Bab 20

Horror & Thriller Completed 4950

Semua penghuni asrama nyenyak dibuai mimpi. Tepat pukul 3 pagi, Ain terjaga. Perutnya memulas-mulas. Ain berasa pelik kerana dia langsung tidak makan apa-apa sebelum tidur tadi.

Dengan keadaan yang masih mamai, Ain pun berjalan menuju ke tandas. Sedang dia khusyuk menunaikan hajat, semua lampu tandas pun terpadam. Ain mula cuak. Dia menghabiskan hajatnya dan terus berjalan perlahan-lahan keluar dari tandas.

Ain pun terus berjalan menuju ke dorm nya. Kaki nya melangkah satu persatu memasuki dorm. Dalam langkah nya yang terakhir, kakinya direntap dan tidak semena-mena tubuhnya tumbang. Ain menjerit sekuat hati, namun mulut nya seperti telah dikunci.

Ain ditarik di sepanjang koridor. Mukanya calar. Tambahan pula dia terus ditarik menuruni tangga. Kepala nya terhantuk berkali-kali hingga darah keluar tidak berhenti-henti. Ain sudah pasrah. Dia tidak berani memandang apa yang sedang menarik kakinya.

Ain hanya memejamkan mata. Akhirnya dia berhenti di satu tempat berumput. Ain membuka matanya. Ampaian belakang. Betul-betul di bawah pokok tempat mereka mengerjakan Damia tempoh hari.

Ain cuba untuk duduk. Ain terkejut apabila di hadapannya adalah orang yang sangat dia kenali. Damia. Mukanya pucat. Penuh calar dan darah. Senyumannya penuh makna. "Damia aku mintak maaf sangat. Maafkan aku, aku sanggup buat apa-apa je untuk kau. Tolonglah lepaskan aku." rayu Ain.

Ain merasakan tubuhnya terawang-awang. Badan nya terapung mendekati pokok itu. Rambutnya tiba-tiba rasa seperti ditarik. Rambutnya yang panjang itu terikat sendiri di salah satu dahan pokok itu. Ain menjerit kesakitan. Kulit kepalanya hampir tercabut.

Ain memandang Damia. Damia memegang gunting. Gunting besar yang berkilat. Damia memandang Ain dengan menunujukkan gunting tersebut. "Tolong Damia jangan buat macam ni !!!" Ain merayu buat kali terakhir.

Damia ketawa mengilai-ngilai. " Korang tak ingat ker korang pun buat macam ni dekat aku dulu?" Damia masih dengan hilai tawanya. Damia berjalan perlahan lahan mendekati Ain. Badan Ain kaku seperti sudah dikunci. Damia mencucuk gunting itu tepat ke jantung Ain perlahan-lahan. Darah memancut-mancut keluar. Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience