6

Romance Completed 7404

Malam itu, Shakir tidak dapat melelapkan matanya. Rasa bersalah yang amat mencengkam hati. Beberapa kali dia mengangkat telefon bimbitnya. Tetapi beberapa kali itu juga dia membatalkan hasratnya. Kata-kata Renee tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya. ‘…kalau Shakir jujur dengan Renee, Shakir tahu apa nak buat.…’
Untuk entah kali yang keberapa, Shakir mengambil telefonnya, mencari nombor Renee dan membuat panggilan. Kali ini, dia menguatkan azam dan menunggu sehingga panggilannya dijawab.
“Hello, assalamualaikum.” Shakir bersyukur apabila Renee sudi menjawab panggilannya.
“Waalaikummussalam. Dah tidur?” Shakir menjeling jam locengnya. 12:45 malam. Dia menepuk dahi. ‘Bodohnya aku!’
“Belum.” ‘Fuh! Nasib baik.’ Fikirnya.
“Renee tengah study yer? Sorry ganggu.”
“Tak.” Jawab Renee ringkas.
“Tak dapat tidur?” Tanya Shakir lagi.
“Hmm…”
“Samalah.” Suasana hening seketika. Mereka berdua hanya mendiamkan diri. “Renee?”
“Ya…”
“Oh, ingatkan dah tidur tadi. Renee terpilih untuk MASUM bulan depan?” dia ingin berbual dengan gadis itu. Dia inginkan hubungan mereka kembali seperti dua bulan yang lalu. Tetapi dia tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri.
“Dapat tapi Renee tolak.” ‘Hmm… tak der soalan lain nak tanya?’ fikir Renee.
“Kenapa?”
“Teammate tak suka Renee.”
“Really? Sebab apa pula?”
“Us!”
“Oh, that.”
“You have a lot of secret admirer, you know. Mereka anggap Renee ni ancaman, cuba nak rampas Shakir daripada mereka. Padahal, mereka tak tahu yang kita pun langsung tak bertegur sapa. Apatah lagi nak rampas.” Renee cuba melepaskan geram dengan cara paling lembut yang dia mampu.
“Ya kah? Mungkin mereka boleh nampak the strong attraction. Mereka dah boleh predict the future.” Balas Shakir. Dia ingin membayangkan parasaannya kepada Renee.
“Tak ada apa-apa yang perlu mereka predict. Kalau mereka suka, siapalah Renee untuk menghalang.” Balas Renee perlahan. Sakit pula hatinya mendengar ayatnya sendiri.
“Hmm… bunyi macam cemburu saja. So, this entire angry thing is just cause you are jealous?” dia cuba menyakat dengan harapan dia dapat menceriakan sedikit gadis itu.
“Jealous? Could I? Siapalah Renee nak cemburukan all your girlfriends.”
“All? Tolong buangkan ‘s’ kat belakang tu ya. I’m not that kind of person.”
“Oh, so you do have one.”
“Yes, and I’m talking to her right now.” Tiba-tiba Renee terdiam. “Renee? Are you still there?” Dan kemudian Shakir terdengar esakkan yang cuba disembunyikan Renee. “Renee… don’t cry. Please!” Shakir memujuk lembut.
“I assumed that once. And I was wrong.”
“No, you are not. Renee, please don’t say that. Saya mengaku saya salah. Saya tak cukup berani. Tapi tak pernah walau sehari pun saya tak cari Renee. Everyday, Renee. Everyday saya akan cari Renee di kampus. It just that saya tak cukup berani untuk berdepan dengan Renee dihadapan semua orang.”
Saat itu Shakir rasa terlalu geram. Marah dengan tindakannya sebelum ini. Entah mengapa dia hilang keyakinan untuk menegur gadis itu di universiti. Mungkin benar dia malu, tetapi bukan malu untuk mendampingi Renee. Renee adalah gadis terbaik baginya. Shakir malu untuk mengakui bahawa dia sukakan gadis itu. Malu untuk mengaku pada rakan-rakannya, malu kepada dirinya sendiri. Hakikatnya dia tidak pernah bercinta. Bukan tiada yang meminati dirinya, tetapi pintu hatinya tidak pernah terbuka untuk semua itu. Shakir sendiri tidak memahami perasaannya sekarang.
“Renee. I promise I’ll be brave. To prove that to you, nanti kita balik sama-sama ya?”
“Don’t push yourself. I’ll be ok. I just need time. Lagipun kita bukannya ada apa-apa pun. It just a little incident that drove us closer. Nothing more, nothing less. I’ll be fine.”
“I’m not. Renee, sekali lagi Shakir beritahu, I like you so much and I want to get to know you better. I hope you feel the same way. Just give me another chance. Ok?”
“I’ll think about it. I’ll let you know.”
“Esok boleh?”
“So soon?”
“Shakir ada volley training. Kena balik cepat.”
“Renee tak nak balik cepat sangat. Renee nak rehat kat rumah. Nak study kat rumah. I have a hard time with my roommate.”
“Because of us?”
“Yup!”
“Ramai betul yang minat kat Shakir rupanya ya?” Shakir cuba berseloroh. Dan kali ini, dia berjaya.
“Perasan!” terjongket juga bibir Renee.
“Janganlah senyum sorang-sorang. Shakir nak tengok juga. Hari ini Renee langsung tak senyum.”
“Mana ada orang senyum. Sudahlah Shakir. Dah nak pukul 3 ni. Renee nak tidur.”
“Alah, esok Renee boleh bangun lambat. Renee bukannya kena sembahyang.”
“Ya lah tu. Nak kena bambu dengan mama bangun lambat.”
“Cakap ngan mama Renee tidur lambat sebab layan Shakir. Sure mama tak kisah punya!”
“Amboi! Sekarang dah pandai berkomplot dengan mama ya.”
“Nakkan anak orang, kenalah ambil hati orang tuanya dahulu. Kalau tak nanti dia letak mas kahwin tinggi-tinggi, jenuhla Shakir. Lambatlah kita kahwin.”
“Eleh, confident nya dia!”
“I am, Renee. I never felt so sure before. Tak tahulah Renee. Orang cantiklah katakan.” Talian menjadi sunyi lagi. Shakir bingung. “Renee?”
“Shakir, can we stop now? Renee nak tidurlah.” Dia tidak suka mendengar ton suara Shakir yang tiba-tiba bertukar serius. Dia tidak mahu lagi menaruh harapan menggunung. Dia perlu menjaga dirinya.
“I scared you, don’t I? Sorry about that. Well, esok Shakir akan balik ke kolej. Kalau Renee nak ikut, call me ok. I really really hope that you will.”
“Ok. Bye.”
“Bye, sweet dreams.” Renee mematikan telefon. Shakir terus menggenggam telefonnya. Fikirannya masih memikirkan gadis itu. Akhirnya dia terlena bersama telefon ditangan.
Harapan Shakir untuk pulang bersama-sama dengan Renee tidak kesampaian. Renee masih ingin terus tinggal di rumah. Dia tidak tenteram tinggal dia biliknya di kolej. Namun demikian, mereka kerap berhubung menerusi telefon. Setiap malam sebelum tidur pasti Shakir akan menelefon Renee.
“Jangan-jangan Renee kahwin dulu sebelum Along, mama. Dah parah dah Along tengok ni. Telefon tak lekang daripada tangan.” Seloroh Reza.
“Along jealouskah? Cari la awek, kahwin la cepat. Along pun bukannya muda sangat. Dah elok nak kahwin. Betul tak, mama?”
“Betul tu, Along. Kamu dah 25 tahun. Tahun depan 26. Eloklah tu. Kamu bukannya menganggur. Kenapa, tak lakukah anak bujang mama ni? Dulu bukan main lagi. Rozana lah, Shafika lah, Nurul lah. Sekarang siapa pun tak ada. Takkanlah dalam ramai-ramai tu tak ada seorang pun yang boleh dibuat isteri?”
“Mama ni, kita tengah borak pasal Renee kenapa Along pula yang kena? Pandai ya engkau Renee, tukar topik!” Reza membaling sepotong kacang panjang ke muka adiknya.
“Mana ada! Betul apa Renee cakap tu. Along tu dah makin tua. Sampai bila nak berfoya-foya. Kahwin sajalah Along!” sokongan ibunya memihak kepada Renee.
“Nantilah. Muda lagi la mama. Baru 26 tahun.”
“Habis tu, kamu nak tunggu umur berapa? Kahwin lewat-lewat, umur dah 50 masih lagi menghantar anak ke sekolah rendah. Buat malu sahaja.” Renee ketawa besar membayangkan wajah abangnya pada usia 50-an masih menghantar anak ke sekolah.
“Mama ni. Tahulah Along. Nanti bila Along nak kahwin, Along beritahu mama. Jangan risaulah.”
“Mama nak Along kahwin sebelum umur 30. Kalau dah 29 tahun masih belum ada tanda-tanda nak kahwin, mama akan carikan seseorang dan Along mesti setuju dengan pilihan mama.”
“Sampai macam tu sekali?” Reza mengeluh mendengar syarat yang diletakkan mamanya.
“Mestilah. Mama nak juga tengok cucu-cucu mama. Kalau lewat sangat kamu kahwin, nanti takut mama tak sempat nak main dengan cucu pula.”
“Hish, mama ni. Ke situ pula. Cakap itu doa mama. Janganlah cakap sembarangan.” Renee pula bersuara. Tegas bunyinya. Risau dia mendengar kata-kata ibunya tadi. Tak dapat dia bayangkan hidup tanpa mama dan papa.
“Itu hakikatnya. Kamu pun sama. Beritahu Shakir, jangan tunggu lama-lama. Tambahan pula kamu tu perempuan. Paling lewat pun 25.”
“Aik, Renee pun kena juga.” Abangnya sudahpun terkekeh-kekeh ketawakan Renee.
“Ya lah. Sedang eloklah. Kamu habis belajar 23 tahun. Dua tahun kerja, takkan tak sempat nak kumpul duit?”
“Mama cakaplah dengan dia sendiri. Malas Renee nak masuk campur.”
“Macam tu pula?” Puan Maimon hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Mama, esok Renee balik ke kolej ya?”
“Esok? Kata nak spent whole study weeks kat rumah? Exam kamu kan Rabu minggu depan.”
“Dah rindulah tu konon.” Reza pula menyakat.
“Isy, suka sangat menyampuk. Suka hati oranglah. Boleh ya, mama?” rayu Renee lagi kepada mamanya.
“Suka hati kamulah. Yang mama tau, kamu mesti maintain result kamu tu. Jangan ada yang drop pula.”
“Ok mama.”
Tidak sabar rasanya dia ingin pulang ke kolej. Tetapi pada masa yang sama, dia juga berasa gusar. Dia berharap Shakir benar-benar menunaikan janjinya. Dia enggan memberitahu Shakir tentang kepulangannya. Dia ingin membuat kejutan kepada lelaki itu. Malam itu, apabila Shakir menelefonnya seperti biasa dia masih merahsiakan kepulangannya.
“Bila Renee nak balik sini?”
“Nantilah. Kertas Renee lambat lagi. Bila dah dekat dengan exam nanti, Renee baliklah.”
“Rindulah.”
“Ya lah tu. Masa Renee ada di sana tak nak tegur. Sekarang boleh main rindu-rindu pula. Entah-entah nanti bila Renee dah balik, Shakir pun hilang macam dulu.”
“You’ll see. Jangan cabar!”
“Hmm… Renee takkan cabar. Renee tahu Shakir takkan termampu buat.”
“Renee, jangan cabar. Nanti Shakir peluk Renee depan semua orang baru tahu.”
“Hish! Apa cakap macam tu? Tak baiklah.”
“Tahu takut.”
“Bukan takut, tapi tak betul. But I know, you won’t do such things to me, will you?”
“I won’t if you stop daring me.”
“Ok, I stop!”
“Good girl.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience