Bab 6

Horror & Thriller Completed 4950

Minggu ini akan diadakan sukan sekolah. Aku agak terkejut kerana walaupun baru beberapa minggu di sini, aku sudah dipilih untuk bertanding dalam acara lompat tinggi. Untunglah kaki panjang. Aku tersengih sendiri.

* * *
Aku berpeluh sejak tadi. Gementar dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu. "Damia!!!" Aku terkejut ketika nama ku dilaungkan menandakan giliran aku telah pun tiba. Aku berdiri di tempat permulaan. Aku berdoa di dalam hati. Aku memulakan langkah dengan harapan untuk memenagi acara ini. Aku melangkah melepasi palang tersebut sehabis boleh. Tiba-tiba ," bum! skreet...."

"Damia, awak okay?" tanya seorang lelaki yang ditugaskan menjadi quarter master bahagian kemalangan. "Kalau dah terbaring macam ni takkan okay lagi yer?" aku bertanya sinis dan ketawa kecil memerlinya. "Hafizul Syazwan" aku membaca tanda namanya di dalam hati.

Selepas kaki dan muka ku yang tercalar dibalut oleh quarter master perempuan, aku pun dibenarkan duduk dahulu sebelum kembali ke khemah pasukan. Aku tidak banyak bergerak kerana banyak lebam di bahagian badan ku .

"Hai, aku Pijo" ujar lelaki tadi. "Hmmm" aku membalas tanpa memandang ke arahnya. Aku mengingati pesanan Sofea agar tidak melayan lelaki di sekolah ini terutamanya senior. "Sombongnya" kata Pijo lantas mengambil tempat di sebelah ku. "Ehh, duduk jauh-jauhlah"marah ku kerana tak selesa dengan tindakan Pijo.

"Hish, orang nak sembang sekejap je jangan lah marah." ujar Pijo dengan nada seakan-akan merajuk. Aku yang sudah tidak tahan terus bangun dan berlalu dari situ. Aku berjalan terhincut-hincut menahan sakit. Kaki ku yang tak mampu menampung tubuhku terus tersungkur. Tiba-tiba ada tangan yang menyambut ku sebelum tubuhku mencecah tanah. Aku yang terkejut dengan tindakan Pijo terus menampar pipinya tanpa berfikir. "Awak tak tahu halal haram ke!!!!" ujar ku dan terus berlalu pergi.

Pijo memegang pipinya yang kebas. "Kau tunggu" katanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience