Bab 4

Horror & Thriller Completed 4950

Aku menaiki tangga satu persatu. Sebak rasanya bila ibu dan ayah balik tinggalkan aku dekat sini. Inilah balasan kalau dekat rumah asyik jadi anak emas saja. Aku masuk ke dalam dorm. Baru aku tahu yang aku sedorm dengan Iman dan Fatin.

"Ice Breaking!!!" jerit seorang perempuan yang bernama Sarah di name tag di tudungnya. Aku dengan tak sabarnya terus mengajak Iman dan Fatin bergerak ke tengah dorm. Kami membuat bulatan. Aku pun mengira jumlah ahli dorm. Ada 15 kesemuanya termasuk aku.

Sesi 'Ice Breaking' pun bermula. Aku berdiri dan memperkenalkan diri. "Nama aku Nurul Damia Alisha Binti Nukman, tinggal dekat Shah Alam. Anak tunggal. Boleh panggil Mia." aku duduk dan tersengih sambil memandang semua ahli dorm.

Selepas Fatin dan Iman memperkenalkan diri, Sofea selaku ketua dorm mengarahkan kami untuk mengecilkan bulatan seraya berbisik "untuk pengetahuan korang, kita as form 1 ada banyak pantang larang". Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Pantang larang, apa tu???" aku pun bertanya. "Antara pantang larangnya ialah, first, kau kena bagi salam kat semua senior, tapi perempuan saja lah.Ha, jangan lupa tunduk sekali. Second, kita tak payahlah nak menggatal dengan lelaki dekat sekolah ni.And last, kau kena patuh senior. Benda ni aku pun tak suka sebenarnya, tapi demi kelangsungan hidup dekat asrama ni, aku pun patuh saja lah" terang Sofea panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience