11

Romance Completed 7404

Kini masa yang ditunggu-tunggu Renee akhirnya tiba juga. Hari ini, dia akan bersemuka dengan Salwa Saidin. Dia agak cemas juga. Dia tidak pasti bagaimana perjumpaan itu nanti akan berlangsung. Sengaja Renee merancang perjumpaan itu di kafeteria kolej pada jam 5 petang agar tiada yang akan memberikan alasan untuk tidak datang. Tiada kuliah yang berlangsung selepas pukul 6 petang. Latihan-latihan sukan juga sudah tamat kerana MASUM sudah berakhir.
Lebih kurang jam 4:45 petang, Shakir datang ke asrama untuk menjemputnya.
“Ready?” Tanya Shakir. Renee hanya mengangguk. “Renee yakinkah dengan tindakan Renee ni?” soalnya lagi.
“Kenapa Shakir tanya begitu? Shakir takut kehilangan Salwa?” Renee menduga.
“Bukanlah!” agak kuat suara Shakir. Ditariknya hidung Renee sedikit kuat. Geram benar dia dengan soalan serkap jarang Renee itu. “Shakir risaulah. Wawa tu kasar sedikit orangnya. Takut nanti diapa-apakan Renee, macam mana?”
“Tak apa, kan Renee ada prince charming yang dah bertukar menjadi dragon!” Shakir terusik dengan kata-kata Renee itu. Ditariknya hidung Renee lagi.
“Shakir, lama-lama Renee jadi Pinochio lah macam ini.” Shakir tertawa besar mendengar kata-kata Renee.
Sesampainya Shakir dan Renee di kafeteria, Farid sudahpun sedia menunggu. Mereka berdua terus mendapatkan Farid. Shakir membelikan dua gelas teh o ais untuk mereka berdua.
“Farid, aku minta tolong sangat-sangat daripada engkau. Tolonglah berterus-terang dengan Wawa. Aku tak nak Wawa terus mengganggu aku dengan Renee lagi.”
“Ok, ok. Aku janji. Aku akan cakap semuanya. Percayalah.” Dari jauh, Renee sudah nampak Myvi S. E. hitam milik Wawa menuju ke arah kafeteria.
“Shakir, yang itukah Salwa?” Shakir memandang ke arah yang ditunjukkan Renee. Dia mengangguk.
“Renee sedia?” Renee mengangguk yakin. Namun dia tidak memandang langsung kepada Salwa. Matanya dihalakan ke gelas air ditangannya. Hatinya mula berdebar-debar.
“Hai, Shark. Ada apa korang nak jumpa aku?” Sapa Salwa dengan mesra. Dia masih belum perasan akan kehadiran Renee di situ. Mendengar sapaan Salwa yang mesra itu, Renee serta-merta menarik tangan Shakir dan menggenggam kemas jari-jemari Shakir. Dia menginginkan sokongan dan keyakinan daripada lelaki itu.
Shakir sedikit tersentak. Tidak pernah Renee memegang tangannya begitu. Namun dia memahami perasaan Renee. Dia juga berasa sangat lega. Saat itu, Shakir sangat yakin Renee benar-benar menyayanginya dan tidak akan sesekali melepaskannya kepada orang lain.
“Duduklah dulu Wawa.” Pelawa Farid sambil menarik kerusi di sebelahnya. Salwa akur sahaja. Namun apabila dia terpandang wajah Renee di sebelah Shakir, dia iri hati.
“Apa minah ni buat kat sini hah?” bentak Salwa keras. Renee hanya mendiamkan diri membiarkan Shakir ‘berurusan’ dengan Salwa.
“Wawa, ini aku kenalkan, Renee. Awek aku.” Kata Shakir bersahaja. Renee berpaling memandang Shakir apabila dia dikenalkan sebagai ‘awek aku’. Bangga, seronok dan terharu bercampur-baur dalam dirinya.
“Oh, awek engkau ya. Sejak bila?” Shakir rasa tercabar dengan soalan yang keluar dari mulut Salwa. “Sejak engkau kena tangkap basah dulu?” Salwa menyindir.
“Engkau pun tahu apa sebenarnya yang terjadi, kan? Kami difitnah. Kejadian itu sudah dirancang.” Balas Shakir marah.
“Itu kata kau, Shark. Hakikatnya siapa yang tahu, kan?” Balas Salwa sambil menjuihkan bibirnya.
“Aku rasa engkau tahu tentang hal itu.” Kini giliran Renee pula bersuara. “Aku nampak Jihan berlari laju menuju ke kereta Myvi S.E. hitam sama seperti itu.” Dia menuding jari ke arah kereta Salwa. Shakir dan Farid terkejut mendengar kenyataan Renee itu. Mereka saling berpandangan sebelum kedua-duanya serentak memandang Salwa.
“Wawa, engkaukah dalangnya? Engkaukah yang memerangkap kami dulu?” Shakir menjadi semakin berang. Renee menggenggam tangan Shakir lebih kemas untuk menenteramkan hati lelaki itu. Dia tidak mahu perbincangan mereka menjadi kecoh.
“Apa pasal pula aku nak kenakan engkau, Shark? Engkau tahu aku sukakan engkau. Buat apa aku nak susahkan engkau?” Bantah Salwa.
“Engkau buat macam tu sebab engkau bengang bila Shark reject engkau, kan?” Farid pula bersuara setelah lama menjadi pemerhati. Salwa mula tidak senang duduk.
“Engkau cakap betul-betul, Wawa. Betulkah kau yang rancang semua tu? Cakap betul-betul.” Suara Shakir seolah-olah menggertak. Dia sudah bangun berdiri tegak. Suasana menjadi agak riuh. Renee cuba menarik tangan Shakir supaya duduk semula.
“Ya! Aku yang rancang. So? Apa yang kau nak buat kat aku?” kini Salwa juga turut berdiri. Kerusi yang ditolak kuat ke belakang sudah terbalik menyembah bumi.
“Woi, engkau berdua bawalah bersabar. Tak perlulah bertempik. Kita di tempat awam sekarang ni.” Kata Farid menenteramkan keadaan. Mereka berdua akur.
“Wawa, selama hari ini, aku anggap engkau kawan aku. Tapi engkau tikam aku dari belakang. Macam inikah kawan?” berang benar Shakir waktu itu. Dia memang langsung tidak menyangka kejadian itu angkara Salwa.
“Kawan? Aku tak mahu jadi kawan, Shark. Kawan takkan bagi semua hadiah-hadiah tu.”
“Dah banyak kali aku cakap dengan engkau, kan? Aku tak suka engkau berikan semua hadiah tu. Tapi engkau yang degil. Kalau engkau nak balik hadiah-hadiah tu, minta daripada Farid. Dia simpan semua hadiah engkau tu.” Wawa memandang ke muka Farid. Farid hanya mengangkat bahu. Wawa menggeleng-gelengkan kepalanya. “Begini sajalah. Selepas ini, aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan engkau. Aku tak nak engkau kacau hidup kami lagi. Aku juga nak engkau hentikan semua perangai kawan-kawan engkau terhadap Renee. Kau faham?”
“Sudahlah Shark! Kalau dah engkau cakap macam tu, apa guna kita bertekak lagi. Engkau layanlah awek engkau tu. Mulai sekarang, aku tak kenal lagi kau siapa.” Salwa berlalu pergi dengan pantas. Shakir, Renee dan Farid hanya membiarkan sahaja Salwa pergi. Susana sunyi seketika. Setelah agak lama mereka begitu, Farid bersuara meminta diri.
“Aku blah dulu lah, Shark. Renee, jumpa lagi.” Farid terus berlalu meninggalkan Renee dan Shakir.
“So,” Shakir akhirnya bersuara sambil memandang tepat ke wajah Renee. “Dah puas hati?” Shakir menyoal Renee.
“Entahlah. Yang pastinya, betul cakap Renee dulu.”
“Apa?” Shakir bertanya kehairanan.
“Kita kena perangkap dengan peminat Shakir.”
“Hmm... Look at the bright side. Kalau Wawa tak buat macam tu, Renee pun tak kenal Shakir, kan?”
“I know you since the first semester.”
“Oh, ya? Jadi, Renee pun salah seorang peminat Shakir lah, ya?”
“Pel…lizzz (please)!” Shakir tertawa kecil.
“Sayang betul Renee pada Shakir, ya?” tambahnya lagi.
“Hmm… perasanlah sangat!”
“Dari tadi tak lepas-lepas tangan Shakir ni Renee pegang. Kenapa? Takut ‘terlepas’?” Shakir mengangkat tangannya yang digenggam Renee sedari tadi. Renee cuba menarik tetapi pantas sahaja Shakir mengeratkan genggamannya dan diletakkan tangan Renee ke dadanya. “I love you.” Ucap Shakir dengan penuh kejujuran.
Renee memandang mata Shakir. “I know.” Shakir sedikit kecewa tetapi ditelan sahaja. Bila agaknya gadis itu akan berterus terang dengannya.
Jam sudah menghampiri ke angka 7. Suasana pun sudah semakin gelap.
“Jom balik.” Ajak Shakir. Renee bangun dan berjalan mengekori Shakir ke motorsikalnya. Shakir terlebih dahulu naik ke atas motor sambil menghulurkan topi keledar kepada Renee. Baru sahaja Renee naik ke atas motor dan duduk di belakangnya, Shakir menarik tangan kanan Renee. Ditekapkan tangan Renee di dadanya. Renee membiarkan sahaja.
Akhirnya, itulah kebiasaan Shakir setiap kali mereka ke mana-mana. Segan juga Renee dibuatnya. Kadang-kala apabila berselisihan dengan siswa-siswi lain, Renee menarik tangannya ke belakang. Tetapi Shakir akan menarik kembali tangannya dan diletakkan semula ke dadanya.
“Tangan Renee macam tali pinggang keledar, tahu? Kalau tak ada, rasa macam tak selamat.” Itulah alasan yang pernah diberikan Shakir.
Sekarang hidup Renee sudah kembali tenang. Tiada lagi kata-kata sindiran daripada sesiapapun termasuk roommatenya, Hani. Malah persahabatan mereka juga sudah baik walaupun tidak lagi semesra dahulu. Rakan-rakan sekuliahnya juga sudah menerimanya kembali. Begitu juga volleyball teammate. Sekarang, dia sudah boleh turut serta bermain bersama-sama mereka. Tetapi dia tidak mahu lagi aktif dalam sukan memandangkan ini adalah tahun terakhirnya di universiti. Dia mahu lebih memberi tumpuan kepada pelajarannya. Malahan tahun ini dia mempunyai final year project dengan 12 jam kredit. Dia perlu skor untuk memastikan CGPA nya kekal di atas paras 3.
Dia juga sudah jarang pulang ke rumah. Dia hanya berjumpa dengan Shakir pada waktu makan tengahari dan makan malam sahaja. Mereka sama-sama sibuk sekarang dan mereka akur. Mereka ingin segera menamatkan pelajaran mereka di situ dengan segulung ijazah.
“Renee, bila majlis Along berlangsung?” Shakir menyoal semasa mereka sedang makan malam.
“13 Mei. Kenapa?” Renee sedang menikmati sepinggan mee rebus dengan asyik sekali.
“Emm… kita bertunang hari itu, nak?” Renee terus tersedak kuah mee di dalam mulutnya. Terkejut dia mendengar cadangan Shakir yang datang tiba-tiba. Dia segera bangun menuju ke sinki memuntahkan segala isi mulutnya dan cuba mencuci rasa cili yang naik ke hidung. Sungguh pedih hidung Renee. Merah padam mukanya.
“Sorry, Shakir tak sengaja.” Dia menggosok-gosok belakang badan Renee. “Nak air?”
“Air kosong.” Pinta Renee. Tekaknya teramatlah tidak selesa.
“Abang, minta air kosong satu. Jangan letak ais, ya.” Pinta Shakir kepada seorang pelayan restoran. “Renee, I’m very very sorry.” Mohon Shakir. Renee menggoyang-goyangkan tangannya memberi isyarat yang dia tidak apa-apa.
“Nak tisu.” Pantas sahaja Shakir mendapatkan beberapa helai tisu. Apabila air sampai, terus sahaja Renee minum hasib kesemuanya. Kemudian mereka berjalan balik ke meja. “Shakir buat Renee terkejut betul. Pedih hidung.”
“Sorry! Shakir tak sengajalah. Tiba-tiba saja teringat. So, setuju tak?”
“Are you serious?”
“Very!”
“Mak dah tahu?” Shakir menggeleng-gelengkan kepalanya. “Shakir bincanglah dengan mak dulu. Lepas tu suruh mak bincang dengan mama dan papa. Renee ikut saja.”
“Betul?”
“Yup! Tapi…”
“I hate ‘tapi’. What is it?” Renee hanya tersengih. Mee rebus tadi ditolak ke tepi.
“Tapi, berapa Shakir nak bagi Renee?”
“Oh, itu. Buat suspense saja. Berapa Renee nak?”
“Menjawab soalan dengan soalan bukan satu tabiat yang baik. Jawab sajalah. Berapa yang Shakir berani?”
“RM20600. Boleh?”
“Kenapa 20600?”
“Kan kita kena tangkap dulu 20 Jun. Ok lah tu, kan?” jawab Shakir bersahaja.
“Isy, ambil sempena tarikh itu? Tak senonoh langsung!”
“Habis, berapa?”
“Hmm…” Renee berfikir sejenak. “Apa kata RM20014 untuk hantaran…”
“Makin kurang? Ok lah macam tu!”
“Jangan potong cakap orang. Belum habis. RM1700 duit mas kahwin. Boleh?”
“Significant nombor tu?”
“20 is your birthdate and 14 is mine. Then, 1 is for January which is yours and 7 is for July.”
“So, total up is RM21714. Alright. Nanti Shakir suruh mak call mama bincangkan hal ni.”
“Shakir, you are totally serious!” Renee hampir sahaja menepuk mejanya. Dia menyangka Shakir hanya ingin menyakat seperti kelazimannya. Nyata sangkaannya salah.
“Of course I am. Renee ingat Shakir main-mainkah?”
“Manalah tahu. Selalunya tak pernah serius. Ada saja idea Shakir nak menyakat.”
“Boleh atau tidak?” Kali ini Shakir bertanya lagi untuk kepastian.
“Tak perlulah. Renee suka dengan cara Along. Pagi bertunang, petang bernikah. Save duit, save masa. Tak perlu bertunang awal. Macamlah kita ni belum kenal satu sama lain.”
“Hmm… kalau macam tu, pagi bila kita nak bertunang, petang yang mana kita nak bernikah?” Renee tergelak mendengar soalan Shakir yang bersungguh-sungguh benar dengan soal perkahwinan mereka.
“Itu Renee belum fikir lagilah.” Renee menggeleng-gelengkan kepalanya dan menarik nafas untuk mengawal tawanya. “Lagipun Shakir, biarlah kita kerja dulu. At least for a year. Bolehlah kita buat saving sikit. Selesa sikit hidup jika kita ada saving, especially for emergencies. Bila dah kahwin, bukan senang nak save duit. Lagipun, kalau kita ada duit lebih, boleh buat majlis gempak sikit, kan?”
“Kalau setakat nak bagi duit hantaran dan mas kahwin Renee tu, Shakir dah ada lah. Renee nak kahwin di mana? Palace of Golden Horses macam Mawi dan Ekin? Lebih dari itu Shakir boleh buat. Sekarang, Shakir dah ada rumah sendiri dan dah ada motor. Walaupun rumah tu tidaklah sebesar rumah mak, tapi cukuplah untuk dua orang nak duduk. Tapi, kalau Renee dah tak suka naik Ninja tu nanti Shakir boleh beli kereta sebiji. So, tak perlu kerja setahun untuk collect duit tu.”
“Itu duit family Shakir. Mana boleh ambil kira. Takkanlah Shakir nak mak sara perkahwinan kita?” ujar Renee sambil tersenyum menguji.
“Renee, dengar sini. Mak tak pernah mewahkan kami adik-beradik. Apa yang Shakir ada sekarang kebanyakkannya adalah usaha Shakir sendiri. Mak suka kami independence. Hampir semua post dalam kilang mak tu Shakir pernah try. Masa cuti SPM dulu, Shakir dah masuk handle printing machine. Mak bayar gaji kepada Shakir. Mak bukakan akaun KWSP untuk Shakir. Kerja Shakir di situ official, tahu! Other than that, I love business. Dulu di sekolah, Shakir design t-shirt, greeting cards, than jual. Sekarang ni pun Shakir ada ambil part-time job. T-shirt Kelab Kebudayaan tahun lepas, Shakir yang design tahu? Boleh tahan juga payment yang Shakir dapat. Bolehlah nak cover installment Ninja tu.”
“Wow, rupa-rupanya sayang Renee ni very hardworking and business minded person. Renee ingatkan mak belikan motor tu untuk Shakir! Maklumlah, anak lelaki seorang.” Dia tersengih menayang gigi.
“Sayang?” Shakir mengerut kening mendengar gelaran Renee itu. Seingatnya, inilah kali pertama Renee menggelarnya begitu. Sebagai jawapan, Renee hanya tersenyum manis sambil mengangkat keningnya. “Hem… jangan haraplah. Mak bukan orang begitu. Kami bukan berasal daripada golongan orang berada, Renee. Mak dan abah dulu orang susah. Atas usaha mak, kilang itu maju. Mungkin rezeki mak, kami banyak dapat big job dengan penerbit-penerbit terkenal kat Malaysia ni. Kemudian, mak cari kilang yang lebih besar dan beli mesin tambahan. Sekarang ini barulah kami semua dapat merasa hasilnya. Mak sangat workaholic selepas abah meninggal dunia lebih 10 tahun dulu. Waktu itu, mak baru saja lahirkan Shika. Mungkin itulah sebabnya kilang tu begitu maju sekarang.”
“Shakir beruntung ada mak sebegitu. Tengoklah Shakir adik-beradik. Tetap terurus. Selalunya apabila parents dilanda musibah, anak-anaklah yang menjadi mangsa. Tapi family Shakir semuanya ok.”
“Mak Shakir, mak Renee juga kan?”
“InsyaAllah… Dah pukul 10 lah. Jom balik. Nanti lewat sangat pula.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience