnya. Muka Renee sudah bertukar merah.
“Ah, Shakir. Sila masuk.” Papa Renee menjemput Shakir dengan ramah. ‘Diorang ni macam dah kenal lama saja!’ Renee masih tidak berpuas hati.
“Apa khabar, pakcik, makcik?” Shakir menyalami kedua orang tua Renee.
“Ini Along. Along, ini Shakir.” Renee memperkenalkan abangnya kepada Shakir. Reza bangun menyalami Shakir.
“Eh, Renee. Bukankah tadi kamu pakai baju putih. Mana baju kamu?” Puan Maimon bertanya kehairanan.
“Kena mandi air Pepsi.” Jawab Renee bersahaja dan terus melangkah ke dapur.
“Hah, Renee! Kamu jangan buat hal. Hal yang ni pun belum selesai, kamu nak tambah lagi satukah?” soalan Puan Maimon itu sedikit sebanyak membuat Shakir tersentak.
“Eh, makcik. Tak adalah. Betul. Kami tengok wayang saja tadi.” Shakir yang terlebih dahulu memberi penjelasan.
“Kamu ni, Mon. Buat takut budak ni saja.” Encik Rizuan bersuara. “Renee, buatkan air untuk Shakir.” Puan Maimon berlalu ke dapur mendapatkan Renee.
“Mama ni. Kenapa tanya macam tu depan Shakir? Kesian dia.”
“Mama lebih kesiankan Renee dari si Shakir itu. Manalah tahu diapa-apakan kamu lagi.”
“Lagi? Mana pernah jadi apa pun, mama. Mama janganlah manuduh kami begitu. Ini ha, bukti Renee dah ‘termandi’ air Pepsi. Entah hilang ke tidak kesan Pepsi ni.” Renee mengeluarkan bajunya yang basah itu sambil menunjukkannya kepada mamanya.
“Pergi rendam cepat. Lepas tu, bancuhkan laki kamu tu air teh panas.” Kata Puan Maimon berseloroh. Sedikit sebanyak, dia sudah mula mempercayai Shakir.
“Mama, siapa laki Renee pulak ni? Tadi bukan main berpesan. Kata orang macam-macam.”
“Makcik, saya nak tumpang bilik air sekejap.” Renee terkejut sakan mendengar suara Shakir. Baldi di tangannya terlepas ke lantai. Bunyi yang terhasil bergema di ruang dapur rumahnya. ‘Dia ni, macam tau-tau saja orang tengah bercakap pasal dia.’ Renee cepat-cepat mengangkat baldi tadi.
“Hah, tu pun tandasnya. Renee bawa laaa... Shakir ni, tunjukkan tandas kat dia.” Bulat mata Renee memandang ibunya. ‘Mama ni sengajalah.’ Bengang Renee dibuatnya.
Shakir terus berlalu di hadapan Puan Maimon. Merah telinganya menahan malu dek usikan Puan Maimon tadi.
“Bilik air sini. Tandas sini. Pilihlah.” Beritahu Renee sambil menunjukkan dua pintu yang berhampiran dengannya.
“Saya pilih awak sajalah.” Shakir berbisik. Sempat lagi dia berseloroh sebelum dia menutup pintu tandas.
‘Apa kena semua orang asyik menyakat aku saja hari ni?’ bentak Renee dalam diam. Renee terus menjerang air di dalam cerek eletrik. Dia mencapai satu teko dan memasukkan satu uncang teh ke dalamnya. Sambil menunggu air itu masak, Renee menjengah ke bawah tudung saji. ‘Hmm… ada sambal sotong. Laparnya perut!’ Setelah air tadi masak, Renee pun mengangkat cerek tadi untuk menuangkan air ke dalam teko.
“Rajinnya.” Tersentak Renee dengan teguran Shakir. Dia masih belum biasa dengan suara lelaki itu. Tambahan pula di dalam rumahnya sendiri. Air panas dari cerek tersiram ke tangan kirinya yang sedang memegang teko.
“Aduh! Sakitnya!” Renee menjerit kesakitan. Tangan kanannya segera menggenggam pergelangan tangan kiri. Menggigil dia menahan pedih.
“Ya Allah. Sini, siram dengan air pili.” Shakir terus mencapai tangan Renee dan dibawa Renee ke sinki. Pedih yang ditanggung Renee tidak terkata. Tangan Renee merah bak udang dibakar. Begitu juga mukanya. Merah menahan sakit. Tak semena-mena jatuh air mata Renee.
“Eh, kenapa ni?” Puan Maimon yang terkejut dengan jeritan anaknya meluru ke dapur. Apabila dilihat muka merah Renee dan muka cemas Shakir, dia bertambah bimbang.
“Tersimbah air panas, makcik. Salah saya sergah dia masa dia tengah tuang air panas tu.” Shakir sahaja yang menjawab. Suaranya berbaur rasa kesal, takut dan bersalah. Renee tak mampu berkata-kata.
“Dah tu. Keringkan tangan dia. Sapukan krim. Nanti makcik ambilkan.” Shakir hanya menurut sahaja arahan Puan Maimon.
“Renee, maafkan saya, ya. Awak janganlah menangis. Saya dah rasa bersalah sangat dah ni.” Pujuk Shakir. Renee hanya mendiamkan diri. Matanya masih tertumpu ke tangannya yang sudah merah menyala. Di ruang tamu, kedengaran suara mama Renee menjawab soalan bertalu daripada papanya.
“Nah, sapukan krim ni. Sapu nipis-nipis. Ubat ni sejuk. Nanti hilanglah rasa pedih tu.” Ujar Puan Maimon kepada Shakir.
“Apalah nasib Renee hari ni. Mula-mula kena mandi air Pepsi, lepas tu asyik kena sakat saja. Sekarang ini pulak.” Akhirnya Renee bersuara. Shakir masih lagi tekun menyapu ubat yang diberikan Puan Maimon tadi ke tangan Renee.
“Nampak sangat semuanya berpunca daripada saya. Saya terus balik sahajalah selepas ni.” Shakir akhirnya membuat keputusan sendiri.
“Don’t you dare. Dah buat orang cedera, nak lari pula. Minum dulu air teh tu. Teruk Renee nak buat air tu. Tak pernah Renee buat air teh seteruk hari ni.” Kata Renee segera membantah rancangan Shakir.
“Yes, dear. First time buat air untuk suami, memang macam tu.” Shakir tersenyum simpul. Masih lagi ingin menyakat. Namun sebenarnya dia hanya ingin menceriakan kembali keadaan. Dia berasa sungguh tertekan waktu itu.
“Perasan!” Renee segera menarik tangan kirinya yang sudah siap disapu ubat. Dan tangan kanannya menyeka air matanya yang masih bersisa di pipi. Kemudian, mamanya masuk ke dapur.
“Air dah siapkah? Biar mama sahajalah yang hidangkan. Anak dara sekarang nak harapkan buat air pun tak boleh. Apa lagi nak suruh masak.” Renee hanya menggelengkan kepalanya. Shakir pula hanya tersenyum sambil berlalu ke ruang tamu.
“Mama, Renee laparlah. Belum dinner.” Renee mengadu kepada mamanya bagaikan anak kecil.
“Belum makan? Ingatkan keluar dating, dah kenyang. Tak pergi makan dengan Shakirkah tadi?” Renee menggelengkan kepalanya.
“Movie habis dah maghrib. So, lepas solat terus balik.” Terang Renee ringkas.
“Maknanya Shakir pun belum dinner lagilah?”
“Belum.”
“Ya Allah. Sekarang dah pukul berapa ni? Shakir! Shakir! Kamu belum dinner rupanya. Mari makan dahulu.” Puan Maimon segera berlari ke ruang tamu. ‘Hai! aku yang lapar, Shakir yang dicarinya?’ Renee membentak dalam hati.
“Kamu belum makan, Shakir? Eh, Mon. Tak payahlah ditanya-tanya. Hidangkan sahaja. Sekarang dah pukul berapa. Masuk angin nanti perut budak-budak ni.” Bingkas Encik Rizuan.
“Eh, tak perlulah pakcik. Nanti saya makan di rumah sajalah.” Shakir menjawab jujur. Segan pula dia nak makan-makan di rumah itu.
“Dah, tak payah nak segan-segan. Pergi makan. Renee, jemput Shakir makan.”
“Pakcik dan Along makanlah sekali.” Mohon Shakir berbahasa.
“Kami baru selesai makan masa kamu datang tadi. Rumah ini dinner awal sedikit. Tak mengapa, kamu pergi duduk makan.” Balas Encik Rizuan. Setelah dipelawa buat ke sekian kalinya, Shakir akhirnya bangun menuruti Puan Maimon ke meja makan. Di situ, Renee sudahpun bersedia dengan semua hidangan. Malahan, nasi juga sudah disenduk ke pinggan. Renee juga sudah pun duduk mengadap pinggannya.
“Duduklah Shakir. Ini sahaja yang tinggal. Makcik ingat dah tak ada sesiapa yang akan datang ke rumah. Renee, tuangkan air untuk Shakir.” arah mamanya sopan.
“Shakir nak air kosong atau air teh tadi?” Renee bersuara.
“Teh pun boleh juga. Terima kasih.” Renee menuangkan air teh ke cawan dan dihulurkan cawan itu kepada Shakir. Kemudian dia menuangkan secawan lagi untuk mamanya yang duduk di sebelahnya. Setelah itu, dia duduk menjamu selera. Mereka berbual-bual sambil makan. Tetapi yang banyak bercakapnya Puan Maimon. Yang banyak menjawabnya Shakir.
Habis makan, Shakir kembali duduk di ruang tamu. Setelah selesai minum dan berborak bersama Reza dan Encik Rizuan, Shakir pun meminta diri. Jam waktu itu sudah menghampiri 10:00 malam. Renee menghantar Shakir sehingga ke pintu pagar.
“Renee, sabar banyak-banyak. Belum sah lagi tu!” usik abangnya si Reza. Renee buat tidak endah sahaja. Malas hendak dilayan.
“Balik elok-elok ya.” Pesan Renee kepada Shakir.
“Ok.” Jawab Shakir sambil tersenyum.
“Kirim salam dengan mak Shakir.”
“Insyaallah. Selamat malam.”
“Ya lah. Shakir dah balik ni, Renee selamatlah kot.” Renee sengaja mengusik Shakir. Jika dari tadi asyik dia sahaja yang kena. Sekarang giliran dia pula.
“Hmm, saya setuju tu. Kalau saya tak balik malam ni, nahaslah awak.” Shakir memulangkan paku buah keras. “Anyway, terima kasih banyak-banyak. I had a good time with you.”
“Sure, right. Dahlah, pergi balik. Renee masuk dulu ya. Bye.” Renee terus menekan alat kawalan pintu pagarnya. Shakir mengangkat tangannya sebelum berlalu pergi.
Renee terus masuk ke biliknya untuk mandi dan solat ‘Isyak. Setelah selesai segalanya, dia pun merebahkan badannya ke katil, menarik selimut dan memejamkan matanya. Namun seelok mata dirapatkan, tiba-tiba telefonnya berdering. ‘Shakir!’
“Assalamualaikum.” Renee memulakan bicara.
“Hi honey. Waalaikummussalam. Belum tidur?”
“Not anymore. Gatallah pula nak berhoney-honey.”
“Eh, salahkah?”
“Suka hati Shakir, lah.” Malas dia hendak melayan usikkan Shakir itu.
“Tangan sakit lagi?”
“Rasalah juga sikit-sikit. Nothing serious rasanya.”
“Ya kah? Tapi saya rasa terribly guilty.”
“Hmm… you should!”
“Ya lah. Saya tahu tu. By the way, mak kirim salam. Dia marah Shakir pasal air panas tu.”
“Yang Shakir bagi tau mak buat apa?”
“Dia sibuk tanya Shakir pergi mana tak balik-balik. Shakir cerita sahajalah. Mak cakap Shakir tak pandai jaga isteri.”
“Hal itu pun Shakir ceritakan juga?” Renee berasa sedikit resah. Dia tak sangka Shakir begitu jujur.
“Tak adalah. Mak yang cakap sendiri. Shakir aminkan saja.” Seloroh Shakir.
“Isy!” Mereka berbual-bual hampir satu jam lamanya. Akhirnya Renee mengalah kerana matanya terasa begitu berat.
“Shakir, Renee dah mengantuklah.”
“Okay, go ahead. Sweet dreams. Mimpi Shakir, ya!”
“Kalau mimpi Shakir, ntah apa pula Renee kena simbah nanti. Jangan-jangan, asid.”
“Isy, Renee. Okaylah, tak payahlah mimpi Shakir. Mimpi orang lain yang boleh buat awak selamat.” Renee tertawa kecil.
“Jangan merajuk pula. Saya tak pandai pujuk. Sehari sekali sudahlah.” Kata Renee merujuk kepada kejadian di pawagam petang tadi.
“Tak adalah.”
“Ok. Bye, Shakir.”
“Bye.” Dan talian dimatikan Renee.
Renee cuba tidur. Tetapi apabila matanya ditutup, wajah Shakir muncul. ‘Hmm, aku baru keluar sekali dengan dia, kami sudah semesra ini. Tapi lain benar Shakir dulu dan Shakir sekarang.’ Renee masih cuba memaksa dirinya untuk tidur. Setelah berjam-jam tergolek-golek di atas katil, akhirnya jam 3:30 pagi barulah matanya betul-betul terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience