Bab 8

Horror & Thriller Completed 4950

Sudah dua minggu peristiwa tersebut terjadi. Aku berlakon biasa walaupun peritnya masih belum hilang. Ramai ahli dorm yang bertanya ke mana aku pergi malam itu. Aku terpaksa menipu mereka dan mengatakan yang aku mengigau sambil membawa baldi turun ke tandas ground floor.Akibat terhantuk dinding, dahiku benjol dan spec ku patah. Mereka 100% mempercayai penipuan aku tersebut dan menasihati aku untuk membasuh kaki sebelum tidur. Kelakar juga bunyinya.

Aktiviti koko petang ini telah pun tamat. Aku pun berjalan bersama beberapa rakan ku pulang ke asrama. Tiba-tiba aku teringat yang bekas pensil aku tertinggal di makmal komputer. Aku meminta diri daripada rakan-rakanku untuk pergi ke makmal komputer. Aku pun terus menapak ke makmal komputer tersebut.

Aku memasuki makmal yang tidak berkunci itu. Hampir 5 minit aku mencari, akhirnya jumpa juga bekas pensil kesayanganku ini. Ketika aku menarik tombol pintu untuk keluar, aku tersentak. Pintu itu seolah - olah telah dikunci dari luar. Aku kaget. Aku cuba memusing - musing tombol tersebut. Aku pasti yang tombol itu tak dikunci, tetapi dipegang. Aku cemas. Aku terus berlari menyembunyikan diri di bawah meja. Aku berdoa di dalam hati agar aku tidak diapa-apakan.

"Sskkreeettt" bunyi pintu ditolak. Kedengaran bunyi tapak kaki perlahan -lahan melangkah masuk. Aku bertambah cemas. Namun aku cuba tidak banyak bergerak untuk mengelakkan aku dikesan. Bunyi tapak kasut semakin dekat. Seolah- olah berjalan di sebelah meja tempat ku bersembunyi. Bunyi tersebut berhenti. Aku bertambah cemas. Tiba-tiba muncul satu kepala di hadapanku. Aku terus menjerit sekuat hati. Mulut ku terus ditutup. Lembaga yang aku fikirkan hantu itu rupanya manusia.

"Ingat aku?" ujarnya. Aku terkebil- kebil melihat wajahnya. Aku terkejut.Pijo rupanya. Aku semakin takut apabila memgingatkan pesanan geng 'Princesses of all' tempo hari. Menyedari diri ku berapa dalam bahaya, aku pun melangkah mengudurkan diri. Malangnya Pijo turut mengikut aku melangkah. Aku bertambah cemas.

"Inilah balasan atas apa yang kau buat dekat aku hari tu. Aku cakap cara lembut kau balas macam ni!" jerit Pijo sambil menunjukkan pipinya yang masih ada kesan lebam akibat tamparan aku tempoh hari. Aku rasa menyesal dengan perbuatan aku hari itu. Aku hampir menangis.

Tiba-tiba tubuhku ditolak ke lantai. Aku bertambah cemas. Aku mengagak apa yang akan berlaku kemudian. Aku cuba melawan walaupun kudrat ku sudah tak sekuat tadi. Aku tiada pilihan lain selain hanya untuk menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience