Bab 18

Horror & Thriller Completed 4950

Ain sudah tidak bertegur dengan Ellyna sejak peristiwa Elya. Ain kini lebih-lebih berhati-hati agar tidak menjadi seperti Elya. Terdetik juga di hati Ain untuk maaf, tetapi niatnya ditangguhkan dahulu.

Malam itu Ain berjalan sendirian ke kelas prep. Jika sebelum ini dia akan berjalan dengan Elya. Namun atas kesedihan yang masih belum menghilang, dia mengambil keputusan untuk menyepikan diri.

Tepat jam 10.30 malam, semua pelajar berkemas-kemas untuk pulang ke asrama.
Ain turut berkemas-kemas. Ketika melangkah keluar dari bilik prep, Ain berniat untuk pergi ke vending machine. Ain pun berjalan sendirian ke arah mesin itu.

Ain mengeluarkan purse nya. Dimasukkan duit RM1 sehelai sehelai. Ketika tangannya ingin masukkan helaian yang ketiga, tangannya dipegang seseorang. Ain menoleh sekeliling. Tiada orang. Ain menekan butang air minuman yang dia kehendaki. Selepas mengambil air itu, Ain pusing ke belakang untuk pulang ke asrama.
Alangkah terkejutnya Ain apabila terpandang susuk tubuh perempuan yang memakai uniform sekolah yang terkoyak rabak dipenuhi darah. Rambutnya yang panjang menutupi wajahnya. Perempuan itu tertunduk memandang lantai. Ain berlagak biasa melintasi perempuan itu.

Tiba-tiba, "Ain tak ingat kami ke?" suara perempuan itu berubah seperti dua orang. Ain memberanikan diri memandang belakang. Ain bertambah terkejut tatkala melihat Elya berdiri di sebelah perempuan tadi. Muka Elya pucat. Apalagi, Ain terus membuka langkah seribu pulang ke asrama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience