Bab 21

Horror & Thriller Completed 4950

Ellyna sudah mula cuak. Dia menyesal tidak mendengar kata-kata Elya dan Ain dahulu. Penemuan mayat Ain yang tergantung dengan gunting tertusuk tegak di dadanya dan mata yang tejojol keluar betul-betul mencemaskan dirinya. Dia sudah merasakan bahawa dialah mangsa seterusnya.

* * *

"Weh jom fly. Bosanlah asyik dengar orang bunuh diri jer." ajak Wan. "Fly? Aku on je" jawab Pijo sambil tergelak-gelak. Malam minggu di asrama. Mestilah bosan.

Wan, Pijo dan beberapa kawan yang lain melancarkan modus operandi mereka malam itu juga. Fly beramai-ramai. Mereka keluar pada jam 10 malam melalui pagar tepi futsal. Dengan hanya meredah longkang, mereka pun bebas dari kawasan sekolah. Tiada tempat lain akan dituju selain cc. Mereka menghabiskan masa di sana sehingga pukul 2 pagi.

"Hhuuuaaarrghh ! Jom balik" Wan menggeliat. Mereka melunaskan bayaran di kaunter dan beransur keluar. Mereka berjalan terhendap-hendap sebelum sampai ke jalan besar yang berada betul-betul di sebelah futsal tadi. Setelah memastikan tiada kenderaan di jalan, mereka pun melintas.

Tiba-tiba kaki Pijo dipegang dari belakang. Mulut nya tidak mampu menjerit. Seolah-olah telah dikunci. Kumpulan kawannya telah selamat melintas bersama satu lembaga yang menyerupai dirinya. Lembaga tersebut hanya tersenyum sinis memandang Pijo.

Entah dari mana datangnya sebuah lori kontena yang bergerak laju. Pijo bertambah cemas kerana lori tersebut tida pemandu. Tiba-tiba muncul seorang perempuan betul-betul di sebelah Pijo. Mukanya bersih dengan senyuman penuh makna. "Damia tolong aku. Maafkan aku. Tolong aku wehhh!" rayu Pijo. Muka Damia tadi terus bertukar pucat penuh calar dan darah. Pijo berasa loya melihat wajahnya dan terus mengalihkan pandangan.

"Buummmm!" Tubuh Pijo dilenyek hingga hancur. Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience