Bab 23

Horror & Thriller Completed 4950

Ellyna berjalan sendirian ke arah stor asrama. Niat nya hanya satu. Dia sudah tidak tahan dengan kes-kes di sekelilingnya. Dia sudah bertekad bahwa dia akan mengambil nyawanya sendiri pada malam itu.

Ellyna menghidupkan lampu stor. Dia mengeluarkan pisau poket yang tersimpan dari tadi. Dia menangis teresak-esak. Ellyna meletakkan pisau itu betul-betul di pergelangan tangannya. Dia memejamkan matanya.

Belum sempat Ellyna berbuat apa-apa, tangannya direntap. Ellyna terkejut. Mungkin ada orang yang masih sayang lagi kepada dirinya desus hatinya. Ellyna mengangkat kepalanya. Ternyata bukan orang.

"Kau takkan mati selagi bukan di tangan aku!" jerit lembaga itu. Damia. Ellyna sudah mula cuak. Membayangkan apa yang bakal berlaku. Tiba-tiba tubuhnya melekat di dinding. Damia menunjukkan sebatang lilin kepada Ellyna.Ellyna masih tidak faham.

Dengan tidak semena-mena lilin itu hidup. Api nya biru. Jari Ellyna bergerak sendiri menyentuh api itu. Tangannya melecur teruk namun masih kaku di atas api itu. Api itu beralih pula ke arah rambutnya yang ikal mayang itu. Satu persatu rambutnya dijilat api.

Ellyna kaku. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Api itu merebak ke arah kulit kepalanya dan terus ke muka. Dia menjerit-jerit namun suaranya umpama terkunci. Tubuhnya berjalan sendiri. Ellyna menghantukkan kepalanya berkali-kali ke lantai.

Darah memancut-mancut keluar. Ellyna terseksa kerana telah kehilangan banyak darah. Akhirnya tubuh Ellyna bebas. Dia terduduk menahan kesakitan.

"Sekarang kau boleh sambung apa yang kau nak buat tadi" Damia mula bersuara. Dia menghulurkan pisau tadi kepada Ellyna. Ellyna mengambilnya dan mencampakkan pisau itu jauh-jauh. Ellyna tersentak apabila pisau itu bergerak sendiri kembali ke arah mereka.

"Kalau kau tak nak biar aku buatkan" Damia mencapai pisau itu. Ellyna bertambah cemas. Kepalanya yang masih terbakar sudah tidak dihiraukan. Damia menghulurkan pisau itu sekali lagi ke arah Ellyna. Tangan Ellyna bergerak sendiri mencapai pisau itu. Tangannya menikam-nikam jantungnya tanpa henti. Gelap.

Damia tersenyum puas. Akhirnya dia telah melunaskan janjinya dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience